Saturday, August 15, 2009

Impian Emas -jenis pelaburan emas








Rumah di Taman Ida dekat UDM/UMT


Rumah sewaan Bulanan: Akan kosong bulan Oktober 2009. Sekarang masih ada penyewa. Rumah ini terletak di Kampung Gong Datok, Gong Pak Jin , menuju ke Wakaf Tengah. Jarak dari UDM kampus Kusza 2 km dan 3 km dari UMT. Hanya 50 meter dari jalan utama UDM ke Wakaf Tengah,Batu Rakit.

Alamat : No.426,Taman Ida,Kg Gong Datok,Wakaf Tengah Kuala Terengganu.

Rumah jenis Semi D setingkat, 3 bilik tidur, 2 bilik air.Bilik luas 12 x 12 kaki persegi.Bilik utama 1 bilik air didalam dan di dapur 1 bilik air/tandas.Ruang tamu luas dan selesa.Rumah bergril lengkap.Keselamatan insyaallah selamat.Parking berteduh.Rumah dalam taman perumahan.Dekat dengan restoran(kedai makan) dan kedai runcit.

Friday, August 14, 2009

H1N1 SEMAKIN MENULAR-CEGAH SEBELUM PARAH

Pakailah topeng penutup hidung dan mulut dan elakkan pergi tempat sesak(ramai orang).






Thursday, August 13, 2009

Al-fatihah

Ketua kumpulan Rabbani- Asri Ibrahim telah meninggal.

Wednesday, August 12, 2009

Malam Mesra di TTI





Malam tadi 11.08.2009 tepat 8 malam Pak deen hadir Malam Mesra yang diadakan di Dewan Konvensyen TTI.Semua kakitangan jabatan hadir untuk makan malam mesra bersama Menteri Besar Terengganu. Majlis bermula 8.45 malam dihadiri juga setiausaha kerajaan negeri dan ahli lembaga pengarah Jabatan. Malam tu acara bermula dengan ucapan Pengurus Besar Jabatan di ikuti pula ucapan MB. Di samping makan malam acara kemuncaknya ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan. Seramai 20 + 5 orang mendapat Anugerah Cemerlang.

Diadakan juga cabutan bertuah kepada staf yang hadir. Banyak hadiah yang disampaikan dan sebanyak lebih 30 hadiah menjadi cabutan bertuah.Jadi ramai yang menjadi staf bertuah.
Pak deen UCAPKAN TAHNIAH kepada yang telah mendapat perkhidmatan cemerlang, semoga bertambah cemerlang. Kepada yang tak dapat lagi kerjalah dengan rajin dan bersungguh serta pandai ambil hati dan perasaan ketua.Muhasabahlah diri bila belum dapat cemerlang dan kepada penilai pun muhasabah diri juga bila buat penilaian untuk pekerja bawahan supaya lebih cakna dan menjadi penilai kecemerlangan yang cemerlang.

Tahniah...kepada kawan pak deen yang dapat cemerlang. Mudah mudahan sebelum puasa ni dapat lah rasa jamuan cemerlang..hhee.. nasi dagang pun ok gak...

Monday, August 10, 2009

Tip sebelum beli rumah


1.Pastikan kawasan/lokasi,barisan dan SASARAN.
2.Jadi PAKAR tentang kawasan anda.
3.Jangan TERGESA-GESA membeli,lihat dan banding.
4.Praktikkan penyelidikan dan penelitian hartanah yang efektif.
5.Lihat hartanah pada HARI yang berlainan dalam seminggu dan MASA yang berbeza dalam sehari.
6.Jika hartanah itu kosong tanyakan sebab nak jual.
7.Uji sewa yang diminta dikawasan tersebut.
8.Prihatin tentang HARGA PASARAN dan HARGA JUALAN yang terakhir dikawasan itu.
9.Beli dari penjual yang berminat nak jual
10.BERASA BAIK ,anda dapat menolong penjual dapatkan duit.
11. Perbaiki SKIL RUNDING anda.
12.Jangan jadi pembeli berminat sangat.

Wednesday, August 5, 2009

Apa apa pun layan dulu gambar ini






Bagaimana nak ceburi bidang hartanah(rumah) bagi anda yang makan gaji




Kepada yang menghantar email dan bertanya bagaimana pak deen bermula dalam bidang hartanah(rumah) walaupun masih bekerja makan gaji.


Penuhkan dahulu ilmu di dada dengan membaca buku,bertanya kepada yang telah buat, hadiri seminar usahawan dan rajin cari dalam Internet(Tip-tip ilmu hartanah). Inilah pelaburan untuk diri sendiri walaupun keluar belanja dan pengorbanan masa.


Pakdeen bermula dengan merujuk buku Sifu Azizi Ali. Belilah buku-buku beliau yang ada di pasaran. Bagaimana nak tambah rumah sebuah demi sebuah dengan menggunakan duit bank dan duit orang lain yang bayar pinjaman bank.Pak deen telah buktikan...

Sunday, August 2, 2009

Emas 1 kg




H1N1 - Email drp Dr Azwan




Perkara Tentang H1N1 Yang Perlu Anda Tahu - Tetapi Anda Malu Hendak Bertanya

1.Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu
* Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)
1. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran
2. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)
3. Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini4. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.
* Common Cold
1. Disebabkan oleh berbagai jenis virus
2. Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam
3. Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari
* Pharyngitis / radang tekak
1. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak
2. Gejala utama adalah sakit tekak dan demam
3. Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya
* Pneumonia/ jangkitan paru-paru
1. Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru
2. Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas
3. Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital
2.Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.Lagi...
3.Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada
.4.Negara mana yang dilanda penyakit ini?Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.who.int/en
5.Apakah gejala virus ini?Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.
6.Bagaimana kita boleh dijangkiti?Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
7. Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi?Tidak. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.
8. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:* Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
* Berehat dan meminum banyak air* Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol* Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
* Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
* Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
* Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
* Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan
9. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demamKanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.
10. Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?
* Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
* Adab batuk yang baik (cough etiquette)
* Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap* Pengudaraan dalam rumah yang baik
* Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
* Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
* Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
* Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
* Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
* Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat11. Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).
12. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.
13. Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.
14. Bolehkah kita ke luar negara?Buat masa ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan ke luar Negara terutamanya negara-negara yang terjejas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai semasa berada di sana.Sekiranya anda jatuh sakit sama ada semasa berada di luar Negara atau setelah kembali ke Malaysia, segera dapatkan rawatan doktor.
15. Kawan saya baru pulang dari salah sebuah Negara yang terjejas, adakah beliau boleh terus hadir ke tempat kerja atau dikenakan tindakan kuarantin. Apakah yang patut saya lakukan sebagai rakan sekerja?Sebagai seorang warga kerja yang bertanggungjawab, seseorang yang baru pulang dari luar Negara dan sihat tidak dikenakan tindakan kuarantin tetapi beliau perlu memantau kesihatan diri terutamanya gejala demam/batuk/sakit tekak/selesema.Sekiranya individu tersebut berasa tidak sihat, beliau hendaklah berehat di rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-4 hari atau sehingga beliau pulih.Sementara itu pihak majikan perlu menasihati pekerja mereka yang mempunyai gejala influenza untuk tidak hadir bagi mencegah penularan penyakit ini berlaku di tempat kerja dan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.Pihak majikan juga hendaklah melaporkan sebarang kejadian dalam kalangan pekerja bergejala influenza kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini. Pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza- like-illness juga berkewajipan untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.
16. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebutJika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut
17. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.
18.Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah?Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki untuk berada di rumah.Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.
19. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.
20. Bolehkah saya mendapatkan refund ticket sekiranya saya ingin membatalkan perjalanan ke Negara yang terjejas.Sekiranya anda ingin membatalkan tiket penerbangan sila dapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor yang berdekatan. Perlu diingatkan bahawa individu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan influenza A(H1N1) yang lebih teruk.
21. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained human to human transmission)?Penularan jangkitan influenza A(H1N1) berlaku secara berterusan dalam kalangan manusia dan punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenalpasti
22.Apakah yang dimaksudkan dengan Fasa MitigasiAktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.Lagi..
.23.Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)?Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.
24.Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimi pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.
25.Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.
26.Adakah pekerja asing yang baru pulang daripada tanah air mereka perlu menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan?Tidak. Pihak majikan perlu menasihatkan mereka untuk mengamalkan langkah pencegahan dan memaklumkan kepada majikan jika mengalami gejala influenza-like illness.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my

Friday, July 31, 2009

Rumah Bandar- Town Houses di Taman Semarak KT



Rumah ini telah kosong, penyewa lama telah keluar pada julai 2009 dan bulan ogos ni masih kosong,penyewa baru boleh sewa.

