Friday, May 21, 2010

Penulis buku Jutawan Senyap

Sudah Lama Berbisnes... Tetapi Masih Juga Gagal & Hutang Semakin Bertambah !!! Inginkah Anda Tahu Rahsia Kekayaan Jutawan Islam Dari Bogor .....?

Dari Meja Penulis : Dato' Dr Hj. Rusly Abdullah ( Chef Li )

Mungkin nama mereka tidak tersenarai di Majalah Forbes tetapi ini tidak bermakna mereka tidak cukup kaya. Mungkin kerana mereka tidak memiliki banyak syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Jakarta. Maka nilai kekayaan sebenar mereka sukar diakses oleh pihak penarafan kekayaan. Atau mungkin kerana mereka tidak mendapat publisiti yang sewajarnya dari media arus perdana.

Namun perlukah kita hanya bergantung kepada senarai Forbes untuk mengetahui ramai tidaknya jutawan Islam di Indonesia? Cukuplah kita bertanya kepada masyarakat setempat. Kelebihan para jutawan Islam ialah mereka akrab dengan masyarakat.

Benar, masyarakat tahu siapa yang kaya di daerah mereka sendiri. Mereka tidak perduli sama ada si kaya itu pernah muncul di TV atau tidak.
Belum cukup kayakah seorang yang memiliki lebih 1000 hektar lading sawit. Belum cukup kayakah seorang yang ada bangunan 40 tingkat di metro Jakarta. Belum cukup kayakah seorang yang memiliki jet peribadi untuk terbang segera ke seluruh pelusuk Indonesia? Belum cukup kayakah seorang yang mempunyai hotel dengan lebih sedozen cabang di seluruh Indonesia? Betul mereka tidak tersenarai. Betul mereka tidak di kenali dipentas global tetapi mereka KAYA!

Anda disarankan membeli & membaca buku keenam tulisan beliau iaitu "Rahsia Kekayaan Dari Bogor ". Ia merupakan kesinambungan daripada kelima-lima buah buku beliau sebelum ini.

Monday, May 17, 2010

Persediaan Persaraan Masih Rendah

TAHAP kesedaran merancang menabung untuk kehidupan selepas persaraan di Malaysia yang umur persaraan di kalangan rakyatnya ialah antara 50 hingga 55 tahun masih rendah berbanding negara lain. Ada kalangan rakyat Malaysia bersedia terus bekerja walaupun selepas umur persaraan wajib dengan menyambung kontrak. Berdasarkan pemerhatian, mereka masih mahu menyumbang tenaga berkerja sehingga usia 61 tahun, samaada kerana sememangnya suka bekerja atau memerlukan pendapatan untuk sara hidup.

Biasanya semua orang akan mula memikirkan apa yang hendak di lakukan apabila bersara ketika berusia 50 tahun,tinggal lima tahun sebelum bersara dan sudah terlambat untuk merancang. Bagi yang memiliki harta seperti rumah sewa,tanah, kebun dan perniagaan mungkin tiada masalah. Apabila bersara, pastinya seseorang itu yang sebelum ini sibuk dan aktif dengan tugas sehariannya, bila berubah corak kehidupannya dengan memasuki dunia baru. Tiada lagi gaji bulanan di terima dan rutin seharian yang membelenggu hidup mereka, sebaliknya lebih banyak masa dihabiskan dengan aktiviti berbentuk peribadi.

Justeru, dalan melayari sisa hidup itu, kita perlukan simpanan untuk melakukan pelbagai kegiatan termasuk perbelanjaan keperluan asas khususnya makanan dan pakaian, selain membayar bil. Dalam keadaan itu, perancangan awal dengan melakukan tabungan supaya dapat menempuh alam persaraan dengan tenang dan berkeyakinan. Senario di negara ini, bagi kakitangan kerajaan mempunyai skim pencen, manakala pekerja swasta mencarum wajib di dalam Kumpulan Simpanan Wangn Pekerja (KWSP) sebagai bekalan simpanan hari tua selain pembelian saham dan bon. Alternatif boleh dilakukan dengan menambah simpanan hari tua menerusi skim insurans persaraan. Namun, di negara ini kesedaran menabung bagi skin persaraan itu masih rendah.

Syarikat insurans pernah membuat kajian di banyak negara di seluruh dunia baru-baru ini, mensasarkan kumpulan pekerja berumur 25 tahun ke atas serta kumpulan pesara berusia 75 tahun ke bawah, bertujuan melihat persepsi masyarakat mengenai persaraan, perbandingan antara tanggapan dan kenyataan(pekerja dan pesara) dan menganalisis tinjauan masyarakat dari sudut pandangan antarabangsa.Berdasarkan kajian yang membabitkan malaysia itu mendapati kebanyakan pekerja mula bersiap untuk menabung bagi menghadapi dunia persaraan mereka pada purata usia 41 tahun, berbanding mereka yang bermula pada usia 47 tahun dan kebanyakan mereka adalah di kalangan berpendapatan tinggi.

Situasi itu berbeza dengan pekerja di Britain yang sudah mula membuat persiapan persaraan seawal umur 28 tahun, Amerika Syarikat 30 tahun, Singapura 34 tahun, dan Thailan 43 tahun. Kajian menunjukkan pesara masih tidak bersedia dengan rintangan yang bakal dilalui sepanjang tempoh persaraan. Pada peringkat permulaan, mereka yakin simpanan mencukupi tetapi selepas berdepan dengan masalah dan perkara tidak dijangka, baru menyedari bahawa tindakan itu salah.

Berdasarkan kajian itu, kira2 48% sahaja pekerja di Malaysia membuat persediaan menabung untuk persaraan berbanding di Amerika (79%)l britain (71%); Singapura (54%) dan Thailand (38%).

