Lokasi : Banglo di Kg Gong Kiat/Padang Midin Kuala Terengganu,Teres2 di Gong Badak/Wakaf Tengah, Sekitar Universiti UNISZA,UMT, MRSM, IPGM, ILP, INSTEP/ALAM Pantai2 Batu Buruk,Mengabang Telipot, Teluk Ketapang - Airport KT
Thursday, July 24, 2014
SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI
Kami pengurusan RUMAH REHAT PAK DEEN KUALA TERENGGANU
mengambil kesempatan ini mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI
kepada semua kaum muslimin dan muslimat.
Kepada yang memandu nak balik kampung pandu lebih berhati hati di jalan raya. Jika hari biasa sudah berhati hati, maka dihari nak sambut raya LEBIH berhati hati lagi.
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Tuesday, July 22, 2014
8 Sikap Majikan yang Menjadi Bahan Gosip Pekerja
Setiap kali karnival kerjaya
dianjurkan, banyak penasihat kerjaya menasihati para pencari kerja agar
berusaha dan belajar menjadi pekerja yang baik. Bagaimana pula dengan
majikan? Tidakkah pekerja juga layak mendapatkan penghormatan dan
layanan yang baik daripada majikan masing-masing?
Dalam dunia pekerja, majikan yang baik
dibezakan dari majikan yang tidak baik melalui cara majikan tersebut
menilai dan melayan para pekerja. Mereka juga menilai majikan
berdasarkan sumbangan majikan tersebut dalam sesuatu projek bersama atau
‘team work’ yang dilaksanakan di organisasi tersebut.
Kenapa Pekerja Bergosip?
Pekerja banyak bertolak ansur dengan
tingkah laku buruk majikan. Banyak juga majikan tidak terlatih, tidak
peduli, dan tidak bertanggungjawab atas tindakan dan interaksi mereka
dengan pekerja.
Amalan pengurusan yang tidak cekap serta
sikap-sikap negatif lain seperti berat sebelah, berlagak, tidak mesra
dan lain-lain sering menyebabkan tercetusnya gosip di pejabat (workplace
gossip).
Gosip di tempat kerja merupakan salah
satu faktor utama pekerja tidak berpuas hati dengan kerja mereka. Ia
sebagai saluran pekerja melepaskan perasaan tidak puas hati, geram atau
kecewa dengan pihak pengurusan mahupun majikan.
Aktiviti ini boleh menjatuhkan reputasi,
menyebabkan hilang rasa hormat serta mengakibatkan konflik di tempat
kerja. Pekerja bergosip sesama mereka mengenai majikan atas faktor
tertentu.
Antara yang utama ialah tentang
ketidakcekapan pengurusan seperti tarikh pemberian gaji, agihan cuti dan
fleksibiliti, majikan tiada empati (tiada tolak ansur dengan pekerja
dan masalah peribadi) dan lain-lain lagi.
Antara isu-isu yang menjadi bahan gosip di kalangan pekerja adalah:
1) Tidak Tahu Apa yang Anda Lakukan
Adakah anda seorang majikan kompeten di
tempat kerja? Ini adalah elemen utama yang dinilai pekerja terhadap
majikan mereka. pekerja melihat sikap dan personaliti majikan dalam
membuat penilaian.
Apakah anda menawarkan kepimpinan yang
pekerja perlukan untuk berjaya? Adakah anda memimpin dan mengurus dengan
cara yang menyebabkan pekerja anda tahu bahawa anda tahu apa yang
sedang berlaku dalam organisasi.
Majikan yang menjadi bahan gosip ialah
majikan yang tidak tahu apa yang dilakukan dan paling teruk apabila
majikan tersalah memberi maklumat/arahan, kemudian berbohong dan lebih
buruk lagi menyalahkan pekerja untuk menutup kesalahan yang telah
dilakukan.
2) Tidak Menghormati Pekerja
Seorang majikan telah mencederakan
perasaan pekerja apabila berkelakuan seperti raja atau diktator, mahu
pekerja menghormati dan melayan majikan dengan baik, namun pekerja tidak
menerima perkara yang sama daripada majikan.
Sebagai mana majikan, pekerja juga
manusia yang memiliki perasaan dan harga diri. Jangan hilangkan
keyakinan dan harga diri pekerja dengan melayan pekerja seperti hamba.
Tambahan pula, jika majikan melayan mereka secara tidak hormat, majikan
tidak akan mendapatkan rasa hormat daripada pekerja sebagai balasan.
Apabila majikan memperkecilkan idea-idea
pekerja, mengabaikan pandangan mereka, dan mengkritik mereka secara
tidak adil, mereka berasa tidak dihormati.
Mengadakan mesyuarat saat akhir tanpa
mengambil kira komitmen pekerja, enggan mengadakan percutian bersama
pekerja dan gagal melibatkan diri dalam satu-satu projek adalah tanda
tingkah laku diktator. Pekerja tahu apabila mereka tidak dihormati dan
mereka akan membenci majikan. Bersedialah menjadi bahan gosip pekerja
sepanjang tahun.
3) Majikan yang Cetek Ilmu
Sekiranya majikan seorang yang tidak
munasabah, mementingkan diri sendiri, manipulasi, monopoli atau kurang
pengetahuan tentang perkara atau pekerjaan yang diuruskan, jangan
harapkan penghormatan daripada para pekerja.
Dunia pekerjaan kini ramai dihuni oleh
individu-individu yang bekerja semata-mata kerana upah gaji, bukan
kerana mereka benar-benar sukakan pekerjaan tersebut. Keadaan menjadi
lebih teruk apabila golongan sebegini yang dilantik menjadi ketua atau
dinaikkan pangkat.
Tidak kira sama ada seorang majikan itu
dilantik atau majikan di organisasi sendiri, majikan harus menyediakan
diri dengan ilmu yang penting dan bermanfaat dalam bidang kerja
masing-masing. Agak memalukan apabila sesuatu perkara atau maklumat
penting yang berkaitan dengan kerja atau tugasan tidak diketahui seorang
majikan.
Benar, majikan bukan Tuhan yang tahu
segala-galanya, namun beri masa pada diri menambah ilmu pengetahuan dan
meningkatkan penguasaan sesuatu skil agar tidak menjadi perkara utama
dalam perbualan antara pekerja.