Alamat : Blok D,no.6A,Tingkat 1,Taman Semarak,Kg Bukit Tunggal,Kuala Terengganu.

Sewa RM350.00 sebulan ada dua bilik tidur dan 1 bilik mandi serta 1 tandas berasingan.Ruang tamu luas dan dapur pun selesa.Rumah berkeadaan baik dan baru.Lokasi di Kampung Bukit Tunggal.K.Trg.9.2km dari bandar K.Trg.Persekitaran bersih.

Rumah jenis ini tangga dan poch masing-masing punya,tidak berkongsi dengan penghuni lain,tidak sama dengan rumah pangsa.(Kalau rumah pangsa kongsi ramai-ramai)

Sampah dipunggut depan rumah,setakat ni hari isnin,selasa dan rabu.

Taman terletak di jalan utama menuju ke Kompleks Sukan Gong Badak dan Stadium Sultan Mizan K.Trg.




Berminat call Pak Deen 019-9429842.

Saturday, July 25, 2009

macamana nak beli rumah, duit tiada?


Soalan pertama keluar dari mulut rakan rakan bila bercakap nak beli rumah ialah nak beli macamana duit tak ada.Sebuah pun payah inikan nak beli lebih daripada sebuah rumah.Cuba kita ingat dan renungkan kembali semasa ibubapa hantar kita kesekolah dulu ayah ibu tahu ke anaknya nak jadi apa bila besar nanti. Dari sekolah rendah ke menengah atau ke universiti. Tetapi kenapa setiap ibubapa tetap hantar anak kesekolah. Kerana ibubapa yakin dengan hantar ke sekolah jadi insan pandai dan boleh urus diri sendiri.Dalam bab ini faktor utama adalah BELAJAR.
Begitu juga jika nak beli rumah pertama dan kedua,ketiga dan seterus nya lagi,...lagi...
Kita perlu belajar dan bertanya kepada yang telah melakukannya.Sebelum membeli rumah kita kena melabur kepada diri sendiri dulu iaitu samada membeli buku-buku pelaburan hartanah,buku mengenai cara mengurus kewangan secara bijak atau menghadiri seminar berkenaan hartanah dan juga berkawan dengan mereka yang telah lakukannya dalam pembelian rumah.
Jangan lah awal-awal lagi mengaku MALAS nak buat semua tu. Bila malas tiada ubat yang dapat menyembuhnya.
Fokuskan minda kita untuk menambah ilmu apa yang kita perlukan satu demi satu.Insyaallah bertemu juga apa yang kita fikirkan dan kehendak kita.Saya boleh kongsi di sini sila baca buku yang ditulis oleh Samsudin Kadir bertajuk "Makan Gaji Tapi Kaya" lepas khatam beli pula "Walaupun Berhutang Tapi Hidup Tenang",penulis yang sama.Selamat membaca.

Friday, July 17, 2009

Membina sumber pendapatan kedua

Anda bekerja makan gaji?Anda ada pendapataan kedua selain daripada gaji? Satu cara ialah menambah simpanan tetapi ia agak sukar dibuat, bukan ianya susah tapi memang sukar sikit kerana perbelanjaan hidup sekarang ini begitu tinggi. Satu lagi ia susah dan sukar kerana fikiran kita sendiri. Golongan profesional tidak membuat kerja sampingan,ini motto nya kerana mereka telah berjawatan tinggi, yang buat kerja sampingan adalah golongan rendah atau sokongan,motto mereka yang seterusnya. Dalam fikran anda apakah yang akan rakan sekerja anda fikirkan jika mereka tahu anda buat kerja tambahan/sambilan di tempat lain.Mereka akan mengumpat di belakang anda?
Bagi saya fikiran di atas itu tidak sesuai dan pemikiran tersebut patut dibuang jauh dari fikiran anda yang ingin kedepan lain dari yang lain. Salah ke ahli profesional ada pendapatan kedua atau golongan sokongan ada sumber kedua dari gaji. Walaupun membina pendapatan kedua bermaksud mempunyai pekerjaan sambilan,ia tidak semestinya bermaksud sedemikian. Contohnya jika anda menyewakan hartanah (rumah) dan mendapat pendapatan daripadanya, anda tidak mempunyai pekerjaan kedua,tetapi anda mempunyai sumber pendapatan kedua. Realitinya sewa rumah bukan kerja kedua tapi pendapatan kedua.Urusannya bukan lama cuma guna masa 5 @ 10 minit berurusan secara fizikal selebih nya guna teknologi mesej untuk berhubung dan pandai urus masa tanpa mengganggu tugas harian anda ditempat kerja anda.
Realitinya orang akan sentiasa mengata anda dibelakang jika anda buat begini,mereka akan mengata:jika anda buat begitu,mereka akan mengata juga.Jika anda tidak buat apa apa,mereka akan menuduh anda pemalas. Dengan kata lain mereka akan terus mengata walau apapun. Nasihat saya,biar mereka akan terus bercakap dan mengata anda lakukan apa yang ingin anda lakukan selagi tidak salah dari segi undang -undang agama dan negara atau segi moral,maka teruskan untuk anda hidup lebih bahagia, sihat dan kaya.Fikirkan sejak bilakah mereka yang mengata dan mengumpat itu pernah menyara hidup anda sekeluarga?Fikir-fikirkan.

Wednesday, July 15, 2009

Menakluk ketakutan dalam dirimu-Email Raymond Chua

Sekelip mata Selasa lagi dan saya dah tak sabar-sabar untuk berkongsi sedikit tip tentang cara-cara menghapuskan ketakutan dalam diri anda.
Jika anda masih baru dalam blog ini, saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan saya akan menerbitkan artikel Bicara Selasa pada setiap hari Selasa.
Jika anda masih ingat, dalam Bicara Selasa minggu lepas, saya menulis tentang pertemuan saya dengan “Rich Dad” dan salah satu daripada banyak perkara yang saya belajar daripada beliau ialah cara-cara untuk menakluk ketakutan diri.
Hampir semua orang mempunyai perasaan takut pada tahap tertentu. Ada yang takut binatang buas, takut suasana yang seram, takut untuk memulakan perniagaan, takut melabur, takut mendapat terlalu banyak wang (ini saya boleh tolong. Semua masuk akaun saya ), takut berjaya dan banyak lagi.
Satu teknik yang mudah untuk menghapuskan perasaan takut ini ialah dengan bertanyakan diri anda soalan ini:
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Misalnya, jika anda ingin memulakan perniagaan tetapi takut kerana tidak mempunyai pengalaman dan modal
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Mula berniaga secara kecil-kecilan dengan modal yang rendah. Kalau tak cukup modal, menabung dahulu ataupun mencari rakan kongsi.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Mungkin berjaya, mungkin gagal, kalau gagal?
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Saya akan cari punca masalah tersebut. Mungkin faktor kekurangan pelanggan, kualiti produk, lokasi atau cara berniaga.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Saya akan membeli buku-buku tentang perniagaan dan belajar cara-cara menarik pelanggan, memilih lokasi dan menjalankan perniagaan secara profesional.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Saya akan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari untuk mengembangkan perniagaan kecil-kecilan saya.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Perniagaan saya mula mengaut keuntungan sehingga melebihi gaji saya.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Saya meletak jawatan supaya saya mempunyai lebih banyak masa untuk mengembangkan lagi perniagaan saya.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Saya mencapai kebebasan kewangan.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Tak rasa takut lagi!
Teknik ini sesuai diaplikasikan untuk semua jenis perasaan takut termasuk takut bercinta, takut menghadapi peperiksaan dan sebagainya.
Semoga tip ini dpat membantu anda untuk menghilangkan perasaan takut.
Salam hormat,
Raymond Chua

