Tuesday, July 28, 2015

Politik : Muhyiddin digugurkan dari Kabinet Najib

Muhyiddin digugurkan dari Kabinet Najib
TPM
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Dalam perkembangan mengejutkan dan menjadi tanda tanya sejak semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memutuskan barisan Kabinet baharunya dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kedudukan Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib dalam sidang media secara langsung sebentar tadi menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya 'sukar' namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14.

"Keputusan ganti TPM kerana dibuat setelah ambil kira pertimbangan politik dan pentadbiran.

"Untuk pastikan pentadbiran komited dalam pembanguan negara, jemaah menteri perlu bertindak secara jitu," katanya.

Menurut Najib, beliau boleh menerima kritikan dan perbezaan pendapat namun dalam Kabinet katanya, perbezaan pendapat tidak boleh dibuat menerusi forum terbuka.

"Insya-ALLAH, saya yakin senarai baharu ini dapat jayakan segala perancangan kerajaan...," katanya lagi.

Antara kejutan dalam senarai kabinet kali ini adalah Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Datuk Seri Mohd. Salleh Said Keruak dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Selain itu, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pula dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik Timbalan Menteri Luar.

Thursday, July 16, 2015

SelamatHari Raya

SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI
Kepada Pelangan Budiman dan bakal pelanggan semua



Wednesday, July 1, 2015

10 Sebab Mengapa Bisnes Anda Gagal

June 29, 2015 — Penulis:

Kategori: Artikel / Status Pilihan
Ini merupakan perkongsian ringkas oleh Coach Bahar 10 sebab mengapa bisnes anda boleh tutup sebelum 6 bulan. Apa yang dinyatakan dibawah hanya sebahagian punca dan sebab anda tidak boleh lama dalam satu-satu bisnes yang anda jalankan. Ubahlah sebelum terlambat.

1. Bisnes ikut-ikutan

Apabila dengar sahaja bisnes itu banyak untung, dia pun terus buat tanpa berfikir panjang. Jangan sampai stok produk terkumpul dibawah katil saja nanti sudah.

2. Modal tidak mencukupi

Jika modal ada RM 10,000. Jangan gunakannya semuanya untuk mulakan bisnes. Nanti anda akan mengalami kesukaran untuk pusing semula modal sebab duit sudah habis. Lebih bagus jika anda ada modal RM 30,000 mulakan bisnes yang nilainya lebih rendah daripada modal yang ada.

3. Kurang perancangan yang teliti

Jangan terjun kedalam bisnes tanpa tahu hujung pangkal apa yang anda perlu buat. Itu bunuh diri namanya. Sediakan perancangan yang rapi supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan jika bisnes anda tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

4. Kurang kawalan

Bisnes yang baru bermula diibaratkan seperti menanam pokok. Jika anak pokok baru ditanam, ia perlu selalu disiram dan dibaja. Pada permulaan bisnes, mungkin akan mengalami masalah pekerja, kurang penyeliaan atau lain-lain masalah lagi. Oleh itu, ia perlukan perhatian yang banyak oleh pemilik bisnes.


5. Masalah pengurusan kewangan

Kesilapan pemilik bisnes ialah mereka fikir duit keuntungan bisnes semuanya milik mereka. Ini tidak betul. Sebaiknya anda tetapkan gaji sendiri dan hanya ambil wang gaji itu sahaja. Duit yang selebihnya bukan milik anda tetapi milik syarikat. Gunakan ia untuk membangunkan dan membesarkan bisnes bukan untuk kepentingan diri sendiri.

6. Ilmu seni bisnes yang kurang.

Ramai yang mempunyai semangat untuk memulakan bisnes tetapi akhirnya terkubur ditengah jalan kerana tidak mempunyai ilmu bisnes. Sebelum memulakan bines, kumpul ilmu dahulu. Ini kerana bisnes bukan hanya sekadar semangat membara.

7. Tidak pandai menjual

Jika anda ada produk yang paling bagus dalam dunia sekalipun tetapi anda tidak pandai menjualnya, ia tidak berguna. Ramai orang kita yang pandai membuat gudang, tanam berekar ekar ladang. Tetapi barang tidak pandai dijual. Oleh itu, saya sarankan belajarlah ilmu menjual.

8. Jati diri yang lemah

Berniaga ini perkara serius, bukan hanya sekadar meniaga untuk cuba-cuba. Apabila anda sudah membuat keputusan untuk berbisnes, hasilnya hanya ada dua sahaja. Sama hidup atau mati. Seorang usahawan perlu belajar untuk bertegas dan jangan terikut-ikut dengan cakap orang lain.

9. Bekerja sendiri

Usahawan bangsa kita kebanyakannya tak pandai mengurus. Semua mahu dibuat sendiri. Kita hanya ada dua tangan dua kaki serta  24 jam sehari 7 hari seminggu. Kita tak boleh buat semua sendiri. Oleh itu, belajar untuk membahagikan kerja kepada rakan pasukan atau staf.

10. Tamak

Dalam bisnes anda perlu fokus. Jangan tergopoh-gapah dan berputus asa jika bisnes tidak membuahkan hasil pada mulanya. Jika bisnes yang dilakukan tidak membuat keuntungan, perbaiki apa yang perlu bukannya terus tutup bisnes dan melompat kepada bisnes yang baru.
Belajar untuk bersabar. Kalau hendak terbang pun tunggu kepak tumbuh bulu dahulu.

Thursday, June 25, 2015

Fikir BESAR dalam perniagaan

Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan


Sememangnya mudah untuk berfikir kecil dan mempunyai sasaran perniagaan yang kecil. Tetapi, kita akan mencapai lebih banyak dan besar apabila kita berfikir BESAR!
Dalam kejayaan, mindset memainkan peranan penting. Begitu juga untuk usahawan, untuk berjaya dalam perniagaan dan kembangkan perniagaan ke tahap yang lebih besar, kita perlu ubahkan mindset untuk berfikir besar.
Mungkin apa yang kini kita capai dalam perniagaan, bagi kita sudah mencukupi. Ataupun bagi kita, keadaan kita kini boleh dikatakan membanggakan. Tetapi, “mencukupi” dan “membanggakan” adalah berdasarkan perbandingan dengan apa?
Adakah berdasarkan dengan pendapatan kita yang kini sudah lebih, atau pendapatan usahawan hebat lain yang mungkin berjuta-juta RM? Adakah berdasarkan pesaing-pesaing yang kecil di sekeliling kita, ataupun pesaing berjenama besar di Malaysia atau serata dunia?

