Saturday, May 30, 2009

Rumah Taman Desa Kayangan - Teres Lot Tepi

Rumah ini terletak 30 minit perjalanan dari Pusat Bandaraya KTrg.Jalan utama K.Trg - Batu Rakit.Hanya 100 meter dari jalan utama .Berada dalam kawasan taman perumahan.

Rumah teres lot tepi- 3 bilik dan 1 bilik air/tandas. Parking kereta berteduh.Muat untuk 2 buah kereta.Rumah bergril lengkap dan selamat untuk diduduki dan nyaman dari kebisingan kenderaan.Rumah menghadap kawasan hijau, sejuk mata memandang.

Lokasi dekat dengan pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Terengganu,Universiti Darul Iman Kampus Kusza dan paling dekat dengan Institiut Perguruan Kuala Terengganu kampus Dato' Razali Ismail,Batu Rakit K.Trg. . dan Institut Teknologi Petronas(INSTEP)Batu Rakit. Sewaan bulan juga boleh . Hubungi RR Pak Deen utk keterangan lanjut : 019-9429842.

Lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran

Sekarang ini kos hidup semakin tinggi akibat daripada kenaikan bahan asas. memaksa kita
berlumba lumba sesama sendiri untuk meningkatkan pendapatan dengan mencari pendapatan altenatif samada bisnes atau 'overtime'.Setiap kali mendapat idea bernas, kita terus mengimplementasikan tanpa kita cuba mendalaminya.Bab dalam pelaburan hartanah ini kita kena mendalami ilmu dahulu samada secara mudah ataupun payah. Jalan payah anda belajar daripada kesilapan anda sendiri dengan terus masuk dalam pelaburan hartanah tanpa belajar atau jalan mudah dengan mempelajari berdasarkan pengalaman orang lain yang menempuhnya.

Jadi anda jangan gelojoh menceburi pelaburan ini.Anda mulakan dengan sebuah rumah dahulu.Apabila sebuah rumah berjalan dengan baik seperti yang dirancang barulah sebuah demi sebuah. RR Pak deen telah lakukan(Berminat hubungi Pakdeen 019-9429842)

Menambah ilmu antaranya:

Membaca buku,ebook,blog berkenaan(RR Pakdeen..he.hee),majalah berkaitan bisnes dan pelaburan.

Hadir ke kelas kelas atau seminar berkaitan bisnes dan pelaburan hartanah.

Berkawan dan belajar dari orang yang berpengalaman.

Tapi ingat, ilmu tidak datang bergolek seperti bola. Ia perlu dicari ada yang percuma dan ada yang berbayar.Cuma kalau yang percuma itu biasanya kita tidak menghargainya walupun ia baik..

Tips : Orang yang bijak melihat kekurangan diri sendiri dahulu dan memperbaikinya sebelum menceburi sesuatu bidang yang beliau belum arif.

Tuesday, May 26, 2009

ciri ciri usahawan berjaya

Disiplin,
Berjimat tapi bukan kedekut,
Kenyakinan diri boleh lakukan,
Skil komunikasi berkesan,
Rendah Hati tak sombong,
kejujuran dan keazaman,
Penyimpanan fail yang baik,
keghairahan atau minat mendalam,
Motivasi diri,
Pembangunan diri dan pengetahuan yang cukup,
Kesihatan yang baik,
Keseimbangan fikiran dan optimistik.

Monday, May 25, 2009

Rumah Bandar- Town Houses

Apa itu Rumah Bandar: Kalau dilihat dari luar,kelihatan seperti rumah teres.Dengan rekabentuk yang bijak,rumah ini sebenarnya dibina di atas satu sama lain.Asalnya rumah ini dibina sebagai unit yang bertingkat 2 atau lebih, iaitu setiap unit dibahagikan kepada 2 pemilik. Setiap tingkat selalunya mempunyai pemilik yang berasingan.Unit di bawah mempunyai tingkat bawah(grounnd floor),dan setengah bahagian tingkat satu bersebelahan dengan tangga.sementara unit di atas pula terdiri daripada sebahagian lagi dari tingkat satu tadi dan bersebelahan tingkat dua. Setiap unit mempunyai pintu masuk tersendiri ditingkat yang sama, mungkin pintu mereka terletak sebelah menyebelah secara berhadapan. Selalunya jalan masuk di hadapan mempunyai tempat letak kereta masing masing.(Tangga masing-masing)