Thursday, July 9, 2009

Pemansuhan PPSMI-berita harian 9 julai 2009

Pemansuhan PPSMI bukan pertimbangan politik: Muhyiddin

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat berdasarkan pertimbangan objektif dan bukannya politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan membuat keputusan itu berdasarkan kepada kajian saintifik terhadap perkara itu. "Ia dibuat bukan kerana faktor politik atau pilihan raya kecil Manik Urai. Ia dibuat kerana kepentingan negara," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan pemansuhan itu di Kementerian Pelajaran di sini.Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata keputusan kerajaan itu sejajar dengan kajian Unesco yang menunjukkan adalah lebih mudah pelajar menguasai ilmu di peringkat awal persekolahan dengan menggunakan bahasa ibunda. Beliau berkata walaupun kerajaan sedar mengenai kelemahan pelajaran dalam menguasai bahasa Inggeris di peringkat awal PPSMI, dasar itu hanya ditukar sekarang selepas selesai pusingan enam tahun pelaksanaannya. - Bernama

Tuesday, July 7, 2009

Rumah Bandar- Town Houses di Taman Semarak KT

Sewa bulanan:RM350.00
Deposit 700.00(dua bulan sewa) Api/air rm100.00 sewa pertama rm350.00,Jumlah rm1150.00. Alamat No.6A,Blok D,Tingkat 1,Tmn Semarak,Bukit Tunggal,Kuala Terengganu.
Deposit akan dikembalikan hari Tamat Sewa selepas disemak tiada kerosakan dan kehilangan. Sewa bulan terakhir tetap bayar seperti biasa.
Gambar sebelum letak atap tempat letak kereta.Tempat letak kereta sekarang telah ada atap(berteduh)


Rumah ini akan kosong dan boleh di sewa 1 ogos 2009.Rumah asal 3 bilik tetapi sekarang bilik ketiga telah di ubahsuai jadi dapur yang luas.Bilik boleh diguna jadi 2 sahaja tetapi ruang tamu jadi luas. Bilik air ada satu dan tandas satu secara berasingan.Sangat selesa untuk keluarga kecil atau suami isteri anak ada 2 orang.Kawasan mudah perhubungan untuk kebandaraya KT dan Pekan Batu Enam.

Hanya 9.2km untuk ke bandaraya KT.Lokasi Taman ini terletak dalam kawasan kampung Bukit Tunggal. Jalan utama KT ke Stadium Sultan Mizan.Selepas jambatan sultan Mahmud,trafic light ke 2 belok kanan ke Stadium Sultan Mizan(papan tanda jalan ke UMT,UDM,ILP) sebelah kanan itulah Taman Semarak.

Berminat hubungi Pakdeen 019-9429842 sekarang sementara masih ada.

Friday, July 3, 2009

Rumah Taman Melur 4 bilik-Wakaf Tengah KT

Rumah ini akan disewa bulanan bermula Januari 2010 : Rumah ini ada perabut asas.
4 bilik 2 bilik air/ tandas.

Lokasi : Taman Melur : belakang stesen minyak petronas wakaf Tengah dekat IPGM kampus Dato Razali Ismail-jalan kaki 5minit.

-3km UDM dan UMT - 5minit berkereta
9km INSTEP batu rakit-10minit berkereta

Tempahan awal dia dapat.

Thursday, July 2, 2009

Sekadar Renungan

KEITH : Penulis buku popular (Poor dad rich Dad) sebelah kanan.

Masalah Kewangan Bapa Miskin (Poor Dad)-
tak cukup duit (takde simpanan,harta ,rumah sewa,emas)- Bayar bil (air,api,indah water,cukai,astro...dll)- bayar sewa- bayar lebih cukai cukai daripada pendapatan mereka- takut kepada kecemasan(emergencies)- guna kredit kad untuk perbelanjaan- bad financial advise- tak cukup duit pencen (Wang Simpanan EPF habis selepas 3 tahun pencen)

Masalah Kewangan Bapa Kaya(Rich Dad)- ada terlalu banyak wang (ada byk rumah,kedai,syer,tanah,emas,cash,OD,asb dah penuh)- keselamatan harta benda mereka & mana nak laburkan- tak tahu samada org suka mereka atau suka kpd wang mereka- memerlukan seorang yg bijak dalam memberi nasihat kewangan (financial advisor)- raising spoiled kids......takut nanti anak2 jadi bermasalah..sbb ada byk duit- Estate & inheritance planning.....nak waris kat sapa harta banyak2 nih?- cukai kerajaan yg tinggi.......aduh...abis duit kena byr cukai jer....so sebanyak mana pun duit yang diperolehi oleh bapa miskin dan bapa kaya...tetap ada masalah....bapa miskin takde duit....bapa kaya banyak duit?... Jadi mana pilihan anda?

Wednesday, July 1, 2009

Kongsi tulisan drp Pokli77:Renungan bersama

SESUNGGUHNYA, kebahagiaan adalah dambaan setiap manusia yang menghuni dunia ini. Sebab itu setiap orang sentiasa berusaha untuk mencari dan mendapatkan kebahagiaan dengan pelbagai cara.Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dan yang dicita-cita itu. Lalu, di manakah terletaknya kebahagiaan itu?
Apakah pada wang yang banyak, harta yang melimpah, emas yang bertimbun atau pada pangkat, bangsawan atau kerusi yang empuk? Dalam hadis,Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki)perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
Berdasarkan hadis ini, ada empat faktor atau kunci yang jika dimiliki oleh seseorang, tentu dia akan merasai nikmat bahagia.Namun tidak bererti hanya yang empat itu saja faktor yang membawa kebahagiaan.Apa yang Rasulullah nyatakan menerusi hadis itu hanyalah sekadar menunjukkan keutamaannya.Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan kepada suami.Rumah ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah.
Antara sifat isteri solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran,melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat, memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami, mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi, bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat lain.Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah, menerusi firman-Nya yang bermaksud:
“Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya.”(Surah an-Nisaa’ ayat 34)
Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan perbuatan kebajikan.Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami keranaAllah. Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah,menerusi sabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia (dalam halkebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah.”
Isteri yang menggembirakan suami atau yang bermuka manis bukan bermakna wajah cantik semata-mata. Biar wajah kurang menarik, tetapi jika selalu menguntum senyum, tinggi pekerti, memancar dari keningnya cahaya iman dan keikhlasan, itulah isteri solehah yang meriangkan suami.Isteri walaupun cantik, tetapi jika wajahnya selalu mencuka, buruk pekertinya,kening selalu berkerut, tidak akan dapat memikat hati suami.Demikianlah juga halnya dengan soal patuh dan memelihara amanah suami yang Nabi utarakan dalam hadis ini. Selain faktor isteri, rumah yang luas, bagus atau indah juga akan memberi kebahagiaan kepada penghuninya.Bagaimanapun, kebahagiaan dengan memiliki rumah yang besar dan indah itu akan tercapai sepenuhnya jika disertai dengan hati yang tenang dan damai. Jika hati tidak tenteram, rumah yang luas dan indah akan terasa sempit dan tidak akan merasa bahagia.Rumah adalah tempat berteduh malah menjadi syurga bagi mereka yang beriman.Di rumah juga seseorang akan memperoleh ketenangan dan kebahagiaan, apalagi jika didampingi isteri solehah.Jika rumah diibaratkan istana, maka suami adalah raja, isteri solehah adalah ratu dalam rumah tangga, manakala anak-anak adalah rakyat. Allah berfirman yang bermaksud:
“Allah menjadikan untuk kamu rumah sebagai tempat tinggal (tempat ketenangan).” (Surah an-Nahl, ayat 80).

