Friday, July 31, 2009

Rumah Bandar- Town Houses di Taman Semarak KT



Rumah ini telah kosong, penyewa lama telah keluar pada julai 2009 dan bulan ogos ni masih kosong,penyewa baru boleh sewa.

Alamat : Blok D,no.6A,Tingkat 1,Taman Semarak,Kg Bukit Tunggal,Kuala Terengganu.

Sewa RM350.00 sebulan ada dua bilik tidur dan 1 bilik mandi serta 1 tandas berasingan.Ruang tamu luas dan dapur pun selesa.Rumah berkeadaan baik dan baru.Lokasi di Kampung Bukit Tunggal.K.Trg.9.2km dari bandar K.Trg.Persekitaran bersih.

Rumah jenis ini tangga dan poch masing-masing punya,tidak berkongsi dengan penghuni lain,tidak sama dengan rumah pangsa.(Kalau rumah pangsa kongsi ramai-ramai)

Sampah dipunggut depan rumah,setakat ni hari isnin,selasa dan rabu.

Taman terletak di jalan utama menuju ke Kompleks Sukan Gong Badak dan Stadium Sultan Mizan K.Trg.




Berminat call Pak Deen 019-9429842.

Saturday, July 25, 2009

macamana nak beli rumah, duit tiada?


Soalan pertama keluar dari mulut rakan rakan bila bercakap nak beli rumah ialah nak beli macamana duit tak ada.Sebuah pun payah inikan nak beli lebih daripada sebuah rumah.Cuba kita ingat dan renungkan kembali semasa ibubapa hantar kita kesekolah dulu ayah ibu tahu ke anaknya nak jadi apa bila besar nanti. Dari sekolah rendah ke menengah atau ke universiti. Tetapi kenapa setiap ibubapa tetap hantar anak kesekolah. Kerana ibubapa yakin dengan hantar ke sekolah jadi insan pandai dan boleh urus diri sendiri.Dalam bab ini faktor utama adalah BELAJAR.
Begitu juga jika nak beli rumah pertama dan kedua,ketiga dan seterus nya lagi,...lagi...
Kita perlu belajar dan bertanya kepada yang telah melakukannya.Sebelum membeli rumah kita kena melabur kepada diri sendiri dulu iaitu samada membeli buku-buku pelaburan hartanah,buku mengenai cara mengurus kewangan secara bijak atau menghadiri seminar berkenaan hartanah dan juga berkawan dengan mereka yang telah lakukannya dalam pembelian rumah.
Jangan lah awal-awal lagi mengaku MALAS nak buat semua tu. Bila malas tiada ubat yang dapat menyembuhnya.
Fokuskan minda kita untuk menambah ilmu apa yang kita perlukan satu demi satu.Insyaallah bertemu juga apa yang kita fikirkan dan kehendak kita.Saya boleh kongsi di sini sila baca buku yang ditulis oleh Samsudin Kadir bertajuk "Makan Gaji Tapi Kaya" lepas khatam beli pula "Walaupun Berhutang Tapi Hidup Tenang",penulis yang sama.Selamat membaca.