Di Bandaraya Kuala Terengganu Rumah Bandar(Town Houses) hanya berada di TAMAN SEMARAK Di Kampung Bukit Tunggal Sahaja.(RR Pak Deen ada ditaman ini)

Sunday, May 24, 2009

Beli kenderaan idaman dengan rumah pelaburan

Hari ini cuba anda renungkan mana lebih bijak beli kenderaan idaman dengan melabur beli rumah.Tidak dinafikan kenderaan itu salah satu keperluan zaman sekarang bukan lagi barang mewah.Jika anda beli kenderaan untuk semata mata keperluan untuk kemudahan pergerakan ketempat kerja,kemana mana yang perlu baguslah.Tapi jangan beli kenderaan hanya untuk bergaya semata mata.Belilah kenderaan semampu pendapatan kita sendiri bak kata orang ,ukur baju dibadan sendiri.
Kalau beli kenderaan kegunaan sendiri(bukan komersyial),ansuran bulanan perlu bayar setiap bulan.Pernahkah kenderaan yang kita guna itu memberi pulangan wang untuk kita.Duit gaji kita adalah bagi ke bank.
Sekiranya kita melabur beli rumah,walaupun ansuran kena bayar ke bank setidak tidak nya jika kita bagi sewa.,ada juga duit pulangan kepada kita.Kalau betul caranya mungkin sewa tinggi daripada ansuran bank.

Saturday, May 23, 2009

Guna pendapatan aktif bagi menjana pendapatan Pasif

Pendapatan aktif contohnya makan gaji dan berniaga.kerja kerja yang mendatangkan hasil, kalau tak buat tiada hasil .Pendapatan pasif pula contohnya sewaan rumah.Anda tak perlu berhenti dari melakukan kerja yang anda lakukan sekarang,teruskan kerja itu.Duit hanya diperlukan bagi digunakan sebahagian untuk mencipta pendapatan pasif.
Pendapatan pasir tidak memerlukan anda bekerja sepanjang hari,Anda dapat hidup senang sekiranya anda dapat mencipta pandapatan pasif dengan banyak semasa ada pendapatan aktif.
Jadi sementara anda dapat pendapatan aktif sekarang beli lah rumah yang menghasilkan pendapatan pasif.

TIPS: Perjalanan beribu kilometer bermula dengan langkah yang pertama.

Friday, May 22, 2009

Bebaskan pemikiran negatif dengan wang: kaya

Bila bercakap mengenai wang dan kaya, ramai yang beranggapan bila kaya nanti jadi sombong lebih dahsyat lagi gelar penyangak. Bila banyak wang tak kenal kawan-betul ke?Jika anda percaya semua orang kaya adalah penyangak,anda pastinya tidak akan kaya.Malahan anda tidak akan membuat diri anda kaya. Sebab dalam pemikiran anda bila kaya,anda akan jadi penyangak dan sombong.
Saya tahu sebab anda kata orang kaya jadi penyangak atau penipu sebab jika anda dapat rm1000 sebulan macam mana dapat beli rumah lebih daripada satu.Tentu anda kata mesti ada yang tak kena ni atau anda kata ahh dia boleh lah sebab dia orang kaya dah.Anda tak nampak macamana nak gandakan rm1000 nak jadikan rm10,000 atau rm100,000.
Dalam minda anda terbayang bila kaya jadi jahat,sedangkan kaya tidak salah, wang banyak pun tak apa,bukan wang yang salah, yang tak kena dan salah nya adalah kita.Kalau wang dan harta banyak dan kita pandai merancang wang itu penuh dengan kebaikan. Apa yang kita impikan kita dapat laksanakan contohnya bagi orang islam nak ke Mekah,sedekah,tolong saudara yang susah dan apa apa lagi yang baik baik.Tapi kalau kita tiada wang nak buat pahala pun tak dapat.
Kadang kadang minda kita bercakap buat apa lah duit banyak cukuplah aku dah ada kerja tetap tak payah gandakan duit lagi.
Tapi anda lupa yang kerja makan gaji belum cukup bulan duit dah habis,terima gaji nanti nak bayar macam macam termasuk bil-bil,pelajaran anak,minyak kereta,kad kredit,macam macamlah.Bila diajak melabur dalam bidang hartanah tak mahu,Jawapan tak pandai,tak ada modal, yang utama sekali MALAS susah susah kerana dah ada gaji dah cukup dah.Betul ke dah CUKUP? Kalau nak tahu lanjut macamana RR Pak Deen buat pelaburan rumah carilah RR Pak Deen : tel 019-9429842 atau email deengk@yahoo.com.my boleh bincang lanjut.(Terbuka yang makan gaji ).

