1. Bisnes ikut-ikutan
Apabila dengar sahaja bisnes itu banyak untung, dia pun terus buat tanpa berfikir panjang. Jangan sampai stok produk terkumpul dibawah katil saja nanti sudah.2. Modal tidak mencukupi
Jika modal ada RM 10,000. Jangan gunakannya semuanya untuk mulakan bisnes. Nanti anda akan mengalami kesukaran untuk pusing semula modal sebab duit sudah habis. Lebih bagus jika anda ada modal RM 30,000 mulakan bisnes yang nilainya lebih rendah daripada modal yang ada.3. Kurang perancangan yang teliti
Jangan terjun kedalam bisnes tanpa tahu hujung pangkal apa yang anda perlu buat. Itu bunuh diri namanya. Sediakan perancangan yang rapi supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan jika bisnes anda tidak mencapai tahap yang sepatutnya.4. Kurang kawalan
Bisnes yang baru bermula diibaratkan seperti menanam pokok. Jika anak pokok baru ditanam, ia perlu selalu disiram dan dibaja. Pada permulaan bisnes, mungkin akan mengalami masalah pekerja, kurang penyeliaan atau lain-lain masalah lagi. Oleh itu, ia perlukan perhatian yang banyak oleh pemilik bisnes.5. Masalah pengurusan kewangan
Kesilapan pemilik bisnes ialah mereka fikir duit keuntungan bisnes semuanya milik mereka. Ini tidak betul. Sebaiknya anda tetapkan gaji sendiri dan hanya ambil wang gaji itu sahaja. Duit yang selebihnya bukan milik anda tetapi milik syarikat. Gunakan ia untuk membangunkan dan membesarkan bisnes bukan untuk kepentingan diri sendiri.6. Ilmu seni bisnes yang kurang.
Ramai yang mempunyai semangat untuk memulakan bisnes tetapi akhirnya terkubur ditengah jalan kerana tidak mempunyai ilmu bisnes. Sebelum memulakan bines, kumpul ilmu dahulu. Ini kerana bisnes bukan hanya sekadar semangat membara.7. Tidak pandai menjual
Jika anda ada produk yang paling bagus dalam dunia sekalipun tetapi anda tidak pandai menjualnya, ia tidak berguna. Ramai orang kita yang pandai membuat gudang, tanam berekar ekar ladang. Tetapi barang tidak pandai dijual. Oleh itu, saya sarankan belajarlah ilmu menjual.8. Jati diri yang lemah
Berniaga ini perkara serius, bukan hanya sekadar meniaga untuk cuba-cuba. Apabila anda sudah membuat keputusan untuk berbisnes, hasilnya hanya ada dua sahaja. Sama hidup atau mati. Seorang usahawan perlu belajar untuk bertegas dan jangan terikut-ikut dengan cakap orang lain.9. Bekerja sendiri
Usahawan bangsa kita kebanyakannya tak pandai mengurus. Semua mahu dibuat sendiri. Kita hanya ada dua tangan dua kaki serta 24 jam sehari 7 hari seminggu. Kita tak boleh buat semua sendiri. Oleh itu, belajar untuk membahagikan kerja kepada rakan pasukan atau staf.10. Tamak
Dalam bisnes anda perlu fokus. Jangan tergopoh-gapah dan berputus asa jika bisnes tidak membuahkan hasil pada mulanya. Jika bisnes yang dilakukan tidak membuat keuntungan, perbaiki apa yang perlu bukannya terus tutup bisnes dan melompat kepada bisnes yang baru.Belajar untuk bersabar. Kalau hendak terbang pun tunggu kepak tumbuh bulu dahulu.