Lokasi : Banglo di Kg Gong Kiat/Padang Midin Kuala Terengganu,Teres2 di Gong Badak/Wakaf Tengah, Sekitar Universiti UNISZA,UMT, MRSM, IPGM, ILP, INSTEP/ALAM Pantai2 Batu Buruk,Mengabang Telipot, Teluk Ketapang - Airport KT
Saturday, August 1, 2015
Tuesday, July 28, 2015
Politik : Muhyiddin digugurkan dari Kabinet Najib
Muhyiddin digugurkan dari Kabinet Najib
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Dalam perkembangan
mengejutkan dan menjadi tanda tanya sejak semalam, Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memutuskan barisan Kabinet baharunya
dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan
Perdana Menteri.
Kedudukan Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Najib dalam sidang media secara langsung sebentar tadi menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya 'sukar' namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14.
"Keputusan ganti TPM kerana dibuat setelah ambil kira pertimbangan politik dan pentadbiran.
"Untuk pastikan pentadbiran komited dalam pembanguan negara, jemaah menteri perlu bertindak secara jitu," katanya.
Menurut Najib, beliau boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat namun dalam Kabinet katanya, perbezaan pendapat tidak boleh dibuat menerusi forum terbuka.
"Insya-ALLAH, saya yakin senarai baharu ini dapat jayakan segala perancangan kerajaan...," katanya lagi.
Antara kejutan dalam senarai kabinet kali ini adalah Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Datuk Seri Mohd. Salleh Said Keruak dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Selain itu, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pula dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik Timbalan Menteri Luar.
Kedudukan Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Najib dalam sidang media secara langsung sebentar tadi menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya 'sukar' namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14.
"Keputusan ganti TPM kerana dibuat setelah ambil kira pertimbangan politik dan pentadbiran.
"Untuk pastikan pentadbiran komited dalam pembanguan negara, jemaah menteri perlu bertindak secara jitu," katanya.
Menurut Najib, beliau boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat namun dalam Kabinet katanya, perbezaan pendapat tidak boleh dibuat menerusi forum terbuka.
"Insya-ALLAH, saya yakin senarai baharu ini dapat jayakan segala perancangan kerajaan...," katanya lagi.
Antara kejutan dalam senarai kabinet kali ini adalah Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Datuk Seri Mohd. Salleh Said Keruak dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Selain itu, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pula dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik Timbalan Menteri Luar.
Thursday, July 16, 2015
Wednesday, July 1, 2015
10 Sebab Mengapa Bisnes Anda Gagal
Ini merupakan perkongsian ringkas oleh Coach Bahar
10 sebab mengapa bisnes anda boleh tutup sebelum 6 bulan. Apa yang
dinyatakan dibawah hanya sebahagian punca dan sebab anda tidak boleh
lama dalam satu-satu bisnes yang anda jalankan. Ubahlah sebelum
terlambat.
Belajar untuk bersabar. Kalau hendak terbang pun tunggu kepak tumbuh bulu dahulu.
1. Bisnes ikut-ikutan
Apabila dengar sahaja bisnes itu banyak untung, dia pun terus buat tanpa berfikir panjang. Jangan sampai stok produk terkumpul dibawah katil saja nanti sudah.2. Modal tidak mencukupi
Jika modal ada RM 10,000. Jangan gunakannya semuanya untuk mulakan bisnes. Nanti anda akan mengalami kesukaran untuk pusing semula modal sebab duit sudah habis. Lebih bagus jika anda ada modal RM 30,000 mulakan bisnes yang nilainya lebih rendah daripada modal yang ada.3. Kurang perancangan yang teliti
Jangan terjun kedalam bisnes tanpa tahu hujung pangkal apa yang anda perlu buat. Itu bunuh diri namanya. Sediakan perancangan yang rapi supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan jika bisnes anda tidak mencapai tahap yang sepatutnya.4. Kurang kawalan
Bisnes yang baru bermula diibaratkan seperti menanam pokok. Jika anak pokok baru ditanam, ia perlu selalu disiram dan dibaja. Pada permulaan bisnes, mungkin akan mengalami masalah pekerja, kurang penyeliaan atau lain-lain masalah lagi. Oleh itu, ia perlukan perhatian yang banyak oleh pemilik bisnes.5. Masalah pengurusan kewangan
Kesilapan pemilik bisnes ialah mereka fikir duit keuntungan bisnes semuanya milik mereka. Ini tidak betul. Sebaiknya anda tetapkan gaji sendiri dan hanya ambil wang gaji itu sahaja. Duit yang selebihnya bukan milik anda tetapi milik syarikat. Gunakan ia untuk membangunkan dan membesarkan bisnes bukan untuk kepentingan diri sendiri.6. Ilmu seni bisnes yang kurang.
Ramai yang mempunyai semangat untuk memulakan bisnes tetapi akhirnya terkubur ditengah jalan kerana tidak mempunyai ilmu bisnes. Sebelum memulakan bines, kumpul ilmu dahulu. Ini kerana bisnes bukan hanya sekadar semangat membara.7. Tidak pandai menjual
Jika anda ada produk yang paling bagus dalam dunia sekalipun tetapi anda tidak pandai menjualnya, ia tidak berguna. Ramai orang kita yang pandai membuat gudang, tanam berekar ekar ladang. Tetapi barang tidak pandai dijual. Oleh itu, saya sarankan belajarlah ilmu menjual.8. Jati diri yang lemah
Berniaga ini perkara serius, bukan hanya sekadar meniaga untuk cuba-cuba. Apabila anda sudah membuat keputusan untuk berbisnes, hasilnya hanya ada dua sahaja. Sama hidup atau mati. Seorang usahawan perlu belajar untuk bertegas dan jangan terikut-ikut dengan cakap orang lain.9. Bekerja sendiri
Usahawan bangsa kita kebanyakannya tak pandai mengurus. Semua mahu dibuat sendiri. Kita hanya ada dua tangan dua kaki serta 24 jam sehari 7 hari seminggu. Kita tak boleh buat semua sendiri. Oleh itu, belajar untuk membahagikan kerja kepada rakan pasukan atau staf.10. Tamak
Dalam bisnes anda perlu fokus. Jangan tergopoh-gapah dan berputus asa jika bisnes tidak membuahkan hasil pada mulanya. Jika bisnes yang dilakukan tidak membuat keuntungan, perbaiki apa yang perlu bukannya terus tutup bisnes dan melompat kepada bisnes yang baru.Belajar untuk bersabar. Kalau hendak terbang pun tunggu kepak tumbuh bulu dahulu.
Thursday, June 25, 2015
Fikir BESAR dalam perniagaan
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan
Sememangnya mudah untuk berfikir kecil dan mempunyai sasaran perniagaan yang kecil. Tetapi, kita akan mencapai lebih banyak dan besar apabila kita berfikir BESAR!
Untuk mencapai sesuatu yang lebih hebat dan lebih besar, pastinya perlu mula dengan mindset berfikir besar dalam perniagaan.