4) Majikan Berat Sebelah
Sikap ini yang paling dibenci pekerja
dan majikan seperti inilah yang sering diperkatakan pekerja. Ada majikan
merasa mereka telah melakukan yang terbaik, tetapi mereka melakukan
atau memberi layanan terbaik hanya kepada pekerja pilihan mereka.
Ada pekerja yang prestasinya sangat
bagus, berdisiplin namun sedikit pendiam tetapi aktif melibatkan diri
untuk kemajuan organisasi tetapi tidak menerima layanan sewajarnya
daripada majikan hanya kerana beliau kekurangan skil komunikasi.
Majikan yang paling teruk apabila
menilai pekerja menerusi rupa, penampilan serta kepetahan mereka memuji
dan memberi kata-kata manis kepada majikan. Pekerja tidak akan bergosip
tentang majikan sekiranya majikan tersebut seorang yang adil dan baik
hati.
5) Majikan Tidak Tahu Apa yang Pekerja Lakukan
Untuk menjadi seorang majikan yang baik
dan dihormati, majikan perlu faham sepenuhnya skop tugasan pekerja untuk
membimbing mereka. Selidiki kemungkinan-kemungkinan kekangan yang
dihadapi pekerja dalam rutin kerja harian mereka.
Berkomunikasi serta berbual santai
dengan pekerja untuk mengetahuinya. Ketahuilah majikan serinkgkali tidak
berjaya ‘mengorek masalah’ yang dihadapi pekerja ketika dalam mesyuarat
kerana tidak ada pekerja yang mahu mengaku mereka berdepan masalah
secara terang-terangan dan di hadapan pekerja lain pula.
Elakkan daripada dibenci pekerja atau
menjadi bahan kutukan pekerja dengan berlagak faham dan tahu semuanya
tentang pekerja dan tugasan yang dipikul mereka. Banyakkan bertanya dan
jika perlu, selitkan gurauan untuk lebih mudah majikan mengetahui
masalah pekerja.
6) Pekerja Bukan Robot
Meminta pekerja untuk bekerja lebih masa
dan memberikan kerja lebih daripada yang mampu dihadapi pekerja akan
menyebabkan pekerja tertekan sekali gus hilang rasa hormat terhadap
majikan.
Sudah tentu pekerja mahu melakukan yang
terbaik di tempat kerja, tetapi dalam masa yang sama mereka juga
mempunyai pelbagai tanggungjawab di rumah, dengan keluarga, rakan-rakan,
kerja sukarela, aktiviti sukan dan banyak lagi.
Fahami pekerja sebagai seorang manusia
yang memiliki tanggungjawab yang pelbagai. Kehidupan seorang majikan dan
pekerja bukan hanya di pejabat sahaja, tanggungjawab hakiki yang lain
tidak boleh dinafikan.
Ada antara urusan penting yang perlu
dilakukan pada waktu pejabat seperti urusan dengan pejabat-pejabat
kerajaan, temu janji doktor di hospital kerajaan, membawa anak untuk
pemeriksaan bulanan dan lain-lain.
Majikan yang menawarkan fleksibiliti dan
memahami pekerja akan lebih dihormati dan dikasihi pekerja. Malah,
pekerja generasi muda atau generasi Y tidak seperti rakan-rakan mereka
yang lebih tua, mereka menuntut kefleksibelan dan masa yang bebas untuk
melaksanakan semua kepentingan mereka yang lain.
Letakkan diri majikan di tempat pekerja
dan majikan akan faham apa yang dirasakan pekerja. Elakkan daripada
membuat pekerja merasa bersalah, membantah apa yang mereka perlu lakukan
atau mempertikai keperluan mereka terhadap sesuatu perkara (cuti, cuti
kecemasan, peralatan pejabat, ruang kerja yang selesa dan lain-lain)
atau majikan hanya menawarkan pekerja satu lagi elemen untuk bahan gosip
mereka.
7) ‘Kedekut’ Dalam Memberi Penghargaan Kepada Pekerja
Pekerja suka apabila majikan mengiktiraf
dan memberi kredit (pujian) untuk pencapaian mereka. Apa yang
menimbulkan kejelekan di kalangan pekerja ialah apabila majikan diberi
pujian oleh pengurusan tertinggi atau orang lain atas hasil idea dan
usaha pekerja.
Majikan ‘mencuri’ dan ‘merampas’ pujian
yang sepatutnya dikongsi bersama atau ditujukan secara khusus kepada
pekerja yang benar-benar berusaha dan bekerja keras.
Jika idea seseorang staf itu membuahkan
hasil dan menyumbang kepada peningkatan reputasi syarikat, sebutlah nama
pekerja yang mencadangkan idea tersebut dan beri penghargaan kepada
pekerja.
8) Tidak Menyokong Pekerja
Sekiranya anda bekerja sebagai satu
pasukan dan salah seorang pekerja melakukan sedikit kesilapan yang tidak
disengajakan, jangan menghentam pekerja tersebut.
Apabila pekerja terus-terusan disalahkan
serta dikritik atas kesilapan yang dilakukan, majikan hanya menyebabkan
pekerja mempunyai set pemikiran bahawa melakukan kesilapan di
organisasi ini adalah haram dan berdosa.
Sedangkan daripada kesilapan itulah
pekerja akan memperbaiki diri mereka dan belajar strategi baru.
Sokonglah pekerja dan beri motivasi, bukan menghilangkan motivasi
tersebut.
Gosip baru akan timbul dan majikan
mungkin akan dilabel sebagai ‘malaikat’ kerana tidak bertoleransi dengan
kesilapan yang dilakukan pekerja. Majikan juga manusia dan manusia
tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan sekali skala.
Elak Gosip Negatif, Wujudkan Gosip Positif
Mengelak daripada gosip di tempat kerja
adalah cara terbaik untuk menyelamatkan reputasi seorang majikan juga
diri pekerja sendiri.
Majikan tidak perlu menjadi seorang
manusia yang sempurna untuk mengelak pekerja bergosip tentang majikan.
