Saturday, March 27, 2010

Kenal kapasitor?

Aktiviti hari minggu, pergi ganti kapasitor kipas siling salah sebuah rumah yang rosak. Penyewa maklum kipas tak berpusing. Hari ni bawa tangga ngan gen 2, sebelum tu singgah beli 2 unit kapasitor. Biasanya kalau kipas siling tak berpusing mesti rosak kapasitor. Sesampai je rumah sewa tu, mulalah angkat tangga dan buka penutup kipas siling dan ganti kapasitor. Test..test tak berpusing. Rupa nya bila ia rosak, kita kena pusing dulu sendiri, pusing..pusing dengan tangan..tunggu jap dan akhirnya mula berpusing sendiri dan terus berpusing, maknanya dah ok.

Disini nak maklumkan bila kita berada dibidang ini,kita juga kena tahu serba sedikit ilmu letrik supaya kerosakan kecil dapat dibaiki sendiri dan menjimat kan masa serta duit upahnya sekali. Kalau tiada ilmu terpaksa cari tukang letrik atau panggil kawan yang berilmu letrik. Bukan tak ada kawan letrik, tapi masa free di orang kena tunggu, jadi bila kita pandai sendiri, maka cepatlah kerja.

Selesai masalah tersebut, pergi pula bersih serba sedikit, sebuah rumah lagi, ada penyewa akan masuk menyewa pada awal April ini. Penyewa terdiri student salah sebuah pusat pengajian swasta untuk selama 3 bulan sahaja, berbaloi dah sebab sewa lebih dari payment bank. Lepaslah cashflow nak buat payment bank setiap rumah, yang lebih simpan untuk modal akan datang..

Monday, March 22, 2010

Alhamdulillah..Bersyukur....

Alhamdulillah..perbincangan malam ni dengan tuan rumah di tok jembal tu bertambah positif untuk tambah rumah satu lagi. Apabila selesai bayaran kepada tuan rumah yang terdahulu pada April ni, maka boleh sambut untuk beli satu lagi. Prosesnya sama je, dapat pinjaman atau sumber tertentu dapatlah rumah tu..Maka tercapailah matlamat untuk memiliki rumah pelaburan sebanyak sepuluh buah dalam masa 5 tahun walaupun pada awalnya rakan rakan, saudara mara tidak percaya dengan maatlamat itu.

Alhamdulillah berkat usaha,doa,mencari ilmu dan yakin dengan diri sendiri, mampu juga mendapatkannya. Pada mulanya ditertawakan rakan rakan yang negatif atas kebolehan kita.
Tiada yang mustahil bila kita berusaha dan yakin, rezeki dimana-mana(dengan IZINNYA) tetap berjaya.

Walaupun bermula dengan kosong, akhirnya dapat juga capai matlamat pada 2010 ini. Alhaamdulillah, syukur...

Sunday, March 21, 2010

Di mana titik permulaan?

Terfikirkah anda,dari mana nak mula, dimana titik permulaan sesuatu kerja. Kadang kadang anda bukan orang tiada ilmu, anda memang orang berilmu, ada ijazah,sijil..tapi kenapa anda masih tidak bermula untuk mengubah kehidupan biasa menjadi luar biasa. Anda dilahirkan memang luar biasa.

Cuma fokus dan matlamat kurang jelas dan kurang memberi tumpuan satu satu impian. Anda ada impian masing masing tapi tinggal impian kerana masih tidak bermula dan masih tidak melangkah, langkah pertama, masih bertangguh, nanti..nanti..

Sebab apa, kehidupan ini bukan macam kita baca buku ada bab satu,dua,tiga...seterusnya. Setiap orang mencapai kejayaan cara tersendiri, cuma landasan mungkin seakan sama. Cuba kita perhatikan orang yang telah berjaya samada melalui buku yang kita baca atau pemerhatian secara langsung, mereka berjaya cara berbeza antara satu sama lain, tak sama.

