Ini ingatan buat anda yang suka diingatkan dan ambil perhatian sebelum buat keputusan untuk melabur duit takut-takut melebur:-
2/ Jika anda melabur beli emas anda sepatutnya dapat emas fizikal
ditangan, emas tulen ikut nilai yang ada laburkan atau beli. Kecuali
anda menyimpan di akaun simpanan emas di Bank seperti ArRajhi, Maybak
atau Public Bank.
3/ Jika anda mahu melabur kepada syarikat orang
lain, JANGAN serah duit bodoh-bodoh tanpa ada khidmat nasihat peguam
luar anda sendiri serta kena faham apakah tahap pemilikan dan control
anda terhadap wang tersebut serta syarikat tersebut.
4/ Ada satu
lagi skim dan scam untuk buat anda melabur adalah dengan buat atas nama
kononnya MLM/ Network Marketing Company sedangkan sebenarnya mereka
tidak ada lesen AJL (Akta Jualan Langsung) dan skim mereka adalah Money
Game. Dan kadang-kadang mereka ada lesen juga tetapi mereka create Money
Game dengan pelbagai rupa. Bukan semua syarikat MLM/Network Marketing
company tidak bagus, banyak yang baik samada dari Malaysia atau negara
luar. Ia cara mudah untuk berjinak-jinak dengan perniagaan. Cuma
disebabkan 2-3 syarikat yang buat skim cepat kaya, maka ia merosakkan
yang lain. Saya tidak buat MLM, saya cakap fakta kerana saya mengkaji
tentang business.
5/ Apa contoh Money Game? Anda masuk duit
kononnya beli sesuatu tetapi pada harga yang tidak munasabah kemudian
anda kena samada tunggu 2 kaki dibawah cukup dan mereka akan beritahu
tak perlu cari orang, duduk mengangkang then tunggu dapat duit atau
kononnya nak cepat, anda boleh ajak kawan-kawan join. Atau anda kononya
beli kopi 100 gram berharga RM1,000 (Kopi apa harga RM1,000 untuk 100
gram, mungkin bukan kopi musang tapi kopi ziraffah). Kemudian kena
dapatkan 2 kaki orang lain beli kopi macam anda then anda akan dibayar
komisen pairing. Ada lagi power, leader beritahu anda tak yah buat
apa-apa, berdoa sahaja then anda akan dapat duit atau cium duit
tiap-tiap hari then duit datang.
smile emoticon
6/ Illegal money deposit- Cuba faham perkara ni. Tidak ada sesiapa di
Malaysia boleh collect duit atau ambil duit orang lain dengan sah untuk
pelaburan melainkan anda adalah Bank, Syarikat Unit Trust, Koperasi,
Tabung Haji, EPF dan syarikat Public Listed tersenarai di Bursa Malaysia
melalui pembelian saham di syarikat stock broking firm. Anda boleh
menjadi shareholder (pemegang saham) kepada syarikat sdn bhd atau berhad
tetapi anda kena faham apakah syarikat yang anda laburkan duit anda?
7/ Pointnya macam ini, fahami apa risiko anda. Sekiranya anda melabur, apakah tahap risiko hilang duit itu?
8/ Jangan melabur kepada individu. Jangan percaya dengan mudah sesiapa
pun bila ia melibatkan hal duit. Hati-hati bila mereka janji anda boleh
dapat pulangan yang dijanjikan seperti 10-12% sebulan. Jika ia bagus,
Bank Negara pun akan simpan duit dengan mereka der! Hubungi talian Bank
Negara atau layari laman web mereka untuk pengesahan.
9/
Pelaburan Hartanah, Emas, Saham, Amanah Saham, Perniagaan dan instrumen
yang lain adalah bagus TETAPI anda mestilah ada ILMU dan STRATEGI yang
terbukti berjaya
10/ Pelaburan ilmu juga bagus dan penting tetapi
jangan melabur hanya untuk dapatkan ilmu tetapi melabur untuk belajar
pelajaran dari kesilapan orang lain, formula kejayaan dan pengalaman
orang lain yang telah terbukti berjaya berulang kali bukan hanya kepada
dirinya tetapi setiap mereka yang MEMPRAKTIKKAN formula mereka. Ia
meningkatkan peluang anda berjaya In sha Allah.
