Wednesday, October 27, 2010

Tuesday, October 26, 2010

Cara Bersih Wang Haram

Oleh Ustaz Zaharuddin


BERMULA daripada isu sumbangan kerajaan Pulau Pinang kepada beberapa penerima, kelihatan timbul kekeliruan dan keserabutan dalam memahami letak duduk isu wang haram dan sumbangannya kepada pembangunan awam serta fakir dan miskin.

Walaupun isu itu sudah padam dan tenggelam, masih ada kekeliruan belum terjawab, akibatnya mungkin ada yang berkata: “Jika harus diberikan wang haram itu kepada fakir miskin, bolehlah kita teruskan aktiviti haram itu kerana hasilnya masih boleh dimanfaatkan.


“Kerana hukumnya harus, mana-mana kerajaan pun yang naik selepas ini masih boleh membiarkan aktiviti haram.


“Oo... bolehlah kita beri lagi banyak lesen kepada pusat judi, pelacuran dan riba, sebab untung mereka lebih besar dan kemudian kita boleh ambil manfaat daripada harta mereka untuk membiayai fakir miskin dan pembangunan negara.” Itu mungkin persoalan yang terdetik dalam diri pembaca apabila melihat situasi yang berlaku dan jika itulah kefahaman selepas membaca hujah ulama mazhab yang silam dan kontemporari, mereka sebenarnya sungguh terkeliru.


Yang sangat perlu difahami adalah, konteks sebenar yang disebut ulama mesti difahami dengan tepat. Mereka semua memberikan fatwa itu ketika mengulas ‘ke manakah perlu disalurkan hasil harta-harta haram yang berada di dalam pemilikan individu’. Konteksnya adalah, jika seseorang itu memperoleh wang haram sama ada daripada hasil judi, perniagaan haram, pelaburan haram dan kini ingin bertaubat, ke manakah ia patut disalurkan.


Adakah ia perlu dilupuskan atau dibakar dan dibuang debunya ke dalam sungai atau lautan? Ulama hampir sepakat mengatakan melupuskannya seperti cara di atas, tanpa memberi manfaat kepada sesiapa pun adalah bercanggah dengan pelbagai dalil, Maqasid Syariah dan logik akal. Ini kerana dosa perolehan harta haram itu bersifat hukmi dan bukan ‘aini (jisim).

Berbeza jika sekiranya barang dimiliki itu adalah haram pada ‘ain’ dan zatnya seperti sebotol berisi arak, semangkuk sup daging babi, sepotong daging kambing tidak sembelih untuk makan tengah hari dan yang sepertinya. Ketika itu, baru hukumnya wajib melupuskannya dengan cara buang serta diharamkan untuk diberi kepada sesiapa juga, termasuk menjualnya, menjadikan bahan perhiasan, walaupun kepada orang bukan Islam.

Haram Secara Hukmi
Manakala harta haram secara hukmi (menurut hukum kerana caranya bercanggah dengan syariah seperti judi, rasuah, rompak, riba dan lain-lain) yang dimiliki individu adalah haram digunakan untuk dirinya dan keluarganya.


Cara melupuskannya adalah dengan menyalurkannya sama ada kepada Baitul Mal, pusat zakat atau terus kepada fakir dan miskin. Itulah konteksnya.


Setiap hasil cukai dan pendapatan daripada hasil yang haram, pemerintah yang bertanggungjawab mesti menyalurkannya kepada fakir, miskin dan kemaslahatan awam menurut nilai jumlah pendapatan itu. Ini kerana harta haram itu, jika terus dibiar berada dalam pemilikan individu, bakal merosak keberkatan kehidupannya dan rezekinya.


Di peringkat Negara, membiarkan negara bergantung kepada hasil haram tanpa justifikasi betul daripada sudut hukum syariah akan menjerumuskan pemimpin ke dalam kehinaan, dosa dan balasan azab di akhirat.


Justifikasi dimaksudkan di atas adalah, sesebuah kerajaan pimpinan Islam dibenar meluluskan sesuatu yang diterima agama lain dengan syarat ia khusus untuk penduduk setempat itu dan tidak membabitkan penduduk beragama Islam.


Pada masa sama kerajaan dibenar mengutip cukai hasil pemberian lesen itu.


Contohnya, dalam sesetengah agama, arak dibenarkan, justeru pemerintah Islam menghormati kebenaran itu, justeru ulama menyatakan keharusan bagi kerajaan meluluskan pembukaan kedai arak khusus untuk penganut agama terbabit saja. Itulah namanya siasah syariyyah. Demikian statusnya dengan babi dan makanan tidak sembelih, disebabkan agama mereka membenarkan, kerajaan Islam mesti membenarkan pembukaan kedai jual babi, penternakan babi dan gerai menjual makanan tidak sembelih setelah dipohon penganut agama yang membenarkan tetapi secara terhad dan berhati-hati. Pada masa sama juga, kerajaan boleh mengenakan cukai biasa daripada lesen dan perniagaan itu.

