2 cara PERBAIKI kewangan ketika ekonomi
DOWN!?
Oleh: Irfan Khairi
Oleh: Irfan Khairi
Keadaan
ekonomi Malaysia kini kurang stabil. Lihat sahaja keliling, ramai yang
mengadu kenaikan harga barang, beberapa hari lepas kenaikan harga
petrol, beberapa bulan lepas GST dikenakan pula. Makin
hari, semakin tinggi kos sara hidup masyarakat oleh kerana kenaikan
harga ini.
Gaji pula tidak naik setimpal dengan kenaikan kos ini...
Dalam
memperbaiki kewangan kita, hanya terdapat
dua cara sahaja. Iaitu, tingkatkan simpanan dan tingkatkan pendapatan.
Dengan meningkatkan simpanan, kita perlu berjimat cermat supaya lebih
banyak simpanan dapat dilakukan. Manakala, tingkatkan pendapatan pula,
perlu meningkatkan usaha sama ada dalam kerjaya atau berniaga.
1. Tingkatkan penjimatan mungkin mudah bagi ramai antara kita. Caranya, mungkin kurang makan luar, kurangkan
perbelanjaan, beli barangan yang perlu sahaja, memilih barangan yang lebih murah, dan sebagainya.
Katakan,
pendapatan isi rumah adalah RM6,000 sebulan. Mungkin dengan berjimat
cermat dan kurang berbelanja, pada hujung bulan, dapat menyimpan RM600
sebelum ini- Alhamdulillah.
Namun, akibat kenaikan
harga petrol, barangan, elektrik, GST dan sebagainya, simpanan RM600 sebelum ini mungkin telah menjadi RM400 sebulan.
2. Pilihan kedua yang merupakan pilihan yang lebih baik adalah meningkatkan pendapatan. Antara caranya adalah memulakan perniagaan seperti Perniagaan di Internet.
Kos
perniagaan
Internet yang rendah serta capaiannya yang tinggi membolehkan usahawan
memulakan dan menjalankan perniagaan dengan risiko yang jauh lebih
rendah berbanding dengan membuka kedai atau premis yang memakan belanja
yang tinggi ketika waktu ini. Bayangkan sekiranya menjalankan perniagaan
Internet, dan mendapat pendapatan RM400 sebulan. Digabungkan dengan
penjimatan RM400 tadi, jumlah peningkatan pendapatan kini sudah RM800
pula.
Apa
yang hebatnya dalam menjalankan perniagaan adalah, pendapatan tidak
mempunyai had. Bergantung kepada ilmu perniagaan yang dimiliki oleh
usahawan, bukan sahaja pendapatan RM400 sebulan, malah RM4,000 sebulan
atau RM40,000 sebulan juga boleh dicapai.
Dalam
memperbaiki
keadaan kewangan kita, hanya dua pilihan sahaja. Iaitu menambahkan
penjimatan atau meningkatkan pendapatan. Dalam keadaan ekonomi kini,
kita perlu pertimbangkan kedua-dua pilihan,