Jiran yang baik juga menjadi faktor penting kebahagiaan. Seseorang akan merasa sangat bahagia jika mempunyai jiran yang baik budi, murah hati, dermawan, saling menghormati, bertolak ansur, suka menolong dan memberi perhatian.Jiran baik tidak akan memberi sebarang gangguan kepada kita, sama ada melalui perbuatan mahupun lisan atau ucapan; dan tidak merasa irihati dengan kelebihan yang dimiliki kita.Malah, jiran yang baik akan tumpang gembira dan mengucapkan tahniah dengan kejayaan yang kita peroleh, dan menghulurkan pertolongan jika kita ditimpa sesuatu musibah.
Oleh itu, sekiranya kita memperoleh jiran jenis ini, kita harus memiliki sifat sedemikian kepada orang lain yang menjadi jiran, agar mereka turut merasa bahagia seperti mana kita rasai.Kenderaan yang bagus juga adalah faktor kebahagiaan. Setiap orang mengidamkan kenderaan yang bagus atau baru, seperti kereta, motosikal dan sebagainya.
Sifat manusia memang suka kepada kebendaan. Kenderaan yang baru atau bagus akan dapat membawa seseorang ke merata tempat yang disukainya tanpa memikirkan soal kerosakan dan sebagainya, berbanding dengan kenderaan yang lama atau buruk yang mana tiada jaminan keselesaan sepanjang perjalanan.Namun dalam soal kenderaan ini, orang beriman harus berwaspada atau berhatihati,iaitu agar tidak sampai kenderaan itu memperbudak atau seolah menjadi’tuan’ kepadanya. Sudah kebiasaan bahawa kenderaan yang baru atau bagus itu akan sentiasa diberi perhatian oleh pemiliknya, seperti selalu dibasuh, diperiksa atau dibersihkan.
Bagaimanapun, janganlah sampai semua urusan itu melebihi tumpuan untuk beribadat kepada Allah.Apabila kenderaan lebih diutamakan daripada diri sendiri, bermakna kenderaan itu sudah menjadi tuan yang memperbudakkan pemiliknya sendiri.Kenderaan yang bagus tidak semestinya baru. Ia adalah nikmat Allah yang harus dimanfaatkan untuk kebaikan seperti lebih rajin beribadat di masjid, mengunjungi majlis ilmu atau membawa keluarga beristirehat. Janganlah hendaknya ia digunakan untuk kerap ke tempat maksiat atau melakukan perbuatan yang tidak diredhai Allah.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzatyang Memiliki mu.""sampaikanlah walau satu ayat" al hadis- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -

Email drp Irfan Khairi: Menjadi Juara dalam bidang pilihan anda

MENJADI JUARA, PULANGAN BERGANDA.Setiap masa, juara mendapat pulangan berkali ganda berbanding tempat ke-dua.Contohnya, dalam perlumbaan lumba lari, juara mendapat RM10,000, mana kala tempat ke-dua mendapat RM5,000.Adakah ia bermaksud juara perlumbaan tersebut adalah 2 kali ganda lebih laju dari yang mendapat tempat ke dua? Semestinya tidak. Mungkin, hanya lebih laju pada masa satu saat sahaja! Tetapi, pulangan berganda 2 kali ganda.
Begitu juga dalam hidup harian dan perniagaan. Sekiranya kita menjadi juara bidang kita, pulangannya adalah berganda berbanding dengan pesaing kita yang ditempat kedua... ketiga... dan lain-lain.Misi anda dalam hidup sekiranya untuk mendapat pulangan berganda adalah untuk menjadi juara dalam bidang anda. Tidak semestinya anda hebat berkali-kali ganda berbanding dengan pesaing anda. Pada hanya kehebatan melebihi pesaing anda sedikit sahaja, pulangan pun boleh berganda :)Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan dalam perniagaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda.Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sambil lewa, pulangan anda terima juga adalah sambil lewa. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana.Pastikan anda berusaha untuk mencapai apa yang dicapai oleh 10% teratas mereka yang mendapat pulangan tinggi dalam industri anda. Ini memerlukan usaha anda sendiri dalam memperbaiki ilmu dan mengaplikasikan ilmu tersebut.Bolehkah anda namakan antara top 10% juara income earners didalam industry anda? Jadilah juara dalam bidang anda sendiri!

Tuesday, June 30, 2009

Wang gaji: Belanja dahulu ke simpan dahulu

Assalammualaikum & Salam sejahtera,Apa khabar .Semoga sihat dan bahagia selalu hendaknya!Bagaimana dengan bajet anda pada bulan ini?Apakah anda ada menyediakannya? Saya harap anda telah pun menyediakan bajet bagi perbelanjaan bulan ini!Untuk pengetahuan anda sebenarnya masih ramai yang keliru dan tak tahu sama ada nak belanja dahulu atau simpan dahulu?Pada kebiasaannya kita lebih cenderung untuk merancang dan melakukan perbelanjaan terlebih dahulu, dan kemudian barulah mengharapkan ada sedikit baki daripada wang gaji kita untuk disimpan.Malangnya, setiap kali anda mengambil tindakan sedemikian, anda akan dapati tiada lagi wang yang boleh disimpan!Jika ada sekali pun ianya mungkin tidak bertahan lama,kerana akhirnya simpanan tersebut akan dibelanjakan juga oleh anda hanya kerana terpengaruh oleh taktik dan pujukan pemasaran dan pengiklanan.Kesudahannya anda akan dapati diri anda berada dalam masalah ketidak cukupan wang sentiasa. Belum masuk pertengahan bulan,dah pokai! "Jadi bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyediakan bajet?""Belanja Dahulu atau Simpan Dahulu?"Jawabnya, anda perlu simpan dahulu dan kemudian barulah membuat perbelanjaan.Kenapa?Ini kerana jika anda tidak membuat simpanan terlebih dahulu, sudah tentu kemungkinan untuk anda mempunyai lebihan wang adalah amat tipis!"Baiklah jika kita perlu membuat simpanan terlebih dahulu,bagaimana caranya?" "Simpanan itu terlalu umum? Berapa jumlahnya? Dimana harus disimpan? Kenapa? Mengapa?
Kalau nak tahu lebih lanjut carilah Pak Deen jumpa dimeja perbincangan..

Sunday, June 28, 2009

Rumah Lot Tepi Di Alor Jambu,Wakaf Tengah,KT











Kerja susah lawan kerja senang

Mengapa hanya terdapat 2% sahaja mereka yang berpendapatan tertinggi sahaja dalam industri masing-masing?Jawapan: Kerana mereka yang top 2% ini sanggup melakukan perkara-perkara yang susah manakala yang selebihnya 98% hanya suka melakukan perkara-perkara yang mudah sahaja.Sebagai contoh, usahawan-usahawan top 2% yang berjaya sanggup melakukan perkara-perkara yang dikira susah seperti melakukan promosi setiap hari, sering mencari contacts dan membuat network yang penting setiap minggu, dan melakukan perancangan dan strategi yang produktif perniagaan baru setiap bulan.Manakala mereka yang bottom 98% pula hanya suka melaku kanperkara-perkara mudah seperti tidak melakukan promosi, tidak menghadiri majlis-majlis network kerana tiada masa, dan hanya menjalankan strategi yang sama dalam perniagaan seperti 2-3 tahun yang lepas (tidak ubah).

Friday, June 26, 2009

Pilihan buat duit dengan rumah

Beli dan sewa : Pelabur jenis ini membeli rumah untuk disewakan.Jenis rumah yang dibeli bergantung kepada nilaian sewa yang tinggi dan besar.Pelabur jenis ini jarang jual rumah mereka. Kalau tak jualpun kita tetap untung dari segi nilaian kenaikan rumah kita.

Beli,sewa dan jual : Pelabur jenis ini mendapat faedah yang lebih banyak kerana sementara dia jual rumah dia menyewa dahulu.Jadi keuntungan berlipat ganda.Apabila jual rumah yang disewakan,wang yang dapat keuntungan teresebut dapat beli rumah dua buah pula,daripada satu menjadi tiga.

Beli dan jual : Kita membeli rumah dengan tujuan menjual semula.Pelabur membeli rumah yang sedang dibina dan apabila siap mereka menjual kembali kerana rumah mengalami kenaikan harga ketika sedang dibina.Pelabur jenis ini memerlukan modal pendahuluan untuk membayar wang 10% deposit kepada pemaju.

