Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Dikesempatan ini pak deen nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua pembaca blog pak deen dan kepada semua pelanggan pak deen yang pernah tinggal dihomestay dan kepada penyewa2 harian,mingguan dan bulanan terima kasih semua.
Mohon maaf Zahir dan Batin apa yang tersilap dan terkurang sepanjang berkomunikasi.
Semoga tahun ini sama2 kita bergembira dan berbahagia di hari mulia ini.
Terima kasih semua.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Wednesday, July 14, 2010

Teres setingkat RM140 - 2 H 1 M











Rumah Taman Melor di Wakaf Tengah KT : Rumah sewaan harian - RM140.00 sebuah untuk 2 hari 1 malam. Tinggal lebih lama ada diskaun. Rumah ada 4 bilik dan 2 bilik air / tandas - Master bedroom katil kelamin (hawa dingin), bilik no.2- katil bujang ada 2 unit (hawa dingin), bilik no.3 katil bujang 1 unit (Kipas) dan bilik ke 4 - katil kelamin ada 1 unit (Kipas).

Peralatan : Kerusi set Sofa,Meja makan 6 kerusi,TV - Astro, Peti Ais, Mesin Basuh semi.

Parking 2 kereta, Lampu jalan dalam taman depan rumah(terang benderang). Kedai makan (selera kampung 24 jam) hanya 1 km sahaja.

Lokasi :

10-15 minit memandu berkereta dari Bandar Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud,Stadium Sultan Mizan,Gong Badak ke UNISZA(UDM) dan UMT.

0.5km dengan IPGM (Intitut Pendidikan Guru Malaysia)Wakaf Tengah,Batu Rakit Kuala Terengganu.
200 meter MRSM Wakaf Tengah, Kuala Terengganu.
10Km INSTEP(intitut Latihan Petroleum Petronas,Batu Rakit, Kuala Terengganu.
3Km Universiti Sultan Zainal Abidin(UNISZA) dulu dikenali UDM (Universiti Darul Iman).
3Km Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
2Km Pantai mengabang Telipot.
Kedai Keropok lekor Terengganu Original.(Kg Tanjung,Batu Rakit).
5km Pantai Teluk Ketapang- belakang Airport Kuala Terengganu.
6Km ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu.

5.5km Kompleks Sukan Negeri,Gong Badak dan Stadium Tertutup Negeri, Gong Badak.

Jika datang dari Kota Baharu Kelantan melalui jalan Pantai : Penarik ke Batu Rakit - Wakaf Tengah.(Akan jumpa kawasan Kedai/gerai keropok Lekor dan keping)

Kemudahan berhampiran dengan Pasar malam wakaf Tengah, Bank Simpanan Nasional Cawangan Wakaf Tengah. Restoran/kedai makan berhampiran, Surau wakaf Tengah. Kedai makan 24jam pun ada di jalan utama ke Padang Nenas menghala ke masjid Padang Nenas,Wakaf Tengah.

Depan bertentangan stesen petronas ada Institut Latihan Bahasa Inggeris Batu Rakit Kuala Terengganu.

Stesen minyak petronas Wakaf Tengah (Taman Melor 200 meter, masuk jalan sisi/tepi stesen minyak ini).(Taman di belakang Petronas)

Berminat hubungi Pak Deen 019-9429842. Booking awal dan rundingan dialu-alukan.

Rumah Taman Desa Kayangan

Sewaan Bulanan Tanpa Perabut: RM300.00 sebulan. Rumah Teres Setingkat lokasi diTaman Desa Kayangan terletak di Kampung Tanjung Batu Rakit Kuala Terengganu.

25km drp pusat bandar Kuala Terengganu.10-15minit pemanduan kereta standard.

Rumah lot tepi,teres setingkat mempunyai 3 bilik dan 1 bilik air/tandas. Rumah bergril. Kejiranan selamat.
Parkir berteduh dan kawasan tepi luas.


100 meter dari jalan utama Batu Rakit ke Kuala Terengganu.
3km dr Intitut Pendidikan Guru Malaysia di Batu Rakit.
5km ke INSTEP/ALAM batu rakit KT
6km ke Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin(UNISZA)dulu UDM-kusza.
8km Lapangan Terbang Sultan Mahmud KT dan Komplek Sukan Negeri Gong Badak KT.

Masjid,Pasar malam,Gerai keropok lekor popular, klinik,stesyen minyak,BSN,Pejabat Pos semua berdekatan.

Berminat call Pakdeen (019-9429842)

Friday, June 25, 2010

Komitmen untuk membina kekayaan masa depan


Sekiranya anda ingin membina kekayaan, anda haruslah mengenal pasti kualiti diri anda. Sama sama kongsi motto ini "Melabur dahulu, mewah kemudian". Antara membeli kemewahan palsu dengan mewah sebenar. Membeli pakaian mahal berjenama, jam tangan berjenama, kereta mewah atau percutian yang mahal. Pilihan ditangan anda dengan menyimpan untuk melabur atau sebaliknya. Bukan kita tak mahu mewah dalam gaya hidup tapi cuma kemewahan tertunda sahaja. Bunyi mudah tetapi maksud nya dalam dengan "saya ingin memilikinya sekarang" dengan "Saya ingin memilikinya nanti",tetapi dengan lebih baik". Pilihlah pegangan yang memiliki nanti dengan lebih baik.

Kemewahan tertunda bukan bermakna kita tak ada lansung barang yang dimiliki,contohnya beli kenderaan sekadarnya dengan kemampuan sekarang,bercuti pula pergi bercuti yang dekat dekat dan kos yang murah tapi nikmat yang sama,jam berjenama ganti jam biasa sebab hanya nak lihat waktu sahaja.

Jadi bila ada komitmen melabur, nak beli rumah pertama.kedua tiada masalah.