Membaca kisah-kisah usahawan jutawan dari serata dunia, kesemuanya mempunyai visi dan misi yang besar pada awal penglibatan perniagaan. Walaupun masih tidak mempunyai apa-apa atau walaupun perniagaan masih di tahap baru, matlamat yang besar itu membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi.
15 tahun lalu ketika saya memulakan perniagaan, saya juga tidak mempunyai ilmu, modal dan contacts. Tetapi hari ini, perniagaan saya dan contacts saya telah capai ke luar negara. Semuanya kerana berfikir besar 15 tahun lalu!
Sememangnya mudah untuk berfikir kecil dan mempunyai sasaran perniagaan yang kecil. Tetapi, kita akan mencapai lebih banyak dan besar apabila kita berfikir BESAR!
Dalam kejayaan, mindset memainkan peranan penting. Begitu juga untuk usahawan, untuk berjaya dalam perniagaan dan kembangkan perniagaan ke tahap yang lebih besar, kita perlu ubahkan mindset untuk berfikir besar.Mungkin apa yang kini kita capai dalam perniagaan, bagi kita sudah mencukupi. Ataupun bagi kita, keadaan kita kini boleh dikatakan membanggakan. Tetapi, “mencukupi” dan “membanggakan” adalah berdasarkan perbandingan dengan apa?
Adakah berdasarkan dengan pendapatan kita yang kini sudah lebih, atau pendapatan usahawan hebat lain yang mungkin berjuta-juta RM? Adakah berdasarkan pesaing-pesaing yang kecil di sekeliling kita, ataupun pesaing berjenama besar di Malaysia atau serata dunia?
Untuk mencapai sesuatu yang lebih hebat dan lebih besar, pastinya perlu mula dengan mindset berfikir besar dalam perniagaan.
Membaca kisah-kisah usahawan jutawan dari serata dunia, kesemuanya mempunyai visi dan misi yang besar pada awal penglibatan perniagaan. Walaupun masih tidak mempunyai apa-apa atau walaupun perniagaan masih di tahap baru, matlamat yang besar itu membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi.
- Sekiranya kini anda mempunyai perniagaan tudung kecil-kecilan, pernah kah anda terfikir untuk menjadi jenama besar di Malaysia atau jenama tudung muslimah popular dunia setaraf Vera Wang, Donna Karen, Jimmy Choo?
- Sekiranya anda mempunyai perniagaan bakery atau membuat cookies, pernahkah anda terfikir menjadi jenama besar seperti Famous Amos yang terkenal serata dunia?
- Sekiranya anda berniaga burger kecil-kecilan sekalipun, pernah kah anda terfikir akan menjadi McDonalds, Burger King atau Wendys?
Maka, di takuk lama lah perniagaan kita dan tidak akan berkembang.Kebanyakan usahawan-usahawan jutawan juga bermula tanpa ilmu, tanpa modal, tanpa contacts. Apa yang mereka lakukan adalah berfikir besar untuk MENCARI ILMU, MENCARI MODAL dan MENCARI CONTACTS.
15 tahun lalu ketika saya memulakan perniagaan, saya juga tidak mempunyai ilmu, modal dan contacts. Tetapi hari ini, perniagaan saya dan contacts saya telah capai ke luar negara. Semuanya kerana berfikir besar 15 tahun lalu!
Monday, June 22, 2015
Jangan Berhenti Kerja Jika Anda…
Perkongsian ini adalah tulisan Puan Suraya Ali, pemilik Lunatots. Beliau menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian beliau sendiri. Jika mahu memulakan bisnes, anda memerlukan sebab (WHY) yang kuat. Kenal pasti apa niat anda untuk menceburkan bisnes.
Jika niat anda untuk berhenti kerja bagi
memulakan bisnes tergolong dalam kriteria yang disebutkan dibawah, kami
nasihatkan anda untuk memikirkannya semula.
Saya memulakan perniagaan online Lunatots Malaysia pada 2008 dan berhenti kerja pada 2009.
Jangan Berhenti Kerja Jika Anda…
Saya catatkan tulisan tentang ‘Jangan berhenti kerja dan memulakan perniagaan’ kerana 7 sebab ini:1. Tidak Sukakan Bos atau Kerja Tersebut.
Ianya situasi attitude dan penerimaan. Kita memerlukan hati yang besar dan kemaafan yang luas sebagai usahawan.Andai dibawa marah dan geram ke perniagaan, imej itu tersiar dalam pembawakan.
Usah berhenti kerja dan memulakan niaga kerana ‘fed-up‘ dengan kerja. Ianya bahaya. Kita mungkin ‘give-up‘ dengan bisnes niaga juga. Dan membawa marah ke mana mana.
2. Kita Pandai Membuat Sesuatu Produk.
Puja dan puji orang katanya masakan kita sedap atau pujian tentang bakat kita kadangkala tidak tepat. Bakat berbisnes dan bakat membuat produk ianya tidak sama — jauh beza.Ini adalah 3 bakat yang ada yang amat berbeza antara satu sama lain:
- Bakat Buat
- Bakat Jual
- Bakat Berbisnes
3. Mempunyai Masalah Kewangan.
Jangan mula berniaga kerana masalah kewangan. Hutang kredit kad, gaji tidak cukup dan kawan yang berniaga bercerita ribu dan juta. Jangan mulakannya jika kita mempunyai masalah diatas.Situasinya ialah pengurusan wang. Andai wang gaji yang sedikit tidak dapat dikendali, kita tidak akan dapat menguruskan wang yang banyak. Ia bukan tentang jumlah. Ia tentang kebolehan pengurusan.
4. Ingin Menjadi Jutawan.
Jutawan tidak pernah bercita-cita mahu menjadi jutawan (pada mulanya). Mereka sukakan kebebasan. Mereka mahu melakukan sesuatu dan menjadi ejen perubahan.Usahawan yang mahu mendapatkan duit yang banyak biasanya tidak dapat menyimpan kerana apabila dia dapat dia akan suka membelanjakannya. Ia ada dalam subconscious mind kita.
5. Menerima Peluang Perniagaan.
Usah mula berniaga sekiranya mempunyai peluang membuka gerai di food court dan sepertinya. Bisnes ialah komitmen. Setahun, dua tahun dan seterusnya.Kadang tidak nampak hasil 6 bulan pertama. Masihkah kita akan teruskan. Masihkah kita akan bertahan. Masihkah ada senyuman.
6. Inginkan Lebih Masa Bersama Keluarga.
Usah berhenti kerja. Lebih baik kita makan gaji sahaja. Tiga tahun pertama pulang tengah malam tiba tiba anak sudah dewasa.Kenduri kendara saudara mara bukannya tidak mahu kita jenguk namun program setiap hujung minggu pada bisnesniaga. Bukan maksud saya, kita tidak akan dapat apa yang kita mahukan. Cuma usah berhenti kerja kerana perkara diatas.
7. Rasa Sudah Banyak Membantu Orang Menjadi Kaya.
Ini juga bahaya. Sering saya dengar kita kerja siang dan malam yang kaya orang lain bukan kita. Cara menjadi kaya ialah mengkayakan orang lain dan belajar darinya.Belajar gayanya. Tekuni fikirnya. Orang kaya suka berkongsi. Cerita, pengalaman dan apa sahaja adanya. Perbetulkan mindset kita tentang kaya dan bisnes niaga.