Cukup jika seseorang majikan itu memahami pekerja sebagaimana majikan
mahu pekerja memahami mereka.
Sikap hormat merupakan hak setiap
manusia. Oleh itu, jangan tetapkan dalam fikiran bahawa sebagai seorang
majikan, hanya pekerja yang perlu menunjukkan rasa hormat terhadap anda.
Pekerja juga berhak untuk dihormati.
Mengumpat atau bergosip di tempat kerja
merupakan perbuatan yang kurang sopan dan tidak matang. Ia boleh
merosakkan reputasi diri sendiri, organisasi dan kerjaya orang lain.
Namun punca kepada aktiviti negatif ini
juga harus dikaji. Punca para pekerja bergosip atau bercakap-cakap
tetang majikan mungkin berpunca daripada majikan sendiri.
Oleh itu, majikan perlu sentiasa peka
dengan keadaan semasa organisasi dan lebih-lebih lagi kakitangan yang
bersama-sama membantu majikan membina dan memajukan bisnes/organisasi.
Amat penting untuk mewujudkan suasana
kerja yang harmoni dan selesa kepada para pekerja yang menjadi tulang
belakang kepada setiap organisasi. Suasana harmoni bermaksud atmosfera
kerja yang tidak tegang, pekerja yang gembira dan sentiasa bersemangat
melakukan tugasan dan bergaul dengan pekerja sesuai masa dan keadaan.
Jika sedang berbual santai, tanyakan
tentang perjalanan kehidupan peribadi atau perancangan peribadi pekerja,
beri idea atau sokong rancangan mereka jika ia bermanfaat untuk masa
depan pekerja tersebut. Elakkan berbicara soal kerja dan tugasan ketika
sedang bersantai bersama pekerja.
Dalam isu gosip di antara pekerja ini,
majikan berkuasa menukarkan gosip negatif kepada gosip positif dengan
lebih kerap ‘turun padang’ dan ambil tahu isu atau konflik semasa yang
berlaku dalam organisasi anda.
Tonjolkan sikap yang positif dan
berkarisma, memahami pekerja dan mengambil berat. Ia tetap akan
menyebabkan pekerja bergosip tentang anda, namun bercakap dan
memuji-muji sikap majikan merupakan ‘gosip’ yang positif.
Sunday, July 13, 2014
6 sebab kita MEMBAZIR WANG
Oleh Irfan Khairi
Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pastinya kita akan membeli sesuatu itu, tidak kira sama ada perlu ataupun tidak. Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu itu dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat.
Kita tidak mengaku (atau tahu) berapa sebenarnya perbelanjaan kita
Adakah
anda sanggup keluarkan wang satu ringgit dari poket anda dan
koyak-koyakkannya? Pastinya jawapan anda adalah, TIDAK. Sebab
apa? Sebab anda tidak akan membazir wang sebegitu. Tetapi, tanya pada
diri sendiri. Pernah atau tidak anda membeli majalah atau buku, dan
meletakkanya ke tepi di mana kemudian anda tidak sempat membacanya? Atau
membeli baju baru, dan hanya sedar selepas beberapa bulan anda hanya
memakainya sekali sahaja? Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda
rasakan amat anda mahukannya, tetapi, sedar tak sedar, anda tidak
perlukannya?
Pastinya pernah bukan? Ianya terjadi pada ramai antara
kita.
Apabila
melihat wang ringgit di tangan, semestinya kita sayangkannya oleh
kerana penat lelah kita bekerja untuk mendapatkannya. Tetapi, bila
datangnya masa untuk berbelanja dan membeli, adakalanya nilai barang
yang dibeli sudah tidak dapat dilihat, dan di sini pembaziran pun
berlaku.
Berikut adalah 6 sebab mengapakah pembaziran berlaku:
Kita memberi alasan untuk berbelanja
Kita
sering memberi sebab mengapa kita perlu berbelanja, seperti "aku dah
kerja keras, aku berhak berbelanja untuk kepuasan diri". Tidak kira,
sama ada untuk membeli sesuatu yang mahal, makan minum yang mewah atau
percutian diluar kemampuan. Adakalanya juga kita yakinkan diri sendiri
untuk menjaga ego kita bahawa kita mampu berbelanja sedemikian.
Kita tak
mahu dilihat kedekut
Adakalanya
kita fikirkan apa orang lain berangapan mengenai kita. Kita rasakan
orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja.
Untuk meningkatkan keyakinan diri, kita berbelanja supaya mendapat apa
yang dianggap persetujuan dari orang lain.
Kita rasakan ianya sukar untuk memahami kewangan
Alasan
tidak memahami perihal kewangan juga
sering diberi, seperti, "aku tak pandai dengan angka", "aku tak akan
jadi kaya", sukarnya memahami pelaburan" dan sebagainya. Alasan sebegini
juga mengukuhkan lagi sebab mengapa kita perlu berbelanja dan membazir
dan tidak pula menyimpan dan melabur.
Kita suka pada kepuasan sebentar
Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pastinya kita akan membeli sesuatu itu, tidak kira sama ada perlu ataupun tidak. Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu itu dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat.
Kita tidak mengaku (atau tahu) berapa sebenarnya perbelanjaan kita
Pernah
kah kita mengira berapa sebenarnya perbelanjaan bulanan anda dengan
tepat? Selalunya tidak. Mungkin anda mengira bil telefon anda, bayaran
rumah, ansuran kereta, bajet makan minum sebulan, serta anda juga
mengira wang untuk hiburan dan
sebagainya. Tetapi, bagaimana pula dengan perbelanjaan yang datangnya
sekali sekala seperti bayaran insurans kereta dan cukai jalan, bayaran
servis kereta, baik pulih rumah, temujanji doktor gigi setahun sekali
dan sebagainya? Adakah perbelanjaan sekali sekala ini dikira dalam bajet
bulanan? Selalunya tidak dan ini yang mengakibatkan kita tidak dapat
lihat perbelanjaan sebenar dan mengakibatkan pula kita berbelanja lebih.
Kita
melengah-lengahkan masa menguasai wang
Saya
yakin ramai antara kita ingin memperbaiki kewangan diri. Sama ada
dengan cara ingin melabur, atau ingin memulakan perniagaan atau ingin
pelajari skil baru untuk menambahkan lagi pendapatan. Namun, kita
melengah-lengahkan masa dan tidak meletakkan ini sebagai prioriti.