Wednesday, June 23, 2010

Hari gembira berganda



Pada 21.6.2010 adalah hari lahir aku ke 40an..Dah masuk hari tua dah aku ni. Teringat imam Ghazali bila beliau mencapai umur 40, beliau mula bertongkat, bukan kerana tak dapat berjalan tapi untuk mengingat kepada dirinya bahawa dia sudah mula tua dan sudah mula dekat dengan hari mati. Bekal untuk mengadap Tuhan nanti adakah cukup amal kebaikan,pahala,suruhan NYA dibuat dengan rajin dan betul atau tiada langsung?. Inilah yang menginsafkan diri..hidup perlu diteruskan tapi mesti dilandasan yang betul dan diredhai Allah. Ilmu dan harta dicari tetapi perlu ingat ke arah mana ilmu harta digunakan. Jika ke arah diredhai, insyaallah diberkati dan rezeki lagi di kurniakanNYA, tetapi jika disebaliknya, balasan setimpal akan diterima kelak. Aku berdoa siang dan malam supaya aku ditempatkan dalam golongan yang diredhaiNYA. Rezeki yang di beri, diguna untuk kebaikan...Insyaallah..




Pada 22.6.2010 gembira bertambah rezeki kerana isteri aku hadir majlis Konvokesyen OUM ke 8 di Kuala Lumpur Dewan Merdeka PWTC., Aku dan anak2 turut serta..Tercapailah cita citanya nak genggam segulung ijazah. Selama 2 tahun bertungkus lumus belajar dan aku juga berkorban tenaga, masa, wang ringgit dan sokongan moral untuknya belajar. Alhamdulillah berjaya..TAHNIAH MY DARLINGKU.!

Waktu di Kuala Lumpur menginap di Hotel Seri Pacific(five star) kembar dengan PWTC tu dan pada hari lahirku 21hb tu dapat KEK COKLAT STRAWBERY hadiah dari hotel. Terima kasih kepada pekerja hotel tersebut kerana terperasan tarikh keramat tu...


Friday, June 18, 2010

Latihan jasmani...berpeluh sakan...

Petang tadi lepas solat Jumaat, aku dan anak isteri bersama sama pergi membersih rumah sewa di Taman Melor wakaf Tengah..Pagi kelmarin penyewa telah keluar setelah tiga bulan menghuni rumah tu...Student INSTEP yang sewa....Bila mereka keluar macam biasalah aku sekeluarga pakat pergi membersih rumah pada hari minggu. Macam macam kena buat operasi seluruh rumah..kena bersih sampah,debu, susun barang dan macam2 lah..berpeluh sakan kiranya.. bagus jugak sebagai latihan jasmani dan fizikal di hari minggu..seronok juga bila sekeluarga bersama buat kerja..tak payah gi joging2..Lepas solat maghrib kami sekeluarga siap nak balik rumah sendiri kat bandar..sempat pulak singgah dinner pekena mi sup utara dan nasi goreng ikan masin serta minuman air keret susu dan capucinno blended. Wow sukanya anak2 aku..dapat dinner lepas tolong ayahnya...

Sebelah pagi tadi aku kena bertugas tempat daftar mesyuarat Agung Koperasi tempat aku kerja..dari pukul 7.15 pagi. Mesyuarat agung tu tamat pukul 12 tengahari..balik untuk solat jumaat pula..Hari minggu yang padat dengan aktiviti yang berhasil..

Sambil bersih rumah terima pula panggilan orang nak lihat rumah nak sewa minggu ini..untuk kursus ..kat IPGM.. Bulan Julai nanti ada pulak student INSTEP datang belajar..kalau ada rezeki bertukar penyewa lagi..harap2 macam tu lah, rezeki mendatang..InsyaAllah..

Thursday, June 17, 2010

UDM sekarang di kenali UNISZA

Universiti Darul Iman Terengganu(UDM) sekarang telah ditukar kepada nama UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) kampus terdekat dengan rumah rehat dan rumah sewa Pak deen ialah di Gong Badak Terengganu. Di bandar Kuala Terengganu adalah kampus Kota depan Hospital Sultanah NurZahirah(HSNZ)

Sunday, June 13, 2010

Bulan Jun paling sibuk dan belanja berganda


Bulan jun ni aku rasa sibuk banyak,selain dari kerja harian di pejabat..aku sibuk urus hal anak anak bercuti samada cuti sekolah atau cuti universiti.Ada anak balik dari U dan dok seminggu ..pergi pulak doh..antar lagi kat stesen bas je.. Dalan cuti ni juga banyak kad kad jemputan kahwin-pelaburan jugak ni..pelaburan mulut dan kaut...Dalam sehari sampai lima atau enam kad..huh..pelaburan kaut ni..belanja berganda lagi..
Bulan ni jugak lah isteri aku banyak hadir kursus di ganu atau di Kuala Lumpur.
Akhir bulan ni pula nak gi Kuala Lumpur hantar dan menyertai majlis Konvokesyen isteri aku yang dia belajar kat Universiti Terbuka..dah dapat ijazah dah dia..aku sibuk ngan rumah sewa aku je lah..Bila nak hantar ke majlis konvo,nak pergi belaka anak anak ..bercuti lah..KL..berganda lagi...mujurlah ada Pasif Income pelaburan rumah sewa,.kalau tak ..nak cari mana belanja berganda ni..Bila difikirkan ..nasib baiklah buat persediaan awal pelaburan "pasif income" berbaloi jugalah kiranya..Tak rugi belajar buat pelaburan hartanah ni..Cuma urus pelanggan keluar masuk rumah sewaan harian dan bulanan. Kalau ada yang nak keluar gi amnbil kunci dan bersih apa yang patut..kalau tak sempat siang hari ..buat malam lepas solat isyak..ajak anak anak tolong..lepas tu belanja anak makan kat restoran..huh suka lah budak budak..lagi mesra anak beranak..he.he..bukan susah ..kalau pandai aturkan ..kerja pejabat tak ganggu lansung..sebab buat lepas waktu pejabat..yang penting bijak pengurusan masa...Usah ganggu waktu pejabat..Amanah di pejabat mesti di utamakan..barulah berkat apa yang kita buat pasif income..

