Tuesday, July 19, 2016

Rumah 3 bilik 2 bilik Air di Alor Jambu (Lot Tepi)

Penyewa akan masuk 1 september 2016













Sekarang pintu depan telah di ubahsuai






















Alamat : Lot PT 9170-K, Alor Jambu,
Jalan Padang Kemunting,
Wakaf Tengah 21030 Kuala Terengganu.


Rumah luas..3 bilik 2 bilik air. Ruang Tamu panjang/luas.
Kedai runcit ada disebelah..senang dapat keperluan segera.
7km pusat beli belah di Gong Badak.
5km Pantai Teluk Ketapang - Airport KT.
12km dari Mydin Mall dan Giant Kuala Terengganu.
17km dari Masjid Kristal(Taman Tamadun Islam).
21km dari Masjid Terapung.


Lokasi: Kuala Terengganu - Wakaf Tengah - Batu Rakit.Di simpang label Kg wakaf Tengah ada label SEKOLAH RENDAH / MENENGAH PADANG KEMUNTING. Di simpang itu ada balai polis Mengabang Telipot.Masuk kiri jalan berkenaan 800 meter menghala kg Padang Kemunting, sebelah kanan akan nampak rumah kedai tu berwarna oren seperti foto di atas. Sebelah kiri ada Taman Perumahan Alor Jambu KT. Hanya 0.5km dari pintu utama Intitut pendidikan guru kampus Dato Razali.(Sesuai sangat untuk pelajar IPGM).

Kalau dari UMT atau Universiti Malaysia Terengganu atau dari UNISZA(Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak hanya 3km sahaja. Akan jumpa label kg Pak Tuyu, Kg gong Pak Jin, Kg Gong Datok, Kg Padang Nenas(Masjid Padang Nenas),Balai polis Mengabang Telipot,akan jumpa simpang kiri ke ALOR JAMBU/PADANG KEMUNTING.

Kemudahan ATM BSN (MEPS), ATM Bank Rakyat(MEPS) ada tak payah ke bandar KT.

Parking luas, dalam pagar boleh di luar boleh. Kalau berminat hubungi Pak Deen(019-9429842) awal awal nanti terlepas.


Di dalam ada 3 bilik 2 bilik air. Ruang tamu dan dapur luas. Bilik pun luas (12x12). Ruang tamu . Kemudahan ampaian/jemur kain disediakan diluar rumah(dlm pagar). Maksima sesuai tinggal 2-6 orang... Pelajar2 sentiasa sewa di sini. Kemudahan kedai runcit ada disebelah je . Senang nak dapat bahan bahan keperluan harian.

Kalau dengan INSTEP dari Batu Rakit cuma 10km sahaja.(pelajar/peserta kursus Instep juga ada menyewa di sini) Biasa sewa 6 bulan dan satu tahun.

5km Pantai Teluk Ketapang - Airport KT.
2km Pantai Mengabang Telipot KT.
2km Kedai-kedai Keropok Lekor.

Call Pak Deen 019-9429842.

Thursday, July 14, 2016

Rumah sewa bulanan : Teres setingkat 3 bilik tidor 2 bilik air

Sewaan khas kepada pelajar perempuan UMT dan Unisza Gong Badak KT.Rumah kelengkapan lengkap : tilam,bantal.kerusi tamu,peti ais,dapor gas,meja makan,pemanas air,starika.Hanya bawa selimut dan cadar sahaja. Sewa deposit 2 bulan api air bayar sendiri.
Lokasi rumah Taman depan MRSM KT hanya 5 minit berkenderaan dengan UMT dan Unisza gong badak. Sewa rm150/orang.Hanya kosong/perlu 6 orang sebuah rumah.

Berminat call Pak deen 0199429842 atau 0129543864

Monday, July 11, 2016

Rumah berkembar setingkat 3 bilik tidur 2 bilik air dekat UMT/Unisza Gong Badak KTrg RM190/mlm 3 aicon

Mahu hantar atau melawat anak belajar kat Universiti??

Atau majlis kenduri atau santai melancong??

Nak bermalam atau berehat?? Perlu tempat berteduh??

 Disini ada..

Taman Ida dekat Unisza/UMT Gong Badak


Boleh booking dan Walk in Sekarang 
Rumah Rehat Pak Deen
No.426,Taman Ida,Kg Gong Datok,21030 Kuala Terengganu.
Hubungi Pak deen :
call 019-9429842 dan Wassup 012-9543864

Rumah berpagar dan berkembar setingkat berhawa dingin setiap bilik- semi D - 3 Bilik tidur dan 2 bilik air/tandas.
Katil kelamin setiap bilik.
Tilam bujang sebagai tambahan 6 keping tanpa di caj,Tempat lain caj rm5-15/unit.
Depan stesen petronas belakang kedai RM2 (ada papan tanda Taman Ida).
hanya 200 meter sahaja dari pintu masuk Unisza Gong Badak.
50 Meter dari jalan utama ke Unisza.
 Setiap bilik luas tinggi. Bilik utama ada bilik air di dalam. 2 bilik lagi kongsi bilik air ruang dapur.  Ruang dapur berasingan dengan ruang tamu depan.
Rumah berpagar dan parking berteduh.
RM190 mlm. Tanda booking deposit rm50/mlm dalam akaun saving Maybank no.163064095943-Kamarudin bin Karim.
Baki jelas waktu ambil kunci/check in.
LOKASI : 100 meter jalan utama KUALA TERENGGANU - UNISZA - WAKAF TENGAH - BATU RAKIT.
kawasan Taman ada stesen Petronas dan kedai Rm2 dan PIZZA melayu.
200meter pintu masuk  UNISZA- Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak.
5 minit ke UMT - Universiti Malaysia Terengganu kampus Gong Badak.
5 minit ke Institut Perguruan Malaysia Kampus Dato Razali Ismai, Batu Rakit.
5-10 minit Pantai mengabang telipot dan kedai ikan /sotong/udang celop tepong.(Pok Nong jalan2 cari makan TV3)
ILP gong badak
10 minit ke INSTEP Batu Rakit.

Kemudahan kedai makan dan restoran dekat / berhampiran sahaja.
Restoran SeaFood dan Kedai Nasi Kerabu Ayam Bakar.
Masjid-masjid dekat:Masjid UNISZA, Masjid Kg Padang Nenas, Masjid Jamek Kg Gong Pak Jin.
Pilih je semua dekat.
Pasar malam pun dekat di kg Pak Tuyu di tepi pagar UNISZA.-
Student2 UNISZA/UMT ramai kat sini.