Friday, July 17, 2009

Membina sumber pendapatan kedua

Anda bekerja makan gaji?Anda ada pendapataan kedua selain daripada gaji? Satu cara ialah menambah simpanan tetapi ia agak sukar dibuat, bukan ianya susah tapi memang sukar sikit kerana perbelanjaan hidup sekarang ini begitu tinggi. Satu lagi ia susah dan sukar kerana fikiran kita sendiri. Golongan profesional tidak membuat kerja sampingan,ini motto nya kerana mereka telah berjawatan tinggi, yang buat kerja sampingan adalah golongan rendah atau sokongan,motto mereka yang seterusnya. Dalam fikran anda apakah yang akan rakan sekerja anda fikirkan jika mereka tahu anda buat kerja tambahan/sambilan di tempat lain.Mereka akan mengumpat di belakang anda?
Bagi saya fikiran di atas itu tidak sesuai dan pemikiran tersebut patut dibuang jauh dari fikiran anda yang ingin kedepan lain dari yang lain. Salah ke ahli profesional ada pendapatan kedua atau golongan sokongan ada sumber kedua dari gaji. Walaupun membina pendapatan kedua bermaksud mempunyai pekerjaan sambilan,ia tidak semestinya bermaksud sedemikian. Contohnya jika anda menyewakan hartanah (rumah) dan mendapat pendapatan daripadanya, anda tidak mempunyai pekerjaan kedua,tetapi anda mempunyai sumber pendapatan kedua. Realitinya sewa rumah bukan kerja kedua tapi pendapatan kedua.Urusannya bukan lama cuma guna masa 5 @ 10 minit berurusan secara fizikal selebih nya guna teknologi mesej untuk berhubung dan pandai urus masa tanpa mengganggu tugas harian anda ditempat kerja anda.
Realitinya orang akan sentiasa mengata anda dibelakang jika anda buat begini,mereka akan mengata:jika anda buat begitu,mereka akan mengata juga.Jika anda tidak buat apa apa,mereka akan menuduh anda pemalas. Dengan kata lain mereka akan terus mengata walau apapun. Nasihat saya,biar mereka akan terus bercakap dan mengata anda lakukan apa yang ingin anda lakukan selagi tidak salah dari segi undang -undang agama dan negara atau segi moral,maka teruskan untuk anda hidup lebih bahagia, sihat dan kaya.Fikirkan sejak bilakah mereka yang mengata dan mengumpat itu pernah menyara hidup anda sekeluarga?Fikir-fikirkan.

Wednesday, July 15, 2009

Menakluk ketakutan dalam dirimu-Email Raymond Chua

Sekelip mata Selasa lagi dan saya dah tak sabar-sabar untuk berkongsi sedikit tip tentang cara-cara menghapuskan ketakutan dalam diri anda.
Jika anda masih baru dalam blog ini, saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan saya akan menerbitkan artikel Bicara Selasa pada setiap hari Selasa.
Jika anda masih ingat, dalam Bicara Selasa minggu lepas, saya menulis tentang pertemuan saya dengan “Rich Dad” dan salah satu daripada banyak perkara yang saya belajar daripada beliau ialah cara-cara untuk menakluk ketakutan diri.
Hampir semua orang mempunyai perasaan takut pada tahap tertentu. Ada yang takut binatang buas, takut suasana yang seram, takut untuk memulakan perniagaan, takut melabur, takut mendapat terlalu banyak wang (ini saya boleh tolong. Semua masuk akaun saya ), takut berjaya dan banyak lagi.
Satu teknik yang mudah untuk menghapuskan perasaan takut ini ialah dengan bertanyakan diri anda soalan ini:
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Misalnya, jika anda ingin memulakan perniagaan tetapi takut kerana tidak mempunyai pengalaman dan modal
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Mula berniaga secara kecil-kecilan dengan modal yang rendah. Kalau tak cukup modal, menabung dahulu ataupun mencari rakan kongsi.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Mungkin berjaya, mungkin gagal, kalau gagal?
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Saya akan cari punca masalah tersebut. Mungkin faktor kekurangan pelanggan, kualiti produk, lokasi atau cara berniaga.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Saya akan membeli buku-buku tentang perniagaan dan belajar cara-cara menarik pelanggan, memilih lokasi dan menjalankan perniagaan secara profesional.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Saya akan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari untuk mengembangkan perniagaan kecil-kecilan saya.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Perniagaan saya mula mengaut keuntungan sehingga melebihi gaji saya.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Saya meletak jawatan supaya saya mempunyai lebih banyak masa untuk mengembangkan lagi perniagaan saya.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Saya mencapai kebebasan kewangan.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Tak rasa takut lagi!
Teknik ini sesuai diaplikasikan untuk semua jenis perasaan takut termasuk takut bercinta, takut menghadapi peperiksaan dan sebagainya.
Semoga tip ini dpat membantu anda untuk menghilangkan perasaan takut.
Salam hormat,
Raymond Chua