Saya berhenti kerja dahulu kerana merasakan dunia penyusuan susu ibu memerlukan komitmen. Sewaktu keluar pejabat saya beritahu bos, saya akan buatnya bangga. Terima kasih kerana mendidik kami suami dan isteri menjadi manusia.
Wednesday, June 10, 2015
Berduit Tetapi Tidak Berharta
Situasi ada duit tetapi tidak berharta ini sering berlaku terhadap golongan middle-class, iaitu golongan pertengahan.
Berdasarkan data Jabatan Statistik untuk tahun 2012, golongan middle-class ini kita boleh sebut mereka yang :
1. Memperoleh pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya
RM 4,300, atau,
2. Jika di bandar, pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya
RM 5,100, atau,
3. Jika di luar bandar, pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya
RM 2,800.
Tidak Pandai Melabur
Situasi ini berlaku kerana mereka tidak ada kemahiran melaburkan duit mereka. Mereka tidak dapat membezakan duit yang keluar sebab berbelanja dan juga duit yang keluar sebab melabur.Duit tunai yang ada di tangan habis untuk perkara-perkara berikut, antaranya:
1. Membeli kereta
2. Renovasi rumah
3. Melancong ke luar negara.
4. Membeli gajet seperti telefon pintar & tablet.
4. Menghabiskan masa di pusat membeli belah
Apabila duit tunai habis untuk berbelanja perkara seperti di atas, maka mereka tidak dapat menikmati return on investment (ROI) kerana ia bukan aktiviti membeli harta. Harta, apabila kita beli dapat menghasilkan ROI.
Duit Bertambah, Gaya Hidup Juga Bertambah
Mereka juga fokus untuk naik pangkat seterusnya memperoleh pendapatan atau gaji yang lebih tinggi. Malangnya, apabila apabila pendapatan naik, gaya hidup juga turut berubah.Dari kereta Proton baru (hutang) upgrade ke Honda baru (hutang juga). Ini menyebabkan perbelanjaan sentiasa bertambah, akhirnya tidak ada duit untuk membeli harta.
Golongan middle-class hidup selesa. Jauh lebih baik dari hidup miskin. Tetapi secara realitinya mereka adalah golongan yang paling tertekan akibat beban cukai, hutang isi rumah yang tinggi dan tidak layak menerima apa-apa bantuan kerajaan. Seumpama burger McDonald’s yang cantik di iklan tetapi bila dah beli, burger tersebut penyet.
Langkah-langkah untuk keluar dari situasi ini adalah;
- Berbelanja kurang dari pendapatan
- Simpan duit
- Elakkan hutang yang tak perlu
- Melabur dan keuntungan dari pelaburan dilaburkan semula.
www.panduancashflow.com
P/s: Pak Di merupakan salah seorang penulis di Majalah Niaga.
Tarikh lihat anak bulan pada-16-jun-ini
Author: Aida Abd Rahman
9 June 2015 10:34 am
Tarikh melihat anak bulan Ramadhan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia ialah pada Selasa, 16 Jun ini bersamaan 29 Syaaban 1436 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tempat melihat anak bulan pada malam hari tersebut adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Bukit Jugra, Banting (Selangor); Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak).
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah); Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Geliga, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian, Besut (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu); Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai (Kelantan).
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan); Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak); Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya); dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen,” kata kenyataan itu.
Tuesday, June 9, 2015
Banglo guna 4 bilik dan 3 ruang keluarga hanya RM290/mlm
Banglo guna 4 bilik dan 3 ruang keluarga hanya RM290/mlm
5km dari bandar kuala terengganu.
(3 hawa dingin dan 1 kipas siling)
Rumah guna 4 bilik : Terhad 11 orang atas katil masing masing.
Bilik 1-katil kelamin bilik air didalam (hawa dingin).
Bilik 2-katil kelamin dan 1 bujang,bilik air didalam (hawa dingin).
Bilik 3-Katil kelamin dan 1 bujang (hawa dingin).
Bilik 4-Katil bujang 3 unit (kipas siling).
Kerusi ruang tamu dan Televisen serta Sterika disediakan.
Pealatan di dapor asas sahaja seperti peti ais,pinggan,gelas,dapor gas,kuali,periuk.
Meja makan untuk 6 orang.
Berminat call Pak Deen : 019-9429842 atau whatsap 012-9543864
5km dari bandar kuala terengganu.
(3 hawa dingin dan 1 kipas siling)
Rumah guna 4 bilik : Terhad 11 orang atas katil masing masing.
Bilik 1-katil kelamin bilik air didalam (hawa dingin).
Bilik 2-katil kelamin dan 1 bujang,bilik air didalam (hawa dingin).
Bilik 3-Katil kelamin dan 1 bujang (hawa dingin).
Bilik 4-Katil bujang 3 unit (kipas siling).
Kerusi ruang tamu dan Televisen serta Sterika disediakan.
Pealatan di dapor asas sahaja seperti peti ais,pinggan,gelas,dapor gas,kuali,periuk.
Meja makan untuk 6 orang.
Berminat call Pak Deen : 019-9429842 atau whatsap 012-9543864
Tuesday, June 2, 2015
Pantai Batu Burok Dibuka Semula Untuk Perkelahan, Mandi
Author: Mohd Syazni Zainudin
28 May 2015 11:18 am
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mewujudkan Zon Mandian Selamat di Pantai Batu Burok bermula 4 Jun ini bersempena Karnival Sukan Pantai Antarabangsa Terengganu 2015.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato’ Mohamad Kamil Othman, berkata pelbagai aspek keselamatan disediakan bagi menjamin pantai tersebut selamat untuk aktiviti rekreasi dan perkelahan terutamanya untuk mandi.
“15 pengawal keselamatan pantai telahpun dilatih bagi persediaan jika sebarang musibah berlaku di kawasan pantai.
“Selain dari dua menara kawalan, had sempadan antara kawasan yang selamat untuk mandi turut diwujudkan dengan meletakkan boya,” katanya.
Beliau ditemui pemberita semasa sidang media Karnival Sukan Pantai Antarabangsa Terengganu 2015 di Bukit Panorama, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ab Rasid Jusoh.
Kamil berkata, pengawal keselamatan pantai tersebut akan ditugaskan di kawasan tersebut mengikut giliran yang akan ditetapkan.
“Kita telah tetapkan waktu bertugas untuk mereka. Mereka akan melakukan tugasan antara pukul 8 pagi sehingga 7 malam,” katanya.
Wednesday, May 27, 2015
+++ Kekayaan ++++
3 Perkara yang diabaikan dalam
kekayaan...
Oleh: Irfan Khairi
Oleh: Irfan Khairi
Bila terdengar perkataan “kekayaan” apa yang dibayangkan adalah kekayaan wang. Gambaran rumah besar, kereta mewah, melancong serata
dunia, membeli belah di kedai berjenama, hotel lima bintang dan bermacam-macam lagi.
Satu impian yang ramai antara kita idam-idamkan.