Setiap pelaburan
ada risiko tetapi risiko paling besar adalah bila anda tidak tahu apa
yang anda laburkan atau mana pergi duit tersebut.
Di dalam membina kewangan, ilmu penting sebelum belajar buat duit samada melalui business atau investment adalah :-
1/ Belajar JAGA DUIT atau PROTECT DUIT anda. Ilmu lindungi duit sebab
ibarat tanaman padi, bila ianya dah masak dan bakal ada hasil, banyak
seranggan dan binatang yang nak datang ambil hasilnya
2/ Belajar
uruskan duit. 90% orang yang saya kenal dan hadir seminar-seminar saya
samada mengenai bagaimana membina perniagaan atau bagaimana memperbaiki
kewangan, majoriti mereka tidak tahu ataupun gagal dalam bab menguruskan
wang mereka. Jika anda tidak tahu uruskan wang anda walaupun sedikit,
macamana anda akan uruskannya bila ianya banyak nanti?!
3/ Lepas
mempunyai disiplin untuk 2 perkara di atas, barulah anda belajar buat
duit melalui perniagaan yang sebenar dan melalui pelaburan yang sah
serta legal.
Ingatan ini penting terutamanya buat anda yang bekerja kerana anda tidak mampu buat silap yang banyak kehilangan duit bukan?
Ingatan ini juga buat mereka yang bakal VSS. Jangan lompat terjun masuk
bisnes yang perlukan modal yang besar atau melabur kerana ditakuti
lebur semua duit anda. Anda akan melopong nanti hilang semuanya.
Ingatan ini juga buat anda yang berniaga. Berniaga sepatutnya cara
pantas untuk mencapai tahap kewangan yang bagus dan menjadi jutawan
tetapi ramai orang berniaga cukup-cukup makan sebab ego tidak mahu
belajar dari orang lain yang telah terbukti berjaya. Tetapi lebih rela
buat silap yang menghabiskan banyak wang.
Jangan salahkan
sesiapa bila anda telah buat keputusan setuju untuk serahkan duit anda
kepada orang lain. Ingat, duit tidak salah. Yang salah kita bila kita
tidak ada ilmu sebagai penyuluh keputusan kita. Jangan percaya sesiapa
dengan mudah walau dia kata dia kawan baik dengan MALAIKAT sekalipun.
Saya amat konvensional dalam hal ini. Saya sendiri pernah buat silap
dalam mempercayai orang paling dekat dengan saya satu masa dahulu dan
nilai jadi "kawan baik" tersebut telah meleburkan lebih setengah juta
ringgit dan kesilapan keputusan dalam pelaburan tanpa ilmu ketika itu
telah meleburkan lebih tiga juta ringgit.
Sebab itu hari ini
saya percaya, ilmu dari mentor yang terbukti berjaya itu penting.
Sebelum saya mahu mengajar orang lain jadi jutawan, saya telah
mencapainya melalui syarikat pengiklanan dan pemasaran saya sejak tahun
2006 lagi Alhamdulillah dan syukur ramai anak didik saya yang perbaiki
kewangan mereka dengan cara yang betul iaitu berniaga dengan betul serta
melabur ditempat yang betul.
Yuran kebodohan yang tinggi akan kita bayar bila kita tidak ada ilmu.
Anda mungkin tidak suka saya tetapi ingatlah ingatan ini. Anda akan hargainya bila duit anda dah "hilang" nanti.
smile emoticon
Sharing is caring.
Sama-sama.
P/S Anda juga boleh baca blog ustaz Dr zaharuddin untuk informasi skim yang halal ikur syariah atau tidak sebagai panduan.
Love
#AzizanOsman