Akibatnya, kita berbelanja dam membazir sehingga tiba waktu yang terbaik
untuk kita mulakan langkah kita memperbaiki kewangan.
Dengan
memahami
dan mengetahui sebab kita membazirkan wang, maka kita setapak lagi
kehadapan dalam memahami tabiat kewangan kita. Mudahan kita akan ingat 6
sebab ini sebelum kita melakukan pembaziran.
Berapakah nilai RM diri anda sendiri?
Oleh: Irfan Khairi
Apakah
nilai yang anda letakkan pada diri anda
sendiri? Dengan meletakkan nilai pada diri kita sendiri, bukan sahaja
kita akan lebih menghargai masa, tetapi juga memudahkan kita membuat
sesuatu keputusan.
Nilai
yang saya maksudkan ini adalah nilai dalam bentuk wang- ringgit
Malaysia. Sekadar contoh,bayangkan seorang konsultan yang berpendapatan
RM300 satu jam apabila mengendalikan pelanggan. Masanya adalah lebih
berharga untuk mengendalikan
pelanggan berbanding dengan mungkin keluar membeli peralatan pejabat
yang boleh diagihkan kepada orang lain.
Seperti
contoh di atas, usahawan tersebut dapat meluangkan masa kepada perkara
yang lebih penting dan menjimatkan masanya. Dalam waktu yang sama dapat
membuat keputusan sama ada perlu bersama pelanggan atau keluar membeli
peralatan pejabat mengikut nilai aktiviti tersebut.
Sebagai
usahawan, ianya peting untuk meletakkan nilai pada diri sendiri.
Tetapi ia juga tidak bermakna mereka yang bukan usahawan tidak perlu
meletakkan nilai pada diri.
Memberi
nilai kepada diri kita sendiri akan membuatkan kita lebih menghargai
diri, dari segi masa yang diluangkan, kerja yang dihasilkan, juga usaha
yang
ditaburkan. Bila kita merasakan nilai kita tinggi, maka, pastinya kita
tidak mahu membuang masa. Kerana setiap waktu yang beredar, akan
digunakan dengan sebaiknya seperti nilai yang diletakkan.
Bayangkan
kita meletakkan nilai kita kini satu jam, bernilai RM1. Pastinya, kita
umpama tidak perlu menghagai masa kerana nilai satu jam atau dua jam
yang berlalu hanya RM1-RM2. Tetapi bayangkan sekiranya
nilai kita satu jam adalah RM100 untuk satu jam. Apa yang akan dirasa
adalah, setiap jam tersebut adalah amat berharga kerana nilai kita
tinggi. Bagaimana perasaan sekiranya 2 jam berlalu pada tahap nilai kita
RM100 sejam? Pastinya kita akan rugi RM200! Besar tu.
Keadaan
yang sama juga untuk menjelaskan konsep ini, pada hasil kerja dan
usaha. Sekiranya kita meletakkan nilai wang pada hasil kerja
dan usaha kita rendah, pastinya ia tidak dihargai dan mungkin kualiti
kerja dan usaha juga adalah rendah.
Tetapi
bayangkan anda seperti seorang doktor pakar bedah di mana nilai anda
adalah amat tinggi. Pastinya setiap pembedahan yang anda lakukan adalah
dengan amat teliti dan berkualiti- setaraf dengan nilai sendiri.
Berita baiknya adalah, anda tidak perlu menjadi pakar
bedah, untuk mempunyai nilai yang tinggi. Oleh kerana, nilai anda, anda
yang tetapkan dalam diri anda sendiri. Ianya bukan berdasarkan gaji anda
ataupun keuntungan perniagaan anda. Nilai, anda anda yang tetapkan 100%
oleh kerana tujuannya adalah untuk menjadikan anda sendiri lebih
produktif apabila meletakkan nilai wang pada waktu anda.
Manusia mempunyai otak yang amat hebat berbandingkan
dengan komputer yang paling hebat di dunia. Tubuh badan kita juga adalah
jauh lebih maju dari apa sahaja robot yang pernah dicipta. Deria kita
adalah amat canggih berbanding dengan apa sahaja ciptaan manusia yang
lain. Di sini sahaja, nilai kita adalah terlalu besar untuk diletakkan.
Sekiranya
kita yakin bahawa nilai kita adalah jauh
lebih tinggi dari apa yang kita rasakan kini, ini akan meningkatkan lagi
keyakinan diri kita dan membuatkan kita lebih menghargai diri, masa dan
hasil kerja.
Soalannya, berapakah nilai RM yang anda letakkan pada diri anda sendiri? Lakukan aksi harian anda berdasarkan nilai tersebut.
Wednesday, July 9, 2014
3 Kunci Menjadi KAYA!
Oleh: Irfan Khairi
Alhamdulillah
rezeki saya dalam perniagaan Internet sejak 13 tahun dahulu.
Jauh juga perjalanannya dan seperti apa sahaja pencapaian yang berbaloi,
pasti ada cabarannya. Artikel kali ini saya ingin kongsikan 3 kunci
kejayaan dan kekayaan yang perlu dimiliki.
1. Jangan putus asa bila gagal
Untuk
mencapai apa sahaja yang berbaloi, pasti ada kesusahannya dan
cabarannya. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Kegagalan adalah
sesuatu yang biasa ditemui apabila mengejar kekayaan. Sekiranya ingin
berjaya, kalau jatuh 9 kali, anda tetap perlu bangun 10 kali. Baca
sahaja kisah-kisah orang yang berjaya dari serata dunia, pastinya
terdapat kisah kegagalan dan kesusahan yang diceritakan.
Ketika
tahun 2000 saya memulakan perniagaan Internet saya yang pertama,
bukanlah terus berjaya. Malah, perniagaan Internet pertama saya melalui
kegagalan. Dalam jangka masa setahun menjalankan perniagaan Internet,
saya cuma berjaya mendapatkan 3 pelanggan sahaja. Saya tahu apa yang
diperlukan untuk berjaya ketika itu oleh kerana saya amat suka membaca
biografi kisah orang-orang berjaya. Kesemuanya pernah mengalami
kegagalan.