Thursday, June 3, 2010

The Magic Of Thinking BIG : Nak jadi Orang Kaya Bertakwa(OKB)

Alhamdulillah,berkat usaha dan sentiasa sedar dari mana aku datang, akhirnya Allah makbulkan doa untuk memiliki rumah dalam masa lima tahun nak cukup sepuluh buah. Selesai sudah tandatangan borang 14A pindah milik rumah ke sepuluh walaupun dengan bermodalkan ilmu yang tuhan bagi sedikit ini akhirnya tercapai juga. Walaupun bagi sesetengah orang yang banyak modal dan dah kukuh kedudukan dapat beli rumah dengan senang sahaja samada rumah baru atau rumah lelong(ada yang sampai lebih 20 buah rumah)"aku belum lagi capai". Aku yang bermula dengan kosong dan tidak bermodal duit banyak, cuma bermodalkan ilmu melalui bacaan buku-buku hartanah,e-book,seminar,blog-blog hartanah dan pengurusan wang,semangat kuat untuk baiki diri, dapatlah beli rumah sebuah demi sebuah dan bagi sewakan samada harian ataupun bulanan. Dengan sewaan tersebut dapatlah 'maintain' bayaran pinjaman bank(pinjaman islam)"elak pinjaman konvesional-faedah". Pinjaman ada yang lima dan sepuluh tahun. Bila aku pencen nanti(kalau panjang umur) masa tu rumah habis bayar,bayangkan pelaburan rumah yang dibeli Rm100K akan jadi Rm200K, darab sepuluh jumlahnya 2Juta kot.. Aku teringatlah kalau pendapatan aku makan gaji yang rendah ni, sampai pencen pun aku tak dapat banyak tu. Inilah nikmat dan jalan tuhan tunjukkan pada aku. Semoga aku lebih bertakwa padaNYA(Amin). Inilah dia rezeki perniagaan 9/10. Aku nak berniaga lain, tak ada modal,cuma berniaga melalui hartanah nampaknya berada dijalan yang betul. Buku shamsudinkadir "Makan gaji tapi kaya" menjadi kenyataan pada aku.
Cuma sekarang aku kena lebih berdisiplin dalam pengurusan wang. Aku masih mencari ilmu kerana selagi hidup ..pencarian ilmu tidak terhenti samada ilmu dunia , lebih lebih lagi ilmu akhirat. Sentiasa beringat,harta tuhan bagi cuma pinjaman dan ujian untuk aku, kemana arah tuju aku, guna harta untuk kebaikan, insyaallah tuhan akan tambah lagi tetapi jika sebaliknya,. bila-bila masa boleh ditarik balik serta merta.Moga moga sentiasa tetapkan imanku dan jadikan aku insan bertakwa.

Friday, May 21, 2010

Penulis buku Jutawan Senyap

Sudah Lama Berbisnes... Tetapi Masih Juga Gagal & Hutang Semakin Bertambah !!! Inginkah Anda Tahu Rahsia Kekayaan Jutawan Islam Dari Bogor .....?

Dari Meja Penulis : Dato' Dr Hj. Rusly Abdullah ( Chef Li )

Mungkin nama mereka tidak tersenarai di Majalah Forbes tetapi ini tidak bermakna mereka tidak cukup kaya. Mungkin kerana mereka tidak memiliki banyak syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Jakarta. Maka nilai kekayaan sebenar mereka sukar diakses oleh pihak penarafan kekayaan. Atau mungkin kerana mereka tidak mendapat publisiti yang sewajarnya dari media arus perdana.

Namun perlukah kita hanya bergantung kepada senarai Forbes untuk mengetahui ramai tidaknya jutawan Islam di Indonesia? Cukuplah kita bertanya kepada masyarakat setempat. Kelebihan para jutawan Islam ialah mereka akrab dengan masyarakat.

Benar, masyarakat tahu siapa yang kaya di daerah mereka sendiri. Mereka tidak perduli sama ada si kaya itu pernah muncul di TV atau tidak.
Belum cukup kayakah seorang yang memiliki lebih 1000 hektar lading sawit. Belum cukup kayakah seorang yang ada bangunan 40 tingkat di metro Jakarta. Belum cukup kayakah seorang yang memiliki jet peribadi untuk terbang segera ke seluruh pelusuk Indonesia? Belum cukup kayakah seorang yang mempunyai hotel dengan lebih sedozen cabang di seluruh Indonesia? Betul mereka tidak tersenarai. Betul mereka tidak di kenali dipentas global tetapi mereka KAYA!

Anda disarankan membeli & membaca buku keenam tulisan beliau iaitu "Rahsia Kekayaan Dari Bogor ". Ia merupakan kesinambungan daripada kelima-lima buah buku beliau sebelum ini.

Monday, May 17, 2010

Persediaan Persaraan Masih Rendah

TAHAP kesedaran merancang menabung untuk kehidupan selepas persaraan di Malaysia yang umur persaraan di kalangan rakyatnya ialah antara 50 hingga 55 tahun masih rendah berbanding negara lain. Ada kalangan rakyat Malaysia bersedia terus bekerja walaupun selepas umur persaraan wajib dengan menyambung kontrak. Berdasarkan pemerhatian, mereka masih mahu menyumbang tenaga berkerja sehingga usia 61 tahun, samaada kerana sememangnya suka bekerja atau memerlukan pendapatan untuk sara hidup.

Biasanya semua orang akan mula memikirkan apa yang hendak di lakukan apabila bersara ketika berusia 50 tahun,tinggal lima tahun sebelum bersara dan sudah terlambat untuk merancang. Bagi yang memiliki harta seperti rumah sewa,tanah, kebun dan perniagaan mungkin tiada masalah. Apabila bersara, pastinya seseorang itu yang sebelum ini sibuk dan aktif dengan tugas sehariannya, bila berubah corak kehidupannya dengan memasuki dunia baru. Tiada lagi gaji bulanan di terima dan rutin seharian yang membelenggu hidup mereka, sebaliknya lebih banyak masa dihabiskan dengan aktiviti berbentuk peribadi.