Yang Dipersetujui Haram
Namun begitu, perlu diingat tiada agama mengharuskan pelacuran, pengurusan kewangan riba dan perjudian. Sebarang kebenaran bagi pembukaan premis sebegitu dan pengambilan cukai daripadanya adalah haram. Apabila ia masuk ke dalam pendapatan negara, keberkatan dalam negara akan hilang, tatkala itu ia memerlukan proses pembersihan. Menurut perspektif Islam, jika tidak dibersihkan, bebanan hukuman haram itu akan ditanggung pemerintah terbabit. Justeru, dalam keadaan itu dosa terlekat di bahu pemerintah jika dia Muslim.


Oleh itu, persoalannya bagaimana pula untuk menguruskan wang berkenaan.


Wang daripada sumber haram boleh berganda haramnya jika tidak disalurkan dengan betul.


Saluran terbaik menurut dalil dan perbincangan ulama adalah kemaslahatan umum, fakir dan miskin. Golongan ini sentiasa diharuskan oleh Islam untuk menerima wang daripada sebarang hasil atas kapasiti mereka selaku fakir, miskin dan sangat memerlukan.


Justeru, mereka adalah penerima harta sumbangan kerajaan dan individu secara yang sah daripada sudut pandangan Islam. Tiada syubahah untuk mereka menerimanya dan tidak lagi haram. Sebarang momokan mengatakannya syubahah dan haram adalah kegagalan dalam memahami dalil dan fatwa mazhab yang empat.


Menerusi penerangan itu mungkin ada pula yang akan bertanya, jadi adakah digalakkan industri serta perniagaan yang jelas haram ini.


Tidak sama sekali! Jika difahami sebegitu, pembaca terbabit silap memahami konteks.


Fatwa keharusan untuk disalurkan kepada tiga kumpulan tadi bukan satu galakan, sokongan atau sengaja membiarkan pimpinan meluluskan premis jualan arak, perjudian, pelacuran, riba dan sebagainya.


Pimpinan itu tetap berdosa meluluskan sesuatu aktiviti tetapi fatwa keharusan itu adalah satu pemberitahuan kaedah pelupusan sumber wang haram yang diperoleh oleh individu dan kerajaan bagi melepaskan bebanan haram yang ditanggung oleh negara dan individu.

Kesimpulan
Dalam isu ini, jika terjadi pada peringkat individu, ahli keluarga yang lain wajib menegur. Manakala di peringkat kerajaan, sebagaimana diajar nabi, wajib pula bagi ahli kepemimpinan lain atau penyokong mereka menegur. Jika teguran tidak dilakukan, dosa terbabit dikongsi bersama oleh pimpinan lain dan penyokong, berdasarkan banyak dalil, antaranya hadis nabi.


Riwayat Muslim dan Ibn Majah menjelaskan bahawa: “Barang siapa menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya hinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit.” Mungkin selepas ini ada yang bertanya: “Ustaz sebelum ini sibuk mengajak orang makan makanan dan harta halal tapi kali ini, adakah ustaz ingin kumpulan fakir miskin memakan wang syubahah dan haram?” Sebenarnya ini satu kekeliruan kerana saya sentiasa bersama kempen menjauhkan umat Islam daripada syubahah dan haram sama ada daripada judi, riba, penipuan, rasuah dan sepertinya.


Namun individu yang berkata di atas bercakap dan memahami dalam konteks yang salah.


Ini kerana kita menyentuh soal cara pelupusan wang haram yang bertujuan membersihkan pemilikan harta haram sama ada individu atau kerajaan.


Ia bertujuan untuk membawa berkat dan tanda taubat mereka.


Untuk melakukan taubat itu, wang haram dan syubahah yang dimiliki perlu disalurkan atau dipulangkan kepada mangsa (jika ia dicuri darinya). Namun jika tidak diketahui pemilik asal, penerima yang dibenarkan hanyalah maslahat awam, fakir dan miskin.


Bagaimana untuk bertaubat jika kemaslahatan awam, fakir dan miskin juga tidak boleh menerima wang tersebut.


Adakah ingin dilemparkan ke dalam lautan atau dibakar.


Itu sebuah pembaziran yang tidak perlu sebagaimana telah diterangkan di atas dan semua keterangan ini adalah berdasarkan pandangan ulama mazhab kontemporari selain mengajak kepada tatacara urusan wang secara halal dan tepat, yakni menjauhi syubahah dan haram.


Ditegaskan sekali lagi, harta tadi tidak sama sekali menjadi haram dan syubahah ke atas penerima sama ada yang termasuk dalam golongan maslahat awam, fakir dan miskin. Harapnya, persoalan ini mampu difahami dengan baik oleh semua pembaca.