Thursday, July 9, 2009

Pemansuhan PPSMI-berita harian 9 julai 2009

Pemansuhan PPSMI bukan pertimbangan politik: Muhyiddin

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat berdasarkan pertimbangan objektif dan bukannya politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan membuat keputusan itu berdasarkan kepada kajian saintifik terhadap perkara itu. "Ia dibuat bukan kerana faktor politik atau pilihan raya kecil Manik Urai. Ia dibuat kerana kepentingan negara," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan pemansuhan itu di Kementerian Pelajaran di sini.Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata keputusan kerajaan itu sejajar dengan kajian Unesco yang menunjukkan adalah lebih mudah pelajar menguasai ilmu di peringkat awal persekolahan dengan menggunakan bahasa ibunda. Beliau berkata walaupun kerajaan sedar mengenai kelemahan pelajaran dalam menguasai bahasa Inggeris di peringkat awal PPSMI, dasar itu hanya ditukar sekarang selepas selesai pusingan enam tahun pelaksanaannya. - Bernama

Tuesday, July 7, 2009

Rumah Bandar- Town Houses di Taman Semarak KT

Sewa bulanan:RM350.00
Deposit 700.00(dua bulan sewa) Api/air rm100.00 sewa pertama rm350.00,Jumlah rm1150.00. Alamat No.6A,Blok D,Tingkat 1,Tmn Semarak,Bukit Tunggal,Kuala Terengganu.
Deposit akan dikembalikan hari Tamat Sewa selepas disemak tiada kerosakan dan kehilangan. Sewa bulan terakhir tetap bayar seperti biasa.
Gambar sebelum letak atap tempat letak kereta.Tempat letak kereta sekarang telah ada atap(berteduh)


Rumah ini akan kosong dan boleh di sewa 1 ogos 2009.Rumah asal 3 bilik tetapi sekarang bilik ketiga telah di ubahsuai jadi dapur yang luas.Bilik boleh diguna jadi 2 sahaja tetapi ruang tamu jadi luas. Bilik air ada satu dan tandas satu secara berasingan.Sangat selesa untuk keluarga kecil atau suami isteri anak ada 2 orang.Kawasan mudah perhubungan untuk kebandaraya KT dan Pekan Batu Enam.

Hanya 9.2km untuk ke bandaraya KT.Lokasi Taman ini terletak dalam kawasan kampung Bukit Tunggal. Jalan utama KT ke Stadium Sultan Mizan.Selepas jambatan sultan Mahmud,trafic light ke 2 belok kanan ke Stadium Sultan Mizan(papan tanda jalan ke UMT,UDM,ILP) sebelah kanan itulah Taman Semarak.

Berminat hubungi Pakdeen 019-9429842 sekarang sementara masih ada.

Friday, July 3, 2009

Rumah Taman Melur 4 bilik-Wakaf Tengah KT

Rumah ini akan disewa bulanan bermula Januari 2010 : Rumah ini ada perabut asas.
4 bilik 2 bilik air/ tandas.

Lokasi : Taman Melur : belakang stesen minyak petronas wakaf Tengah dekat IPGM kampus Dato Razali Ismail-jalan kaki 5minit.

-3km UDM dan UMT - 5minit berkereta
9km INSTEP batu rakit-10minit berkereta

Tempahan awal dia dapat.

Thursday, July 2, 2009

Sekadar Renungan

KEITH : Penulis buku popular (Poor dad rich Dad) sebelah kanan.

