Oleh: Irfan Khairi
Alhamdulillah
rezeki saya dalam perniagaan Internet sejak 13 tahun dahulu.
Jauh juga perjalanannya dan seperti apa sahaja pencapaian yang berbaloi,
pasti ada cabarannya. Artikel kali ini saya ingin kongsikan 3 kunci
kejayaan dan kekayaan yang perlu dimiliki.
1. Jangan putus asa bila gagal
Untuk
mencapai apa sahaja yang berbaloi, pasti ada kesusahannya dan
cabarannya. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Kegagalan adalah
sesuatu yang biasa ditemui apabila mengejar kekayaan. Sekiranya ingin
berjaya, kalau jatuh 9 kali, anda tetap perlu bangun 10 kali. Baca
sahaja kisah-kisah orang yang berjaya dari serata dunia, pastinya
terdapat kisah kegagalan dan kesusahan yang diceritakan.
Ketika
tahun 2000 saya memulakan perniagaan Internet saya yang pertama,
bukanlah terus berjaya. Malah, perniagaan Internet pertama saya melalui
kegagalan. Dalam jangka masa setahun menjalankan perniagaan Internet,
saya cuma berjaya mendapatkan 3 pelanggan sahaja. Saya tahu apa yang
diperlukan untuk berjaya ketika itu oleh kerana saya amat suka membaca
biografi kisah orang-orang berjaya. Kesemuanya pernah mengalami
kegagalan.
Walaupun
mendapat hanya 3 pelanggan dalam masa setahun, saya tetap meneruskan
perniagaan Internet saya. Bayangkan sekiranya saya berputus asa pada
tahun 2000 kerana hanya mendapat 3 pelanggan sahaja, tidaklah rasanya
saya dapat bersama anda hari ini berkongsikan kisah saya. Pesanan saya
kepada anda, JANGAN-JANGAN-JANGAN putus asa!
2. Tambahkan ilmu untuk berjaya
Usaha
tanpa ilmu adalah sia-sia. Apakah sebab utama kegagalan? Sudah tentunya
kurangnya ilmu. Bagaimana untuk berjaya? Pastinya perlu tambahkan ilmu!
Mengapa perniagaan saya pertama gagal
sehingga hanya mendapat 3 pelanggan sahaja?
Jawapanya adalah saya menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul.
Cari
jalan dan peluang untuk meningkatkan ilmu dan kepakaran anda. Saya
pernah menulis sebelum ini bahawa pelaburan yang terbaik adalah
pelaburan kepada meningkatkan ilmu kita sendiri tidak kira
dalam apa jua bidang. Ianya dikatakan terdapat persamaan antara ilmu dan
pendapatan. Lebih tinggi ilmu yang dimiliki, lebih tinggi peluang untuk
mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.
Banyakkan membaca dalam bidang anda untuk meningkatkan ilmu. Pelajari dari mereka yang mengetahui dalam bidang anda dan jangan henti dalam mencari ilmu. Saya sendiri juga sering mencari ilmu dan pengalaman diserata dunia selagi mampu badan untuk meningkatkan ilmu dan kejayaan.
Apabila mendapat ilmu, pastikan anda mengaplikasikannya untuk mendapat keputusan terbaik!
3. Kemahuan untuk berubah
Melakukan perkara yang sama, pastinya akan memberi keputusan yang sama. Untuk berjaya perlukan perubahan sama ada dari cara kita melakukan sesuatu, cara pemikiran dan juga perubahan tabiat.
Melakukan perkara yang sama, pastinya akan memberi keputusan yang sama. Untuk berjaya perlukan perubahan sama ada dari cara kita melakukan sesuatu, cara pemikiran dan juga perubahan tabiat.
Fikirkan
dan gambarkan keadaan kewangan kita hari ini. Adakah kita berpuas hati
dengan dengan keadaan kewangan kini? Fikirkan juga keadaan keluarga,
suami, isteri, ibu, bapa atau anak-anak. Bagaimana keadaan
kewangan kita hari ini akan menjadi sama sahaja 2, 5 atau 10 tahun akan
datang sekiranya kita tidak berubah. Malah, mungkin akan menjadi teruk
lagi oleh kerana makin lama, kos sara hidup semakin meningkat dan
sekiranya kita tidak berubah untuk menampung kenaikan kos sara hidup,
pastinya keadaan kewangan dan kekayaan kita akan menjadi lebih teruk
lagi 2, 5 atau 10 tahun akan datang.
Mereka
yang berjaya
adalah mereka yang mengambil tanggungjawab untuk berubah kearah kebaikan
dan sentiasa memperbaiki diri untuk mencapai sesuatu yang lebih baik
lagi. Segalanya tidak akan menjadi sekiranya tiada kemahuan di dalam
diri sendiri.
Lihat
sahaja dikeliling, pastinya ramai yang mempunyai ilmu. Ramai juga yang
berpendidikan tinggi. Tetapi, adakah ianya mencukupi? Pastinya anda
mengenali mereka yang mempunyai
penidikan dan ilmu yang tinggi, tetapi kekayaan tetap pada takuk lama.
Sebabnya adalah, tiada kemahuan untuk berubah. Ilmu sahaja tidak
mencukupi. Ilmu yang diaplikasikan dengan betul adalah lebih penting
lagi.
Bagaimana
pula mereka yang kurang ilmu pula? Pastinya peluang untuk berjaya dan
menjadi kaya adalah kurang. Tetapi, dengan kemahuan untuk berubah disitu
yang kita sering lihat kisah usahawan
berjaya walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.
Kesimpulan
Natijahnya,
semua orang berpeluang untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Tidak kira
jantina, umur, latar belakang, kekayaan adalah milik semua yang terus
berusaha tanpa putus asa. Ilmu merupakan kunci mencapai apa sahaja
kejayaan yang ingin dikecapi dan yang pentingnya adalah diri anda
sendiri. Adakah anda bersedia untuk berubah untuk mencapai kekayaan yang
anda impi-impikan?