Jadi untuk berjaya sesuatu bidang anda kena memilih sesuatu bidang yang anda impikan. Fokus betul betul,tambah ilmu dalam bidang yang kita pilih itu,jangan sesekali bulan ini fokus A, bulan depan alih fokus B pula. Bidang A belum mahir dan belum berjaya, telah pilih bidang B. Pasti kita gagal.!!

Satu lagi kenapa kita kurang berjaya, kita mula berasa kita telah pandai, kita dah ada ijazah dan sijil, maka kita tidak suka menambah ilmu samada melalui membaca buku-buku, cari sumber melalui internet, bertanya orang berpengalaman dan sebagainya. Kita dah dah ada kerja tetap, kerja itulah yang kita tahu, ilmu bidang lain tolak ketepi. Berapa peratuskah yang suka membaca apabila keluar dari pembelajaran sekolah atau pusat pengajian tinggi. Sedangkan ilmu tidak tamat bila sudah tamat alam persekolahan atau Universiti. Selagi hidup kita perlu mencari ilmu...

Begitu juga bila hendak menceburi bidang hartanah rumah pelaburan. Ilmu kena sentiasa dicari dan digali daripada orang berpengalaman : melalui internet/blog(tidak semestinya jumpa orang itu). Rajin rajin melayari bidang yang kita pilih. Ramai bloger bidang hartanah yang sukarela mencurah ilmu mereka. Syaratnya kita melakukan apa yang diajar: melangkah Pertama!!!.

Friday, March 19, 2010

Minda positif orang berjaya

Pernahkah kita terfikir, kenapa orang yang kurang pandai dari kita boleh berjaya dari kita, sedangkan orang yang kita lihat jauh lebih kurang kemampuan dari kita,rupa kurang ,pelajaran kurang,pergaulan kurang,nampak tak kreatif, tak lawa pun,tak kaya pun,digree pun jauh sekali,tapi kenapa boleh berjaya?

Kita yang lebih bijak,lebih kreatif, ada sijil/ijazah lagi,pandai bergaul ,kawan hebat-hebat,rupa lagi tampan/cantik, tapi masih tak berjaya apa yang nak dicapai.

Kenapa ya?..Jawapan nya adalah MINDA KITA sendiri. Minda yang dianugerah Tuhan ini kita tidak guna sepenuhnya yang boleh kita cipta kearah kejayaan masa depan kita sendiri.Ramai yang sia siakan minda yang ada, kita rela lihat orang lain berjaya tanpa mencari bagaimana orang itu berjaya sedangkan orang itu lemah dan kurang dari kita.

Jadi kita memerlukan MINDA POSITIF yang akan membentuk kejayaan kita. Minda yang orang berjaya miliki dan cari sebanyak mungkin ilmu yang mereka ada. Bila dah dapat ilmu, buat atau tiru yang mereka buat walupun tidak seratus peratus, langkah demi langkah,sebab bila dah kita bertindak/lakukan insyaallah akan sampai kedestinasi yang dituju. Lakukan dilandasan yang betul pasti sampai.

Buang minda yang NEGATIF ,sikap negatif, tak boleh lihat orang lain berjaya(buang jauh-jauh).

Lihat orang berjaya, bagaimana mereka hadapi kegagalan-: cara mereka atasi macamana. Ketika hadapi masalah kewangan adakah mereka merungut sahaja atau mencari jalan atasi serta merta. Adakah mereka takut persaingan,atau mereka mencari bagaaimana nak mengatasinya.

Jadi kita harus belajar melalui TV,buku-buku,internet/blog,seminar,kawan positif minda dan sebagainya.

Selepas kita mengkaji dan lihat mereka berjaya, kita mesti berfikir seperti mereka, bertindak macam mereka dan mempunyai kepercayaan seperti mereka macamana nak berjaya.

Kuasa minda positif dan yakin boleh dalam diri kita, pasti akan tercapai apa yang kita inginkan dengan syarat ikut peraturan dan lakukan , bukan hanya pandai bercakap sahaja.

Berhati hati juga, jangan lihat tv saja konon nak ilmu, anda tak akan berjaya tanpa melakukan yang sepatutnya.

Ayuh..sekarang dan hari ini bertindaklah dilandasan yang diinginkan dan lihat kesannya.