Walaupun
mendapat hanya 3 pelanggan dalam masa setahun, saya tetap meneruskan
perniagaan Internet saya. Bayangkan sekiranya saya berputus asa pada
tahun 2000 kerana hanya mendapat 3 pelanggan sahaja, tidaklah rasanya
saya dapat bersama anda hari ini berkongsikan kisah saya. Pesanan saya
kepada anda, JANGAN-JANGAN-JANGAN putus asa!
2. Tambahkan ilmu untuk berjaya
Usaha
tanpa ilmu adalah sia-sia. Apakah sebab utama kegagalan? Sudah tentunya
kurangnya ilmu. Bagaimana untuk berjaya? Pastinya perlu tambahkan ilmu!
Mengapa perniagaan saya pertama gagal
sehingga hanya mendapat 3 pelanggan sahaja?
Jawapanya adalah saya menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul.
Cari
jalan dan peluang untuk meningkatkan ilmu dan kepakaran anda. Saya
pernah menulis sebelum ini bahawa pelaburan yang terbaik adalah
pelaburan kepada meningkatkan ilmu kita sendiri tidak kira
dalam apa jua bidang. Ianya dikatakan terdapat persamaan antara ilmu dan
pendapatan. Lebih tinggi ilmu yang dimiliki, lebih tinggi peluang untuk
mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.
Banyakkan membaca dalam bidang anda untuk meningkatkan ilmu. Pelajari dari mereka yang mengetahui dalam bidang anda dan jangan henti dalam mencari ilmu. Saya sendiri juga sering mencari ilmu dan pengalaman diserata dunia selagi mampu badan untuk meningkatkan ilmu dan kejayaan.
Apabila mendapat ilmu, pastikan anda mengaplikasikannya untuk mendapat keputusan terbaik!
3. Kemahuan untuk berubah
Melakukan perkara yang sama, pastinya akan memberi keputusan yang sama. Untuk berjaya perlukan perubahan sama ada dari cara kita melakukan sesuatu, cara pemikiran dan juga perubahan tabiat.
Melakukan perkara yang sama, pastinya akan memberi keputusan yang sama. Untuk berjaya perlukan perubahan sama ada dari cara kita melakukan sesuatu, cara pemikiran dan juga perubahan tabiat.
Fikirkan
dan gambarkan keadaan kewangan kita hari ini. Adakah kita berpuas hati
dengan dengan keadaan kewangan kini? Fikirkan juga keadaan keluarga,
suami, isteri, ibu, bapa atau anak-anak. Bagaimana keadaan
kewangan kita hari ini akan menjadi sama sahaja 2, 5 atau 10 tahun akan
datang sekiranya kita tidak berubah. Malah, mungkin akan menjadi teruk
lagi oleh kerana makin lama, kos sara hidup semakin meningkat dan
sekiranya kita tidak berubah untuk menampung kenaikan kos sara hidup,
pastinya keadaan kewangan dan kekayaan kita akan menjadi lebih teruk
lagi 2, 5 atau 10 tahun akan datang.
Mereka
yang berjaya
adalah mereka yang mengambil tanggungjawab untuk berubah kearah kebaikan
dan sentiasa memperbaiki diri untuk mencapai sesuatu yang lebih baik
lagi. Segalanya tidak akan menjadi sekiranya tiada kemahuan di dalam
diri sendiri.
Lihat
sahaja dikeliling, pastinya ramai yang mempunyai ilmu. Ramai juga yang
berpendidikan tinggi. Tetapi, adakah ianya mencukupi? Pastinya anda
mengenali mereka yang mempunyai
penidikan dan ilmu yang tinggi, tetapi kekayaan tetap pada takuk lama.
Sebabnya adalah, tiada kemahuan untuk berubah. Ilmu sahaja tidak
mencukupi. Ilmu yang diaplikasikan dengan betul adalah lebih penting
lagi.
Bagaimana
pula mereka yang kurang ilmu pula? Pastinya peluang untuk berjaya dan
menjadi kaya adalah kurang. Tetapi, dengan kemahuan untuk berubah disitu
yang kita sering lihat kisah usahawan
berjaya walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.
Kesimpulan
Natijahnya,
semua orang berpeluang untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Tidak kira
jantina, umur, latar belakang, kekayaan adalah milik semua yang terus
berusaha tanpa putus asa. Ilmu merupakan kunci mencapai apa sahaja
kejayaan yang ingin dikecapi dan yang pentingnya adalah diri anda
sendiri. Adakah anda bersedia untuk berubah untuk mencapai kekayaan yang
anda impi-impikan?
Duit Hangus, Lebur dan Lesap!
Oleh: Irfan Khairi
Kesian
bila setiap kali terbaca berita penipuan wang berlaku. Mangsa hilang
beribu
atau berpuluh ribu ringgit lesap di tangan si penipu. Ada juga keadaan
di mana ianya satu skema terancang yang melibatkan sekumpulan penipu
wang.
Berbagai-bagai
cara penipuan wang berlaku hari ini, dari skim cepat kaya melalui
Internet, teknik mendapatkan username dan password peribadi akaun
kewangan melalui Internet, pertandingan gores dan menang yang
menyeleweng, memenangi loteri yang tidak pernah sertai,
mendapat durian runtuh dari seseorang usahawan di Nigeria, tabung derma
yang tidak wujud dan sebagainya.
Apatah
lagi apabila kes penipuan wang ini melibatkan kenalan atau ahli
keluarga sendiri. Yang selalu terjadi apabila kes "business partner buat
hal" melesapkan wang kita. Ketika hendak mulakan perniagaan sama-sama
berkobar-kobar. Tetapi bila memberi kepercayaan kepada seseorang, lesap
pula wang dan tidak pernah berangkat handphone apabila cuba hubungi.
Semakin
hari, semakin licik skim penipuan wang. Pada dasarnya, dilihat seperti
sesuatu yang sah. Namun disebalikya satu perancangan yang rapi untuk
meleburkan wang yang bertungkus lumus kita kumpulkan.