Untuk mencapai sesuatu yang lebih hebat dan lebih besar, pastinya perlu mula dengan mindset berfikir besar dalam perniagaan.
Membaca kisah-kisah usahawan jutawan dari serata dunia, kesemuanya mempunyai visi dan misi yang besar pada awal penglibatan perniagaan. Walaupun masih tidak mempunyai apa-apa atau walaupun perniagaan masih di tahap baru, matlamat yang besar itu membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi.
  • Sekiranya kini anda mempunyai perniagaan tudung kecil-kecilan, pernah kah anda terfikir untuk menjadi jenama besar di Malaysia atau jenama tudung muslimah popular dunia setaraf Vera Wang, Donna Karen, Jimmy Choo?
  • Sekiranya anda mempunyai perniagaan bakery atau membuat cookies, pernahkah anda terfikir menjadi jenama besar seperti Famous Amos yang terkenal serata dunia?
  • Sekiranya anda berniaga burger kecil-kecilan sekalipun, pernah kah anda terfikir akan menjadi McDonalds, Burger King atau Wendys?
Mungkin kita tidak pernah kerana berbagai alasan seperti, mereka boleh la, aku mana boleh. Aku takde ilmu. Aku dakde modal. Aku tak ada contacts. Aku tak ada ini… aku tak ada itu…
Maka, di takuk lama lah perniagaan kita dan tidak akan berkembang.
Kebanyakan usahawan-usahawan jutawan juga bermula tanpa ilmu, tanpa modal, tanpa contacts. Apa yang mereka lakukan adalah berfikir besar untuk MENCARI ILMU, MENCARI MODAL dan MENCARI CONTACTS.
15 tahun lalu ketika saya memulakan perniagaan, saya juga tidak mempunyai ilmu, modal dan contacts. Tetapi hari ini, perniagaan saya dan contacts saya telah capai ke luar negara. Semuanya kerana berfikir besar 15 tahun lalu!

Monday, June 22, 2015

Jangan Berhenti Kerja Jika Anda…




Perkongsian ini adalah tulisan Puan Suraya Ali, pemilik Lunatots. Beliau menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian beliau sendiri. Jika mahu memulakan bisnes, anda memerlukan sebab (WHY) yang kuat. Kenal pasti apa niat anda untuk menceburkan bisnes.
Jika niat anda untuk berhenti kerja bagi memulakan bisnes tergolong dalam kriteria yang disebutkan dibawah, kami nasihatkan anda untuk memikirkannya semula.
Saya memulakan perniagaan online Lunatots Malaysia pada 2008 dan berhenti kerja pada 2009.

Jangan Berhenti Kerja Jika Anda…

Saya catatkan tulisan tentang ‘Jangan berhenti kerja dan memulakan perniagaan’ kerana 7 sebab ini:

1. Tidak Sukakan Bos atau Kerja Tersebut.

Ianya situasi attitude dan penerimaan. Kita memerlukan hati yang besar dan kemaafan yang luas sebagai usahawan.
Andai dibawa marah dan geram ke perniagaan, imej itu tersiar dalam pembawakan.
Usah berhenti kerja dan memulakan niaga kerana ‘fed-up‘ dengan kerja. Ianya bahaya. Kita mungkin ‘give-up‘ dengan bisnes niaga juga. Dan membawa marah ke mana mana.

2. Kita Pandai Membuat Sesuatu Produk.

Puja dan puji orang katanya masakan kita sedap atau pujian tentang bakat kita kadangkala tidak tepat. Bakat berbisnes dan bakat membuat produk ianya tidak sama — jauh beza.
Ini adalah 3 bakat yang ada yang amat berbeza antara satu sama lain:
  • Bakat Buat
  • Bakat Jual
  • Bakat Berbisnes

3. Mempunyai Masalah Kewangan.

Jangan mula berniaga kerana masalah kewangan. Hutang kredit kad, gaji tidak cukup dan kawan yang berniaga bercerita ribu dan juta. Jangan mulakannya jika kita mempunyai masalah diatas.
Situasinya ialah pengurusan wang. Andai wang gaji yang sedikit tidak dapat dikendali, kita tidak akan dapat menguruskan wang yang banyak. Ia bukan tentang jumlah. Ia tentang kebolehan pengurusan.

4. Ingin Menjadi Jutawan.

Jutawan tidak pernah bercita-cita mahu menjadi jutawan (pada mulanya). Mereka sukakan kebebasan. Mereka mahu melakukan sesuatu dan menjadi ejen perubahan.
Usahawan yang mahu mendapatkan duit yang banyak biasanya tidak dapat menyimpan kerana apabila dia dapat dia akan suka membelanjakannya. Ia ada dalam subconscious mind kita.

5. Menerima Peluang Perniagaan.

Usah mula berniaga sekiranya mempunyai peluang membuka gerai di food court dan sepertinya. Bisnes ialah komitmen. Setahun, dua tahun dan seterusnya.
Kadang tidak nampak hasil 6 bulan pertama. Masihkah kita akan teruskan. Masihkah kita akan bertahan. Masihkah ada senyuman.

6. Inginkan Lebih Masa Bersama Keluarga.

Usah berhenti kerja. Lebih baik kita makan gaji sahaja. Tiga tahun pertama pulang tengah malam tiba tiba anak sudah dewasa.
Kenduri kendara saudara mara bukannya tidak mahu kita jenguk namun program setiap hujung minggu pada bisnesniaga. Bukan maksud saya, kita tidak akan dapat apa yang kita mahukan. Cuma usah berhenti kerja kerana perkara diatas.

7. Rasa Sudah Banyak Membantu Orang Menjadi Kaya.

Ini juga bahaya. Sering saya dengar kita kerja siang dan malam yang kaya orang lain bukan kita. Cara menjadi kaya ialah mengkayakan orang lain dan belajar darinya.
Belajar gayanya. Tekuni fikirnya. Orang kaya suka berkongsi. Cerita, pengalaman dan apa sahaja adanya. Perbetulkan mindset kita tentang kaya dan bisnes niaga.
Saya berhenti kerja dahulu kerana merasakan dunia penyusuan susu ibu memerlukan komitmen. Sewaktu keluar pejabat saya beritahu bos, saya akan buatnya bangga. Terima kasih kerana mendidik kami suami dan isteri menjadi manusia.

Wednesday, June 10, 2015

Berduit Tetapi Tidak Berharta

Berduit Tetapi Tidak Berharta

June 02, 2015 — Penulis:


Situasi ada duit tetapi tidak berharta ini sering berlaku terhadap golongan middle-class, iaitu golongan pertengahan.
Berdasarkan data Jabatan Statistik untuk tahun 2012, golongan middle-class ini kita boleh sebut mereka yang :
1. Memperoleh pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya
RM 4,300, atau,
2. Jika di bandar, pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya
RM 5,100, atau,
3. Jika di luar bandar, pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya
RM 2,800.

Tidak Pandai Melabur

Situasi ini berlaku kerana mereka tidak ada kemahiran melaburkan duit mereka. Mereka tidak dapat membezakan duit yang keluar sebab berbelanja dan juga duit yang keluar sebab melabur.
Duit tunai yang ada di tangan habis untuk perkara-perkara berikut, antaranya:
1. Membeli kereta
2. Renovasi rumah
3. Melancong ke luar negara.
4. Membeli gajet seperti telefon pintar & tablet.
4. Menghabiskan masa di pusat membeli belah
Apabila duit tunai habis untuk berbelanja perkara seperti di atas, maka mereka tidak dapat menikmati return on investment (ROI) kerana ia bukan aktiviti membeli harta. Harta, apabila kita beli dapat menghasilkan ROI.