Justeru, dalan melayari sisa hidup itu, kita perlukan simpanan untuk melakukan pelbagai kegiatan termasuk perbelanjaan keperluan asas khususnya makanan dan pakaian, selain membayar bil. Dalam keadaan itu, perancangan awal dengan melakukan tabungan supaya dapat menempuh alam persaraan dengan tenang dan berkeyakinan. Senario di negara ini, bagi kakitangan kerajaan mempunyai skim pencen, manakala pekerja swasta mencarum wajib di dalam Kumpulan Simpanan Wangn Pekerja (KWSP) sebagai bekalan simpanan hari tua selain pembelian saham dan bon. Alternatif boleh dilakukan dengan menambah simpanan hari tua menerusi skim insurans persaraan. Namun, di negara ini kesedaran menabung bagi skin persaraan itu masih rendah.

Syarikat insurans pernah membuat kajian di banyak negara di seluruh dunia baru-baru ini, mensasarkan kumpulan pekerja berumur 25 tahun ke atas serta kumpulan pesara berusia 75 tahun ke bawah, bertujuan melihat persepsi masyarakat mengenai persaraan, perbandingan antara tanggapan dan kenyataan(pekerja dan pesara) dan menganalisis tinjauan masyarakat dari sudut pandangan antarabangsa.Berdasarkan kajian yang membabitkan malaysia itu mendapati kebanyakan pekerja mula bersiap untuk menabung bagi menghadapi dunia persaraan mereka pada purata usia 41 tahun, berbanding mereka yang bermula pada usia 47 tahun dan kebanyakan mereka adalah di kalangan berpendapatan tinggi.

Situasi itu berbeza dengan pekerja di Britain yang sudah mula membuat persiapan persaraan seawal umur 28 tahun, Amerika Syarikat 30 tahun, Singapura 34 tahun, dan Thailan 43 tahun. Kajian menunjukkan pesara masih tidak bersedia dengan rintangan yang bakal dilalui sepanjang tempoh persaraan. Pada peringkat permulaan, mereka yakin simpanan mencukupi tetapi selepas berdepan dengan masalah dan perkara tidak dijangka, baru menyedari bahawa tindakan itu salah.

Berdasarkan kajian itu, kira2 48% sahaja pekerja di Malaysia membuat persediaan menabung untuk persaraan berbanding di Amerika (79%)l britain (71%); Singapura (54%) dan Thailand (38%).

Pada dasarnya, rakyat di negara ini lebih memberi keutamaan membeli polisi insurans nyawa, kira2 73 peratus pekerja di Malaysia membeli insuran nyawa, diikuti caruman wajib KWSP (67 peratus) dan sumbangan melalui majikan (65 peratus).

Kajian di Singapura pula, menunjukkan caruman tabung simpanan pekerja (CPF) 91 peratus, diikuti sumbangan majikan secara sukarela untuk pekerja (90 peratus) dan mempunyai simpanan CPF, akaun SRS, simpanan persaraan, pelan pengeluran tempoh matang (84 peratus).

Di Amerika Syarikat, 91 peratus menyumbang kepada Keselamatan Sosial, sumbangan majikan (69 peratus) dan menabung dalan saham, bon, sijil simpanan (66 peratus).

Jika dilihat dari segi tabungan pula, di Malaysia, jumpah simpanan meningkat kira2 RM478 kepadaRM704 setiap bulan. Bagaimanapun, di Amerika Syarikat pula pekerja memperuntukkan sejumpah RM2207 setiap bulan untuk skim persaraan. Kajian aspek kesihatan mendapati jurang perbezaan antara orang pekerja dan pesara tidak begitu besar. Penyelidikan menunjukkan tahan kesiahatan optimum ialah pada usia muda.

**February 4, 2010 by Eddy Wijaya
** Ulasan dari Harian Metro 13 Jan 2010

Thursday, May 13, 2010

Miliki kediaman ikut bajet

Rumah yang selesa dan menarik di kawasan kejiranan yang aman serta berdekatan dengan pelbagai kemudahan pastinya menjadi idaman setiap pembeli.

Bagaimanapun, tidak semua beruntung dapat memiliki kediaman idaman yang mempunyai cirri-ciri yang diimpikan berikutan nilai rumah yang tinggi akibat daripada nilai hartanah yang mahal terutama di tengah-tengah kawasan Bandar.

Langkah pertama sebagai pembeli yang bijak, kita perlu selidik dulu kawasan hartanah yang bakal dimiliki. Tidak salah jika pada hari cuti terutama di hujung minggu, kita mengambil kesempatan bersiar- siar sambil meninjau kawasan perumahan yang menarik perhatian dengan melawat rumah contoh atau pejabat pemaju perumahan.

Lebih menguntungkan jika pemaju mengadakan hari terbuka yang membolehkan bakal pembeli melihat rumah contoh dan mendapatkan nasihat dari segi pinjaman kewangan dan undang-undang daripada pihak yang dijemput pemaju pada hari berkenaan.

Jadi, secara tidak langsung pembeli dapat gambaran awal mengenai kawasan rumah yang bakal dibeli selain mengetahui bajet yang diperlukan untuk memiliki kediaman idaman.

Tidak dinafikan nilai hartanah yang tinggi menyumbangkan kepada peningkatan harga rumah. Lazimnya, hartanah di kawasan tengah Bandar yang dipenuhi pelbagai kemudahan termasuk laluan masuk yang banyak dan berdekatan dengan pusat perniagaan mempunyai nilai yang tinggi.

Tentunya harga rumah turut mahal. Mungkin harga seunit pangsapuri di kawasan Bandar sama harganya dengan rumah teres dua tingkat di pinggir Bandar atau rumah banglo di kawasan luar Bandar.

Bagi yang belum mendirikan rumah tangga atau bilangan ahli keluarga yang kecil atau pasangan yang baru berkahwin tentunya tinggi di pangsapuri tiga bilik tidak menjadi masalah dan masih berasa selesa.

