SERAMAI 28 juta pelancong asing disasarkan melawat
negara ini tahun depan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang akan
disertakan lebih 200 acara menarik.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dalam satu kenyataan berkata, Tahun Melawat Malaysia 2014 dijangka menjadi acara pelancongan terbesar dan paling gemilang pernah diadakan di negara ini.
“Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan tema Celebrating 1Malaysia Truly Asia adalah satu rumah terbuka besar yang menyasarkan menarik 28 juta pelancong luar sebagai tetamu.
“Banyak acara pelancongan baru akan diadakan contohnya Pelancaran Besar-besaran Tahun Melawat Malaysia 2014, Karnival Jualan Mega 1Malaysia , Warna-warna Malaysia, Perarakan Bunga Waktu Malam Antarabangsa, Festival Muzik Rainforest Borneo dan banyak lagi,” menurut kenyataan itu.