Duit Bertambah, Gaya Hidup Juga Bertambah

Mereka juga fokus untuk naik pangkat seterusnya memperoleh pendapatan atau gaji yang lebih tinggi. Malangnya, apabila apabila pendapatan naik, gaya hidup juga turut berubah.
Dari kereta Proton baru (hutang) upgrade ke Honda baru (hutang juga). Ini menyebabkan perbelanjaan sentiasa bertambah, akhirnya tidak ada duit untuk membeli harta.
perangkap wang

Golongan middle-class hidup selesa. Jauh lebih baik dari hidup miskin. Tetapi secara realitinya mereka adalah golongan yang paling tertekan akibat beban cukai, hutang isi rumah yang tinggi dan tidak layak menerima apa-apa bantuan kerajaan. Seumpama burger McDonald’s yang cantik di iklan tetapi bila dah beli, burger tersebut penyet.
Langkah-langkah untuk keluar dari situasi ini adalah;
  • Berbelanja kurang dari pendapatan
  • Simpan duit
  • Elakkan hutang yang tak perlu
  • Melabur dan keuntungan dari pelaburan dilaburkan semula.
Mahukah tuan tahu bagaimana kita dapat keluar dari hutang dengan cepat, seterusnya mempunyai lebihan duit untuk pelaburan? Sila klik link di bawah untuk info lanjut:
www.panduancashflow.com
P/s: Pak Di merupakan salah seorang penulis di Majalah Niaga.

Tarikh lihat anak bulan pada-16-jun-ini

Author: 9 June 2015 10:34 am
melihat-anak-bulan

Tarikh melihat anak bulan Ramadhan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia ialah pada Selasa, 16 Jun ini bersamaan 29 Syaaban 1436 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tempat melihat anak bulan pada malam hari tersebut adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Bukit Jugra, Banting (Selangor); Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak).
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah); Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Geliga, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian, Besut (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu); Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai (Kelantan).
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan); Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak); Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya); dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen,” kata kenyataan itu.

Tuesday, June 9, 2015

Banglo guna 4 bilik dan 3 ruang keluarga hanya RM290/mlm

Banglo guna 4 bilik  dan 3 ruang keluarga hanya RM290/mlm
5km dari bandar kuala terengganu.

(3 hawa dingin dan 1 kipas siling)


Rumah guna 4 bilik :  Terhad 11 orang atas katil masing masing.

Bilik 1-katil kelamin bilik air didalam (hawa dingin).
Bilik 2-katil kelamin dan 1 bujang,bilik air didalam (hawa dingin).
Bilik 3-Katil kelamin dan 1 bujang (hawa dingin).
Bilik 4-Katil bujang 3 unit (kipas siling).

Kerusi ruang tamu dan Televisen serta Sterika disediakan.

Pealatan di dapor asas sahaja seperti peti ais,pinggan,gelas,dapor gas,kuali,periuk.

Meja makan untuk 6 orang.

Berminat call Pak Deen : 019-9429842 atau whatsap 012-9543864

Tuesday, June 2, 2015

Pantai Batu Burok Dibuka Semula Untuk Perkelahan, Mandi

Author: 28 May 2015 11:18 am
Pantai-Batu-Buruk
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mewujudkan Zon Mandian Selamat di Pantai Batu Burok bermula 4 Jun ini bersempena Karnival Sukan Pantai Antarabangsa Terengganu 2015.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato’ Mohamad Kamil Othman, berkata pelbagai aspek keselamatan disediakan bagi menjamin pantai tersebut selamat untuk aktiviti rekreasi dan perkelahan terutamanya untuk mandi.
“15 pengawal keselamatan pantai telahpun dilatih bagi persediaan jika sebarang musibah berlaku di kawasan pantai.
“Selain dari dua menara kawalan, had sempadan antara kawasan yang selamat untuk mandi turut diwujudkan dengan meletakkan boya,” katanya.
Beliau ditemui pemberita semasa sidang media Karnival Sukan Pantai Antarabangsa Terengganu 2015 di Bukit Panorama, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ab Rasid Jusoh.
Kamil berkata, pengawal keselamatan pantai tersebut akan ditugaskan di kawasan tersebut mengikut giliran yang akan ditetapkan.
“Kita telah tetapkan waktu bertugas untuk mereka. Mereka akan melakukan tugasan antara pukul 8 pagi sehingga 7 malam,” katanya.

Wednesday, May 27, 2015

+++ Kekayaan ++++

3 Perkara yang diabaikan dalam kekayaan...
Oleh: Irfan Khairi 

Bila terdengar perkataan “kekayaan” apa yang dibayangkan adalah kekayaan wang. Gambaran rumah besar, kereta mewah, melancong serata dunia, membeli belah di kedai berjenama, hotel lima bintang dan  bermacam-macam lagi.

Satu impian yang ramai antara kita idam-idamkan.

Namun, kekayaan, bukan sekadar itu sahaja, malah lebiih daripada itu. Kekayaan juga bermaksud apabila kita kaya dengan ilmu, kaya dengan kasih sayang, kaya dengan amalan, kaya dengan kesihatan, kaya dengan nilai-nilai murni dan banyak lagi.

Dengan hanya meletakkan skop kekayaan pada barangan material sahaja, pastinya tidak dapat melihat kekayaan yang sebenar.
 
1. Pernahkah anda dengar kisah seseorang usahawan yang berjaya dan kaya, tetapi hidupnya bersama keluarga terumbang-ambing? Pada zahirnya kelihatan mewah berkereta hebat sana sini, tetapi apabila pulang ke rumah, rumahnya sekadar bangunan yang berbumbung tanpa kasih sayang keluarga.

Hidup juga porak peranda bila bergaduh sesama suami isteri. Jiwa pula tidak tenang oleh kerana masalah-masalah yang melibatkan anak-anak yang tidak terjaga dan dididik dengan cara yang betul.

Apa yang terjadi jelaslah kekayaan yang dicari hanyalah pada kekayaan wang, harta dan benda dan bukan pada kekayaan kekeluargaan yang perlu lebih diutamakan.

2. Ada juga kisah mengejar kekayaan sehingga melupakan etika, amalan dan undang-undang. Di mana seseorang itu melakukan perkara-perkara yang dilarang agama dan undang-undang demi mengejar kekayaan.

Melibatkan diri dalam rasuah untuk mempermudahkan jalan menerima sesuatu projek, menjalankan aktiviti haram jual beli dadah, memperdaggangkan manusia, dan banyak lagi. Lihat sahaja dada-dada akhbar yang banyak memaparkan kes-kes sebegini.

Pastinya ini bukanlah kekayaan yang dikejar dan diimpikan oleh kerana ia hanya memudaratkan diri sahaja, kalau bukan di dunia, di akhirat kelak.

3. Kekayaan juga perlu selari dengan kesihatan. Bekerja siang dan malam mencari rezeki tanpa menjaga kesihatan pastinya akan mmeberi impak negatif  terhadap kesihatan badan. Pelbagai penyakit akan datang sekiranya mengabaikan kesihatan dalam terlalu mengejar kekayaan. Antaranya adalah penyakit stress yang menyerang psikologi dan kemudiannya tubuh badan seseornag itu.

Tiada erti kekayaan sekiranya tidak datang bersama kesihatan.