Menjadi ajen hartanah : Cara ini bagi mereka yang tiada duit bagi membeli rumah.Sementara mengumpul duit mereka menjadi ajen kepada orang yang nak membeli rumah,penyewa rumah.sebelum itu kita mesti mendapat banyak maklumat dan pengalaman bagi memahami hukumhakam pelaburan ini.Lama kelamaan pengalaman kita mahir dan dapat mengumpul banyak duit untuk membeli rumah.

Bina dan jual : Jika kita mempunyai tanah yang belum dimajukan,inilah masa kita gunakan membina rumah dan mula menjual bila siap.Pelabur ini memerlukan modal besar tetapi bebaloi keuntungan.

Bina dan sewa : Cara ini jika tanah kita tempat strategik untuk disewakan.Buat rumah dan disewakan kepada yang memerlukan.

Kesemua pilihan tersebut kalau kita hanya tahu dan faham saja,tetapi tidak bertindak tiada gunanya.Kita tetap berada tempat yang sama tiada yang berubah.Oleh itu bertindaklah sekarang! Perlu bantuan ilmu sikit-sikit sebagai permulaan hubungi Pak Deen.OK.

.......Syarat terpenting bagi memilih rumah adalah keberkatan daripada Tuhan supaya memberi petunjuk bagi mendapatkan rumah yang memberikan rezeki yang berterusan.

Tuesday, June 23, 2009

Ini rumah Taman Semarak Bukit Tunggal,KT


Rumah 'Town House" 2 tingkat(tingkat atas sahaja).Rumah 3 bilik 1 bilik air dan 1 tandas(berasingan).Rumah terletak 9.2km drp bandaraya Kuala Terengganu menuju ke Stadium Sultan Mizan Gong Badak.

Sebelum beli rumah pelaburan

Faktor ke empat: Kadar sewa

Bagi rumah yang hendak dibeli.Kadar sewa sangat penting kerana kalau kadar sewa rendah daripada ansuran pinjaman,sakit juga kita (aliran tunai negatif).Sebolehnya biarlah kadar sewa lebih tinggi drp ansuran pinjaman(positif aliran tunai),barulah dikatakan pelaburan.

Faktor ke lima : kelayakan pinjaman

Ini juga mesti di semak dengan bank,berapa kita layak pinjaman baru boleh kita target harga rumah yang hendak dibeli dan berapa ansuran kena bayar,Taklah kita sakit kepala nak bayar.

Faktor ke enam : Penghuni.

penghuni masyarakat setempat juga penting.Mesti nak penghuni yang ok,yang melayu semua ke atau pendatang tanpa izin kawasan rumah yang hendak dibeli.Kawasan ada rukun tetangga ke supaya rumah kita selamat.,jiran sebelah ok ke tak atau sebaliknya.

Monday, June 22, 2009

Tambah ilmu setiap hari sebelum melabur

Masalah yang banyak berlaku adalah, ramai yang TIDAK TAHU tujuan pelaburan mereka. Adakah mereka membelinya untuk mendapatkan cashflow bulanan tambahan, atau adakah mereka membelinya untuk net worthgain ? Sekarang anda fikirkan ...Adakah anda faham kenapa anda mendapatkan perlindungan takaful ? Adakah anda faham kenapa anda menyimpan di ASB / Tabung Haji ? Adakah anda mengerti kenapa anda membeli saham amanah ? Adakah anda tahu tujuan sebenar anda membeli rumah untuk pelaburan ? Dan seterusnya.Adakah ia bertujuan net worth gain atau cashflow gain ?

Friday, June 19, 2009

Hari bersih rumah

Hari ni jumaat,kelmarin ada penyewa keluar rumah sewa di Taman Permata I,Wakaf Tengah.Jadi aktiviti aku hari cuti ni tak de lain lah,gi bersih umah tu.Aku ajak isteri tersayang dan hero yang sulong(yang sedang cuti dari IPTS Tronoh Perak) untuk sama sama bersih umah.Huh berpeluh lah juga macam orang main badminton juga ni,sihat sikit tubuh.Sambil bersih isteri cayang jolok buah mempelam yang ada lagi buah,pokok depan umah taman ni,adalah sepokok,boleh lah makan dan bagi kat jiran-jiran taman tu.Bila bagi-bagi kat jiran ni semakin rajin dan lebat pulak buahnya tu lah di katakan rezeki tuhan bagi bila kita tak berat tangan beri kat orang.

Selepas bersih dalam dan luar rumah kami pun berangkat pulang rumah tinggal kerna waktu nak solat jumaat dah hampir.Tubuh pun dah letih dan berpeluh...

Thursday, June 18, 2009

Positifkan minda anda

Mendidik dan menyokong diri anda sendiri .Seperti masa anda belajar berbasikal dahulu, anda perlukan sokongan daripada ahli keluarga serta kawan-kawan anda.Anda perlukan seseorang untuk menjadi contoh kepada anda. Misalnya anda akan memerhatikan cara-cara kawan anda berbasikal, cara mereka goyangkan pinggang mereka, rentak kaki mereka semasa mengayuh dan sebagainya.Selepas itu anda perlu berlatih. Mungkin kadang-kadang anda terjatuh, luka dan berdarah tetapi kegagalan itulah yangmenyebabkan anda pandai berbasikal pada hari ini.Begitu juga dengan kuasa penarikan bawah sedar. Anda mungkin perlukan sokongan daripada kawan-kawan yang berlatih daya minda bawah sedar bersama-sama anda.Anda perlukan seorang mentor ataupun role model supaya anda dapat mengikut apa yang mereka lakukan seperti berdisiplin dan konsisten semasa melakukan proses visualisasi serta cara-cara lain untukmemanifestasikan impian anda

Wednesday, June 17, 2009

Tahniah Pakar Memasak Ikan Patin


YB Rozi Mamat menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pertandingan memasak : Promosi ikan patin dari
Tasik Kenyir yang di adakan di Taman Shahbandar
Kuala Terengganu. Pertandingan di anjurkan
oleh TADC dan Jabatan Perikanan Terengganu.
Pemenang Pertama dan Kedua wakil dari PERMINITA







Al-Fatihah


Saya dapat email ini daripada Dr Azwan dan beliau dapat email drp Kapten Dr Shazni Izana, Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia. Terima Kasih di atas pemberitahuan.
Petikan tersebut :
Antara buku harakah yang paling awal saya kenal ialah buku karangan Ustaz Fathi Yakan bertajuk ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ telah membuatkan diri saya berjaya menemui matlamat hidup yang sebetulnya.http://www.ikhwan-jor.com/ mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa, pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Taala pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.Berita ini diterima selepas zuhur 13 jun 09 yang juga disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:Pada pagi sabtu, Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital.Pihak hospital telah menyatakan bahawa beliau terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang terkenal Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih terkenal dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan kumpulan usrah pelbagai wadah.Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr Fathi Yakan. Ulama agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.Profil Dr Fathi YakanDr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.Kita kehilangan satu permata Islam yang bersinar ke seluruh dunia. Tetapi kematiannya tidak akan melenyapkan terus semangat ruhul jadid yang sentiasa segar dalam ingatan hasil kata-katanya dalam hampir 35 buah bukunya.Tidak sepatutnya bagi penegak agama Islam merasa lemah dengan kematian beliau tetapi perjuangan perlu diteruskan oleh kita yang tinggal ini sebagaimana dengan kewafatan Nabi Muhammad S.A.W yang menyaksikan kepintaran Saidina Abu Bakar dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur. Surah Al-Imran Ayat 144
Al Fatihah....

Tuesday, June 16, 2009

Renungan hari ini

Bayangkan anda memandu di sepanjang lebuh raya dan sebagai seorang yang berfikiran positif, anda selalu membuat afirmasi untuk menarik perjalanan yang selesa dan selamat.Sedang anda memandu, universe ataupun tuhan tahu bahawa anda akan terlibat dalam satu kemalangan di hadapan jika anda kekalkan kelajuan anda.Pada masa ini, universe ini pun melakukan sesuatu agar anda sentiasa selamat sepertimana yang anda inginkan.Tiba-tiba, tayar kenderaan anda pancit dan anda terpaksa berhenti di tepi jalan. Ini menyebabkan anda terselamat daripada sebarang kemalangan.Pada masa inilah kebanyakkan orang keluar dari kereta sambil maki hamun di tepi jalan dan tidak tahu bersyukur atas hikmah di sebalik tayar pancit tersebut.Ramai yang berfikir bahawa mereka tidak menarik kejadian "tayarpancit" dan mengapa ia berlaku tanpa menyedari bahawa mereka yangmelafazkan doa untuk selamat.Fikir-fikirkan...