Thursday, May 21, 2009

Masa sesuai beli rumah

Masa yang sesuai beli rumah adalah 20 tahun yang lepas.Masa kedua yang paling terbaik adalah hari iniWaktu yang paling sesuai baagi beli rumah adaalah sepanjang masa .anda hanya bertindak bukan bercakap sahaja.Satu je mesti pelajari ilmu mengenai hartanah dahulu.Caranya melalui dengan orang yang telah lakukan atau dengan membaca buku buku berkenaan hartanah.Banyak buku dipasaran menceritakan mengenai hartanah.Satu lagi melalui layari blog blog berkenaan pelaburan hartanah.

Rumah 'Town House'-Taman Semarak KTrg

Rumah ini untuk Sewaan Bulanan jika ada kekosongan:Rumah 'Town House' ini mempunyai 3 bilik 1 bilik air dan 1 tandas(berasingan) ditingkat 1.Di TAMAN SEMARAK.(Kawasan Bandar)Jarak ke Bandaraya KTrg 9.2km shj.Terletak selepas jambatan Sultan Mahmud kg bukit tunggal sebelum Pekan Batu Enam.Rumah ini jalan masuk menuju ke Stadium Sultan Mizan Gong Badak dan jalan ke Airport.Dekat dengan Pulau Duyung,Taman Tamadun Islam.Berdekatan sek.keb.Bukit Tunggal.
Bagi ahli keluarga kecil sangat sesuai dan sewa amat berpatutan.Untuk keterangan lanjut hubungi Pak Deen sendiri : 019-9429842/SMS

Wednesday, May 20, 2009

Melabur : Kenapa Rumah

Elakkan daripada menjadi sebahagian daripada mereka yang masih menyoal kenapa mereka perlu memiliki lebih daripada sebuah rumah.Cukuplah hanya sebuah.Banyak banyak pun tak bawa kemati.Tak ada masa nak mengurus,cukuplah duit yang ada,macam macam alasan lagi.Elakkan daripada terpengaruh dengan mereka.Mereka tidak suka memiliki rumah untuk disewakan sedangkan realitinya mereka tak tahu itu adalah pelaburan yang paling selamat dan tidak perlu masa yang banyak untuk uruskannya.Anda masih boleh bekerja dipejabat atau berniaga semasa memiliki rumah pelaburan kerana tidak memerlukan masa yang banyak untuk uruskan tidak seperti urus perniagaan lain seperti kedai dobi,kedai makan dan sebagainya.walaupun anda menambah rumah yang dimiliki masih tidak menggugat ketenangan hidup anda.Ini kerana anda berhubung dgn penyewa masa masa tertentu sahaja dan masa diambil tidak lama.Anda dapat jana pendapatan dengan penyewa hanya melalui akaun bank atau SMS sahaja.Adakah ini mengganggu pekerjaan tetap anda?Satu lagi pelaburan rumah tidak tergugat walaupun anda bercuti atau sakit kerana wang sewa setiap bulan masuk akaun anda.Tidak seperti pasaran saham yang turun naik dan perlukan pemantauan yang rapi.Pelaburan ini walaupun anda tidur nyenyak duit sewa pasti masuk kerana orang yang menyewa rumah anda bekerja keras untuk membayar sewa rumah anda.Lagipun pelaburan rumah tidak memerlukan kepakaran seperti pelaburan saham.Bila anda buat pelaburan rumah anda dapat pengalaman sendiri dan dengan pengalaman itu anda bertambah matang dalam hal ini.Satu lagi kalau anda kerja pejabat seharian 8 pagi - 5 petang (penuh Masa) urus rumah tak sampai 10 minit pendapatan sepenuh masa,hebatkan.Ramai orang yang masih tidak ingin pedulikan kerja hebat ini walaupun memberi pendapatan penuh walaupun masa diambil hanya sedikit sahaja masih ramai yang suka pilih kerja sepenuh masa tapi pulangan separuh sahaja.

TIPS: Sekali bercakap atau berbual dengan orang yang bijaksana dalam bidang ini lebih baik daripada belajar selama 5 tahun di pusat pengajian tinggi.