Masalah Kewangan Bapa Miskin (Poor Dad)-
tak cukup duit (takde simpanan,harta ,rumah sewa,emas)- Bayar bil (air,api,indah water,cukai,astro...dll)- bayar sewa- bayar lebih cukai cukai daripada pendapatan mereka- takut kepada kecemasan(emergencies)- guna kredit kad untuk perbelanjaan- bad financial advise- tak cukup duit pencen (Wang Simpanan EPF habis selepas 3 tahun pencen)

Masalah Kewangan Bapa Kaya(Rich Dad)- ada terlalu banyak wang (ada byk rumah,kedai,syer,tanah,emas,cash,OD,asb dah penuh)- keselamatan harta benda mereka & mana nak laburkan- tak tahu samada org suka mereka atau suka kpd wang mereka- memerlukan seorang yg bijak dalam memberi nasihat kewangan (financial advisor)- raising spoiled kids......takut nanti anak2 jadi bermasalah..sbb ada byk duit- Estate & inheritance planning.....nak waris kat sapa harta banyak2 nih?- cukai kerajaan yg tinggi.......aduh...abis duit kena byr cukai jer....so sebanyak mana pun duit yang diperolehi oleh bapa miskin dan bapa kaya...tetap ada masalah....bapa miskin takde duit....bapa kaya banyak duit?... Jadi mana pilihan anda?

Wednesday, July 1, 2009

Kongsi tulisan drp Pokli77:Renungan bersama

SESUNGGUHNYA, kebahagiaan adalah dambaan setiap manusia yang menghuni dunia ini. Sebab itu setiap orang sentiasa berusaha untuk mencari dan mendapatkan kebahagiaan dengan pelbagai cara.Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dan yang dicita-cita itu. Lalu, di manakah terletaknya kebahagiaan itu?
Apakah pada wang yang banyak, harta yang melimpah, emas yang bertimbun atau pada pangkat, bangsawan atau kerusi yang empuk? Dalam hadis,Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki)perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
Berdasarkan hadis ini, ada empat faktor atau kunci yang jika dimiliki oleh seseorang, tentu dia akan merasai nikmat bahagia.Namun tidak bererti hanya yang empat itu saja faktor yang membawa kebahagiaan.Apa yang Rasulullah nyatakan menerusi hadis itu hanyalah sekadar menunjukkan keutamaannya.Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan kepada suami.Rumah ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah.
Antara sifat isteri solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran,melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat, memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami, mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi, bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat lain.Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah, menerusi firman-Nya yang bermaksud:
Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.”(Surah an-Nisaa’ ayat 34)
Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan perbuatan kebajikan.Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami keranaAllah. Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah,menerusi sabda yang bermaksud:
Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia (dalam halkebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah.”
Isteri yang menggembirakan suami atau yang bermuka manis bukan bermakna wajah cantik semata-mata. Biar wajah kurang menarik, tetapi jika selalu menguntum senyum, tinggi pekerti, memancar dari keningnya cahaya iman dan keikhlasan, itulah isteri solehah yang meriangkan suami.Isteri walaupun cantik, tetapi jika wajahnya selalu mencuka, buruk pekertinya,kening selalu berkerut, tidak akan dapat memikat hati suami.Demikianlah juga halnya dengan soal patuh dan memelihara amanah suami yang Nabi utarakan dalam hadis ini. Selain faktor isteri, rumah yang luas, bagus atau indah juga akan memberi kebahagiaan kepada penghuninya.Bagaimanapun, kebahagiaan dengan memiliki rumah yang besar dan indah itu akan tercapai sepenuhnya jika disertai dengan hati yang tenang dan damai. Jika hati tidak tenteram, rumah yang luas dan indah akan terasa sempit dan tidak akan merasa bahagia.Rumah adalah tempat berteduh malah menjadi syurga bagi mereka yang beriman.Di rumah juga seseorang akan memperoleh ketenangan dan kebahagiaan, apalagi jika didampingi isteri solehah.Jika rumah diibaratkan istana, maka suami adalah raja, isteri solehah adalah ratu dalam rumah tangga, manakala anak-anak adalah rakyat. Allah berfirman yang bermaksud:
Allah menjadikan untuk kamu rumah sebagai tempat tinggal (tempat ketenangan).” (Surah an-Nahl, ayat 80).