Petikan daripada blog Dr Azwan utk renungan Kehidupan

Assalamualaikum,Ustaz Zaharuddin ada menulis di dalam bukunya Wang, Anda dan Islam tentang pendapatan syubhah para doktor dan klinik yang menyentuh elemen gharar (ketidak-tentuan), jahalah dan kezaliman.Daripada tulisan Ustaz, Ustaz telah berjumpa seorang ?pakar semasa kakinya sakit dan dikenakan bayaran konsultasi sebanyak RM 60. Kemudian telah membuat beberapa pemeriksaan makmal seperti x-ray dan air kencing. Kemudian beliau dikenakan bayaran RM 400.00. (Pheww.. mahal betul.. hospital mana ni? Patut datang hospital Pakar Al-Islam.. !) Saya kira, ustaz mengeluarkan fatwa berdasarkan pengalaman ustaz sendiri di hospital.Keesokan harinya beliau dirujuk kepada pakar perubatan kerana kemungkinan mempunyai gout. Saya tak tahu, kemungkinan beliau dikenakan bayaran-bayaran lain pula selepas itu.Isu pertama yang ustaz bawa ialah bayaran konsultasi doktor sebagak RM 60 tadi hanya diketahui setelah berjumpa dengan pakar tersebut. Sepatutnya harga konsultasi tersebut diberitahu sebelum berjumpa pakar.Isu kedua ialah ubat-ubatan. Sepatutnya pakar berbincang dengan pesakit tentang ubat-ubatan pesakit. Kemungkinan ada ubat-ubatan yang sama fungsinya tetapi lebih murah harganya dicadangkan kepada pesakit dan pesakit boleh memilih ubat-ubat tersebut. Harga ubat juga diketahui setelah keluar resit selepas menerima ubat bukan sebelum membayarnya.Menurut Ustaz, sekiranya perkara ini dapat dihindari maka elemen syubhah dan gharar fahish (gharar besar yang merosakkan akad) dapat dielakkan.Saya ingin memberi pendapat saya tentang hal ini. Bukan tentang hukum yang telah Ustaz fatwakan tetapi tentang proses Standard Operating Procedure yang biasanya klinik-klinik jalankan. Mungkin Ustaz dapat menilai kembali, ataupun para pembaca dapat memahami dengan lanjut apa yang telah ustaz tuliskan.1. Bayaran konsultasi pakar tidak dikira mengikut minit atau jam, tetapi mengikut kesukaran prosedur, pengalaman atau kepakaran. Biasanya sekali jumpa RM 60. Adakalanya jumpa berjam-jam pun tetap RM 60. Adakalanya mengkut prosedur tertentu, contohnya konsultasi pakar radiology untuk ultrasound ialah RM 50.00 tetapi kalau untuk CT scan mungkin mencecah RM 100.00.Ada konsultasi pakar sakit puan yang berjumpa dengan pesakit yang mengalami masalah kemandulan dikenakan RM 180.00, tetapi kes-kes biasa pula dikenakan caj RM 60.00. Ini kerana menguruskan masalah kemahilan adalah lebih sukar dan pakar juga tidak ramai. Oleh itu konsultasi pakar adalah bergantung kepada kepakaran dan kerumitan prosedur yang tertentu dan tidak mengikut masa seperti konsultasi profesion lain.Begitu juga dengan pengalaman pakar. Berbeza berjumpa pakar baru dengan pakar yang sudah 30 tahun dalam perkhidmatan. Sudah tentu fi konsultasi juga berbeza. Jumpa dengan pakar baru setengah jam RM 60, jumpa dengan pakar perunding yang sudah 30 tahun berkhidmat mungkin mencecah RM 150.Doktor pakar bukan seorang bomoh yang pandai menilik masalah. Dia tidak tahu apa masalah pesakit sehingga segala masalah dan pemeriksaan dijalankan. Adakalanya susah adakalanya senang. Jadi kesukaran dan kerumitan seseuatu perundingan itu tidaklah dapat diketahui setelah berjumpa dengan pesakit, dan setelah pemeriksaan dan prosedur telah dijalankan kepada pesakit. Oleh itu sukar juga untuk memberitahu pesakit berapa caj doktor yang dikenakan sebelum berjumpa. Dikhuatiri tidak adil pula kepada pesakit dan doktor pakar kerana doktor telah menetapkan harga sekian-sekian tetapi akhirnya akibat kerumitan sesuatu pemeriksaan, prosedur dan penyakit maka harga asal tadi telah meningkat.Mungkin Ustaz boleh tulis hukumnya dengan lebih detail sekiranya perlu. Tetapi saya setuju harga konsultasi sepatutnya diberitahu kepada pesakit sebelum berjumpa walaupun adakalanya sukar. Jika di klinik tempat saya bertugas dahulu, memang ada tertulis harga konsultasi untuk pegawai perubatan sebelum atau selepas jam 12 malam dan harganya pula adalah tetap. Dari segi konsultasi Pakar pula adalah sikit berbeza strukturnya.2. Tentang ubat-ubatan, kebiasaannya di klinik-klinik swasta, terdapat ubat generik dan original. Saya pernah menulis tentang ubat generik dan original sebelum ini. Walaubagaimanapun, di hospital swasta, kebiasaannya penggunaan ubat generik sangat kurang. Pakar banyak menggunakan ubat original yang mahal harganya.Sebagai contoh ubat original antibiotik Augmentin 625 mg berharga RM 6 sebiji x 2 kali sehari x 7 hari = RM 84.00. Tetapi ubat generik (biasanya tiada di hospital swasta) cuma RM 4 sahaja sebiji = RM 56.00 seminggu.Contoh lain pula : sebiji Arcoxia 120mg untuk tahan sakit berharga RM 6.00 sebiji. Walaubagaimanapun, tiada generik yang saya tahu yang sama dengan Arcoxia. Walaupun ubat tahan sakit lain seperti voltaren dan ponstan mempunyai fungsi yang sama dengan Arcoxia tetapi kelebihan-kelebihan Arcoxia seperti kurang kesan gastritis, makan hanya sebiji sehari dan kesan sampingan lain yang lebih kurang melebihi ubat-ubat lain.Pada pendapat doktor, adalah lebih baik jika memberi ubat yang sama kesan atau lebih berkesan, kurang dari segi dosing harian dan kurang kesan sampingan tetapi sedikit mahal daripada memberi ubat yang murah tetapi banyak kesan sampingan. Itu juga bergantung kepada kemampuan pesakit.Berbalik kepada permasalahan antibiotik, ada berpuluh-puluh jenis antibiotik yang berada di pasaran. Fungsinya adalah sama, iaitu membunuh kuman. Oleh itu, antibiotik mana yang paling sesuai adalah di atas pilihan doktor. Ada doktor suka memberi antibiotik jenis Zinnat kepada orang yang mempunyai masalah jangkitan kencing sebagai contoh, ada yang suka mempreskripsi Baktrim, ada yang mempreskripsi Augmentin, ada yang beri Ciprofloxacin, ada yang beri Bacampicillin. Kalau ada 10 antibiotik yang boleh memberi fungsi yang sama, tetapi kekuatan dan kelebihan yang berbeza, mana satu yang pesakit ingin pilih? Atau adakah pesakit (yang sedang sakit) ingin memilih? atau lebih mudah menyerahkan kepada doktornya sahaja?Memang mengikut kebiasaannya, pesakit KRONIK suka untuk memilih ubat-ubatannya. Ini kerana mereka telah mempunyai pengalaman. Contohnya Norvasc 10 mg lebih sesuai baginya daripada ubat-ubatan lain untuk mengawal darahnya. Di dalam hal ini, tiada masalah untuk kita bersetuju dengan pesakit perihal ubat-ubatan yang diambil. Malah sekiranya ada ubat yang lebih murah dengan effikasi yang sama, maka ia juga adalah satu alternatif yang baik.Justeru, persoalan penyakit yang AKUT seperti sakit perut, sakit kaki, jangkitan kuman, akut appendiks, pendarahan agak sukar untuk dibawa berbincang dengan pesakit di dalam sela masa yang singkat. Ini adalah kerana, sebagai doktor kita mahu yang terbaik dan cepat untuk pesakit. Dan pesakit dengan rela hati menyerahkan tugas mengurangkan kesakitan dan menghindarkan jangkitan secara sebaik mungkin kepada doktor. Pesakit pula di dalam keadaan tidak selesa untuk memikirkan ubat mana yang lebih sesuai untuknya. Asalkan boleh menyembuhkan.Walaupun begitu, ia bukan tiket kepada doktor untuk mengambil kesempatan memberi ubat yang tidak perlu, hanya sekadar mengaut keuntungan.Untuk penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan hyperkolestrol, masa lebih banyak untuk hubungan doktor-pesakit berlaku kerana biasanya pesakit akan datang setiap bulan untuk pemeriksaan dan mengambil ubat. Oleh itu pesakit akan berinteraksi dengan doktor ubat mana yang lebih sesuai dan selesa untuk pesakit. Pesakit akan memberi input yang bersesuaian dan doktor mempunyai banyak masa untuk berbincang ubat mana yang lebih sesuai kosnya di dalam lingkungan kemampuan pesakit.3. Untuk pengetahuan para pembaca dan Ustaz, ada pakar yang dipanggil pakar jemputan atau visiting specialist. Mereka ini menyewa tempat di hospital tersebut. Seolah-olah di dalam hospital tersebut, mereka ini cuma datang sebagai pakar pelawat yang berniaga dengan menyewa tapak di hospital. Sehari mereka membayar kepada hospital sekian-sekian sewa sebagai khidmat hospital menyediakan bilik dan pesakit kepada mereka.Pakar ini pula meletakkan caj konsultasi kepada pesakit sebagai gaji mereka. Dari segi ubat pula, keuntungan adalah 100% kepada hospital kerana pakar-pakar ini tidak membawa bersama ubat-ubatan. Ubat disediakan oleh hospital. Oleh itu, harga ubat-ubatan adalah terletak pada ketentuan lembaga ubat-ubatan hospital dan bukan pakar perubatan.Adakalanya, pakar juga tidak tahu berapa harga ubat tersebut. Dia boleh mengganggar sahaja, tetapi harga yang sebenar juga dia tidak pasti. Ini adalah kerana, harga terakhir terletak di kaunter farmasi. Harga ubat juga naik turun hampir setiap bulan mengikut harga pasaran dari syarikat pembekal. Doktor pakar menulis di preskripsi dan di hantar ke farmasi untuk diuruskan. Doktor pakar cuma menerima bayaran konsultasi sahaja. Keuntungan ubat bukan di bawah pengendalian doktor. Oleh itu, tugas memberitahu harga ubat-ubatan terletak di bawah kuasa hospital.Bagi pihak pesakit, pesakit berhak untuk tidak membeli ubat sekiranya mengetahui ubat adalah mahal. Pesakit boleh bayar kos konsultasi sahaja dan kemudian boleh pulang. Negara-negara di luar negara seperti Indonesia dan UK mengamalkan cara sedimikian. Mereka tidak membeli ubat di hospital tetapi membeli ubat di farmasi luar. Di Indonesia, ada banyak apotek a.k.a farmasi untuk mereka beli ubat. Tetapi masalahnya cuma, ada ubat yang pakar berkenaan tulis tidak terdapat di sesetengah farmasi. Farmasi di hospital lebih memudahkan kerana ubat yang dipreskripsi oleh doktor di dalam hospital biasanya sudah ada.Sekiranya pesakit ingin membeli ubat di luar, dapatkan preskripsi daripada doktor tersebut dan cari di farmasi luar. Dengan itu, pesakit tidak perlu membayar dengan harga mahal di hospital. Sekiranya pesakit berhasrat untuk membeli ubat di dalam hospital, pesakit boleh bertanyakan harga dan ahli farmasi akan memberitahu harga bagi setiap ubat.Adakalanya ia tidak berhenti setakat pada persoalan harga, tetapi akan berterusan kepada persoalan mana ubat yang lebih baik, kenapa harga ini lebih mahal dari yang ini dsbg. Ia akan memakan masa pesakit lain yang sedang menunggu ubat. Mungkin hari ini hari anda, namun sekiranya suatu hari yang lain, anda yang terpaksa menunggu.4. Berkenaan dengan pemeriksaan makmal seperti air kencing, radiology dan darah. Kebanyakan pesakit biasanya akan bertanya harga pemeriksaan makmal tersebut. Cuma pesakit yang tidak bertanya tentang harga ialah pesakit yang mempunyai insurans atau pesakit panel. Kebanyakan pesakit yang membayar tunai akan memastikan harga bagi setiap pemeriksaan makmal yang dilakukan.Memang secara semulajadinya, hospital tidak mempamerkan harga-harga tersebut secara terbuka. Mungkin kerana strategi pemasaran dsbg, tetapi sekiranya bertanya kepada pegawai pertanyaan di kaunter, biasanya harga tersebut boleh didapati dengan mudah. Saya tak pasti bagaimana ia boleh jatuh kepada "gharar" sekiranya harga makmal tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan.Secara amnya, saya dapati tidak beberapa praktikal untuk mempamerkan harga ubat kerana itemnya adalah beribu-ribu jenis. Pesakit boleh mendapatinya dengan bertanyakan di kaunter farmasi. Begitu juga dengan harga pemeriksaan makmal yang boleh didapati di kaunter pertanyaan. Pesakit juga boleh menganggarkan harga konsultasi doktor dengan bertanya kepada pegawai yang berkenaan. Pesakit boleh berbincang dengan doktor jika ingin ubat yang lebih murah. Pada pengalaman saya yang ramai menerima pesakit yang kurang berkemampuan, InsyaAllah ia tidak menjadi masalah. Malah, pesakit boleh menolak mengambil ubat di hospital dan boleh membelinya di tempat lain kerana membeli ubat di hospital bukan satu paksaan.Walahu Alam.