Namun,
kekayaan, bukan sekadar itu sahaja, malah lebiih daripada itu. Kekayaan
juga bermaksud apabila kita kaya dengan ilmu, kaya dengan kasih
sayang, kaya dengan amalan, kaya dengan kesihatan, kaya dengan
nilai-nilai murni dan banyak lagi.
Dengan hanya meletakkan skop kekayaan pada barangan material sahaja, pastinya tidak dapat melihat kekayaan yang sebenar.
1. Pernahkah
anda dengar kisah seseorang usahawan yang berjaya dan kaya, tetapi hidupnya bersama keluarga terumbang-ambing?
Pada zahirnya kelihatan mewah berkereta hebat sana sini, tetapi apabila
pulang ke rumah, rumahnya sekadar bangunan yang berbumbung tanpa kasih
sayang keluarga.
Hidup juga porak peranda bila bergaduh sesama suami isteri. Jiwa pula tidak tenang oleh kerana masalah-masalah yang
melibatkan anak-anak yang tidak terjaga dan dididik dengan cara yang betul.
Apa
yang terjadi jelaslah kekayaan yang dicari hanyalah pada kekayaan wang,
harta dan benda dan bukan pada kekayaan kekeluargaan yang perlu lebih
diutamakan.
2. Ada juga kisah mengejar kekayaan sehingga
melupakan etika, amalan dan undang-undang. Di mana seseorang itu melakukan perkara-perkara yang dilarang agama dan undang-undang demi mengejar kekayaan.
Melibatkan
diri dalam rasuah untuk mempermudahkan jalan menerima sesuatu projek,
menjalankan aktiviti haram jual beli dadah, memperdaggangkan manusia,
dan banyak lagi. Lihat sahaja dada-dada akhbar yang banyak memaparkan
kes-kes
sebegini.
Pastinya
ini bukanlah kekayaan yang dikejar dan diimpikan oleh kerana ia hanya
memudaratkan diri sahaja, kalau bukan di dunia, di akhirat kelak.
3. Kekayaan juga perlu selari dengan kesihatan.
Bekerja siang dan malam mencari rezeki tanpa menjaga kesihatan pastinya
akan mmeberi impak negatif terhadap kesihatan badan. Pelbagai penyakit
akan datang sekiranya mengabaikan kesihatan dalam terlalu mengejar
kekayaan. Antaranya adalah penyakit stress yang menyerang psikologi dan
kemudiannya tubuh badan seseornag itu.
Tiada erti kekayaan sekiranya tidak datang bersama kesihatan.
Matlamat
kekayaan tidak seharusnya hanya tertumpu pada harta benda. Sekiranya
selama ini fokus kita adalah pada harta benda sahaja, maka kita tidak
akan mencapai kekayaan yang sebenar yang merangkumi lebih banyak aspek
keseluruhan hidup.
Fahami diri sendiri, minda dan juga aksi yang perlu dilakukan untuk mencapai keakayaan yang
sebenar.
Tuesday, April 28, 2015
Pengurusan kewangan peribadi Anjuran PMINT.
Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi : adalah amat penting mengetahui cara cara mengurus kewangan peribadi walaupun berkelulusan kewangan apatah lagi yg tiada kepandaian akademik. Walaupun ada akademik tak semestinya pandai dalam ilmu mengurus kewangan peribadi.
Bersama penceramah Encik Abdul Razak Shahbudin Perunding Utama daripada Human Specialist Resources.
Selain itu juga, ia memberi pendedahan dalam membuat perancangan kewangan diri, penilaian indeks kesihatan kewangan diri, mengurus pendapatan & perbelanjaan, persediaan menceburi perniagaan, persediaan persaraan & kumpul kekayaan serta penyelesaiaan masalah kewangan pra bersara.
Tuesday, April 21, 2015
Usah takut dengan wang
Masyarakat kita sering mempunyai pandangan atau tanggapan negatif terhadap wang. Kita sentiasa dengar masyarakat sekeliling kita berkata "banyak duit pun bukan boleh dibawa mati". Salah wang kah.? Adakah kita sedar sekarang bila mati pun kita perlu duit untuk beli kain kapan, upah gali kubur,sedekah orang sembahyang mayat, usung keranda(moden guna van keranda) semua tu perlu duit, kalau tak ada duit susah siapa nak urus mayat kita.
Pandangan negatif lagi kalau jadi kaya akan jadi sombong, bongkak, lupa diri, riak , tak mahu berkawan dan macam macam anggapan. Kenapa berpandangan demikian? Adakah kerana perasaan tidak senang melihat kawan atau member kita jadi lebih senang dari kita atau kita tak mampu nak buat macam kawan kita buat dan jadi kaya? Kawan kita rajin tapi kita malas sikit, kita dah selesa apa yang telah ada atau cukuplah padahal tak berapa cukup pun, setiap bulan upah atau gaji lesap begitu je tanpa simpanan pun.
Jadi jika kita mempunyai tangapan negatif terhadap wang, secara psikologi nya anggapan ini akan menghindarkan kita daripada berusaha lebih untuk mendapatkan pendapatan maksimum.
Tidak dinafikan jika tersalah urus, wang menjadi ancaman kepada kehidupan seseorang tetapi ini bergantung kepada keimanan dan ketakwaan seseorang ke arah mana nak dibawa hidup dengan wang yang banyak. Kita boleh bawa ke arah kebaikan, banyak baik yang boleh dilakukan dengan wang yang banyak contoh nya kalau dulu kita tak dapat bersedekah ,bila ada duit haah bolehlah bersedekah, kalau dulu tidak berzakat kerana tiada harta sekarang bila ada harta berzakatlah kita. Kan dapat menolong ummah. Tepuk dada tanya hati. Hindarlah sikap negatif terhadap wang. Jadikan motivasi bila rakan atau member menuju ke arah kejayaan jalan jalan menjadi kaya. Doakan kaya yang beriman dan bertakwa. Amin.
@@@ Yang kaya menjadi semakin kaya sebabnya ...Mereka tahu apa yang diperlukan,ciri ciri atau prinsip prinsip yang perlu dipegang untuk berjaya. Minda untuk berjaya dan berusaha serta kreatif dan sentiasa berfikir ke hadapan..
Pandangan negatif lagi kalau jadi kaya akan jadi sombong, bongkak, lupa diri, riak , tak mahu berkawan dan macam macam anggapan. Kenapa berpandangan demikian? Adakah kerana perasaan tidak senang melihat kawan atau member kita jadi lebih senang dari kita atau kita tak mampu nak buat macam kawan kita buat dan jadi kaya? Kawan kita rajin tapi kita malas sikit, kita dah selesa apa yang telah ada atau cukuplah padahal tak berapa cukup pun, setiap bulan upah atau gaji lesap begitu je tanpa simpanan pun.
Jadi jika kita mempunyai tangapan negatif terhadap wang, secara psikologi nya anggapan ini akan menghindarkan kita daripada berusaha lebih untuk mendapatkan pendapatan maksimum.