Matlamat kekayaan tidak seharusnya hanya tertumpu pada harta benda. Sekiranya selama ini fokus kita adalah pada harta benda sahaja, maka kita tidak akan mencapai kekayaan yang sebenar yang merangkumi lebih banyak aspek keseluruhan hidup.

Fahami diri sendiri, minda dan juga aksi yang perlu dilakukan untuk mencapai keakayaan yang sebenar.
 

Tuesday, April 28, 2015

Pengurusan kewangan peribadi Anjuran PMINT.






Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi : adalah amat penting mengetahui cara cara mengurus kewangan peribadi walaupun berkelulusan kewangan apatah lagi yg tiada kepandaian akademik. Walaupun ada akademik tak semestinya pandai dalam ilmu mengurus kewangan peribadi.
 Bersama penceramah Encik Abdul Razak Shahbudin Perunding Utama daripada Human Specialist Resources.
 Selain itu juga, ia memberi pendedahan dalam membuat perancangan kewangan diri, penilaian indeks kesihatan kewangan diri, mengurus pendapatan & perbelanjaan, persediaan menceburi perniagaan, persediaan persaraan & kumpul kekayaan serta penyelesaiaan masalah kewangan pra bersara.

Tuesday, April 21, 2015

Usah takut dengan wang

Masyarakat kita sering mempunyai pandangan atau tanggapan negatif terhadap wang. Kita sentiasa dengar masyarakat sekeliling kita berkata "banyak duit pun bukan boleh dibawa mati". Salah wang kah.? Adakah kita sedar sekarang bila mati pun kita perlu duit untuk beli kain kapan, upah gali kubur,sedekah orang sembahyang mayat, usung keranda(moden guna van keranda) semua tu perlu duit, kalau tak ada duit susah siapa nak urus mayat kita.

Pandangan negatif lagi kalau jadi kaya akan jadi sombong, bongkak, lupa diri, riak , tak mahu berkawan dan macam macam anggapan. Kenapa berpandangan demikian? Adakah kerana perasaan tidak senang melihat kawan atau member kita jadi lebih senang dari kita atau kita tak mampu nak buat macam kawan kita buat dan jadi kaya? Kawan kita rajin tapi kita malas sikit, kita dah selesa apa yang telah ada atau cukuplah padahal tak berapa cukup pun, setiap bulan upah atau gaji lesap begitu je tanpa simpanan pun.

Jadi jika kita mempunyai tangapan negatif terhadap wang, secara psikologi nya anggapan ini akan menghindarkan kita daripada berusaha lebih untuk mendapatkan pendapatan maksimum.

Tidak dinafikan jika tersalah urus, wang menjadi ancaman kepada kehidupan seseorang tetapi ini bergantung kepada keimanan dan ketakwaan seseorang ke arah mana nak dibawa hidup dengan wang yang banyak. Kita boleh bawa ke arah kebaikan, banyak baik yang boleh dilakukan dengan wang yang banyak contoh nya kalau dulu kita tak dapat bersedekah ,bila ada duit haah bolehlah bersedekah, kalau dulu tidak berzakat kerana tiada harta sekarang bila ada harta berzakatlah kita. Kan dapat menolong ummah. Tepuk dada tanya hati. Hindarlah sikap negatif terhadap wang. Jadikan motivasi bila rakan atau member menuju ke arah kejayaan jalan jalan menjadi kaya. Doakan kaya yang beriman dan bertakwa. Amin.

@@@ Yang kaya menjadi semakin kaya sebabnya ...Mereka tahu apa yang diperlukan,ciri ciri atau prinsip prinsip yang perlu dipegang untuk berjaya. Minda untuk berjaya dan berusaha serta kreatif dan sentiasa berfikir ke hadapan..

Wednesday, April 15, 2015

Monday, February 16, 2015

Akan datang Bilik Buget rm50 semalam.


Akan datang bilik buget : In Shaa Allah

Hanya rm50 sahaja untuk satu bilik satu malam.( 2 Orang) 
Bilik berkipas siling.

Hawa dingin Rm70

Katil kelamin ada 
Katil bujang pun ada.

Rumah di Jalan Kg Padang  Kemunting ,Wakaf Tengah,Kuala Terengganu

Rumah mempunyai 7 bilik tidur dan 4 bilik air.

Tungguuu !!!!!!!!

Wednesday, September 3, 2014

Pakai simple, tapi kaya. Pakai smart tapi miskin.

Oleh Irfan Khairi
Adakalanya ketika di pusat membeli belah, saya perasan keadaan di mana seorang makcik berpakaian serba sederhana sedang meninjau-ninjau barangan, tidak dilayan. Tetapi, seorang lelaki yang berpakaian serba segak berkot dan tali leher, amat pantas dilayani 2 orang jurujual.
Memang menjadi lumrah, yang cantik dan bergaya akan diberi perhatian. Kata orang putih Don't judge a book by it's cover, yang bermaksud jangan sesekali melihat pada luaran sahaja kerana dalaman tiada siapa yang tahu.
Siapa tahu, mungkin makcik yang sedang meninjau-ninjau barangan berpakaian serba sederhana itu adalah seorang usahawan jutawan? Tidak siapa tahu juga, lelaki segak yang berpakaian hebat mungkin hutang keliling pinggang dan terkejar-kejar membayar bayaran kereta setiap bulan.
Pada hakikatnya, ramai yang berpegang pada pepatah "Biar papa asal bergaya". Hujung bulan, tidak hirau bank berbaki negatif asalkan bergaya dengan kereta mewah dan pakaian segak.
Konsep sebegini semestinya adalah salah. Namun tulisan saya kali ini bukan untuk memberi teknik dan strategi berjimat dan menyimpan, tetapi, lebih kepada hubungan antara wang dan cara kita melihat diri kita sendiri.
Selalunya, apabila memilikki wang, ia memberi keyakinan diri yang tinggi pada seseorang, berbanding dengan seseorang yang tidak mempunyai wang. Wang seolah-olah mempunyai kaitan dengan keyakinan diri kita sendiri. Adakalanya juga wang akan membuat kita rasa gembira apabila sedang bersedihan bila kita keluar melakukan terapi membeli belah. Tetapi, ada kalanya juga, boleh membuatkan kita marah dan sedih bila kekurangan wang untuk belanja pada isi rumah dan keluarga.
Berbalik kita kepada persoalan seseorang yang memakai pakaian yang kemas, berkot dan bertali leher dibandingkan dengan seseorang yang berpakaian agak ringkas mungkin hanya baju T dan berseluar jeans. Pastinya juga, seseorang yang memakai pakaian kemas akan dapat merasakan keyakinan diri pada diri sendiri meningkat. Sebagai tambahan, orang sekeliling juga mungkin melayan mereka dengan lebih baik juga akan menambahkan lagi keyakinan.
Namun tidak bermakna juga seseorang yang memakai baju T dan jeans tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Saya teringat beberapa ikon keusahawanan yang saya minati seperti Richard Branson dan Steve Jobs yang merupakan bilionair, sering mengenakan pakaian ringkas walaupun di majlis rasmi. Ini kerana, bagi mereka, keyakinan diri tidak datang daripada cara pemakaian.
Ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Keyakinan diri tidak semestinya datang daripada wang sahaja. Ianya dikatakan rezeki datang dalam pelbagai cara. Bukan hanya wang. Kesihatan, keluarga bahagia, ilmu pendidikan, kenalan, saudara mara dan sebagainya juga adalah rezeki seseorang itu. Dengan melihat positif semua rezekki yang kita miliki dan menjadikannya picu untuk meningkatkan keyakinan diri, seseorang itu tetap dapat merasakan keyakinan diri meningkat.
Apa yang perlu diingat adalah, seperti pepatah don't judge a book by it's cover. Orang yang pakai simple, jangan disangka tidak berduit. Orang pakai kot, kemeja, tali leher dan slack, tak semestinya kaya. Apa yang penting adalah, untuk melayan semua insan dengan baik tidak kira gaya dan penampilan. Tidak kira kaya ataupun miskin.

