Tuesday, October 25, 2016

Takut nak mula sebelum bermula

" Saya nak bisnes tapi TAKUT ? Takut nanti tak dapat terjual.... "
.
Biasakan dengar benda macam ini daripada usahawan newbie.
.
Ini nak beritahu kepada usahawan newbie, orang yang berbisnes ini mesti ada jiwa PEJUANG.
.
⭐️ Seorang pejuang tidak akan mudah mengalah selagi tidak dapat apa yang dia mahukan.
.
⭐️ Seorang pejuang yang cerdik bertindak dengan pelbagai strategi dan tidak akan bertindak membuta tuli.
.
⭐️ Sehebat mana pejuang tersebut,
dia ada seorang GURU dan MENTOR yang memberi tunjuk ajar dan bertindak selepas dapat tunjuk ajar. Bukan menunggu bulan jatuh ke riba.
.
⭐️ Pejuang dalam bisnes tidak semestinya fizikal sahaja nampak kuat tetapi jiwa dan semangat itu lebih kuat dari fizikal. Sebab dalam bisnes bukan seindah yang diangan-angankan.
.
⭐️ FOKUS buat sampai JADI !
"Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan". Ingat hasil selepas berjuang lebih sweet daripada apa yang kita bayangkan..
.
Cuba checklist diri itu, adakah anda ada jiwa seorang PEJUANG ?
.
Jom perhebatkan lagi memberi manfaat kepada orang ramai.