Lokasi : Banglo di Kg Gong Kiat/Padang Midin Kuala Terengganu,Teres2 di Gong Badak/Wakaf Tengah, Sekitar Universiti UNISZA,UMT, MRSM, IPGM, ILP, INSTEP/ALAM Pantai2 Batu Buruk,Mengabang Telipot, Teluk Ketapang - Airport KT
Thursday, December 27, 2012
Tuesday, December 18, 2012
Artikel Pilihan: RAHSIA PERNIAGAAN WAKTU PAGI
Oleh: Irfan Khairi
Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!
Setiap manusia mempunyai had dari segi tenaga yang mereka ada. Sering kali selepas berehat secukupnya pada waktu malam, tenaga dalam diri akan berada di tahap yang terbaik. Penyelidikan ada menyebut, waktu malam ketika tidur adalah waktu untuk sistem bandan kita memperbaiki diri. Ada juga penyelidikan mengatakan bahawa ketika tidur, memberi peluang minda kita untuk menyusun semula segala pemikiran kita di bawah sedar.
Apa pun, rehat yang secukupnya di waktu malam akan memberi minda kita peluang untuk mempelajari lebih banyak perkara pada keesokannya. Tanpa rehat yang cukup, kita umpama kereta yang perlu tukar minyak pelincir!

Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila
memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti
80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan
tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.
Waktu ini juga adalah waktu terbaik untuk mendapat idea-idea baik untuk perniagaan kita. Salah satu teknik minda yang boleh kita amalkan adalah untuk merancang hari esok sebelum tidur. Ertinya, segala niat dan perancangan, di fikirkan sebelum melelapkan mata, dan apa akan jadi adalah ketika tidur, minda separuh sedar akan berfungsi untuk mencari jalan mencapai matlamat yang difikirkan itu.
Ikon-ikon usahawan seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey dan ramai lagi, dan mereka mengatakan bahawa antara rahsia kejayaan adalah bangun awal pagi dan mulakan aktiviti untuk perniagaan di awal pagi.
Sebenarnya, tidak perlu melihat ikon barat mengenai rahsia berpagi-pagi ini. Hadis telah sedia menyebut:
"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari" (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Tidak dinafikan, pengalaman saya menemubual ramai usahawan dan orang yang berjaya, kesemuanya mempunyai tabiat bangun awal dan mulakan kerja di awal hari. Terlalu banyak rahsia pagi yang belum disingkapkan oleh manusia- namun, apa yang pasti, sekiranya anda mengamalkan memulakan kerja anda di awal pagi, selepas rehat yan secukupnya, anda akan dapat merasa tenaga, momentum dan motivasi yang amat luar biasa setiap hari!