Perkara
ini terjadi bukanlah pada mereka
yang kurangnya ilmu sahaja. Sering kali juga terjadi kepada golongan
yang berpendidikan dan pangkat tinggi. Kes penipuan wang sememangnya
tidak kira mangsa. Asalkan mempunyai wang, maka sesiapa sahaja boleh
menjadi sasaran pemangsa.
Mungkin
juga pernah terjadi kepada kita. Tidak kira mungkin sekadar berpuluh
ringgit sahaja atau berates. Apabila nilainya kecil, selalunya kita akan
tutup sebelah mata sahaja. "Alah, biarlah... RM20 je...". Namun, bagi
pemangsa yang telah menipu
1,000 orang, telah mendapat habuan haram RM20,000!
Ada
juga yang tertipu dengan nilai yang lebih besar mencecah ribuan ringgit
atau berpuluh ribu ringgit. Namun, tidak melakukan apa-apa tindakan dan
hanya senyap sahaja. Mungkin kerana perasaan malu untuk kedepan. Takut
nanti apa pula orang kata "Tu lah... nak cepat kaya sangat! Dah lesap
RM10,000!". Ataupun mungkin tidak tahu bagaimana hendak meneruskan
tindakan dengan cara yang betul.
Atas sebab-sebab ini,
makin menjadi-jadi pula kes penipuan merata-rata.
Sebagai
pengguna, kita perlu berhati-hati dan mempunyai kesedaran perkara ini
terjadi disekeliling kita dan boleh terjadi pada diri kita sendiri pada
bila-bila masa sahaja. Apabila wang kita hangus, lebur dan lesap dek
penipu wang, bukan sahaja kehilangan wang. Tetapi merugikan masa dan
usaha kita dalam mendapatkan wang dan mengumpulnya sebelum itu. Bukan
itu sahaja, juga tekanan dari segi mental yang diberikan pada diri kita
sendiri pastinya sungguh dasyat tambah-tambah lagi sekiranya jumlah wang
itu besar. Ada juga melibatkan masalah rumah tangga.
Berhati-hati sekiranya terdapat janji-janji pulangan yang tidak masuk akal atau too good to be true.
Berhati-hati apabila mendapat tawaran dari mereka yang anda tidak
kenali dan sekiranya mereka anda kenali, pastikan anda sendiri melakukan
penyelidikan secukupnya. Dan berhati-hati juga apabila terdapat gerak
hati dan suara hati anda sendiri
terasa ragu-ragu untuk meneruskan sesuatu transaksi. Selalunya mereka
yang tertipu mempunyai gerak hati dan dapat merasakan sesuatu yang tidak
kena sebelum terkena. Wang anda adalah tanggungjawab anda.
Tuesday, March 11, 2014
GST bakal naik harga rumah
SITI ZUBAIDAH MAT ISA
11 Mac 2014- Sinar Harian
-
- Michael (kanan) ketika membentangkan Laporan Kajian Industri Hartanah 2013 di Wisma Rehda, Kelana Jaya, semalam.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Seri Michael KC Yam berkata, selain pelaksanaan GST, kenaikan harga rumah juga didorong oleh beberapa faktor iaitu kesukaran pemaju mendapatkan pekerja selain soal gaji dan kekurangan pekerja.
“Faktor kedua adalah disebabkan kenaikan harga dan kekurangan bekalan bahan binaan utama seperti simen, bar keluli, pasir dan batu-bata.
“Pemain industri merasakan adalah perlu untuk melanjutkan penarafan cukai sifar ke atas bahan binaan utama ini bagi membantu menguruskan aliran tunai dengan lebih baik,” katanya selepas mengumumkan Laporan Kajian Industri Hartanah Rehda, di Kelana Jaya, semalam.
Menurutnya, pelaksanaan GST akan menyebabkan tambahan kos lain yang mana pemaju juga berdepan cukai sedia ada iaitu setem duti, cukai keuntungan harta tanah, levi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan cukai perkhidmatan.
“Kami juga mahu agar kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk menaikkan setem duti kepada empat peratus dan mengekalkan kadar maksimum tiga peratus seperti dinikmati sektor hartanah sekarang,” katanya.
Sementara itu, hasil kajian laporan itu ke atas 150 pemaju dari 12 negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati jumlah pelancaran unit perumahan bagi tahun kedua 2013, menurun berbanding tahun sama sebelumnya.
“Prestasi jualan turut mencatat penurunan 20 peratus berbanding separuh tahun pertama 2013. Bagaimanapun pembeli tempatan masih mendominasi pasaran hartanah dan pembelian adalah bagi tujuan kediaman sendiri,” katanya.
Sunday, February 23, 2014
Telur tiruan daripada tumbuhan
Ia bakal menggantikan telur dalam semua termasuk pembuatan kek hingga mayonis tanpa memerlukan seekor ayam untuk menghasilkan pengeluarannya.
Produk keluaran Hampton Creek itu sudah dijual di Whole Foods di California dan kini firma yang dibiayai oleh lelaki terkaya Asia, Li Ka-shing serta pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang, merancang untuk menembusi pasaran dunia.
Perjanjian dengan 500 syarikat
Malah syarikat terbabit dikatakan sudah menandatangani perjanjian kerjasama dengan 500 syarikat termasuk pengeluar dan peruncit makanan terbesar dunia.
“Teknologi membolehkan semua untuk mendapat lebih banyak pilihan untuk masa depan bersama yang lebih baik,” katanya.
“Untuk memenuhi semua permintaan penduduk dunia yang semakin bertambah, kita perlu lebih efisyen, lebih mesra alam sekitar dan lebih berkualiti serta banyak pilihan.
Ketua pegawai eksekutif, Hampton Creek dan pengasas, Josh Tetrick berkata, kita hidup ketika pilihan tidak sihat adalah murah dan mudah, manakala pilihan sihat adalah mahal dan sukar.
“Sasaran kami sentiasa untuk membina sebuah syarikat yang menghasilkan makanan sihat dan mudah didapati kepada sesiapa saja.
“Menyelesaikan masalah itu bermakna menyelesaikan masalah kebanyakan orang ramai bukan hanya mereka yang mampu untuk membayar AS$5.99 bagi telur organik,” katanya.