Tetapi bagi yang mempunyai keluarga yang besar, tertentunya lebih selesa jika dapat memiliki rumah yang lebih luas dan mempunyai laman untuk anak-anak bermain.

Kediaman yang dekat dengan tempat kerja sering menjadi pilihan kerana ia dapat mengurangkan kos pengangkutan termasuk minyak kenderaan dan tol. Selain itu, pilihlah kawasan kediaman yang mempunyai jalinan pengangkutan awam atau lebuh raya bagi memudahkan urusan.

Kejiranan yang aman juga perlu diambil kira selain kemudahan asas seperti padang permainan, surau, masjid, sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak juga memainkan peranan penting bagi pemilihan rumah idaman.

Pilihlah pemaju perumahan yang mempunyai rekod yang baik bagi mengelakkan kita membeli rumah yang berkualiti rendah dengan harga yang mahal, selain mengelakkan kerugian akibat kelewatan rumah disiapkan sehingga menyebabkan pembeli terpaksa menanggung beban hutang dengan institusi kewangan.

Reka bentuk rumah juga memainkan peranan kerana kita bukan tinggal di rumah sehari dua tetapi bagi tempoh yang lama. Jika rumah yang cantik dan selesa tentunya kehidupan harian lebih sempurna.

Nah, apa lagi pilihan di tangan anda. Apa-apa pun, jadilah pembeli yang bijak dan membeli rumah idaman mengikut bajet masing-masing.

Tip- tip:
• Selidik latar belakang pemaju
• Meninjau kawasan perumahan yang sesuai
• Memilih kejiranan yang aman
• Berdekatan dengan tempat kerja
• Pilihlah kawasan perumahan yang mempunyai kemudahan asas seperti surau, sekolah, taman asuhan kanak-kanak, masjid dan pasar raya.
• Pilihlah kawasan perumahan yang mempunyai rangkaian laluan seperti lebuh raya dan pengangkutan awam.

Berita Harian khamis,13 mei 2010 : 1klassifieds oleh Mona Ahmadmona@bharian.com.my

Sunday, April 25, 2010

Rumah Taman melor Wakaf Tengah akan kosong 1 Julai 2010

Rumah di Taman Melor : Teres setingkat 4 bilik tidur,
2 bilik air/tandas.Rumah tiada penghawa dingin.
Master bedroom ada bilik air didalam.
Peralatan dalam rumah : katil + tilam setiap bilik, meja makan untuk 6 orang, televisen,mesin basuh,peti sejuk,dapur gas.sink ada dua.
Parkir kereta muat 2 buah dan berteduh.

SEWAAN BULANAN RM800.00,(api dan air bayar sendiri) sesuai tinggal selesa maksima 7 orang bagi peserta kursus atau student pusat pengajian tinggi. Sewa minima 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan.

Untuk sewa 1 bulan juga diterima : sewa RM890.00 termasuk letrik dan air serta pengurusan.(Jika kekosongan)

LOKASI: 0.5 km Intitut perguruan batu rakit, 3km Universiti Darul Iman kampus KUSZA. 3km Universiti Malaysia Terengganu,10km INSTEP batu rakit.
Berdekatan: Masjid,pasar malam,stesen minyak,BSN,klinik,kedai runcit,kedai makan.

Siapa cepat dia dapat. Call Pak Deen 019-9429842 sekarang..

Saturday, April 24, 2010

Minda: Sindrom segan nak kaya

DALAM kehidupan masyarakat Melayu, sudah menjadi kelaziman untuk menggelarkan orang kaya sebagai Haji Bakhil.

Watak daripada filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee ini begitu sinonim dan sangat dikenali ramai. Bagaimanapun, gaya hidup seperti ini disalahertikan oleh masyarakat. Pengaruh Haji Bakhil memberi kesan sehingga ada yang membenci dan cemburu terhadap orang kaya. Saya percaya P Ramlee menonjolkan watak ini bertujuan mengingatkan orang kaya, dalam konteks hari ini membabitkan syarikat, korporat dan syarikat berasaskan kerajaan (GLC) yang kaya supaya tidak lupa diri membawa sikap nafsu-nafsi. Kalau bukan mereka, siapa lagi yang berupaya membantu mereka yang memerlukan serta menggunakan wang dan harta untuk membela nasib bangsa, agama dan negara? Siapa lagi yang berupaya mencergaskan pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan peluang kerja dan bisnes sekiranya yang kaya tidak berbelanja serta melabur untuk kepentingan bersama? Kerana takut dilabelkan Haji Bakhil, mungkin ada yang kaya tidak mahu menunaikan haji atau jika sudah haji, segan pula untuk menambah kekayaan. Lebih buruk lagi andainya ada di kalangan masyarakat yang tebal dengan sikap ‘segan nak kaya’ semata-mata kerana tidak sanggup digelar bakhil. Watak Haji Bakhil begitu berjaya ditonjolkan P Ramlee sehingga ramai yang melabelkan orang kaya itu seolah-olah semuanya bakhil! Pandangan ini boleh melemahkan semangat dan cita-cita menjadi kaya di kalangan masyarakat. Jika perumpamaan Melayu lama menyatakan ‘hidup segan, mati tak mahu’, keadaan orang Melayu dan Muslim hari ini pula boleh diumpamakan ‘kaya segan, miskin tak mahu.’ Tambahan apabila persepsi seperti ini dikaitkan dengan pandangan umum masyarakat Melayu bahawa wang ringgit dan harta kekayaan adalah punca kepada banyak kerosakan dalam kehidupan dan kepincangan dalam masyarakat.

Malang sekali sekiranya ramai Melayu yang segan nak kaya. Orang Melayu memang terkenal dengan sifat segan dan pemalu yang dikaitkan dengan nilai tertib dan sopan yang dianggap suatu nilai baik hingga terbawa-bawa dalam apa juga yang dilakukan. Namun, dalam konteks kehidupan hari ini, terlalu segan dan malu boleh merugikan, khasnya dalam persaingan bisnes dan ekonomi yang semakin sengit.