Thursday, July 24, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI



Kami pengurusan RUMAH REHAT PAK DEEN KUALA TERENGGANU 
mengambil kesempatan ini mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI 
kepada semua kaum muslimin dan muslimat.
Kepada yang memandu nak balik kampung pandu lebih berhati hati di jalan raya. Jika hari biasa sudah berhati hati, maka dihari nak sambut raya LEBIH berhati hati lagi.

MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tuesday, July 22, 2014

8 Sikap Majikan yang Menjadi Bahan Gosip Pekerja

April 04, 2014 — Penulis:

Kategori: Konvensional / Perniagaan
Setiap kali karnival kerjaya dianjurkan, banyak penasihat kerjaya menasihati para pencari kerja agar berusaha dan belajar menjadi pekerja yang baik. Bagaimana pula dengan majikan? Tidakkah pekerja juga layak mendapatkan penghormatan dan layanan yang baik daripada majikan masing-masing?
Dalam dunia pekerja, majikan yang baik dibezakan dari majikan yang tidak baik melalui cara majikan tersebut menilai dan melayan para pekerja. Mereka juga menilai majikan berdasarkan sumbangan majikan tersebut dalam sesuatu projek bersama atau ‘team work’ yang dilaksanakan di organisasi tersebut.

Kenapa Pekerja Bergosip?

Pekerja banyak bertolak ansur dengan tingkah laku buruk majikan. Banyak juga majikan tidak terlatih, tidak peduli, dan tidak bertanggungjawab atas tindakan dan interaksi mereka dengan pekerja.
Amalan pengurusan yang tidak cekap serta sikap-sikap negatif lain seperti berat sebelah, berlagak, tidak mesra dan lain-lain sering menyebabkan tercetusnya gosip di pejabat (workplace gossip).
Gosip di tempat kerja merupakan salah satu faktor utama pekerja tidak berpuas hati dengan kerja mereka. Ia sebagai saluran pekerja melepaskan perasaan tidak puas hati, geram atau kecewa dengan pihak pengurusan mahupun majikan.
Aktiviti ini boleh menjatuhkan reputasi, menyebabkan hilang rasa hormat serta mengakibatkan konflik di tempat kerja. Pekerja bergosip sesama mereka mengenai majikan atas faktor tertentu.
Antara yang utama ialah tentang ketidakcekapan pengurusan seperti tarikh pemberian gaji, agihan cuti dan fleksibiliti, majikan tiada empati (tiada tolak ansur dengan pekerja dan masalah peribadi) dan lain-lain lagi.

Antara isu-isu yang menjadi bahan gosip di kalangan pekerja adalah:

1) Tidak Tahu Apa yang Anda Lakukan

Adakah anda seorang majikan kompeten di tempat kerja? Ini adalah elemen utama yang dinilai pekerja terhadap majikan mereka. pekerja melihat sikap dan personaliti majikan dalam membuat penilaian.
Apakah anda menawarkan kepimpinan yang pekerja perlukan untuk berjaya? Adakah anda memimpin dan mengurus dengan cara yang menyebabkan pekerja anda tahu bahawa anda tahu apa yang sedang berlaku dalam organisasi.
Majikan yang menjadi bahan gosip ialah majikan yang tidak tahu apa yang dilakukan dan paling teruk apabila majikan tersalah memberi maklumat/arahan, kemudian berbohong dan lebih buruk lagi menyalahkan pekerja untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan.

2) Tidak Menghormati Pekerja

Seorang majikan telah mencederakan perasaan pekerja apabila berkelakuan seperti raja atau diktator, mahu pekerja menghormati dan melayan majikan dengan baik, namun pekerja tidak menerima perkara yang sama daripada majikan.
Sebagai mana majikan, pekerja juga manusia yang memiliki perasaan dan harga diri. Jangan hilangkan keyakinan dan harga diri pekerja dengan melayan pekerja seperti hamba. Tambahan pula, jika majikan melayan mereka secara tidak hormat, majikan tidak akan mendapatkan rasa hormat daripada pekerja sebagai balasan.
Apabila majikan memperkecilkan idea-idea pekerja, mengabaikan pandangan mereka, dan mengkritik mereka secara tidak adil, mereka berasa tidak dihormati.
Mengadakan mesyuarat saat akhir tanpa mengambil kira komitmen pekerja, enggan mengadakan percutian bersama pekerja dan gagal melibatkan diri dalam satu-satu projek adalah tanda tingkah laku diktator. Pekerja tahu apabila mereka tidak dihormati dan mereka akan membenci majikan. Bersedialah menjadi bahan gosip pekerja sepanjang tahun.

3) Majikan yang Cetek Ilmu

Sekiranya majikan seorang yang tidak munasabah, mementingkan diri sendiri, manipulasi, monopoli atau kurang pengetahuan tentang perkara atau pekerjaan yang diuruskan, jangan harapkan penghormatan daripada para pekerja.
Dunia pekerjaan kini ramai dihuni oleh individu-individu yang bekerja semata-mata kerana upah gaji, bukan kerana mereka benar-benar sukakan pekerjaan tersebut. Keadaan menjadi lebih teruk apabila golongan sebegini yang dilantik menjadi ketua atau dinaikkan pangkat.
Tidak kira sama ada seorang majikan itu dilantik atau majikan di organisasi sendiri, majikan harus menyediakan diri dengan ilmu yang penting dan bermanfaat dalam bidang kerja masing-masing. Agak memalukan apabila sesuatu perkara atau maklumat penting yang berkaitan dengan kerja atau tugasan tidak diketahui seorang majikan.
Benar, majikan bukan Tuhan yang tahu segala-galanya, namun beri masa pada diri menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan penguasaan sesuatu skil agar tidak menjadi perkara utama dalam perbualan antara pekerja.

4) Majikan Berat Sebelah

Sikap ini yang paling dibenci pekerja dan majikan seperti inilah yang sering diperkatakan pekerja. Ada majikan merasa mereka telah melakukan yang terbaik, tetapi mereka melakukan atau memberi layanan terbaik hanya kepada pekerja pilihan mereka.
Ada pekerja yang prestasinya sangat bagus, berdisiplin namun sedikit pendiam tetapi aktif melibatkan diri untuk kemajuan organisasi tetapi tidak menerima layanan sewajarnya daripada majikan hanya kerana beliau kekurangan skil komunikasi.
Majikan yang paling teruk apabila menilai pekerja menerusi rupa, penampilan serta kepetahan mereka memuji dan memberi kata-kata manis kepada majikan. Pekerja tidak akan bergosip tentang majikan sekiranya majikan tersebut seorang yang adil dan baik hati.