Monday, March 15, 2010

Perbincangan yang positif

Sementara menunggu proses jualbeli rumah awal tahun ni selesai, kena cari peluang rumah lain pula. So...
Petang jumaat baru baru ni , ada perbincangan untuk proses tawaran orang nak jual rumah. Rumah tu rumah terpakai,Rumah 3 bilik dan 1 bilik air dan satu tandas berasingan, rumah tu dah ada student yang sewa,nak jual serta dengan barang2 dalam termasuk katil,tilam,peti ais,mesin basuh,TV. sesuailah tu sebagai rumah pelaburan. penjual perlukan wang untuk keperluan peribadi, nak ke Mekah. Rumah bawah seratus ribu. So inilah peluang salah satu syarat bila nak beli rumah pelaburan. Dalam perbincangan tu sebelum selesai bayaran jual beli, sewa dah boleh diambil dengan penyewa sekarang, bila kita selesai bagi deposit sikit kat penjual.

Lokasi rumah tu pun bagus, dekat dengan Airpot, Pantai perkelahan dan Universiti. Jadi inilah lokasi yang dicari cari kat kuala Terengganu ni. Rezeki datang tak boleh lepaskan.

Friday, March 12, 2010

Sambil tunggu Proses Jual beli selesai - ada tawaran baru

Hari ni Jumaat, petang nanti ada temujanji dengan tuan rumah bakal nak jual rumah nya. Rumah teres 3 bilik,setingkat.Rumah tu potensi untuk disewa bulanan dan harian, sekarang sudah ada penyewa, sewa sekali dengan barang:ada katil/tilam dan sedikit kemudahan dapur.Tuan nak jual beserta dengan barang yang ada.

Pak deen dah lihat rumah tu, bagus jugak lokasinya, kalau perbincangan sesuai boleh tambah satu lagi rumah, cukup target tahun ni. Penyewa pun tak payah cari dah, penyewa lama, cuma bagi lah syarat syarat kita yang baru. Sekarang ni dok tunggu urusan jualbeli yang dibuat Disember lalu, dijangka februari selesai tapi nampaknya Akhir mac/april ni insyaalllah selesailah jual beli tu. Lama dah tuan rumah tunggu nak selesai. Itulah urusan beli rumah ni, ada yang cepat dan ada yang lama sikit menunggu. Kalau buat pinjaman bank ni, ada yang cepat dan lambat kerana ia berkaitan dengan jabatan lain jugak. Ada pejabat peguam kakitangan buat cepat,cepatlah prosesnya,nak buat pinjaman macam-macam yang minta dokumennya,kalau tak cukup apa yang dimainta,makan masa lah kita. Pinjaman bank pulak nampak macam sama syaratnya tapi bila kita buat berbeza pulak antara individu. Memanglah atas kertas syarat tu sama je tapi praktikal nya berbeza. Tapi bila urusan selesai,seronok tu ada sebab dapat beli rumah lagi, nikmatnya dapat selesai , oi berbeza setiap buah rumah. SERONOK... Apa tidaknya dengan gaji tak seberapa dapat beli rumah sebuah demi sebuah.Dapat tambah pendapatan PASIF, kerja sikit dapat mencukupi dan lawan INFLASI akan datang. Kalau panjang umur, Pencen nanti dapat lah hasil lebih lumayan.

Di sini pak deen ambil kesempatan, menyeru kepada yang dah dapat kerja,umur muda lagi, fikir-fikir lah untuk belajar nak beli rumah lebih dari satu buah, Pak deen ni dah berumur...tak sempat tambah banyak banyak, 2 buah setahun dah oklah tu.Tapi bagi yang muda muda jangan alasan duit tak cukup, ada cara nya nak beli rumah tanpa duit yang banyak. Kalau kereta boleh beli dan bertukar baru, kenapa rumah tak boleh kita buat, beli dan beli?,,.Susah ke..tak..senang je..Dengan syarat jangan lupa kepada yang MAHA KUASA..ALLAH..Bersyukur apa yang diberi nya dan sentiasa selepas SOLAT berdoa.AMIN..