Saturday, October 23, 2010

Analisis: Melayu mesti elak jadi burung walit, beruang madu

Analisis: Melayu mesti elak jadi burung walit, beruang madu
Oleh Kamal Ahmad
bhrencana@bharian.com.my
2010/10/23
Perwakilan pertikai GLC bersaing dengan usahawan dan komuniti perniagaan Bumiputera

ADA dua perumpamaan yang mesti dihindari orang Melayu. Pertama, jangan menjadi seperti burung walit (layang-layang). Kedua, jangan sekali-kali menjadi beruang madu. Perumpamaan ini penting diambil kira dan diinsafi kerana menjadi burung walit umpama hidup bersusah payah dan sentiasa diperalat orang lain.
Ketika air liurnya sangat berharga untuk membina sarang dan sarang itu cukup berkhasiat, malangnya sarang itu diambil orang lain dan dijual dengan harga mahal. Si walit akan membina sarangnya semula dan ia akan diambil lagi oleh orang yang sama. Orang yang berkepentingan itu sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk membina sarang walit tetapi nyata pelaburan itu menghasilkan keuntungan berlipat ganda.
Kasihan, burung walit juga tinggal dalam suasana penuh kegelapan walaupun ada sesetengah orang yang memeliharanya memasang alat pendingin hawa untuk memastikan ia tidak berpindah ke sarang lain.

Moral cerita ini, Melayu dan UMNO jangan diperalatkan selama-lamanya, apatah lagi selepas menyedarinya orang lain yang menuai hasil daripada susah payah serta hak kita.

Kita juga jangan menjadi seperti beruang madu. Ia menyelongkar sarang lebah, merosakkan kemudian meminum madunya. Yang rosak bukan setakat sarang tetapi benih lebah yang ada juga dimusnahkan. Boleh diambil iktibar di sini ialah jangan kita merosakkan parti selepas mengaut manfaat peribadi daripadanya atau jangan kita mengambil hak orang lain, apatah lagi memusnahkannya selepas kita menikmati kebaikan daripadanya.

Beberapa perkara menarik dibangkitkan perwakilan ketika membahaskan ucapan dasar Presiden dan usul ekonomi, semalam. Antara yang perlu diberi perhatian ialah mengkaji semula tahap persaingan yang diwujudkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan anak syarikatnya.
Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Shaffie, berkata: “GLC ini kawan atau lawan?”

Beliau mempersoalkan ‘status’ itu dalam skop persaingan dengan usahawan dan komuniti perniagaan Bumiputera kerana ada GLC sanggup menubuhkan agensi pelancongan atau syarikat membekalkan alat tulis, sedangkan banyak syarikat kecil Bumiputera seumpamanya beroperasi.

Lantas katanya, GLC ini wajar menumpukan operasi kepada perniagaan teras dan tidak perlu berkongsi kek dengan peniaga dan usahawan kecil Bumiputera yang sepatutnya dibantu bukan diberi saingan sengit.

Tidak merugikan jika GLC memainkan peranan mewujudkan lapisan kedua usahawan dan peniaga Bumiputera. Anak syarikat yang bukan teras elok dijual melalui konsep pengambilalihan oleh pengurusan atau MBO (managements buy-out) kepada usahawan berkelayakan serta berpotensi. Masih mengekalkan pegangan ekuiti pada tahap minoriti sekurang-kurangnya 30 peratus, GLC perlu membantu pengurusan terbabit dalam soal pengurusan tunai dan kewangan yang lazimnya lemah atau longgar sehingga syarikat gulung tikar.

Wajar juga dipertimbangkan supaya mengaitkan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dengan Pelan Transformasi Politik (PTP). Menghubungkan MTAB dengan PTP akan mewujudkan komitmen politik secara tegar dan sentiasa dalam pengetahuan Datuk Seri Najib Razak, selaku peneraju majlis itu.

Tuesday, October 5, 2010

Teres setingkat RM140 - 2 H 1 M

Rumah Taman Melor di Wakaf Tengah KT : Rumah sewaan harian - RM140.00 sebuah untuk 2 hari 1 malam. Tinggal lebih lama ada diskaun. Rumah ada 4 bilik dan 2 bilik air / tandas - Master bedroom katil kelamin (hawa dingin), bilik no.2- katil bujang ada 2 unit (hawa dingin), bilik no.3 katil bujang 1 unit (Kipas) dan bilik ke 4 - katil kelamin ada 1 unit (Kipas).

Peralatan : Kerusi set Sofa,Meja makan 6 kerusi,TV - Astro, Peti Ais, Mesin Basuh semi.