Jiran yang baik juga menjadi faktor penting kebahagiaan. Seseorang akan merasa sangat bahagia jika mempunyai jiran yang baik budi, murah hati, dermawan, saling menghormati, bertolak ansur, suka menolong dan memberi perhatian.Jiran baik tidak akan memberi sebarang gangguan kepada kita, sama ada melalui perbuatan mahupun lisan atau ucapan; dan tidak merasa irihati dengan kelebihan yang dimiliki kita.Malah, jiran yang baik akan tumpang gembira dan mengucapkan tahniah dengan kejayaan yang kita peroleh, dan menghulurkan pertolongan jika kita ditimpa sesuatu musibah.
Oleh itu, sekiranya kita memperoleh jiran jenis ini, kita harus memiliki sifat sedemikian kepada orang lain yang menjadi jiran, agar mereka turut merasa bahagia seperti mana kita rasai.Kenderaan yang bagus juga adalah faktor kebahagiaan. Setiap orang mengidamkan kenderaan yang bagus atau baru, seperti kereta, motosikal dan sebagainya.
Sifat manusia memang suka kepada kebendaan. Kenderaan yang baru atau bagus akan dapat membawa seseorang ke merata tempat yang disukainya tanpa memikirkan soal kerosakan dan sebagainya, berbanding dengan kenderaan yang lama atau buruk yang mana tiada jaminan keselesaan sepanjang perjalanan.Namun dalam soal kenderaan ini, orang beriman harus berwaspada atau berhatihati,iaitu agar tidak sampai kenderaan itu memperbudak atau seolah menjadi’tuan’ kepadanya. Sudah kebiasaan bahawa kenderaan yang baru atau bagus itu akan sentiasa diberi perhatian oleh pemiliknya, seperti selalu dibasuh, diperiksa atau dibersihkan.
Bagaimanapun, janganlah sampai semua urusan itu melebihi tumpuan untuk beribadat kepada Allah.Apabila kenderaan lebih diutamakan daripada diri sendiri, bermakna kenderaan itu sudah menjadi tuan yang memperbudakkan pemiliknya sendiri.Kenderaan yang bagus tidak semestinya baru. Ia adalah nikmat Allah yang harus dimanfaatkan untuk kebaikan seperti lebih rajin beribadat di masjid, mengunjungi majlis ilmu atau membawa keluarga beristirehat. Janganlah hendaknya ia digunakan untuk kerap ke tempat maksiat atau melakukan perbuatan yang tidak diredhai Allah.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzatyang Memiliki mu.""sampaikanlah walau satu ayat" al hadis- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -

Email drp Irfan Khairi: Menjadi Juara dalam bidang pilihan anda

MENJADI JUARA, PULANGAN BERGANDA.Setiap masa, juara mendapat pulangan berkali ganda berbanding tempat ke-dua.Contohnya, dalam perlumbaan lumba lari, juara mendapat RM10,000, mana kala tempat ke-dua mendapat RM5,000.Adakah ia bermaksud juara perlumbaan tersebut adalah 2 kali ganda lebih laju dari yang mendapat tempat ke dua? Semestinya tidak. Mungkin, hanya lebih laju pada masa satu saat sahaja! Tetapi, pulangan berganda 2 kali ganda.
Begitu juga dalam hidup harian dan perniagaan. Sekiranya kita menjadi juara bidang kita, pulangannya adalah berganda berbanding dengan pesaing kita yang ditempat kedua... ketiga... dan lain-lain.Misi anda dalam hidup sekiranya untuk mendapat pulangan berganda adalah untuk menjadi juara dalam bidang anda. Tidak semestinya anda hebat berkali-kali ganda berbanding dengan pesaing anda. Pada hanya kehebatan melebihi pesaing anda sedikit sahaja, pulangan pun boleh berganda :)Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan dalam perniagaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda.Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sambil lewa, pulangan anda terima juga adalah sambil lewa. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana.Pastikan anda berusaha untuk mencapai apa yang dicapai oleh 10% teratas mereka yang mendapat pulangan tinggi dalam industri anda. Ini memerlukan usaha anda sendiri dalam memperbaiki ilmu dan mengaplikasikan ilmu tersebut.Bolehkah anda namakan antara top 10% juara income earners didalam industry anda? Jadilah juara dalam bidang anda sendiri!