Tidak dinafikan jika tersalah urus, wang menjadi ancaman kepada kehidupan seseorang tetapi ini bergantung kepada keimanan dan ketakwaan seseorang ke arah mana nak dibawa hidup dengan wang yang banyak. Kita boleh bawa ke arah kebaikan, banyak baik yang boleh dilakukan dengan wang yang banyak contoh nya kalau dulu kita tak dapat bersedekah ,bila ada duit haah bolehlah bersedekah, kalau dulu tidak berzakat kerana tiada harta sekarang bila ada harta berzakatlah kita. Kan dapat menolong ummah. Tepuk dada tanya hati. Hindarlah sikap negatif terhadap wang. Jadikan motivasi bila rakan atau member menuju ke arah kejayaan jalan jalan menjadi kaya. Doakan kaya yang beriman dan bertakwa. Amin.
@@@ Yang kaya menjadi semakin kaya sebabnya ...Mereka tahu apa yang diperlukan,ciri ciri atau prinsip prinsip yang perlu dipegang untuk berjaya. Minda untuk berjaya dan berusaha serta kreatif dan sentiasa berfikir ke hadapan..
Wednesday, April 15, 2015
Monday, February 16, 2015
Akan datang Bilik Buget rm50 semalam.
Akan datang bilik buget : In Shaa Allah
Hanya rm50 sahaja untuk satu bilik satu malam.( 2 Orang)
Bilik berkipas siling.
Hawa dingin Rm70
Katil kelamin ada
Katil bujang pun ada.
Rumah di Jalan Kg Padang Kemunting ,Wakaf Tengah,Kuala Terengganu
Rumah mempunyai 7 bilik tidur dan 4 bilik air.
Tungguuu !!!!!!!!
Wednesday, September 3, 2014
Pakai simple, tapi kaya. Pakai smart tapi miskin.
Oleh Irfan Khairi
Adakalanya ketika di pusat membeli belah, saya
perasan keadaan di mana seorang makcik berpakaian serba sederhana sedang
meninjau-ninjau barangan, tidak dilayan. Tetapi, seorang lelaki yang
berpakaian serba segak berkot dan tali leher, amat pantas dilayani 2
orang jurujual.
Memang menjadi lumrah, yang cantik dan bergaya akan diberi perhatian. Kata orang putih Don't judge a book by it's cover, yang bermaksud
jangan sesekali melihat pada luaran sahaja kerana dalaman tiada siapa yang tahu.
Siapa
tahu, mungkin makcik yang sedang meninjau-ninjau barangan berpakaian
serba sederhana itu adalah seorang usahawan jutawan? Tidak siapa tahu
juga, lelaki segak yang berpakaian hebat mungkin hutang keliling
pinggang dan terkejar-kejar membayar bayaran kereta setiap bulan.
Pada hakikatnya, ramai yang berpegang pada pepatah
"Biar papa asal bergaya". Hujung bulan, tidak hirau bank berbaki negatif
asalkan bergaya dengan kereta mewah dan pakaian segak.
Konsep
sebegini semestinya adalah salah. Namun tulisan saya kali ini bukan
untuk memberi teknik dan strategi berjimat dan menyimpan, tetapi, lebih
kepada hubungan antara wang dan cara kita melihat diri kita sendiri.
Selalunya,
apabila memilikki wang, ia memberi keyakinan diri yang tinggi pada
seseorang, berbanding dengan seseorang yang tidak mempunyai wang. Wang
seolah-olah mempunyai kaitan dengan keyakinan diri kita sendiri.
Adakalanya juga wang akan membuat kita rasa gembira apabila sedang
bersedihan bila kita keluar melakukan terapi membeli belah. Tetapi, ada
kalanya juga, boleh membuatkan kita marah dan sedih bila kekurangan wang
untuk belanja pada isi rumah dan keluarga.
Berbalik
kita kepada persoalan seseorang yang memakai pakaian yang kemas, berkot
dan bertali leher dibandingkan dengan seseorang yang berpakaian agak
ringkas mungkin hanya baju T dan berseluar jeans. Pastinya juga,
seseorang yang
memakai pakaian kemas akan dapat merasakan keyakinan diri pada diri
sendiri meningkat. Sebagai tambahan, orang sekeliling juga mungkin
melayan mereka dengan lebih baik juga akan menambahkan lagi keyakinan.
Namun
tidak bermakna juga seseorang yang memakai baju T dan jeans tidak
mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Saya teringat beberapa ikon
keusahawanan yang saya minati seperti Richard Branson dan Steve Jobs
yang
merupakan bilionair, sering mengenakan pakaian ringkas walaupun di
majlis rasmi. Ini kerana, bagi mereka, keyakinan diri tidak datang
daripada cara pemakaian.
Ianya
bergantung kepada individu itu sendiri. Keyakinan diri tidak semestinya
datang daripada wang sahaja. Ianya dikatakan rezeki datang dalam
pelbagai cara. Bukan hanya wang. Kesihatan, keluarga bahagia, ilmu
pendidikan, kenalan, saudara mara dan sebagainya juga
adalah rezeki seseorang itu. Dengan melihat positif semua rezekki yang
kita miliki dan menjadikannya picu untuk meningkatkan keyakinan diri,
seseorang itu tetap dapat merasakan keyakinan diri meningkat.
Apa yang perlu diingat adalah, seperti pepatah don't judge a book by it's cover.
Orang yang pakai simple, jangan disangka tidak berduit. Orang pakai
kot, kemeja, tali leher dan slack, tak semestinya kaya. Apa yang
penting adalah, untuk melayan semua insan dengan baik tidak kira gaya
dan penampilan. Tidak kira kaya ataupun miskin.
Thursday, July 24, 2014
SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI
Kami pengurusan RUMAH REHAT PAK DEEN KUALA TERENGGANU
mengambil kesempatan ini mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI
kepada semua kaum muslimin dan muslimat.
Kepada yang memandu nak balik kampung pandu lebih berhati hati di jalan raya. Jika hari biasa sudah berhati hati, maka dihari nak sambut raya LEBIH berhati hati lagi.
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Tuesday, July 22, 2014
8 Sikap Majikan yang Menjadi Bahan Gosip Pekerja
Setiap kali karnival kerjaya
dianjurkan, banyak penasihat kerjaya menasihati para pencari kerja agar
berusaha dan belajar menjadi pekerja yang baik. Bagaimana pula dengan
majikan? Tidakkah pekerja juga layak mendapatkan penghormatan dan
layanan yang baik daripada majikan masing-masing?
Dalam dunia pekerja, majikan yang baik
dibezakan dari majikan yang tidak baik melalui cara majikan tersebut
menilai dan melayan para pekerja. Mereka juga menilai majikan
berdasarkan sumbangan majikan tersebut dalam sesuatu projek bersama atau
‘team work’ yang dilaksanakan di organisasi tersebut.
Kenapa Pekerja Bergosip?
Pekerja banyak bertolak ansur dengan
tingkah laku buruk majikan. Banyak juga majikan tidak terlatih, tidak
peduli, dan tidak bertanggungjawab atas tindakan dan interaksi mereka
dengan pekerja.