Thursday, December 13, 2012
Zeti: Kerjasama global penting tangani risiko kewangan
12 Disember 2012
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
KUALA LUMPUR - Satu platform antarabangsa penting untuk mempermudah
penyelarasan dan tadbir urus dasar yang berkesan di samping menangani
risiko kewangan dalam menghadapi liberalisasi kewangan yang semakin
meluas.
Ketika membuat saranan itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata dimensi rentas sempadan dalam penggubalan dasar belum meluas, meskipun pada peringkat antarabangsa sudah ada pelbagai reformasi kewangan untuk memperkukuh daya tahan sektor kewangan.
Keadaan ini juga wujud meskipun kejutan-kejutan merebak pantas dalam ekonomi global dan sistem kewangan antarabangsa berikutan krisis 2008 yang menjejaskan kestabilan baik ekonomi sedang muncul, mahupun sistem kewangan yang lebih maju.
Untuk mempermudah tindakan membuat keputusan dasar yang berkesan, kata Zeti, perlu ada platform dan proses tadbir urus bagi penyelarasan dasar di semua agensi dalam sesebuah ekonomi, dan ini seterusnya perlu diperluaskan bagi tindakan bersama di peringkat serantau dan antarabangsa.
Persetujuan bagi kerjasama dan penyelarasan dasar di kalangan institusi belum mencapai tahap yang sepadan dengan tahap penyepaduan ekonomi dan kewangan global, tegas beliau.
"Walaupun usaha persendirian oleh sesebuah ekonomi itu penting , namun ia tidak lagi dapat menjamin kestabilan kewangan global," kata beliau dalam ucapannya, bertajuk "Kestabilan Kewangan Global dan Pengantarabangsaan Sistem Kewangan dalam Ekonomi Sedang Muncul" pada Persidangan Euromoney-Qatar di Doha Selasa.
Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini hari ini.
Ekonomi-ekonomi baru muncul yang lebih terbuka dan bersepadu dengan ekonomi global dan sistem kewangan antarabangsa paling terjejas oleh perkembangan-perkembangan ini.
Zeti menegaskan bahawa krisis itu, mahu tidak mahu, telah menunjukkan pentingnya dimensi dasar yang bersifat antarabangsa memandangkan hakikat bahawa ia mengakibatkan pengangguran yang tinggi di banyak negara di dunia.
Oleh kerana tekanan kewangan dalam satu-satu segmen khusus mungkin tidak lagi terbatas kepada segmen itu sahaja, sebaliknya mungkin dengan pantas menular kepada keseluruhan sistem kewangan, "tindak balas secara berasingan tidak mencukupi", katanya bagi menegaskan tentang iktibar yang harus diambil daripada krisis kewangan itu.
"Ia memerlukan tindak balas menyeluruh untuk memastikan keadaan yang tegang itu tidak berubah menjadi krisis kewangan yang besar," katanya.
Antara pengajaran penting ialah, risiko terhadap kestabilan kewangan yang semakin bertapuk perlu dikenal pasti awal-awal lagi kerana tindakan persediaan akan mengurangkan akibat krisis ke atas sistem kewangan dan ekonomi.
Pihak-pihak berkuasa kawal selia juga perlu diberikan kuasa sewajarnya untuk menguruskan risiko terhadap kestabilan kewangan, manakala adunan dasar optimal mungkin bukan sahaja perlu merangkumi tindakan dasar untuk menyelesaikan isu-isu jangka terdekat, malah juga pada masa yang sama menyelesaikan isu-isu yang mendasari masalah.
Zeti berkata, kesedaran juga harus ada terhadap pentingnya keadaan-keadaan yang membolehkan dasar yang dilaksana menghasilkan keputusan yang diinginkan.
Sungguhpun faedah-faedah pelonggaran kewangan itu besar, namun ia juga boleh memburukkan lagi implikasi tekanan kewangan dari negara-negara lain di dunia ke atas sistem kewangan domestik, serta menonjolkan dan meningkatkan lagi kitaran gelembung dan ledakan aset.
Beliau juga mengingatkan bahawa aliran modal yang pasang surut mungkin bukan sahaja menjejaskan kecekapan fungsi pasaran kewangan, malah juga boleh mengakibatkan kadar pertukaran yang tidak sejajar, yang tidak mencerminkan asas fundamental.
"Risiko dan kerapuhan yang mungkin timbul ini terus menjadi cabaran bukan sahaja kepada ekonomi-ekonomi sedang muncul, malah juga sistem kewangan dan ekonomi yang lebih maju," katanya.
Beliau juga mengingatkan bahawa mengantarabangsakan sistem kewangan terlalu awal boleh mengakibatkan wujudnya keadaan-keadaan yang amat menjejaskan kestabilan, dan itulah sebabnya proses liberalisasi perlu pragmatik, dengan mengambil kira matlamat berbeza-beza yang perlu dicapai.
"Dengan pembangunan prasarana kewangan, perlindungan dan penampanan yang mencukupi, ekonomi-ekonomi baru muncul berpotensi besar untuk mengambil bahagian dalam sistem kewangan yang lebih bersepadu di peringkat antarabangsa, yang akan membantu untuk sama-sama memperkukuh pertumbuhan dan pembangunan global," kata Zeti. - Bernama

Monday, December 10, 2012
Sektor hartanah kukuh 20 tahun
Oleh NORLAILI ABD.
RAHMAN
ekonomi@utusan.com.my
ekonomi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Sektor hartanah tempatan mempunyai prospek yang sangat kukuh bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang didorong antaranya oleh peningkatan populasi serta pertambahan golongan berpendapatan sederhana tinggi dan kaya.
Ketua Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama PropertyGuru, Steve Melhuish berkata, ekonomi Malaysia yang mengukuh serta pelbagai inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan sektor tersebut memberi impak positif yang signifikan.
"Ini merupakan pemacu utama kepada pengukuhan sektor hartanah Malaysia dalam tempoh jangka panjang, lebih ramai rakyat Malaysia yang akan membeli hartanah seiring dengan peningkatan gaya hidup dan sebagai pelaburan masa depan.
"Sejak beberapa tahun lalu, sektor hartanah Malaysia melalui fasa yang baik walaupun terpaksa mengharungi ketidaktentuan ekonomi global, ia hanya mencatat pertumbuhan mendatar dan ia sudah mencukupi di dalam situasi seperti ini," katanya Utusan Malaysia di sini.
Sunday, December 2, 2012
Rich Dad Poor Dad (Edisi Bahasa Melayu
Rich Dad Poor Dad adalah buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah
hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada
wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat Race. Bangun pagi, balik
petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar
hutang. Ramai orang terperangkap dalam kitaran sia-sia ini.
Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita:
- Robert T. Kiyosaki
Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita:
-
Membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh
-
Membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang
menghabiskan wang
-
Mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja
- Menjadikan wang bekerja untuk kita
- Robert T. Kiyosaki
Bab 1
Pelajaran 1: Orang Kaya Tidak Bekerja untuk Wang
Bab 2
Pelajaran 2: Kenapa Perlu Belajar Pendidikan Kewangan?
Bab 3
Pelajaran 3: Jaga Bisnes Sendiri
Bab 4
Pelajaran 4: Sejarah Cukai dan Kuasa Syarikat
Bab 5
Pelajaran 5: Orang Kaya Mencipta Wang
Bab 6
Pelajaran 6: Bekerja Untuk Belajar, Jangan Bekerja Untuk Wang
Bab 7
Mengatasi Halangan
Bab 8
Mula Berubah
Bab 9
Mahukan lagi? Ini Apa yang Kita Boleh Buat

Subscribe to:
Posts (Atom)