Parking 2 kereta, Lampu jalan dalam taman depan rumah(terang benderang). Kedai makan (selera kampung 24 jam) hanya 1 km sahaja.

SEWAAN BULANAN : RM800.00 (termasuk bil Astro) Sewa bulanan syarat: Letrik dan air bayar sendiri. Cadar dan selimut bawa sendiri. Deposit 1 bulan sewa. Sewaan 3 bulan, 6 bulan dan setahun.Bayar sewa awal bulan setiap bulan.Deposit dikembalikan bila tamat sewa dan setelah ditolak kerosakan (jika ada).

Lokasi :

10-15 minit memandu berkereta dari Bandar Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud,Stadium Sultan Mizan,Gong Badak ke UNISZA(UDM) dan UMT.

0.5km dengan IPGM (Intitut Pendidikan Guru Malaysia)Wakaf Tengah,Batu Rakit Kuala Terengganu.
200 meter MRSM Wakaf Tengah, Kuala Terengganu.
10Km INSTEP(intitut Latihan Petroleum Petronas,Batu Rakit, Kuala Terengganu.
3Km Universiti Sultan Zainal Abidin(UNISZA) dulu dikenali UDM (Universiti Darul Iman).
3Km Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
2Km Pantai mengabang Telipot.
Kedai Keropok lekor Terengganu Original.(Kg Tanjung,Batu Rakit).
5km Pantai Teluk Ketapang- belakang Airport Kuala Terengganu.
6Km ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu.

5.5km Kompleks Sukan Negeri,Gong Badak dan Stadium Tertutup Negeri, Gong Badak.

Jika datang dari Kota Baharu Kelantan melalui jalan Pantai : Penarik ke Batu Rakit - Wakaf Tengah.(Akan jumpa kawasan Kedai/gerai keropok Lekor dan keping)

Kemudahan berhampiran dengan Pasar malam wakaf Tengah, Bank Simpanan Nasional Cawangan Wakaf Tengah. Restoran/kedai makan berhampiran, Surau wakaf Tengah. Kedai makan 24jam pun ada di jalan utama ke Padang Nenas menghala ke masjid Padang Nenas,Wakaf Tengah.

Depan bertentangan stesen petronas ada Institut Latihan Bahasa Inggeris Batu Rakit Kuala Terengganu.

Stesen minyak petronas Wakaf Tengah (Taman Melor 200 meter, masuk jalan sisi/tepi stesen minyak ini).(Taman di belakang Petronas)

Berminat hubungi Pak Deen 019-9429842. Booking awal dan rundingan dialu-alukan.

Monday, October 4, 2010

Dua jam loan rumah lulus n keluar surat offer

Hari ini proses jual rumah berjalan lancar. Terima kasih kepada pegawai bank tu..Tengahari tadi tolong pembeli rumah teres buat pinjaman dengan bank untuk beli rumah yang aku jual. Sebelum tu suruh pembeli bawa apa yang perlu untuk hantar bersama borang pinjaman.(Slip gaji,IC,penyata bank,penyata pendapatan tahunan,kalu ada penyata KWSP,S n P - jika telah ada..) Buat temujanji dengan pegawai bank dahulu. Bila gi ke bank jumpa terus pegawai bank tu. Memang layanan bagus bila dah buat janjitemu(atas individu jugak)- ada yang teruk......bincang2 nak buat loan berapa yang boleh lulus dgn pendapatan pembeli tu. Kira2 boleh lulus yang hendak baru nak summit borang. Perjanjian tak buat lagi tu..nak tahu loan lulus ke tak. Proses dalam komputer dia, dapat lah yg diminta. Bincang dan tunggu tu dalam sejam. Lulus cuma tunggu bos semak dulu. sementara tu gi buat deraf perjanjian dgn lawyer, tunggu siap S n P 10 minit je. Lepas tu gi makan sebab pukul 2 petang sementara tunggu proses loan siap. Makan tak sampai 10 minit ,pembeli dapat call surat kelulusan telah siap tandatangan bos bank dan sila datang ambil. Terkejut pembeli kerana tak jangka secepat tu surat pinjaman lulus keluar.

Itulah gunanya bila kita ada sikit ilmu dalam urusan macam ni..senang buat kerja..aku perturunkan ilmu sikit ni kepada pembeli tu sebab dia minat nak buat macam aku buat ni. Pembeli tu beli rumah ni yang pertama kali. Baguslah kalu ada minat macam tu. Aku lagi suka orang muda buat..aku ni dah tua..jangka hayat loan tak boleh buat tempoh lama lama..layak 10 tahun ke 15 tahun je..kalu dapat buat 25 tahun ke 35 tahun lagi bagus untuk rumah pelaburan...Terima kasih juga kepada pembeli ni kerana memudahkan urusan dengan pak deen dan terbuka hati nak buat dalam bidang ni....Terima kasih banyak2.