Pada dasarnya, rakyat di negara ini lebih memberi keutamaan membeli polisi insurans nyawa, kira2 73 peratus pekerja di Malaysia membeli insuran nyawa, diikuti caruman wajib KWSP (67 peratus) dan sumbangan melalui majikan (65 peratus).

Kajian di Singapura pula, menunjukkan caruman tabung simpanan pekerja (CPF) 91 peratus, diikuti sumbangan majikan secara sukarela untuk pekerja (90 peratus) dan mempunyai simpanan CPF, akaun SRS, simpanan persaraan, pelan pengeluran tempoh matang (84 peratus).

Di Amerika Syarikat, 91 peratus menyumbang kepada Keselamatan Sosial, sumbangan majikan (69 peratus) dan menabung dalan saham, bon, sijil simpanan (66 peratus).

Jika dilihat dari segi tabungan pula, di Malaysia, jumpah simpanan meningkat kira2 RM478 kepadaRM704 setiap bulan. Bagaimanapun, di Amerika Syarikat pula pekerja memperuntukkan sejumpah RM2207 setiap bulan untuk skim persaraan. Kajian aspek kesihatan mendapati jurang perbezaan antara orang pekerja dan pesara tidak begitu besar. Penyelidikan menunjukkan tahan kesiahatan optimum ialah pada usia muda.

**February 4, 2010 by Eddy Wijaya
** Ulasan dari Harian Metro 13 Jan 2010

Thursday, May 13, 2010

Miliki kediaman ikut bajet

Rumah yang selesa dan menarik di kawasan kejiranan yang aman serta berdekatan dengan pelbagai kemudahan pastinya menjadi idaman setiap pembeli.

Bagaimanapun, tidak semua beruntung dapat memiliki kediaman idaman yang mempunyai cirri-ciri yang diimpikan berikutan nilai rumah yang tinggi akibat daripada nilai hartanah yang mahal terutama di tengah-tengah kawasan Bandar.

Langkah pertama sebagai pembeli yang bijak, kita perlu selidik dulu kawasan hartanah yang bakal dimiliki. Tidak salah jika pada hari cuti terutama di hujung minggu, kita mengambil kesempatan bersiar- siar sambil meninjau kawasan perumahan yang menarik perhatian dengan melawat rumah contoh atau pejabat pemaju perumahan.

Lebih menguntungkan jika pemaju mengadakan hari terbuka yang membolehkan bakal pembeli melihat rumah contoh dan mendapatkan nasihat dari segi pinjaman kewangan dan undang-undang daripada pihak yang dijemput pemaju pada hari berkenaan.

Jadi, secara tidak langsung pembeli dapat gambaran awal mengenai kawasan rumah yang bakal dibeli selain mengetahui bajet yang diperlukan untuk memiliki kediaman idaman.

Tidak dinafikan nilai hartanah yang tinggi menyumbangkan kepada peningkatan harga rumah. Lazimnya, hartanah di kawasan tengah Bandar yang dipenuhi pelbagai kemudahan termasuk laluan masuk yang banyak dan berdekatan dengan pusat perniagaan mempunyai nilai yang tinggi.

Tentunya harga rumah turut mahal. Mungkin harga seunit pangsapuri di kawasan Bandar sama harganya dengan rumah teres dua tingkat di pinggir Bandar atau rumah banglo di kawasan luar Bandar.

Bagi yang belum mendirikan rumah tangga atau bilangan ahli keluarga yang kecil atau pasangan yang baru berkahwin tentunya tinggi di pangsapuri tiga bilik tidak menjadi masalah dan masih berasa selesa.

Tetapi bagi yang mempunyai keluarga yang besar, tertentunya lebih selesa jika dapat memiliki rumah yang lebih luas dan mempunyai laman untuk anak-anak bermain.

Kediaman yang dekat dengan tempat kerja sering menjadi pilihan kerana ia dapat mengurangkan kos pengangkutan termasuk minyak kenderaan dan tol. Selain itu, pilihlah kawasan kediaman yang mempunyai jalinan pengangkutan awam atau lebuh raya bagi memudahkan urusan.

Kejiranan yang aman juga perlu diambil kira selain kemudahan asas seperti padang permainan, surau, masjid, sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak juga memainkan peranan penting bagi pemilihan rumah idaman.

Pilihlah pemaju perumahan yang mempunyai rekod yang baik bagi mengelakkan kita membeli rumah yang berkualiti rendah dengan harga yang mahal, selain mengelakkan kerugian akibat kelewatan rumah disiapkan sehingga menyebabkan pembeli terpaksa menanggung beban hutang dengan institusi kewangan.

Reka bentuk rumah juga memainkan peranan kerana kita bukan tinggal di rumah sehari dua tetapi bagi tempoh yang lama. Jika rumah yang cantik dan selesa tentunya kehidupan harian lebih sempurna.

Nah, apa lagi pilihan di tangan anda. Apa-apa pun, jadilah pembeli yang bijak dan membeli rumah idaman mengikut bajet masing-masing.

Tip- tip:
• Selidik latar belakang pemaju
• Meninjau kawasan perumahan yang sesuai
• Memilih kejiranan yang aman
• Berdekatan dengan tempat kerja
• Pilihlah kawasan perumahan yang mempunyai kemudahan asas seperti surau, sekolah, taman asuhan kanak-kanak, masjid dan pasar raya.
• Pilihlah kawasan perumahan yang mempunyai rangkaian laluan seperti lebuh raya dan pengangkutan awam.

Berita Harian khamis,13 mei 2010 : 1klassifieds oleh Mona Ahmadmona@bharian.com.my