Menurut
buku the Millionaire's Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan
survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 6 faktor utama
kejayaan seseorang jutawan.
1. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya
dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah
kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali
mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi.,
terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea
sendiri.
2. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi
Seringkali
dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan
atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting
sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai
kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.
3. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi
Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2%
itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri
masing-masing. Pepatah berbunyi "Leaders are readers", mereka yang
memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya
tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai
industri kita. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan
dan juga orang lain
4. Mencintai karier dan perniagaan
Tidak
dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya
melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji
ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada
industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan
masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah
kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira
penat lelah.
5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain
Orang
keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier
atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula
menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup
bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada
keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai
jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja
lebih keras berbanding orang lain.
Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah "boss". Menjadi boss
perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan.
Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu
menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan
sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan
dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan
boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku
kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula
dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan,
maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka
disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.
PS: Alhamdulillah perniagaan Internet telah menjana sejuta RM saya yang
pertama ketika berumur 25 tahun satu masa (yang lama) dulu ;) Sekrianya
anda ingin mempelajari cara berniaga di Internet, sertai "Diploma
Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial" di Open
University Malaysia - IPD dan mulakan tahun 2014 anda dengan sebuah
perniagaan Internet yang menjana pendapatan. Klik di sini untuk maklumat lanjut!