5) Majikan Tidak Tahu Apa yang Pekerja Lakukan

Untuk menjadi seorang majikan yang baik dan dihormati, majikan perlu faham sepenuhnya skop tugasan pekerja untuk membimbing mereka. Selidiki kemungkinan-kemungkinan kekangan yang dihadapi pekerja dalam rutin kerja harian mereka.
Berkomunikasi serta berbual santai dengan pekerja untuk mengetahuinya. Ketahuilah majikan serinkgkali tidak berjaya ‘mengorek masalah’ yang dihadapi pekerja ketika dalam mesyuarat kerana tidak ada pekerja yang mahu mengaku mereka berdepan masalah secara terang-terangan dan di hadapan pekerja lain pula.
Elakkan daripada dibenci pekerja atau menjadi bahan kutukan pekerja dengan berlagak faham dan tahu semuanya tentang pekerja dan tugasan yang dipikul mereka. Banyakkan bertanya dan jika perlu, selitkan gurauan untuk lebih mudah majikan mengetahui masalah pekerja.

6) Pekerja Bukan Robot

Meminta pekerja untuk bekerja lebih masa dan memberikan kerja lebih daripada yang mampu dihadapi pekerja akan menyebabkan pekerja tertekan sekali gus hilang rasa hormat terhadap majikan.
Sudah tentu pekerja mahu melakukan yang terbaik di tempat kerja, tetapi dalam masa yang sama mereka juga mempunyai pelbagai tanggungjawab di rumah, dengan keluarga, rakan-rakan, kerja sukarela, aktiviti sukan dan banyak lagi.
Fahami pekerja sebagai seorang manusia yang memiliki tanggungjawab yang pelbagai. Kehidupan seorang majikan dan pekerja bukan hanya di pejabat sahaja, tanggungjawab hakiki yang lain tidak boleh dinafikan.
Ada antara urusan penting yang perlu dilakukan pada waktu pejabat seperti urusan dengan pejabat-pejabat kerajaan, temu janji doktor di hospital kerajaan, membawa anak untuk pemeriksaan bulanan dan lain-lain.

Majikan yang menawarkan fleksibiliti dan memahami pekerja akan lebih dihormati dan dikasihi pekerja. Malah, pekerja generasi muda atau generasi Y tidak seperti rakan-rakan mereka yang lebih tua, mereka menuntut kefleksibelan dan masa yang bebas untuk melaksanakan semua kepentingan mereka yang lain.
Letakkan diri majikan di tempat pekerja dan majikan akan faham apa yang dirasakan pekerja. Elakkan daripada membuat pekerja merasa bersalah, membantah apa yang mereka perlu lakukan atau mempertikai keperluan mereka terhadap sesuatu perkara (cuti, cuti kecemasan, peralatan pejabat, ruang kerja yang selesa dan lain-lain) atau majikan hanya menawarkan pekerja satu lagi elemen untuk bahan gosip mereka.

7) ‘Kedekut’ Dalam Memberi Penghargaan Kepada Pekerja

Pekerja suka apabila majikan mengiktiraf dan memberi kredit (pujian) untuk pencapaian mereka. Apa yang menimbulkan kejelekan di kalangan pekerja ialah apabila majikan diberi pujian oleh pengurusan tertinggi atau orang lain atas hasil idea dan usaha pekerja.
Majikan ‘mencuri’ dan ‘merampas’ pujian yang sepatutnya dikongsi bersama atau ditujukan secara khusus kepada pekerja yang benar-benar berusaha dan bekerja keras.
Jika idea seseorang staf itu membuahkan hasil dan menyumbang kepada peningkatan reputasi syarikat, sebutlah nama pekerja yang mencadangkan idea tersebut dan beri penghargaan kepada pekerja.

8) Tidak Menyokong Pekerja

Sekiranya anda bekerja sebagai satu pasukan dan salah seorang pekerja melakukan sedikit kesilapan yang tidak disengajakan, jangan menghentam pekerja tersebut.
Apabila pekerja terus-terusan disalahkan serta dikritik atas kesilapan yang dilakukan, majikan hanya menyebabkan pekerja mempunyai set pemikiran bahawa melakukan kesilapan di organisasi ini adalah haram dan berdosa.
Sedangkan daripada kesilapan itulah pekerja akan memperbaiki diri mereka dan belajar strategi baru. Sokonglah pekerja dan beri motivasi, bukan menghilangkan motivasi tersebut.
Gosip baru akan timbul dan majikan mungkin akan dilabel sebagai ‘malaikat’ kerana tidak bertoleransi dengan kesilapan yang dilakukan pekerja. Majikan juga manusia dan manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan sekali skala.

Elak Gosip Negatif, Wujudkan Gosip Positif

Mengelak daripada gosip di tempat kerja adalah cara terbaik untuk menyelamatkan reputasi seorang majikan juga diri pekerja sendiri.
Majikan tidak perlu menjadi seorang manusia yang sempurna untuk mengelak pekerja bergosip tentang majikan. Cukup jika seseorang majikan itu memahami pekerja sebagaimana majikan mahu pekerja memahami mereka.
Sikap hormat merupakan hak setiap manusia. Oleh itu, jangan tetapkan dalam fikiran bahawa sebagai seorang majikan, hanya pekerja yang perlu menunjukkan rasa hormat terhadap anda. Pekerja juga berhak untuk dihormati.
Mengumpat atau bergosip di tempat kerja merupakan perbuatan yang kurang sopan dan tidak matang. Ia boleh merosakkan reputasi diri sendiri, organisasi dan kerjaya orang lain.
Namun punca kepada aktiviti negatif ini juga harus dikaji. Punca para pekerja bergosip atau bercakap-cakap tetang majikan mungkin berpunca daripada majikan sendiri.
Oleh itu, majikan perlu sentiasa peka dengan keadaan semasa organisasi dan lebih-lebih lagi kakitangan yang bersama-sama membantu majikan membina dan memajukan bisnes/organisasi.

Amat penting untuk mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan selesa kepada para pekerja yang menjadi tulang belakang kepada setiap organisasi. Suasana harmoni bermaksud atmosfera kerja yang tidak tegang, pekerja yang gembira dan sentiasa bersemangat melakukan tugasan dan bergaul dengan pekerja sesuai masa dan keadaan.
Jika sedang berbual santai, tanyakan tentang perjalanan kehidupan peribadi atau perancangan peribadi pekerja, beri idea atau sokong rancangan mereka jika ia bermanfaat untuk masa depan pekerja tersebut. Elakkan berbicara soal kerja dan tugasan ketika sedang bersantai bersama pekerja.