Amalan pengurusan yang tidak cekap serta
sikap-sikap negatif lain seperti berat sebelah, berlagak, tidak mesra
dan lain-lain sering menyebabkan tercetusnya gosip di pejabat (workplace
gossip).
Gosip di tempat kerja merupakan salah
satu faktor utama pekerja tidak berpuas hati dengan kerja mereka. Ia
sebagai saluran pekerja melepaskan perasaan tidak puas hati, geram atau
kecewa dengan pihak pengurusan mahupun majikan.
Aktiviti ini boleh menjatuhkan reputasi,
menyebabkan hilang rasa hormat serta mengakibatkan konflik di tempat
kerja. Pekerja bergosip sesama mereka mengenai majikan atas faktor
tertentu.
Antara yang utama ialah tentang
ketidakcekapan pengurusan seperti tarikh pemberian gaji, agihan cuti dan
fleksibiliti, majikan tiada empati (tiada tolak ansur dengan pekerja
dan masalah peribadi) dan lain-lain lagi.
Antara isu-isu yang menjadi bahan gosip di kalangan pekerja adalah:
1) Tidak Tahu Apa yang Anda Lakukan
Adakah anda seorang majikan kompeten di
tempat kerja? Ini adalah elemen utama yang dinilai pekerja terhadap
majikan mereka. pekerja melihat sikap dan personaliti majikan dalam
membuat penilaian.
Apakah anda menawarkan kepimpinan yang
pekerja perlukan untuk berjaya? Adakah anda memimpin dan mengurus dengan
cara yang menyebabkan pekerja anda tahu bahawa anda tahu apa yang
sedang berlaku dalam organisasi.
Majikan yang menjadi bahan gosip ialah
majikan yang tidak tahu apa yang dilakukan dan paling teruk apabila
majikan tersalah memberi maklumat/arahan, kemudian berbohong dan lebih
buruk lagi menyalahkan pekerja untuk menutup kesalahan yang telah
dilakukan.
2) Tidak Menghormati Pekerja
Seorang majikan telah mencederakan
perasaan pekerja apabila berkelakuan seperti raja atau diktator, mahu
pekerja menghormati dan melayan majikan dengan baik, namun pekerja tidak
menerima perkara yang sama daripada majikan.
Sebagai mana majikan, pekerja juga
manusia yang memiliki perasaan dan harga diri. Jangan hilangkan
keyakinan dan harga diri pekerja dengan melayan pekerja seperti hamba.
Tambahan pula, jika majikan melayan mereka secara tidak hormat, majikan
tidak akan mendapatkan rasa hormat daripada pekerja sebagai balasan.
Apabila majikan memperkecilkan idea-idea
pekerja, mengabaikan pandangan mereka, dan mengkritik mereka secara
tidak adil, mereka berasa tidak dihormati.
Mengadakan mesyuarat saat akhir tanpa
mengambil kira komitmen pekerja, enggan mengadakan percutian bersama
pekerja dan gagal melibatkan diri dalam satu-satu projek adalah tanda
tingkah laku diktator. Pekerja tahu apabila mereka tidak dihormati dan
mereka akan membenci majikan. Bersedialah menjadi bahan gosip pekerja
sepanjang tahun.
3) Majikan yang Cetek Ilmu
Sekiranya majikan seorang yang tidak
munasabah, mementingkan diri sendiri, manipulasi, monopoli atau kurang
pengetahuan tentang perkara atau pekerjaan yang diuruskan, jangan
harapkan penghormatan daripada para pekerja.
Dunia pekerjaan kini ramai dihuni oleh
individu-individu yang bekerja semata-mata kerana upah gaji, bukan
kerana mereka benar-benar sukakan pekerjaan tersebut. Keadaan menjadi
lebih teruk apabila golongan sebegini yang dilantik menjadi ketua atau
dinaikkan pangkat.
Tidak kira sama ada seorang majikan itu
dilantik atau majikan di organisasi sendiri, majikan harus menyediakan
diri dengan ilmu yang penting dan bermanfaat dalam bidang kerja
masing-masing. Agak memalukan apabila sesuatu perkara atau maklumat
penting yang berkaitan dengan kerja atau tugasan tidak diketahui seorang
majikan.
Benar, majikan bukan Tuhan yang tahu
segala-galanya, namun beri masa pada diri menambah ilmu pengetahuan dan
meningkatkan penguasaan sesuatu skil agar tidak menjadi perkara utama
dalam perbualan antara pekerja.
4) Majikan Berat Sebelah
Sikap ini yang paling dibenci pekerja
dan majikan seperti inilah yang sering diperkatakan pekerja. Ada majikan
merasa mereka telah melakukan yang terbaik, tetapi mereka melakukan
atau memberi layanan terbaik hanya kepada pekerja pilihan mereka.
Ada pekerja yang prestasinya sangat
bagus, berdisiplin namun sedikit pendiam tetapi aktif melibatkan diri
untuk kemajuan organisasi tetapi tidak menerima layanan sewajarnya
daripada majikan hanya kerana beliau kekurangan skil komunikasi.
Majikan yang paling teruk apabila
menilai pekerja menerusi rupa, penampilan serta kepetahan mereka memuji
dan memberi kata-kata manis kepada majikan. Pekerja tidak akan bergosip
tentang majikan sekiranya majikan tersebut seorang yang adil dan baik
hati.
5) Majikan Tidak Tahu Apa yang Pekerja Lakukan
Untuk menjadi seorang majikan yang baik
dan dihormati, majikan perlu faham sepenuhnya skop tugasan pekerja untuk
membimbing mereka. Selidiki kemungkinan-kemungkinan kekangan yang
dihadapi pekerja dalam rutin kerja harian mereka.
Berkomunikasi serta berbual santai
dengan pekerja untuk mengetahuinya. Ketahuilah majikan serinkgkali tidak
berjaya ‘mengorek masalah’ yang dihadapi pekerja ketika dalam mesyuarat
kerana tidak ada pekerja yang mahu mengaku mereka berdepan masalah
secara terang-terangan dan di hadapan pekerja lain pula.
Elakkan daripada dibenci pekerja atau
menjadi bahan kutukan pekerja dengan berlagak faham dan tahu semuanya
tentang pekerja dan tugasan yang dipikul mereka. Banyakkan bertanya dan
jika perlu, selitkan gurauan untuk lebih mudah majikan mengetahui
masalah pekerja.
6) Pekerja Bukan Robot
Meminta pekerja untuk bekerja lebih masa
dan memberikan kerja lebih daripada yang mampu dihadapi pekerja akan
menyebabkan pekerja tertekan sekali gus hilang rasa hormat terhadap
majikan.
Sudah tentu pekerja mahu melakukan yang
terbaik di tempat kerja, tetapi dalam masa yang sama mereka juga
mempunyai pelbagai tanggungjawab di rumah, dengan keluarga, rakan-rakan,
kerja sukarela, aktiviti sukan dan banyak lagi.
Fahami pekerja sebagai seorang manusia
yang memiliki tanggungjawab yang pelbagai. Kehidupan seorang majikan dan
pekerja bukan hanya di pejabat sahaja, tanggungjawab hakiki yang lain
tidak boleh dinafikan.