Monday, June 15, 2009

SELAMAT HARI LAHIR UMI SAYANG


Hari ini (14hb. jun 2009)kami sekeluaga ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada UMI tersayang- caayang...umi...semoga panjang umur,sihat dan berjaya dalam kerjaya sekarang, dan juga semoga RR Pak Deen bertambah maju, tahun ni dapat tambah rumah lagi.

Sunday, June 14, 2009

Sebelum beli rumah pelaburan

Faktor ketiga : Tempoh pembiayaan

Tempoh pembiayaan bagi rumah pelaburan mestilah tempoh paling lama kalau sampai 30 tahun lagi bagus kerana bebanan bayaraan ansuran rendah.Walaupun bayaran balik semakin banyak bila tempoh semakin panjang tetapi ansuran rendah yang perlu ditanggung oleh anda.Tetapi kita tak perlu bimbang kerana ia ditanggung oleh penyewa rumah anda.

Berbeza dengan rumah untuk didiami sendiri tempoh pembiayaan perlu sesingkat mungkin. Tempoh 5 hingga 15 tahun lebih baik kerana ia dibiayai oleh anda sendiri.

Saturday, June 13, 2009

Sebelum beli rumah pelaburan-sambung

Faktor kedua : Harga

Untuk beli rumah pelaburan pastikan harga rumah yang munasabah dengan lokasi.Adakah harga rumah yang anda ingin beli itu,harga bawah pasaran atau sebaliknya.Rumah tujuan untuk pelaburan pulangan serta kemampuan membayar balik itu yang penting.Jangan pula beli rumah yang negatif dari segi pulangan dengan bayaran ke bank.rumah yang dijual dengan harga yang tidak munasabah tidak dibeli oleh pelabur yang bijak.