Dalam isu gosip di antara pekerja ini, majikan berkuasa menukarkan gosip negatif kepada gosip positif dengan lebih kerap ‘turun padang’ dan ambil tahu isu atau konflik semasa yang berlaku dalam organisasi anda.
Tonjolkan sikap yang positif dan berkarisma, memahami pekerja dan mengambil berat. Ia tetap akan menyebabkan pekerja bergosip tentang anda, namun bercakap dan memuji-muji sikap majikan merupakan ‘gosip’ yang positif.

Sunday, July 13, 2014

6 sebab kita MEMBAZIR WANG

Oleh Irfan Khairi

Adakah anda sanggup keluarkan wang satu ringgit dari poket anda dan koyak-koyakkannya? Pastinya jawapan anda adalah, TIDAK. Sebab apa? Sebab anda tidak akan membazir wang sebegitu. Tetapi, tanya pada diri sendiri. Pernah atau tidak anda membeli majalah atau buku, dan meletakkanya ke tepi di mana kemudian anda tidak sempat membacanya? Atau membeli baju baru, dan hanya sedar selepas beberapa bulan anda hanya memakainya sekali sahaja? Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda rasakan amat anda mahukannya, tetapi, sedar tak sedar, anda tidak perlukannya?

Pastinya pernah bukan? Ianya terjadi pada ramai antara kita.

Apabila melihat wang ringgit di tangan, semestinya kita sayangkannya  oleh kerana penat lelah kita bekerja untuk mendapatkannya. Tetapi, bila datangnya masa untuk berbelanja dan membeli, adakalanya nilai barang yang dibeli sudah tidak dapat dilihat, dan di sini pembaziran pun berlaku.

Berikut adalah 6 sebab mengapakah pembaziran berlaku:

Kita memberi alasan untuk berbelanja

Kita sering memberi sebab mengapa kita perlu berbelanja, seperti "aku dah kerja keras, aku berhak berbelanja untuk kepuasan diri". Tidak kira, sama ada untuk membeli sesuatu yang mahal, makan minum yang mewah atau percutian diluar kemampuan. Adakalanya juga kita yakinkan diri sendiri untuk menjaga ego kita bahawa kita mampu berbelanja sedemikian.

Kita tak mahu dilihat kedekut

Adakalanya kita fikirkan apa orang lain berangapan mengenai kita. Kita rasakan orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja. Untuk meningkatkan keyakinan diri, kita berbelanja supaya mendapat apa yang dianggap persetujuan dari orang lain.

Kita rasakan ianya sukar untuk memahami kewangan

Alasan tidak memahami perihal kewangan juga sering diberi, seperti, "aku tak pandai dengan angka", "aku tak akan jadi kaya", sukarnya memahami pelaburan" dan sebagainya. Alasan sebegini juga mengukuhkan lagi sebab mengapa kita perlu berbelanja dan membazir dan tidak pula menyimpan dan melabur.
Kita suka pada kepuasan sebentar

Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pastinya kita akan membeli sesuatu itu, tidak kira sama ada perlu ataupun tidak. Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu itu dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat.

Kita tidak mengaku (atau tahu) berapa sebenarnya perbelanjaan kita

Pernah kah kita mengira berapa sebenarnya perbelanjaan bulanan anda dengan tepat? Selalunya tidak. Mungkin anda mengira bil telefon anda, bayaran rumah, ansuran kereta, bajet makan minum sebulan, serta anda juga mengira wang untuk hiburan dan sebagainya. Tetapi, bagaimana pula dengan perbelanjaan yang datangnya sekali sekala seperti bayaran insurans kereta dan cukai jalan, bayaran servis kereta, baik pulih rumah, temujanji doktor gigi setahun sekali dan sebagainya? Adakah perbelanjaan sekali sekala ini dikira dalam bajet bulanan? Selalunya tidak dan ini yang mengakibatkan kita tidak dapat lihat perbelanjaan sebenar dan mengakibatkan pula kita berbelanja lebih.

Kita melengah-lengahkan masa menguasai wang

Saya yakin ramai antara kita ingin memperbaiki kewangan diri. Sama ada dengan cara ingin melabur, atau ingin memulakan perniagaan atau ingin pelajari skil baru untuk menambahkan lagi pendapatan. Namun, kita melengah-lengahkan masa dan tidak meletakkan ini sebagai  prioriti. Akibatnya, kita berbelanja dam membazir sehingga tiba waktu yang terbaik untuk kita mulakan langkah kita memperbaiki kewangan.
Dengan memahami dan mengetahui sebab kita membazirkan wang, maka kita setapak lagi kehadapan dalam memahami tabiat kewangan kita. Mudahan kita akan ingat 6 sebab ini sebelum kita melakukan pembaziran.


Berapakah nilai RM diri anda sendiri?

Oleh: Irfan Khairi

Apakah nilai yang anda letakkan pada diri anda sendiri? Dengan meletakkan nilai pada diri kita sendiri, bukan sahaja kita akan lebih menghargai  masa, tetapi juga memudahkan kita membuat sesuatu keputusan.

Nilai yang saya maksudkan ini adalah nilai dalam bentuk wang- ringgit Malaysia. Sekadar contoh,bayangkan seorang konsultan yang berpendapatan RM300 satu jam apabila mengendalikan pelanggan. Masanya adalah lebih berharga untuk mengendalikan pelanggan berbanding dengan mungkin keluar membeli peralatan pejabat yang boleh diagihkan kepada orang lain.

Seperti contoh di atas, usahawan tersebut dapat meluangkan masa kepada perkara yang lebih penting dan menjimatkan masanya. Dalam waktu yang sama dapat membuat keputusan sama ada perlu bersama pelanggan atau keluar membeli peralatan pejabat mengikut nilai aktiviti tersebut.

Sebagai usahawan, ianya  peting untuk meletakkan nilai pada diri sendiri. Tetapi ia juga tidak bermakna mereka yang bukan usahawan tidak perlu meletakkan nilai pada diri.

Memberi nilai kepada diri kita sendiri akan membuatkan kita lebih menghargai diri, dari segi masa yang diluangkan, kerja yang dihasilkan, juga usaha yang ditaburkan. Bila kita merasakan nilai kita tinggi, maka, pastinya  kita tidak mahu membuang masa. Kerana setiap waktu yang beredar, akan digunakan dengan sebaiknya seperti nilai yang diletakkan.

Bayangkan kita meletakkan nilai kita kini satu jam, bernilai RM1. Pastinya, kita umpama tidak perlu menghagai masa kerana nilai satu jam atau dua jam yang berlalu hanya RM1-RM2. Tetapi bayangkan sekiranya nilai kita satu jam adalah RM100 untuk satu jam. Apa yang akan dirasa adalah, setiap jam tersebut  adalah amat berharga kerana nilai kita tinggi. Bagaimana perasaan sekiranya 2 jam berlalu pada tahap nilai kita RM100 sejam? Pastinya kita akan rugi RM200! Besar tu.

Keadaan yang sama juga untuk menjelaskan konsep ini, pada hasil kerja dan usaha. Sekiranya kita meletakkan nilai wang pada hasil kerja dan usaha kita rendah, pastinya ia tidak dihargai dan mungkin kualiti kerja dan usaha juga adalah rendah.