Ada antara urusan penting yang perlu
dilakukan pada waktu pejabat seperti urusan dengan pejabat-pejabat
kerajaan, temu janji doktor di hospital kerajaan, membawa anak untuk
pemeriksaan bulanan dan lain-lain.
Majikan yang menawarkan fleksibiliti dan
memahami pekerja akan lebih dihormati dan dikasihi pekerja. Malah,
pekerja generasi muda atau generasi Y tidak seperti rakan-rakan mereka
yang lebih tua, mereka menuntut kefleksibelan dan masa yang bebas untuk
melaksanakan semua kepentingan mereka yang lain.
Letakkan diri majikan di tempat pekerja
dan majikan akan faham apa yang dirasakan pekerja. Elakkan daripada
membuat pekerja merasa bersalah, membantah apa yang mereka perlu lakukan
atau mempertikai keperluan mereka terhadap sesuatu perkara (cuti, cuti
kecemasan, peralatan pejabat, ruang kerja yang selesa dan lain-lain)
atau majikan hanya menawarkan pekerja satu lagi elemen untuk bahan gosip
mereka.
7) ‘Kedekut’ Dalam Memberi Penghargaan Kepada Pekerja
Pekerja suka apabila majikan mengiktiraf
dan memberi kredit (pujian) untuk pencapaian mereka. Apa yang
menimbulkan kejelekan di kalangan pekerja ialah apabila majikan diberi
pujian oleh pengurusan tertinggi atau orang lain atas hasil idea dan
usaha pekerja.
Majikan ‘mencuri’ dan ‘merampas’ pujian
yang sepatutnya dikongsi bersama atau ditujukan secara khusus kepada
pekerja yang benar-benar berusaha dan bekerja keras.
Jika idea seseorang staf itu membuahkan
hasil dan menyumbang kepada peningkatan reputasi syarikat, sebutlah nama
pekerja yang mencadangkan idea tersebut dan beri penghargaan kepada
pekerja.
8) Tidak Menyokong Pekerja
Sekiranya anda bekerja sebagai satu
pasukan dan salah seorang pekerja melakukan sedikit kesilapan yang tidak
disengajakan, jangan menghentam pekerja tersebut.
Apabila pekerja terus-terusan disalahkan
serta dikritik atas kesilapan yang dilakukan, majikan hanya menyebabkan
pekerja mempunyai set pemikiran bahawa melakukan kesilapan di
organisasi ini adalah haram dan berdosa.
Sedangkan daripada kesilapan itulah
pekerja akan memperbaiki diri mereka dan belajar strategi baru.
Sokonglah pekerja dan beri motivasi, bukan menghilangkan motivasi
tersebut.
Gosip baru akan timbul dan majikan
mungkin akan dilabel sebagai ‘malaikat’ kerana tidak bertoleransi dengan
kesilapan yang dilakukan pekerja. Majikan juga manusia dan manusia
tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan sekali skala.
Elak Gosip Negatif, Wujudkan Gosip Positif
Mengelak daripada gosip di tempat kerja
adalah cara terbaik untuk menyelamatkan reputasi seorang majikan juga
diri pekerja sendiri.
Majikan tidak perlu menjadi seorang
manusia yang sempurna untuk mengelak pekerja bergosip tentang majikan.
Cukup jika seseorang majikan itu memahami pekerja sebagaimana majikan
mahu pekerja memahami mereka.
Sikap hormat merupakan hak setiap
manusia. Oleh itu, jangan tetapkan dalam fikiran bahawa sebagai seorang
majikan, hanya pekerja yang perlu menunjukkan rasa hormat terhadap anda.
Pekerja juga berhak untuk dihormati.
Mengumpat atau bergosip di tempat kerja
merupakan perbuatan yang kurang sopan dan tidak matang. Ia boleh
merosakkan reputasi diri sendiri, organisasi dan kerjaya orang lain.
Namun punca kepada aktiviti negatif ini
juga harus dikaji. Punca para pekerja bergosip atau bercakap-cakap
tetang majikan mungkin berpunca daripada majikan sendiri.
Oleh itu, majikan perlu sentiasa peka
dengan keadaan semasa organisasi dan lebih-lebih lagi kakitangan yang
bersama-sama membantu majikan membina dan memajukan bisnes/organisasi.
Amat penting untuk mewujudkan suasana
kerja yang harmoni dan selesa kepada para pekerja yang menjadi tulang
belakang kepada setiap organisasi. Suasana harmoni bermaksud atmosfera
kerja yang tidak tegang, pekerja yang gembira dan sentiasa bersemangat
melakukan tugasan dan bergaul dengan pekerja sesuai masa dan keadaan.
Jika sedang berbual santai, tanyakan
tentang perjalanan kehidupan peribadi atau perancangan peribadi pekerja,
beri idea atau sokong rancangan mereka jika ia bermanfaat untuk masa
depan pekerja tersebut. Elakkan berbicara soal kerja dan tugasan ketika
sedang bersantai bersama pekerja.
Dalam isu gosip di antara pekerja ini,
majikan berkuasa menukarkan gosip negatif kepada gosip positif dengan
lebih kerap ‘turun padang’ dan ambil tahu isu atau konflik semasa yang
berlaku dalam organisasi anda.
Tonjolkan sikap yang positif dan
berkarisma, memahami pekerja dan mengambil berat. Ia tetap akan
menyebabkan pekerja bergosip tentang anda, namun bercakap dan
memuji-muji sikap majikan merupakan ‘gosip’ yang positif.
Sunday, July 13, 2014
6 sebab kita MEMBAZIR WANG
Oleh Irfan Khairi
Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pastinya kita akan membeli sesuatu itu, tidak kira sama ada perlu ataupun tidak. Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu itu dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat.
Kita tidak mengaku (atau tahu) berapa sebenarnya perbelanjaan kita
Adakah
anda sanggup keluarkan wang satu ringgit dari poket anda dan
koyak-koyakkannya? Pastinya jawapan anda adalah, TIDAK. Sebab
apa? Sebab anda tidak akan membazir wang sebegitu. Tetapi, tanya pada
diri sendiri. Pernah atau tidak anda membeli majalah atau buku, dan
meletakkanya ke tepi di mana kemudian anda tidak sempat membacanya? Atau
membeli baju baru, dan hanya sedar selepas beberapa bulan anda hanya
memakainya sekali sahaja? Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda
rasakan amat anda mahukannya, tetapi, sedar tak sedar, anda tidak
perlukannya?
Pastinya pernah bukan? Ianya terjadi pada ramai antara
kita.
Apabila
melihat wang ringgit di tangan, semestinya kita sayangkannya oleh
kerana penat lelah kita bekerja untuk mendapatkannya. Tetapi, bila
datangnya masa untuk berbelanja dan membeli, adakalanya nilai barang
yang dibeli sudah tidak dapat dilihat, dan di sini pembaziran pun
berlaku.
