Thursday, January 28, 2010

Rumah Taman Desa Kayangan : akan kosong Mei 2010

SEWAAN BULANAN RM350.00(tanpa perabut)

Rumah Taman Desa Kayangan terletak di Kampung Tanjung Batu Rakit Kuala Terengganu.
Rumah lot tepi,teres setingkat mempunyai 3 bilik dan 1 bilik air/tandas.

100 meter dari jalan utama Batu Rakit ke Kuala Terengganu.
3km dr Intitut Pendidikan Guru Malaysia di Batu Rakit.
5km ke INSTEP/ALAM batu rakit KT
6km ke UMT/UDM

Deposit sewa (dua bulan) + sewa bulan pertama dan deposit api/air RM100.00 - mengikut terma dan syarat. Jumlah RM1150.00 Deposit akan di kembalikan bila Tamat Sewa.

Berminat call Pakdeen (019-9429842)untuk booking awal- Pastikan lawat dulu lokasi.

Tuesday, January 26, 2010

Rumah Taman Melor

Rumah di Taman Melor No.7,Wakaf Tengah,Batu Rakit Kuala Terengganu. Rumah ini mempunyai 4 bilik tidur, 2 bilik air dan tandas.

Peralatan yang ada : katil dan tilam setiap bilik,
peti ais,dapur memasak,mesin basuh dan tv.

Rumah bergril keselamatan.

Rumah jenis teres setingkat.Tidak banjir.

Berdekatan dengan Intitut Pendidikan Guru Malaysia Batu Rakit(MAKTAB)(0.5km), UDM(3km).UMT(3.2km),INSTEP(8km),BSN(200m),pasar malam(0.6km),klinik kesihatan(0.5km),petrol pam petronas(100m).MRSM(200m)

Kepada penyewa yang hadir kursus( 6 bulan atau setahun) pun boleh sewa, Pelajar - pelajar MAKTAB,INSTEP,ALAM,UDM,UMT amat sesuai menyewa disini.

Sewa bulanan: Rm800.00 tidak termasuk air/api. Deposit sewa RM800.00 + Rm800.00 sewa pertama + deposit air/api RM200.00 JUMLAH SEMUA RM1800.00 : Deposit akan dikembalikan bila tamat sewa.

Berminat hubungi Pak Deen 019-9429842, siapa cepat dia dapat,

Saturday, January 23, 2010

Hari serah kunci utk penyewa TP1

Hari ni 23.1.2010 pukul 2.00 petang pergi serah kunci kepada penyewa Taman Permata 1. Yang sewa rumah ni terdiri pelajar pelajar Intitut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato Razali Ismail Batu Rakit Kuala Terengganu. Mengikut perjanjian sewa sehingga November 2010. SELAMAT MENYEWA.

Saturday, January 16, 2010

Sekadar Renungan ke arah Jutawan Hartanah

Kenapalah orang kita ni suka sangat nak kaya cepat,berusaha malas,nak kaya.. malas kerja dan malas berfikir. Melabur sikit nak untung banyak. Pulak tu nak tunggu je untung mendatang tanpa susah susah kerja. Walaupun di dada akhbar terpampang berita kena tipu kepada syarikat pelaburan (tipu,kelentong). Baru baru ni cerita nak ternak cacing,ramai kena tipu, bukan sikit tu jutaan ringgit...yang kena tu bukan calang calang orang, berpelajaran belaka, profesional pun ada.

Jenis satu lagi..main calling calling ajak gi dengar peluang bisnes kat hotel, ni lagi hebat, kat hotel..Bila panggilan : anda orang bertuah dapat hadiah 3 hari 2 malam kat hotel..dengan syarat anda datang suami isteri untuk menuntut hadiah, kalau tak, tidak dapat, sebelum tu dengar taklimat bisnes dulu. Ada juga jenis ni ya,,ada yang terkena sampai hilang Rm3000 konon nya pelaburan.

Bagi pak deen yang tak berapa pandai ni, baiklah melabur beli rumah, modal dari bank untuk beli rumah dan bagi sewa, dapatlah duit sewa setiap bulan. Sewa setakat balik modal(bayar bank) tak pe, janji rumah tu rumah kita, orang tolong bayarkan. Kalau ada lebih itulah bonus. Pinjaman buat lah 10 tahun,15 tahun,20 tahun atas umur anda sendiri, kalau umur muda panjanglah tempohnya.(Pelaburan jangka panjang).

