Bila bercakap mengenai wang dan kaya, ramai yang sengal telinga, buat apa kaya, biar lah tak kaya pun, bila kaya
nanti jadi sombong,lupa diri,tak ingat agama, lebih dahsyat lagi gelar penyangak. Bila banyak wang
tak kenal kawan-betul ke?Jika anda percaya semua orang kaya adalah
penyangak,sombong,lupa diri, anda pastinya tidak akan kaya selamanya ..Malahan anda tidak akan membuat
diri anda kaya. Sebab dalam pemikiran anda bila kaya,anda akan jadi
penyangak dan sombong.Kaya samada kaya duit atau kaya minda yang anda mahu.Kaya wang dan minda perlu kedua duanya untuk maju kedepan.
Saya tahu sebab anda kata orang kaya jadi
penyangak atau penipu sebab jika anda dapat rm1000 sebulan macam mana
dapat beli rumah lebih daripada satu. Tentu anda kata mesti ada yang tak
kena ni atau anda kata ahh dia boleh lah sebab dia orang kaya dah. Anda
tak nampak macamana nak gandakan rm1000 nak jadikan rm10,000 atau
rm100,000.
Dalam minda anda terbayang bila kaya jadi jahat, sedangkan
kaya tidak salah, wang banyak pun tak apa,bukan wang yang salah, yang
tak kena dan salah nya adalah kita. Kalau wang dan harta banyak dan kita
pandai merancang wang itu penuh dengan kebaikan. Apa yang kita impikan
kita dapat laksanakan contohnya bagi orang islam nak ke
Mekah,sedekah,bayar pendidikan anak anak,tolong saudara yang susah dan apa apa lagi yang baik
baik. Tapi kalau kita tiada wang nak buat pahala pun tak dapat, nak belanja kawan pun berkira tapi bila sebut kaya marah..tak kaya pun tak apa..konon nya lah..tak apa..tapi bila kawan lebih sikit tak belanja kata sombong..bila ajak sama sama buat untuk tambah jadi lebih tak mahu. Bila diminta tambah ilmu melalui pembacaan buku buku ilmiah,macam macam alasan pula malah ejek ejek ..contoh tak ada masa nak membacalah..tapi sembang sembang buang masa saja saja ada masa pula..
.
Kadang kadang minda kita bercakap buat apa lah duit banyak cukuplah aku dah ada kerja tetap tak payah gandakan duit lagi.
Tapi
anda lupa yang kerja makan gaji belum cukup bulan duit dah habis,terima
gaji nanti nak bayar macam macam termasuk bil-bil,pelajaran anak,minyak
kereta,kad kredit,macam macamlah.Bila diajak melabur dalam bidang
hartanah tak mahu, Jawapan tak pandai,tak ada modal,macam macam alasan..yang utama sekali
MALAS susah susah kerana dah ada gaji dah cukup dah.Betul ke dah CUKUP?..fikir fikirkan lah..