Idea Tetrick adalah untuk mencari campuran tumbuh-tumbuhan yang senang tumbuh, apabila dicampur bersama dengan betul, meniru rasa, nilai khasiat dan kegunaan memasak bagi sebiji telur.
AGENSI
Sunday, February 9, 2014
Percubaan sebulan bebas cukai -Tasik Kenyir
Percubaan sebulan bebas cukai
Wartawan Sinar Harian
8 Februari 2014
-
- Mohd Jidin (kanan) melihat buku Angin Dari Ulu karya Azahari Othman selepas Majlis Perjumpaan Bersama Jawatankuasa Majlis Kebudayaan Negeri Terengganu, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata, percubaan Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai adalah antara daya penarik dan termasuk dalam 23 aktiviti dirangka pada festival selama sebulan itu.
“Sekarang, kita baru selesai bermesyuarat dan kerajaan negeri sedang memohon kepada Kementerian Kewangan untuk mendapatkan kebenaran, supaya agensi atau pemegang lesen bebas cukai dapat hadir ke sini untuk menjual barangan mereka.
“Terdapat 20 outlet yang disediakan kepada mereka untuk menjual pelbagai jenis barangan kecuali rokok dan arak. Itu kita tidak benarkan. Di samping itu, kita turut menjemput usahawan tempatan untuk pasarkan produk mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Jawatankuasa Majlis Kebudayaan Negeri Terengganu.
Menurut Mohd Jidin lagi, percubaan bebas cukai selama sebulan di lokasi tumpuan di Pangkalan Gawi itu diharap menjadi daya penarik kepada festival itu sebelum beberapa projek di kawasan itu siap sepenuhnya pada pertengahan 2015.
“Beberapa hotel, resort dan perumahan di pulau sekitar kini sedang rancak dibangunkan dan dalam perangkaan. Jadi, kita harap percubaan ini dapat mempromosikan Tasik Kenyir kepada pelancong luar dan dalam negara.
“Kita jangka sekitar 400,000 pelancong dalam dan luar negara akan mengunjungi festival itu nanti. Banyak aktiviti meliputi semua aspek seperti pusat usahawan, kebudayaan, kerjaya, kesenian, nyanyian, pertunjukan udara, sungai dan sebagainya. Ada juga persandingan 150 pasangan pengantin yang dijangka memeriahkan lagi festival itu,” katanya.
Beliau berkata, bagi memastikan keselesaan pengunjung, pihaknya juga akan memastikan kawasan jalan, hotel dan persekitaran dijaga dengan rapi, malah keselamatan juga dititikberatkan terutama pengangkutan air agar mematuhi arahan ditetapkan.
“Kita tidak mahu berlaku sebarang kemalangan di festival itu kerana ia melibatkan pelancong dari pelbagai negara,” katanya.
Menurut Mohd Jidin lagi, pihaknya kini giat mempromosikan Festival Kenyir menerusi pelbagai medium bagi memastikan acara itu mendapat sambutan lebih meriah pada tahun ini.
Katanya, orang ramai juga dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang cadangan atau pandangan bagi memeriahkan lagi program berkenaan.
“Orang ramai boleh menggunakan saluran yang ada bagi memberikan pandangan untuk memperhebatkan lagi festival kali ini. Cadangan yang disalurkan akan diteliti dan diambil kira untuk manfaat semua,” katanya.
Thursday, February 6, 2014
Tip Pelaburan Jangka Panjang – Amalan Sedekah
Hari ini kita berada pada zaman
teknologi yang serba canggih, di mana segala keperluan hidup dapat kita
kecapi tanpa susah payah tidak seperti zaman dahulu.
Dalam mengharungi kehidupan di dunia,
kita senantiasa bersedia dengan keperluan yang dapat memberi manfaat
kepada diri kita khususnya dan kepada komuniti masyarakat umumnya.
Sebagai seorang hamba yang taat kepada
Allah Taala, seharusnya kita berdoa dan berusaha agar kita dapat
keuntungan di dunia dan akhirat.
Pada kali ini, suka penulis berkongsi
secebis ilmu tentang amalan yang di sukai Rasullah s.a.w iaitu amalan
sedekah. Amalan yang menjadi tauladan sejak zaman nabi Adam sehinggalah
di tiup sangkakala (hari akhirat).
Untung Berpanjangan
Apakah yang diingini oleh seorang
peniaga selain daripada mendapat keuntungan perniagaan, dapat membayar
hutang pinjaman bank dan berkongsi rezeki bersama kawan-kawan serta ahli
keluarga? Dalam hal ini, kita memerlukan suatu sumber kewangan kukuh
yang dapat kita salurkan kepada yang berhak melalui sedekah.
Kita amat beruntung kerana melalui
perniagaanlah kita dapat belajar hidup susah dan dari situ kita akan
belajar pula apa erti bersyukur kepada yang Maha Memberi. Selain itu
kita akan belajar tentang karakter orang.
Setelah itu, apa yang harus kita lakukan
dengan limpahan rezeki yang ada? Inilah poin yang ingin penulis
tegaskan iaitu dengan memberi kepada yang berhak atau bersedekah.
Sedekah Amalan Sunah
Amalan sedekah ini merupakan sunnah
Rasullah s.a.w yang menjadi ikutan para sahabat baginda dalam membantu
umat Islam khususnya bagi menjamin kehidupan yang lebih baik. Jangan
letakkan amalan sedekah ini melalui wang ringgit semata-mata akan tetapi
ia lebih luas bahkan kepada haiwan dan tumbuhan turut mendapat
manfaatnya.
Para sahabat Khulafa ar-Rasyidin serta
alim ulama menjadikan sedekah sebagai medan untuk mendekatkan diri
kepada Allah taala serta masyarakat. Hal ini kerana mereka terdiri
daripada peniaga yang menjalankan perniagaan di merata tanah Arab dengan
membawa barang dagangan untuk dipasarkan.
Secara tidak langsung ia memberi contoh
tauladan kepada bukan Islam melalui amalan yang dilihat ringan tetapi
berat timbangan mizan di akhirat kelak.