Tetapi bayangkan anda seperti seorang doktor pakar bedah di mana nilai anda adalah amat tinggi. Pastinya setiap pembedahan yang anda lakukan adalah dengan amat teliti dan berkualiti- setaraf dengan nilai sendiri.

Berita baiknya adalah, anda tidak perlu menjadi pakar bedah, untuk mempunyai nilai yang tinggi. Oleh kerana, nilai anda, anda yang tetapkan dalam diri anda sendiri. Ianya bukan berdasarkan gaji anda ataupun keuntungan perniagaan anda. Nilai, anda anda yang tetapkan 100% oleh  kerana tujuannya adalah untuk menjadikan anda sendiri lebih produktif apabila meletakkan nilai wang pada waktu anda.

Manusia mempunyai otak yang amat hebat berbandingkan dengan komputer yang paling hebat di dunia. Tubuh badan kita juga adalah jauh lebih  maju dari apa sahaja robot yang pernah dicipta. Deria kita adalah amat canggih berbanding dengan apa sahaja ciptaan manusia yang lain. Di sini sahaja, nilai kita adalah terlalu besar untuk diletakkan.

Sekiranya kita yakin bahawa nilai kita adalah jauh lebih tinggi dari apa yang kita rasakan kini, ini akan meningkatkan lagi keyakinan diri kita dan membuatkan kita lebih menghargai diri, masa dan hasil kerja.
Soalannya, berapakah nilai RM yang anda letakkan pada diri anda sendiri? Lakukan aksi harian anda berdasarkan nilai tersebut.

Wednesday, July 9, 2014

3 Kunci Menjadi KAYA!

Oleh: Irfan Khairi

Alhamdulillah rezeki saya dalam perniagaan Internet sejak 13 tahun dahulu. Jauh juga perjalanannya dan seperti apa sahaja pencapaian yang berbaloi, pasti ada cabarannya. Artikel kali ini saya ingin kongsikan 3 kunci kejayaan dan kekayaan yang perlu dimiliki.

1.      Jangan putus asa bila gagal

Untuk mencapai apa sahaja yang berbaloi, pasti ada kesusahannya dan cabarannya. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Kegagalan adalah sesuatu yang biasa ditemui apabila mengejar kekayaan. Sekiranya ingin berjaya, kalau jatuh 9 kali, anda tetap perlu bangun 10 kali. Baca sahaja kisah-kisah orang yang berjaya dari serata dunia, pastinya terdapat kisah kegagalan dan kesusahan yang diceritakan.

Ketika tahun 2000 saya memulakan perniagaan Internet saya yang pertama, bukanlah terus berjaya. Malah, perniagaan Internet pertama saya melalui kegagalan. Dalam jangka masa setahun menjalankan perniagaan Internet, saya cuma berjaya mendapatkan 3 pelanggan sahaja. Saya tahu apa yang diperlukan untuk berjaya ketika itu oleh kerana saya amat suka membaca biografi kisah orang-orang berjaya. Kesemuanya pernah mengalami kegagalan.

Walaupun mendapat hanya 3 pelanggan dalam masa setahun, saya tetap meneruskan perniagaan Internet saya. Bayangkan sekiranya saya berputus asa pada tahun 2000 kerana hanya mendapat 3 pelanggan sahaja, tidaklah rasanya saya dapat bersama anda hari ini berkongsikan kisah saya. Pesanan saya kepada anda, JANGAN-JANGAN-JANGAN putus asa!

2.      Tambahkan ilmu untuk berjaya

Usaha tanpa ilmu adalah sia-sia. Apakah sebab utama kegagalan? Sudah tentunya kurangnya ilmu. Bagaimana untuk berjaya? Pastinya perlu tambahkan ilmu! Mengapa perniagaan saya pertama gagal sehingga hanya mendapat 3 pelanggan sahaja? 

Jawapanya adalah saya menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul.

Cari jalan dan peluang untuk meningkatkan ilmu dan kepakaran anda. Saya pernah menulis sebelum ini bahawa pelaburan yang terbaik adalah pelaburan kepada meningkatkan ilmu kita sendiri tidak kira dalam apa jua bidang. Ianya dikatakan terdapat persamaan antara ilmu dan pendapatan. Lebih tinggi ilmu yang dimiliki, lebih tinggi peluang untuk mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.

Banyakkan membaca dalam bidang anda untuk meningkatkan ilmu. Pelajari dari mereka yang mengetahui dalam bidang anda dan jangan henti dalam mencari ilmu. Saya sendiri juga sering mencari ilmu dan pengalaman diserata dunia selagi mampu badan untuk meningkatkan ilmu dan kejayaan.

Apabila mendapat ilmu, pastikan anda mengaplikasikannya untuk mendapat keputusan terbaik!
3.      Kemahuan untuk berubah

Melakukan perkara yang sama, pastinya akan memberi keputusan yang sama. Untuk berjaya perlukan perubahan sama ada dari cara kita melakukan sesuatu, cara pemikiran dan juga perubahan tabiat.

Fikirkan dan gambarkan keadaan kewangan kita hari ini. Adakah kita berpuas hati dengan dengan keadaan kewangan kini? Fikirkan juga keadaan keluarga, suami, isteri, ibu, bapa atau anak-anak. Bagaimana keadaan kewangan kita hari ini akan menjadi sama sahaja 2, 5 atau 10 tahun akan datang sekiranya kita tidak berubah. Malah, mungkin akan menjadi teruk lagi oleh kerana makin lama, kos sara hidup semakin meningkat dan sekiranya kita tidak berubah untuk menampung kenaikan kos sara hidup, pastinya keadaan kewangan dan kekayaan kita akan menjadi lebih teruk lagi 2, 5 atau 10 tahun akan datang.

Mereka yang berjaya adalah mereka yang mengambil tanggungjawab untuk berubah kearah kebaikan dan sentiasa memperbaiki diri untuk mencapai sesuatu yang lebih baik lagi. Segalanya tidak akan menjadi sekiranya tiada kemahuan di dalam diri sendiri.

Lihat sahaja dikeliling, pastinya ramai yang mempunyai ilmu. Ramai juga yang berpendidikan tinggi. Tetapi, adakah ianya mencukupi? Pastinya anda mengenali mereka yang mempunyai penidikan dan ilmu yang tinggi, tetapi kekayaan tetap pada takuk lama. Sebabnya adalah, tiada kemahuan untuk berubah. Ilmu sahaja tidak mencukupi. Ilmu yang diaplikasikan dengan betul adalah lebih penting lagi.

Bagaimana pula mereka yang kurang ilmu pula? Pastinya peluang untuk berjaya dan menjadi kaya adalah kurang. Tetapi, dengan kemahuan untuk berubah disitu yang kita sering lihat kisah usahawan berjaya walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.

Kesimpulan

Natijahnya, semua orang berpeluang untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. Tidak kira jantina, umur, latar belakang, kekayaan adalah milik semua yang terus berusaha tanpa putus asa. Ilmu merupakan kunci mencapai apa sahaja kejayaan yang ingin dikecapi dan yang pentingnya adalah diri anda sendiri. Adakah anda bersedia untuk berubah untuk mencapai kekayaan yang anda impi-impikan?