Pak deen beli rumah pelaburan pertama modal Rm2000 je, yang selebih nya dari bank. Pak deen telah buktikan apa yang telah dilakukan oleh penulis dan jutawan hartanah, Azizi Ali.(walaupun Azizi tak kenal pak deen..) tapi kalau dia tahulah, seronok dia sebab ilmu yang ditulisnya dapat membantu orang jadi kaya..

Petikan dari buku Azizi Ali: Kira kira 86% pelabur persendirian hanya memiliki satu hartanah. Tidak hairan mengapa mereka masih belum kaya. 13% yang lain memiliki lebih daripada satu hartanah dan hanya 1.5% sahaja pelabur yang memiliki lebih daripada empat hartanah. Kumpulan mana yang boleh kaya. Sekurang kurangnya lima hartanah untuk menjadi pelabur berjaya dan membina kekayaan dengan lebih serius. Yang inilah perlu kita cari untuk dapat bonus setiap bulan, bukannya cari sekim cepat kaya atau ilmu bertangguh.

Friday, January 15, 2010

Rumah Taman Permata Telah D sewa

Mulai 23.01.2010 rumah ini telah disewa secara bulanan oleh Pelajar-pelajar Intitut Pendidikan Guru Malaysia, kampus Dato Razali Ismail di Kuala Terengganu. Mengikut perjanjian Sewa sehingga November 2010.





Rumah ni 3 bilik 2 bilik air/tandas.

Rumah ada katil,tilam,dapur,peti ais,TV,kerusi tamu.Nak sewa maksima 5 orang pun boleh. Sewaan Bulanan RM750.00 sahaja /sebulan.

Lokasi dekat dengan : MRSM Terengganu,Pusat pendidikan Perguruan Batu Rakit Terengganu,
bedekatan Klinik baru Rakit,BSN cawangan Wakaf Tengah,Restoran,pantai,Universiti Malaysia Terengganu,Universiti Darul Iman Terengganu kampus Kusza.

Wednesday, January 13, 2010

Sewaan Bulanan: Rumah akan kosong Jun 2010


Rumah di Alor Jambu Wakaf Tengah Batu Rakit.

Friday, January 8, 2010

hari ni bersih rumah sewa

Hari ni jadi kuli sekejap. Gi bersih rumah, ada penyewa baru nak sewa masuk. Kenalah bersih sikit debu2 yang ada, selesa sikit orang nak sewa,walaupun diorang nak bersihkan,tapi kita tuan rumah ni kena tolong juga, baru rasa puas hati nak serah kunci,mudah2an bila diorang keluar nanti, keluar dengan bersih juga,kalau tak kena potong deposit upah bersih. Kena menang sama menang.

Sebab ada penyewa ni yang pengotor tu diorang hati hati lah sikit, kita dah cakap awal awal , masuk bersih keluarpun bersih juga, kalau kotor tolak deposit untuk upah tukang bersih, bila cakap syarat macam tu , diorang sayang duit ooooi, barulah kita tak letih bersih umah. Kalau kita bersih pun dapat upah nya. Berbaloikan.

Kalau tak buat syarat macam tu penyewa tak jaga rumah kita, pada hal diorang menyewa macam tinggal rumah mereka juga sepatutnya. Kalau ada rosak macam tu juga, masuk elok, keluar pun elok. Kita tuan rumah sewa, bukan rumah kebajikan, penyewa buat rosak diorang kena tanggung sendiri, kalau tak potong deposit, adilkan!.

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BAHARU MASIHI..... 2010

Tahun baru dah..rasa sekejap je..itulah masa terus berjalan dan berlalu tanpa disedari ..kita masih disini ..meniti perjalanan hidup penuh cabaran dan dugaan..fizikal dan batin..Sekarang tahun 2010 ke mana kita nak tuju, dah jelas ke belum ke arah mana jalan untuk sampai ke destinasinya.

Yang pasti ALHAMDULILLAH,TERIMA KASIH ALLAH, kerana masih memanjangkan umur lagi untuk terus hidup dan meneruskan cita cita DUNIA DAN AKHIRAT.Semoga tahun ini bertambah KEIMANAN dan dapat mencapai apa yang dihajati untuk diri,keluarga,rakan,saudara dan masyarakat amnya.

Salah satu fokus tahun ni (dengan izinNYA) tambah lagi rumah...
Caranya:
Dari sekarang dah tinjau tinjau siapa nak jual rumah: rujukan rakan,ejen,internet.

Tambah lagi ilmu dalam Hartanah(rumah je..), sebabnya ilmu ni selagi belajar lagi banyak yang tahu dan yang tak tahu. Jadi kena belajar sentiasa selagi nak buat dalam bidang ni. Macam macam kena belajar bukan setakat nak beli je..banyak ....!

Anugerah cemerlang UPSR