Hari ini, Melayu dan Muslim terus ketinggalan dalam ekonomi kerana kurangnya pembabitan mereka dalam bisnes. Ramai yang lebih selesa mengambil jalan selamat dalam hidup, takutkan cabaran serta tidak mahu mengubah sikap akibat daripada persepsi negatif terhadap imej bisnes. Lebih malang apabila ada Melayu dan Muslim malu menceburi bisnes dan segan bersaing dengan kaum lain dalam bidang ini. Tidak dinafikan bahawa tanggapan kita terhadap bisnes kadang-kala terlalu serong. Malangnya, banyak kita saksikan watak ahli bisnes yang tamak dan tidak bertimbang rasa serta syarikat dan korporat Melayu yang angkuh dan rakus. Persepsi ini mungkin didorong oleh salah faham terhadap bisnes atau kerana imej buruk ahli bisnes dan korporat sebagaimana watak dalam drama di televisyen! Filem atau drama Melayu sering memaparkan kisah berkaitan keluarga yang terbabit dalam bisnes. Sebahagian besar jalan ceritanya boleh dijangkakan. Babak seperti kelakuan buruk kerana kekayaan, perebutan harta pusaka, perebutan jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) di kalangan anak-anak bagi menggantikan bapa yang meninggal dunia, penipuan, rasuah, lupa diri, skandal cinta buas dan liar menjadi pilihan penerbit, pengarah dan penulis skrip drama dan filem Melayu. Orang Melayu menganggap bahawa itulah sebenarnya imej dan budaya masyarakat bisnes dan korporat. Imej negatif ini membuatkan ramai yang terlupa manfaat bisnes yang lebih besar kepada kehidupan.


Dalam suasana mencabar hari ini, minda yang pasif, sikap segan dan malu bukanlah watak sesuai untuk maju dalam persaingan hidup yang tidak mengenal belas kasihan serta tidak bersimpati terhadap sopan santun dan budi bahasa. Semua yang malu merebut peluang dan kesempatan serta segan hendak kaya dan tidak sanggup ‘memecah ruyung’ di pasaran, tidak akan mendapat ‘sagu’ harta kekayaan akan ketinggalan. Satu lagi yang mungkin mempengaruhi minda Melayu sehingga segan hendak kaya adalah ajaran songsang segelintir pendakwah yang menggalakkan Melayu-Muslim mengenepikan kekayaan. Ajaran ini jelas songsang kerana Islam menegaskan di samping mengutama akhirat, kita tidak lupa tempat dan kewajipan kita di dunia. Kalau tidak bagaimana ingin menjadi umat terbaik atau khaira ummah di dunia dan menjadi khalifah di muka bumi? Lagipun hidup di dunia sajalah terdapat kesempatan untuk manusia beramal, beribadah, berjuang dan ‘berlumba-lumba dalam mengerjakan segala kebaikan’ (fastabiqul khairat), kerana akhirat hanyalah tempat pembalasan dari apa yang diamalkan di dunia. Hadis menyatakan sekalipun kita pasti esok akan kiamat, andainya terdapat benih di tangan, kita ditugaskan menanam benih itu! Satu lagi hadis menganjurkan supaya berkerja keras untuk dunia ‘seolah-olah kamu akan hidup selamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati hari esok.’ Semua ini jelas menuntut supaya diseimbangkan antara dunia dan akhirat dan tidak hanya menumpu kepada akhirat semata-mata. Islam sendiri tidak antikekayaan. Selama ini, saya belum pernah mendengar mana-mana dalil mengatakan kekayaan boleh membawa kepada kekufuran. Saksikan ramai umat Islam terjerumus ke dalam mungkar kerana kemiskinan. Ada yang sanggup membunuh ibu, nenek atau keluarga sendiri untuk mendapatkan wang yang tidak seberapa, ada yang menjual maruah diri dengan harga murah dan ada pula menjadi peragut, perompak dan pengemis. Semua ini berpunca daripada kemiskinan dan cemburu terhadap kekayaan orang lain. Kini terdapat ramai yang bersifat ‘kaya segan miskin tak mahu’, namun sanggup pula mengambil jalan pintas untuk kaya dengan menghalalkan segala cara. Andai semua ini dibiarkan, keadaan akan bertambah teruk. Masyarakat seolah-olah kehilangan jati diri, pedoman budaya dan tuju arah tamadun.


Sudah tiba masanya Melayu dan umat Islam menterjemahkan hadis Rasulullah s.a.w yang menuntut umat Islam menjadi tangan yang di atas (alyadul ulya) kerana ia lebih mulia daripada tangan di bawah. Siapa itu tangan yang di atas? Mereka itulah orang yang berkemampuan untuk bersedekah, beramal jariah, menderma dan berwakaf. Siapa yang layak menjadi tangan yang di atas? Sudah tentulah mereka yang kaya untuk membantu mereka yang memerlukan. Di mana sumber utama kekayaan yang halal dan wajib diburu oleh Melayu-Muslim kalau tidak daripada bisnes? Justeru, kita perlu segera mengubah persepsi kita bahawa bisnes menjadi teras penguasaan ekonomi.


Langkah perlu dimulakan untuk melahirkan lebih ramai usahawan Melayu dan Muslim yang mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Ini boleh dilaksanakan menerusi pembudayaan bisnes sejak kecil lagi. Pendekatan sama ada melalui drama, filem, lagu termasuk permainan anak-anak boleh digunakan untuk membudayakan bisnes dan membisneskan budaya berlandaskan Islam di kalangan generasi baru.