Thursday, June 11, 2009

Sembang2 menyusun masa

kenapa masih ramai kita menghabiskan masa dengan cara yang tidak produktif. Masih ramai bersembang-sembang atau membicara hal -hal orang,lebih tepat lagi mengumpat.
Oleh sebab masa merupakan sesuatu yang tidak dapat kita hentikan atau dikawal,kita mesti belajar memberi keutamaan kepada perkara-perkara penting dan menguruskannya dengan cekap.Anda perlu mengoptimumkan penggunaan masa.
Ini tentunya bermaksud mengurangkan masa anda untuk menonton televisyen,video,wayang,bersosial,merungut dan melepak, sebaliknya melebihkan masa anda untuk membaca buku,mengumpul pengetahuan baru,meningkatkan kemahiran yang telah ada dan belajar daripada orang yang telah berjaya.
Mengumpul pengetahuan baru termasuklah kemahiran menjual,berunding,kemahiran teknikal yang terkehadapan dari orang lain.Semua kemahiran ini membolehkan kita lebih berharga di dalam pasaran tertentu. Hasilnya anda menjadi manusia yang lebih baik di dalam proses kejayaan yang anda fokuskan.
Suatu masa nanti anda menjadi inspirasi kepada orang lain.

Wednesday, June 10, 2009

Sebelum beli rumah pelaburan

Apabila anda ingin beli sesebuah rumah pelaburan apa anda perlu fikirkan:

Pertama : Lokasi,lokasi....lokasi. ini amat penting anda fikirkan.Cari rumah yang terletak di lokasi yang menarik,kemudahan pengangkutan awam senang,persekitaran selamat,terletak dikawasan ramai orang.Kawasan pusat Kesihatan atau Hospital,pusat pendidikan contohnya kawasan Universiti dan juga kawasan yang ada terletak kilang-kilang.

Tempat yang saya sebutkan itu biasanya terletak dibandar.Kalau tidak pusat bandar pun cari kawasan yang menjadi kawasan pelancongan contohnya kawasan berdekatan pantai.

Apabila kita pilih rumah pelaburan jangan cari rumah impian kita: Rumah impian contohnya rumah besar,cantik,reka bentuk menarik,kawasan sekeliling ada taman taman hijau,kita nak rumah yang segala-gala memenuhi kehendak kita.Berbeza dengan rumah pelaburan,itu tidak perlu memenuhi semuanya yang penting kawasan rumah itu mesti ramai penyewa atau orang nak menyewa.

Saturday, June 6, 2009

ganu 'jam' ?

Dua tiga hari ni bandaraya ganu 'jam' jalan jalan raya lebih lebih lagi atas jambatan sultan mahmud.Sibuk dengan kenduri kahwin musim cuti sekolah ni,dibantu pula sibuk dengan hari sukan IPTA bertempat di UMT yang bermula 3hb jun hingga 13hb jun 2009.Tarikan terbaru ialah sejak stadium sultan mizan di gong badak 'runtuh' lagi lah banyak kenderaan bertali arus pergi ke "destinasi pelancongan yang baru" itu. Peniaga air "buat duit" murah rezeki mereka. RR pak deen pun dapat tempias dari pesta sukan dan peristiwa itu.He.. he.. murah rezeki,alhamdulillah.

Friday, June 5, 2009

Rumah Teres Lot Tepi Alor Jambu,wakaf Tengah,Batu Rakit KT

Rumah ini Sewaan Harian : RM160.00 sebuah 3 bilik untuk 2 hari 1 malam.Diskaun bila sewa lebih dari 1 hari .RM60.00 sebilik (master) untuk 2 hari 1 malam.. Bilik Master (katil kelamin - hawa dingin dan kipas,tandas/bilik air di dalam) Bilik yang kipas saja RM50.00.
Bilik no. 2 (kipas ada 2 katil bujang) Bilik no.3 ada 2 katil bujang - kipas juga. .(2 Bilik air dan tandas ,ruang tamu luas(Set kerusi kayu jati) dan ruang dapur luas (set meja makan 6 kerusi). Parking berteduh dan kawasan luas.Bas pun boleh parking. Rombongan ramai-ramai amat sesuai dengan rumah ini.
Kedai runcit bersebelahan lagi senang untuk barang keperluan harian.



Sewaan Mingguan dan bulanan : harga kiraan mengikut bilangan penghuni dan syarat-syarat tertentu dan yang penting lebih murah dari harian.

Persekitaran,Restoran banyak dan ada yang 24jam.

Lokasi rumah: 25 minit memandu (normal) daripada Bandaraya Kuala Terengganu menuju ke Batu Rakit K.Trg.Akan melalui maidin mall,perpustakaan negeri dan jambatan sultan mahmud(sungai Terengganu) pulau duyung(atas jambatan nampak masjid Kristal Taman Tamadun Islam) terus ke pekan batu enam menuju jalan ke UMT,UDM gong badak. (0.5km)dengan Institut Perguruan Kuala Terengganu(IPKT) kampus Dato' Razali Ismail,Batu Rakit KTrg.
Sebelum MRSM akan nampak masjid Padang Nenas(kiri),sebelah kanan balai polis Teliput,nampak label Wakaf Tengah dan belok kiri jalan utama(800meter) nampak label RUMAH REHAT PAK DEEN-Alor Jambu.(rumah kanan jalan) .

3 km dengan Universiti Darul Iman (UDM) kampus kusza, 2.5km dengan Universiti Malaysia Terengganu. (UMT)
2.5km Pantai Mengabang Teliput dan 4 km Pantai Telok Ketapang yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.
4.5km dengan komplek sukan : Stadium Sultan Mizan.Gong Badak KTrg

Kawasan tersohor dengan keropok lekor batu rakit dan Sotong segar,ikan segar di goreng celup tepong(ICT).Gerai-gerai di tepi pantai,huh best nya.

Institut Teknologi Petronas(INSTEP) Batu Rakit (8 km).

Berminat hubungi Pak deen : 019-9429842.

Wednesday, June 3, 2009

Rumah dimiliki Percuma?

Bila kita nak membeli rumah dalam perjanjian pinjaman ditetapkan bayaran ansuran bulanan dan bila pinjaman akan tamat.Secara terancang bila pinjamaan anda tamat sudah tentu rumah itu milik kita secara automatik.Skim pelaburan terancang ini membolehkan anda memiliki harta secara terus menerus menjana wang kepada anda sepanjang masa.Melalui rumah ini anda tidak perlu keluar duit yang banyak cuma 10 peratus daripada harga rumah itu sahaja.Kalau harga rumah RM100 ribu anda hanya keluar RM10 ribu sahaja.Anda sebenarnya tidak keluar beratus ribu untuk memiliki rumah tersebut.Kalau rumah disewakan secara terancang lama kelamaan duit 10 peratus tadi akan dapat semula.Secara realiti nya anda dapat kembali modal awal anda itu dalam masa yang singkat dan selepas itu semuanya percuma.

Gempar Stadium di Gong Badak Runtuh

Kenapa laah jadi begini,Stadium canggih doh,..boleh runtuh, baru setahun guna..nak baiki tu banyak pulak belanja... dah lah abih banyak doh...maso buat dulu..hai pak pandiiir...

kenapa ramai orang memilih menjadi mangsa?

Anda pasti ada membaca dan mendengar kisah orang seperti ini.Ramai pekerja dibuang kerja selepas kerja bertahun-tahun bekerja dengan seti,isteri lari kerana didera,pengusaha yang bangkrap disebabaabkan kemelesetan ekonomi dan ada yang berhenti kerja kerana tidak tahan disindir,dipandang serong semasa bertugas dan macam macam lagi lah.


Kesihan pada mereka kerana mereka percaya mereka yang menjadi mangsanya, mereka tidak mungkin daapaat mengawaal keadaaan mereka sendiri,tidak belajar dari pengalaaman mereka,meneruskan hidup dan mengubah kehidupan menjadi lebih baik.


Ramai kawan kita menjadi mangsa dari masa ke semasa.Memang mudah kita menjadi mangsa.Adakah anda mempunyai kawan kawan yang sering merungut mengenai majikan atau ketua mereka,teman sekerja mereka,pasangan mereka,masyarakat mereka