Kejayaan seseorang itu bukanlah terletak
kepada usaha sahaja malahan ia merangkumi semua aspek termasuklah
sedekah. Hanya melalui pintu sedekah kita akan terhindar daripada sifat
bakhil, tamak, pentingkan diri sendiri dan sebagainya.
Bukankah itu merupakan kejayaan juga?
Kita berjaya mengikis sifat mazmumah yang ada pada diri kita dan kita
berjaya juga membentuk hati kita supaya tidak menjadi hamba duit.
Benarlah hadis Rasullah s.a.w bersabda;
“Harta kekayaan adalah sebaik-baik penolong bagi memelihara ketakwaan kepada Allah taala,” hadis riwayat ad-Dailani.
Inilah pelaburan yang menjamin kehidupan
di dunia dan akhirat, apatah lagi jika kita berniaga mengikut
lunas-lunas syariat dan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan
larangan-Nya.
Lebih baik lagi apabila kita berbelanja
untuk dunia dan akhirat, di dunia kita dapat membantu orang yang
memerlukan manakala di akhirat kelak ia sebagai imbalan (balasan) kepada
diri kita sendiri.
Perniagaan dan amalan sedekah sudah
sinonim dalam kehidupan kita. Di mana sahaja kedengaran orang yang
susah, pasti pertolongan dihulurkan selagi mana ada hebahan mengenai
kekurangan atau kesusahan dalam komuniti masyarakat.
Tegak kukuhnya kehidupan dunia ini kerana 4 perkara iaitu:
1) Ilmu para ulama2) Derma orang kaya
3) Doa orang yang fakir
4) Keadilan para pemerintah (maksud hadis Sunan al-Tirmizi)
Lihatlah dengan mata hati bahawa
kehidupan di dunia ini ada hubung kait antara yang kaya dan miskin,
antara alim ulama dan umara’. Begitu cantik susunan ajaran Islam dalam
mendidik manusia supaya berfikir dan mengkaji melalui pancaindera yang
diamanahkan sebelum dipersoalkan di akhirat kelak.
Justeru, amalan sedekah ini harus
menjadi ‘kurikulum wajib’ kepada diri sendiri sebagai asas didikan
supaya kita lebih bersyukur atas kurniaan yang Maha Memberi Rezeki.
Firman Allah taala dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud;
“Dan ingatlah tuhan kamu sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmat kepada kamu dan sesungguhnya jika kamu kufur, azab-Ku amatlah pedih.”
Inilah sifir kehidupan kita yang menjadi adab sopan kepada si penerima (hamba).
Sering kali kita terfikir apa yang aku
dapat andai aku bersedekah? Adakah hanya mendapat pahala semata-mata
atau sekadar memenuhi keperluan masyarakat di luar sana? Di sinilah
titik noktah kita dalam memahami sedekah hanya berdasarkan pahala di
akhirat tanpa kita memikirkan keajaibannya.
Keajaiban Bersedekah
1) Sedekah mendatangkan rezeki.
- Ini merupakan peluang yang terhidang luas buat kita sebagai orang Islam supaya melipat gandakan usaha amalan ini. Harta yang kita sedekahkan mendekat lagi rezeki yang tidak disangka-sangka.
2) Sedekah dapat memanjangkan umur.
- Di sini dapat difahami bahawa umur yang dimaksudkan ialah keberkatan dalam hidup. Peluang kehidupan yang diberi oleh Allah digunakan dengan perkara yang manfaat.
3) Sedekah dapat menyembuhkan penyakit.
- Ini seperti yang sedia maklum bahawa penyakit cinta dunia, harta, bakhil dan tamak haloba harus dirawat dengan amalan sedekah. Dengan kaedah ini sistem ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan hadis dapat memberi penawar kepada gejala yang kronik ini.
“Keluarkanlah harta. Bersedekahlah…”
Seruan yang biasa kita dengar dan acap
kali disebut oleh ulama dan orang tua kita supaya rajin-rajin
bersedekah. Selagi berkemampuan untuk memberi, lakukanlah kerana ia
menjadi “kredit” buat diri kita.
Firman Allah taala dalam surah al-Qasas ayat 77 bermaksud;
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagiaan di hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia.”
Inilah kehebatan ajaran syariah Islam,
dalam kita belajar tentang bab halal haram mahupun syubhah, kita masih
lagi boleh belajar tentang amalan sedekah, infak, zakat dan sebagainya.
Ilmu yang dipraktikkan dalam alam
perniagaan sebenarnya menjadi asas dalam mendalami ilmu akhirat secara
tidak langsung. Sebab itulah amalan berniaga ini merupakan asas
pekerjaan nabi dan para rasul.
Setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Itu sudah menjadi sunnatullah kehidupan manusia. Segala perbuatan dan
amalan akan diperlihatkan melalui buku catatan amalan kita sama ada yang
baik atau sebaliknya.
Dalam sepotong hadis, Rasullah s.a.w ada bersabda
“Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepada kedua-dua orang tuanya.”
Perhatikanlah amalan sedekah menjadi
pelaburan atau simpanan yang menjamin kehidupan di akhirat kelak. Amalan
yang menjadi ibadah dan seterusnya menjadi kebiasaan melahirkan seorang
individu yang matang dan berilmu kerana kita sedia maklum akhirat
merupakan matlamat utama (pegangan orang Islam).
Bersama-sama kita jadikan amalan sedekah
ini sebagai habit sihat dalam pembinaan rohani dan karakter yang cinta
agama. Biarlah kita menjadi juara dalam segala aspek kehidupan supaya
dengan itu ajaran Islam sesuai diamalkan oleh segenap lapisan
masyarakat.
“Jadilah kamu orang yang berilmu atau mempelajari ilmu atau yang mendengar ilmu atau suka kepada ilmu itu sendiri maka janganlah kamu jadi pihak yang kelima (iaitu tidak suka akan ilmu).”
Ahmad Fahmi Ishak
Graduan Universiti Al-Azhar dalam bidang Ijazah Syariah Islam. Aktif
dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Kini beliau
menjalankan perniagaan barangan keperluan Muslim di samping membantu
mengurus resort yang diusahakan keluarga di Hulu Langat.
Saturday, January 25, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)