Berikut adalah 6 sebab mengapakah pembaziran berlaku:
Kita memberi alasan untuk berbelanja
Kita
sering memberi sebab mengapa kita perlu berbelanja, seperti "aku dah
kerja keras, aku berhak berbelanja untuk kepuasan diri". Tidak kira,
sama ada untuk membeli sesuatu yang mahal, makan minum yang mewah atau
percutian diluar kemampuan. Adakalanya juga kita yakinkan diri sendiri
untuk menjaga ego kita bahawa kita mampu berbelanja sedemikian.
Kita tak
mahu dilihat kedekut
Adakalanya
kita fikirkan apa orang lain berangapan mengenai kita. Kita rasakan
orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja.
Untuk meningkatkan keyakinan diri, kita berbelanja supaya mendapat apa
yang dianggap persetujuan dari orang lain.
Kita rasakan ianya sukar untuk memahami kewangan
Alasan
tidak memahami perihal kewangan juga
sering diberi, seperti, "aku tak pandai dengan angka", "aku tak akan
jadi kaya", sukarnya memahami pelaburan" dan sebagainya. Alasan sebegini
juga mengukuhkan lagi sebab mengapa kita perlu berbelanja dan membazir
dan tidak pula menyimpan dan melabur.
Kita suka pada kepuasan sebentar
Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pastinya kita akan membeli sesuatu itu, tidak kira sama ada perlu ataupun tidak. Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu itu dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat.
Kita tidak mengaku (atau tahu) berapa sebenarnya perbelanjaan kita
Pernah
kah kita mengira berapa sebenarnya perbelanjaan bulanan anda dengan
tepat? Selalunya tidak. Mungkin anda mengira bil telefon anda, bayaran
rumah, ansuran kereta, bajet makan minum sebulan, serta anda juga
mengira wang untuk hiburan dan
sebagainya. Tetapi, bagaimana pula dengan perbelanjaan yang datangnya
sekali sekala seperti bayaran insurans kereta dan cukai jalan, bayaran
servis kereta, baik pulih rumah, temujanji doktor gigi setahun sekali
dan sebagainya? Adakah perbelanjaan sekali sekala ini dikira dalam bajet
bulanan? Selalunya tidak dan ini yang mengakibatkan kita tidak dapat
lihat perbelanjaan sebenar dan mengakibatkan pula kita berbelanja lebih.
Kita
melengah-lengahkan masa menguasai wang
Saya
yakin ramai antara kita ingin memperbaiki kewangan diri. Sama ada
dengan cara ingin melabur, atau ingin memulakan perniagaan atau ingin
pelajari skil baru untuk menambahkan lagi pendapatan. Namun, kita
melengah-lengahkan masa dan tidak meletakkan ini sebagai prioriti.
Akibatnya, kita berbelanja dam membazir sehingga tiba waktu yang terbaik
untuk kita mulakan langkah kita memperbaiki kewangan.
Dengan
memahami
dan mengetahui sebab kita membazirkan wang, maka kita setapak lagi
kehadapan dalam memahami tabiat kewangan kita. Mudahan kita akan ingat 6
sebab ini sebelum kita melakukan pembaziran.
Berapakah nilai RM diri anda sendiri?
Oleh: Irfan Khairi
Apakah
nilai yang anda letakkan pada diri anda
sendiri? Dengan meletakkan nilai pada diri kita sendiri, bukan sahaja
kita akan lebih menghargai masa, tetapi juga memudahkan kita membuat
sesuatu keputusan.
Nilai
yang saya maksudkan ini adalah nilai dalam bentuk wang- ringgit
Malaysia. Sekadar contoh,bayangkan seorang konsultan yang berpendapatan
RM300 satu jam apabila mengendalikan pelanggan. Masanya adalah lebih
berharga untuk mengendalikan
pelanggan berbanding dengan mungkin keluar membeli peralatan pejabat
yang boleh diagihkan kepada orang lain.
Seperti
contoh di atas, usahawan tersebut dapat meluangkan masa kepada perkara
yang lebih penting dan menjimatkan masanya. Dalam waktu yang sama dapat
membuat keputusan sama ada perlu bersama pelanggan atau keluar membeli
peralatan pejabat mengikut nilai aktiviti tersebut.
Sebagai
usahawan, ianya peting untuk meletakkan nilai pada diri sendiri.
Tetapi ia juga tidak bermakna mereka yang bukan usahawan tidak perlu
meletakkan nilai pada diri.
Memberi
nilai kepada diri kita sendiri akan membuatkan kita lebih menghargai
diri, dari segi masa yang diluangkan, kerja yang dihasilkan, juga usaha
yang
ditaburkan. Bila kita merasakan nilai kita tinggi, maka, pastinya kita
tidak mahu membuang masa. Kerana setiap waktu yang beredar, akan
digunakan dengan sebaiknya seperti nilai yang diletakkan.
Bayangkan
kita meletakkan nilai kita kini satu jam, bernilai RM1. Pastinya, kita
umpama tidak perlu menghagai masa kerana nilai satu jam atau dua jam
yang berlalu hanya RM1-RM2. Tetapi bayangkan sekiranya
nilai kita satu jam adalah RM100 untuk satu jam. Apa yang akan dirasa
adalah, setiap jam tersebut adalah amat berharga kerana nilai kita
tinggi. Bagaimana perasaan sekiranya 2 jam berlalu pada tahap nilai kita
RM100 sejam? Pastinya kita akan rugi RM200! Besar tu.
Keadaan
yang sama juga untuk menjelaskan konsep ini, pada hasil kerja dan
usaha. Sekiranya kita meletakkan nilai wang pada hasil kerja
dan usaha kita rendah, pastinya ia tidak dihargai dan mungkin kualiti
kerja dan usaha juga adalah rendah.
Tetapi
bayangkan anda seperti seorang doktor pakar bedah di mana nilai anda
adalah amat tinggi. Pastinya setiap pembedahan yang anda lakukan adalah
dengan amat teliti dan berkualiti- setaraf dengan nilai sendiri.
Berita baiknya adalah, anda tidak perlu menjadi pakar
bedah, untuk mempunyai nilai yang tinggi. Oleh kerana, nilai anda, anda
yang tetapkan dalam diri anda sendiri. Ianya bukan berdasarkan gaji anda
ataupun keuntungan perniagaan anda. Nilai, anda anda yang tetapkan 100%
oleh kerana tujuannya adalah untuk menjadikan anda sendiri lebih
produktif apabila meletakkan nilai wang pada waktu anda.
Manusia mempunyai otak yang amat hebat berbandingkan
dengan komputer yang paling hebat di dunia. Tubuh badan kita juga adalah
jauh lebih maju dari apa sahaja robot yang pernah dicipta. Deria kita
adalah amat canggih berbanding dengan apa sahaja ciptaan manusia yang
lain. Di sini sahaja, nilai kita adalah terlalu besar untuk diletakkan.
Sekiranya
kita yakin bahawa nilai kita adalah jauh
lebih tinggi dari apa yang kita rasakan kini, ini akan meningkatkan lagi
keyakinan diri kita dan membuatkan kita lebih menghargai diri, masa dan
hasil kerja.
Soalannya, berapakah nilai RM yang anda letakkan pada diri anda sendiri? Lakukan aksi harian anda berdasarkan nilai tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)