Walaupun imej Haji Bakhil (jika perempuan, Hajah Bakhil?) mungkin menjadi punca harta kekayaan dan bisnes dipandang negatif, daripada perspektif lain, siapa lagi yang boleh menjadi ‘tangan yang di atas’ yang berupaya menebus nasib bangsa Melayu dan umat Islam? Alangkah baik sekiranya kita perbaharui persepsi dan pandangan kita terhadap orang kaya dan jutawan dalam masyarakat bukan seumpama watak Haji Bakhil, tetapi sebagai Abu Bakar Al Sidiq, Umar Al Khatab, Othman Al Affan dan Abdul Rahman bin Auf. Semua personaliti agung Islam ini tidak segan memburu kekayaan. Namun, segala harta yang mereka peroleh adalah amanah dan tanggungjawab untuk membina dan membela umat Islam.

MINDA BISTARI: Tan Sri Muhammad Ali Hashim.
HARIAN METRO:2010/04/22
Penulis ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation merangkap Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia. www.businessjihad.com

Saturday, April 17, 2010

Alasan demi alasan,bangau oh bangau.

Hari ni hujung minggu, pergi service kereta, sambil tu sembang sembang dengan pemilik kenderaan yang sama sama tunggu service kereta. Dalam sembang-sembang, sentuh sikit bab nak beli rumah.
Bila bercakap nak beli rumah, ada saja alasan ,duit tak de, gaji rendah,payah pinjaman,orang kerja dua dua suami isteri bolehlah,aku tak pandai , awak bolehlah awak pandai, apa lah beli awal awal, enjoy lah dulu duit gaji,berbagai alasan lagi.. last sekali lihat orang beli sahaja, kita duduk di takuk lama juga, masih menyewa rumah orang, sewa sampai rm600 sebulan mampu bayar, nak beli rumah tak mampu. Padahal pinjaman sama je dengan bayar sewa sekarang. Ada tu sudah sepuluh tahun bayar sewa, rumah sendiri masih tiada. Alasan nak buat rumah di kampung bila bertukar kerja atau pencen nanti. Alahai banyak mana sangat simpanan nak buat rumah bila pencen nanti. Bila rumah siap dibina pencen nanti, belum sempat tinggal kita dah "GO". Orang lain rasa nikmat rumah kita comel comel.

Apakata kita ubah sikit minda, kita beli waktu kita masih bekerja dan masih menyewa ni. Beli rumah sekadar nak tinggal waktu kerja ditempat berkenaan, jangan beli rumah "impian kita" tapi beli rumah untuk pelaburan bila kita tak tinggal disitu, waktu bertukat kerja nanti kita dapar bagi sewa dan hasil sewa dapat buat bayar pinjaman. Ataupun jual saja untuk dapat keuntungan berganda. Masa belum pencen ni lah kita patut beli rumah, sebab boleh guna slip gaji untuk cagaran melayakkan kita buat pinjaman dengan instiusi kewangan atau pinjaman kerajaan(bagi yg kerja dgn kerajaan).
Kalaun dah pencen , susahlah, dah lah umur pencen , tak layak pinjaman. Masa muda muda inilah perlu memikirkan nak beli rumah.

Tuesday, April 13, 2010

Kepada yang bertanya melalui email

Terima kasih kepada yang bertanya. Pak deen cuba jawab serba sedikit.

Nk beli rmh dlm pembinaan : Harga akan naik bila siap 2 tahun nanti,ada untung nilai pasaran tapi sebaliknya jika rumah terbengkalai.

Dari segi sewa contoh : sewa rm380 bayar pinjaman rm500, cuma tambah rm120 saje(ini duit sendiri) yg rm380 tu orang tolong bayarkan. Lama lama sewa akan sama dengan bayar pinjaman. Kalau tak bayar rumah duit habis juga sebab habis dengan kehendak dan kemahuan bukan keperluan. kena faham keperluan dgn kemahuan. Bila bayar rumah duit berkira sikit tapi ada faedah untungnya. Bila 2,3 tahun akan datang pasti sewa naik, bayar bank tetap rm500. pikir ar sendiri(pinjam ayat nabil)

Gaji kecil atau besar : Terpulang kepada disiplin dan minat atau kehendak dan kemahuan. Gaji besar pun belum tentu dapat beli rumah pelaburan(sewa) kerana bila gaji besar minat nak beli kereta besar dan mahal/cantik. Beli rumah Rm100K rasa mahal tapi kereta rm100K tak rasa mahal pula, sebab minat, sedangkan pinjaman kereta bayar rm1000 sebulan tetap bayar, tiada siapa tolong bagi duit kepada kita. Kalau beli rumah utk disewa rm100K bayar rm500 dapat sewa rm400(orang bayar) cuma tambah rm100 je. Lambat laun dapat percuma je kalau sewa sama dgn bayar pinjaman.

Rumah terpakai ada iklan melalui internet,mulut ke mulut,rakan2, kena usaha sikit ar.
nk beli jangan terus beli, tanya dulu jiran2 tepi kawasan nk beli tu atau lebih detail pegawai penilai swasta/kerajaan(ini kena bertanya dan baik dengan mereka ar)
Beli rumah pelaburan sebuah dulu,lepas tu bagi sewa, ada pengalaman sikit akan tahu caranya macamana nak buat pinjaman bila ada banyak rumah.

Harga rumah semakin meningkat,kalau perlu jual saja dapat untung juga- Kereta susutnilai beli rm100K, esok dah jatuh harga. Rumah cuma ambil masa sedikit untuk dapat untung, sebab itu dipanggil pelaburan jangka panjang.

nk pinjam (loan) kena tanya banyak bank sebab bank ada pakej tersendiri dari segi faedahnya. Lain bank lain faedah dan caranya.

Lokasi : kawasan bandar, ada sekolah,hospital,pusat pengajian tinggi,kolej,kilang,(jangan beli tempat pedalaman dah le).

Sentiasa layari blog yang berkaitan pelaburan hartanah, ramai blogger yang ada bagi ilmu.

Makan gaji tapi kaya dengan rumah, buktikan gaji kecil dapat beli rumah banyak, Pak deen dah buktikan.

Walaupun berhutang tapi hidup tenang, sebab rumah kita, orang yang tolong bayarkan kepada bank setiap bulan. Kalau meninggal, Takaful yang tolong jelaskan, so kita tidak menyusahkan orang hidup samada anak2 atau isteri. Tepuk dada tanya hati.. ...