Tuesday, May 19, 2009

Terima Kasih kepada PM-Najib

Sekarang ni rata rata kakitangan kerajaan sokongan boleh senyum lebar sikit dan berangan angan ,kepada yang rasa dalam golongan KUP.kepada yang layak tu boleh berkira - kira gaji naik kerana naik gred gaji.kpd yang kerja 15 tahun keatas dan prestasi 80% keatas -3 tahun berturut turut.bolehlah kurang beban zaman kewangan / ekonomi meleset ni.Yang bos baik hati tu boleh lah kakitangan bawahan rasa nikmatnya, yang bos kedekut markah tu tak de lah peluang.Pekeliling berkenaan bermula Julai 2009.Semoga yang dapat naik gred tu bersyukurlah dan bersemangat bekerja.Terima kasih ke PM kita sekarang.

Monday, May 18, 2009

Rm2000 dapat beli rumah nilai Rm140,000

Bermodalkan rm2000 dapat beli rumah nilaian rm140,000(teres kos sederhana setingkat) beza baki modal diberi bank.Ansuran bulanan orang yang menyewa rumah kita yang bayar.
Susah ke nak simpan 2000 untuk modal sekarang.Beli benda lain boleh kenapa nak buat modal nak beli rumah berfikir banyak kali.Kita yang makan gaji ni sentiasa fikir manalah aku ada modal nak beli rumah untuk disewa.
Fikir lagi cukuplah aku dah ada rumah sebuah buat apa nak banyak-banyak baik aku beli kereta mewah ....tu gaya fikiran kita makan gaji ni.bergaya lebih biar poket kosong pun tak apa.
RR pakdeen bermula sebuah rumah je ..lepas tu sebuah demi sebuah walaupun makan gaji kecil je,tapi kena disiplin sikitlah.mesti ada fokus ke depan apa akan di buat masa 10 tahun akan datang bila kita dah pencen,adakah kita nak dok senang dgn duit sewa atau dgn hanya duit pencen yang tak seberapa(sekadar rm800-1000) yang gaji sekarang 2000.00.

Sunday, May 17, 2009

cuba anda fikir sekarang anda kerja makan gaji pendapatan rm2000 sebulan,bila pencen nanti dapat separuh,lebih kurang rm1000,sekarang pun tak cukup apa lagi 10 tahun akan datang,dimana taraf ekonomi akan meningkat(inflasi) dan sudah tentu perlukan wang yang banyak.Salah satu untuk atasinya dengan melabur dalam hartanah.(rumah Sewa)

Berubah minda makan gaji tapi kaya

walaupun kita makan gaji kecil tapi kita masih boleh jadi kaya yang beriman.kaya ilmu dunia dan akhirat.kemana fokus kita.nak tau ....
Kalau sesiapa nak cari rumah sewaan harian hubungi pak deen 019-9429842

Rumah Taman Permata I -Wakaf Tengah K.Trg

Rumah teres setingkat mempunyai 3 bilik 2 bilik air/tandas.Dilengkapi dengan perabut.Bilik utama katil kelamin dan katil bujang,ada hawa dingin dan kipas,ruang tamu set kerusi kayu,dapur ada dan gas,peti ais,
rumah berdekatan dgn Maktab perguruan batu rakit,Universiti Darul Iman kampus Kusza,Universiti Malaysia Terengganu,Pasar malam,BSN cawangan Wkf Tengah,Kolej Kesihatan,MRSM,Stesen Petronas,INSTEP Batu Rakit,Airport KT,Pantai Telok Ketapang dekat Airport,Keropok Lekor,Stadium Sultan Mizan,Perjalanan ke bandaraya K.Terengganu 25 minit(pemanduan normal)

Sekarang sewaan Harian : Sebuah utk 3 bilik RM160.00 :.Masteroom katil kelamin + katil bujang(hawa dingin + kipas), bilik no.2 ada 2 katil bujang (hawa dingin + kipas),bilik no.3 ada 1 katil bujang(kipas).Berminat sila telefon Pak Deen 019-9429842.

Untuk sewa sebilik pun diterima jika ada kekosongan.Kiraan Sewa bilik Master RM60.00,bilik no.2 Rm55.00 dan bilik no.3 Rm45.00.

Harga boleh runding jika sewa lebih dari semalam.

Rumah sewaan Harian

Sapa-sapa ada idea nak kongsi ilmu buat rumah sewa harian boleh hantar ke blog ini