Jadilah pesara yang kaya untuk menampung pencen dan menghadapi INFLASI.

Sunday, April 11, 2010

Tandatangan borang 14A

Alhamdulillah, Hari ini selesai satu urusan tandatangan borang pindah milik di pejabat tanah dengan penjual rumah teres setingkat 3 bilik. Penjual tu datang dari jauh, dari negeri Sembilan, itulah kali pertama berjumpa dengan beliau sepanjang berurusan jualbeli. Terima kasih kepada tuan punya rumah tu kerana berjaya juga pak deen berurusan dengan nya walaupun tidak kenal(Tak pernah besua muka sebelum ni) urusan atas kepercayaan sahaja. Pak deen tak sempat nak minum bersama, sembang-sembang kerana penjual rumah tergesa gesa nak pulang ke Negeri sembilan. Isteri beliau masuk hospital ketika beliau nak datang Ke Terengganu. Pak deen ucapkan semoga isteri beliau cepat sembuh.
Selepas selesai tandatangan borang 14A, tunggu pejabaat peguam daftar ke LHDN untuk bayar duti setem, dan selesai duti baru boleh daftar di pejabat tanah untuk dapatkan geran rumah tu. Barulah penjual dapat duit bayaran penuh harga belian/jualan.

Segala urusan bermula perjanjian jualbeli sampai selesai dapat geran, ambil masa lebih enam bulan, itulah urusan pembelian satu satu rumah. Ada juga sampai sembilan bulan.
Wal hasilnya kita seronok dan gembira bila selesai urusan. Nikmatnya macam baru beli rumah pertama. Alhamdulillah, bersyukur kita atas nikmat yang diberi ALLAH.

Monday, April 5, 2010

Rahsia Nak Maju diri

Macamana nak maju diri sendiri.
Sebelum anda berfikir nak maju,anda kena berfikir ke arah mana anda diri anda nak maju. Maju aspek kebahagiaan keluarga,kesihatan,pendidikan,agama,perniagaan dan sebagainya. Selepas anda kenalpasti kearah mana nak maju,barulah berfikir kemana dan apa akan buat untuk memajukan diri. Salahsatu cara memajukan diri ialah PEMBELAJARAN. Pembelajaran tidak terhad kepada membaca buku buku saja tetapi juga melalui vedio,pengalaman,perbincangan,aplikasi ilmu dan lain lain. Jadi mulai sekarang cuba melabur untuk diri sendiri dahulu. Keluarkan modal 10 peratus dari pendapatan anda,contoh kalau pendapatan 1000.00 sebulan, belanja rm100.00 untuk hadiri seminar ke,beli buku ke atau belanja orang ada pengalaman ke dan sebagainya.

Berpadanan ke belanja pelaburan untuk ilmu diri sendiri? Memang berpadanan kerana ilmu yang dicari, anda akan meningkatkan pengetahuan dan juga pendapatan anda. Kalau harta orang boleh ambil dari kita , tetapi ilmu orang lain tidak dapat ambil dari kita. Kalau dah pendapatan meningkat, boleh melabur kepada ilmu lebih lagi supaya lebih banyak pendapatan kita dapat.
Pilihlah samada nak hidup susah dalam zon selesa atau nak hidup senang bila keluar dari zon selesa.

Saturday, April 3, 2010

Tinjau tanah lot nak di jual: pelaburan masa depan

Hari ni cuti hujung minggu, pagi tadi pergi tengok tanah lot, ada nak jual, Lot bangunan luas 2400 meter persegi lebih kurang 7800 kaki persegi. Ronda - ronda lihat kawasan , kalau-kalau berkenan boleh berkira - kira. Bukan nak beli segera, cuma tinjau tinjau untuk rancangan masa hadapan hingga hujung tahun ni selepas selesai semua rumah yang dibeli awal tahun ni.
Ya lah kita mesti ada perancangan kalau nak maju, Harga yang ditawarkan tu mampu milik, tidak lah tinggi sangat, berpatutan dengan kawasan, cuma tunggu selesai satu demi satu. Tuan punya sanggup tunggu hingga urusan rumah - rumah selesai. Alhamdulillah..bila selesai urusan beli rumah tu , beralih pula urusan tanah lot pula.

Saturday, March 27, 2010

Kenal kapasitor?

Aktiviti hari minggu, pergi ganti kapasitor kipas siling salah sebuah rumah yang rosak. Penyewa maklum kipas tak berpusing. Hari ni bawa tangga ngan gen 2, sebelum tu singgah beli 2 unit kapasitor. Biasanya kalau kipas siling tak berpusing mesti rosak kapasitor. Sesampai je rumah sewa tu, mulalah angkat tangga dan buka penutup kipas siling dan ganti kapasitor. Test..test tak berpusing. Rupa nya bila ia rosak, kita kena pusing dulu sendiri, pusing..pusing dengan tangan..tunggu jap dan akhirnya mula berpusing sendiri dan terus berpusing, maknanya dah ok.

Disini nak maklumkan bila kita berada dibidang ini,kita juga kena tahu serba sedikit ilmu letrik supaya kerosakan kecil dapat dibaiki sendiri dan menjimat kan masa serta duit upahnya sekali. Kalau tiada ilmu terpaksa cari tukang letrik atau panggil kawan yang berilmu letrik. Bukan tak ada kawan letrik, tapi masa free di orang kena tunggu, jadi bila kita pandai sendiri, maka cepatlah kerja.

Selesai masalah tersebut, pergi pula bersih serba sedikit, sebuah rumah lagi, ada penyewa akan masuk menyewa pada awal April ini. Penyewa terdiri student salah sebuah pusat pengajian swasta untuk selama 3 bulan sahaja, berbaloi dah sebab sewa lebih dari payment bank. Lepaslah cashflow nak buat payment bank setiap rumah, yang lebih simpan untuk modal akan datang..