Wednesday, November 23, 2011

Perketat pembiayaan langkah kawal hutang

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Pengenalan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dilihat sebagai langkah awal terbaik untuk mengawal peningkatan hutang isi rumah pada tahun hadapan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Wahid Omar berkata, peraturan yang lebih ketat akan mengurangkan jumlah pembiayaan tahun hadapan, namun ia bukan isu besar.

“Perkara yang perlu dilihat di sini adalah bagaimana mengekang peningkatan hutang isi rumah agar tidak mencapai tahap kritikal.

“Peraturan baharu ini menjangkaui keadaan semasa dan merupakan persediaan awal terbaik untuk berdepan dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu tahun hadapan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Maybank Islamic Bhd. berjumlah RM9.02 juta di sini hari ini.

Wahid berkata, perbandingan hutang isi rumah negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sudah mencecah 77 peratus ketika ini, namun ada pihak mengatakan jumlah tersebut normal dan ada pula sebaliknya.

Katanya, jika dibandingkan dengan rantau lain, jumlah tersebut agak tinggi namun tidak setinggi di Australia di mana perbandingan hutang isi rumah dengan KDNK melebihi 100 peratus.

“Kita tidak mahu keadaan di Malaysia seperti itu, maka langkah awal BNM untuk mengawalnya adalah tepat,’’ katanya.

Ditanya adakah Maybank akan terjejas dengan peraturan baharu tersebut, Wahid berkata, terjejas atau tidak bukan soalnya tetapi bagaimana kita mengawal ekonomi negara dengan baik.

* Utusan Malaysia

Sunday, November 20, 2011

Syarat ketat elak lebih ramai muflis

Oleh Rohaniza Idris, Suzalinda Halid dan Mohd Nasaruddin Parzi
bhnews@bharian.com.my
2011/11/20
Didik golongan muda hemah berbelanja ikut kemampuan

KUALA LUMPUR: Penilaian lebih ketat terhadap permohonan pembiayaan oleh institusi kewangan tempatan seperti diumumkan Bank Negara kelmarin, mampu menyekat lebih ramai golongan muda diisytihar muflis selain menggalakkan orang ramai berbelanja secara berhemah. Kalangan penganalisis ekonomi berpendapat, langkah itu ibarat pelindung golongan muda khususnya yang tidak mampu membayar balik pinjaman kenderaan serta kad kredit. Kini ramai mendapat pembiayaan walaupun hakikatnya mereka tidak mempunyai aliran tunai banyak atau lebihan kewangan bagi membayar balik pinjaman. - Dr Barjoyai Bardai, Profesor Perakaunan dan Keusahawanan, Sekolah Siswazah Perniagaan, UNIRAZAK Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, berkata ketika ini, dilaporkan banyak golongan muda diisytihar muflis kerana gagal membuat pembayaran balik pinjaman serta menanggung kadar faedah yang tinggi.

Katanya, dengan adanya syarat lebih ketat termasuk mengambil kira pendapatan bersih peminjam, maka risiko lebih ramai ‘bankrap’ akibat tidak mampu membayar balik pembiayaan dapat dikurangkan.

“Saya tidak nampak usaha terbaru ini cuba menyekat lebih ramai membeli rumah dan kenderaan, sebaliknya mendidik rakyat berbelanja secara hemah mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

“Kerajaan perlu membantu rakyat dengan menyediakan lebih banyak ruang untuk orang ramai memiliki rumah serta tingkatkan pengangkutan awam,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Bank Negara bahawa institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, potongan cukai berjadual (PCB), selain menetapkan supaya institusi itu memberikan maklumat terperinci mengenai produk pembiayaan dimohon.

Profesor Perakaunan dan Keusahawanan, Sekolah Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof Dr Barjoyai Bardai pula mengalu-alukan garis panduan baru yang mengelak pengguna ‘terjerat’ dalam tawaran pembiayaan institusi kewangan yang membebankan pengguna.

Katanya, kini ramai mendapat pembiayaan walaupun hakikatnya mereka tidak mempunyai aliran tunai banyak atau lebihan kewangan bagi membayar balik pinjaman.

“Keadaan itu bukan hanya ‘menjerat’ peminjam kerana terpaksa membayar faedah yang tinggi jika lewat membuat bayaran balik malah menyekat pengguna berbelanja mengikut kemampuan. Dengan adanya syarat lebih ketat ini, maka pengguna diajar menilai kemampuan diri sebelum berbelanja atau membuat pinjaman.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata garis panduan berkenaan juga mampu mengelakkan lebih ramai pengguna di negara ini berdepan risiko diisytihar muflis akibat tidak mampu membayar pinjaman.

Thursday, November 17, 2011

Pemaju Projek Terbengkalai Lakukan Kesalahan Jenayah Di Bawah Pindaan Akta

KUALA KUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Pemaju perumahan berlesen yang gagal menyempurnakan projek perumahan dan menyebabkannya terbengkalai akan dianggap sebagai melakukan satu kesalahan jenayah di bawah pindaan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966.

Jika disabit kesalahan, pemaju berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Perkara ini diperuntukkan dalam seksyen baru di bawah fasal 9 Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)(Pindaan) 2011.

Ia merupakan antara beberapa pindaan kepada peruntukan-peruntukan dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) yang bakal memberi jaminan dan hak lebih luas kepada para pembeli rumah dan mengelakkan projek terbengkalai.

Menurut rang undang-undang berkenaan, fasal 9 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 18A ke dalam Akta 118 bagi mengatasi masalah projek rumah terbengkalai serta hak mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemaju yang tidak bertanggungjawab.

Peruntukan ini terpakai kepada semua pemaju yang enggan meneruskan projek atau menangguhkan atau menggantung atau menghentikan untuk tempoh enam bulan atau lebih atau tempoh siap yang dipersetujui di dalam perjanjian jual beli.

Rang undang-undang berkenaan telah dibaca buat kali pertama oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung di Dewan Rakyat hari ini dan apabila diluluskan kelak akan dikenali sebagai Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)(Pindaan) 2011.

Selain itu, fasal 5 yang bertujuan menggantikan seksyen 8A Akta 118 di dalam rang undang-undang tersebut turut memberi hak kepada pembeli untuk menamatkan perjanjian jual beli sekiranya pihak pemaju perumahan enggan meneruskan projek selepas enam bulan perjanjian tersebut ditandatangani.

Rang Undang-undang itu juga bercadang memasukkan fasal 3, yang bertujuan meminda seksyen 6 Akta 118 yang memperuntukkan jumlah deposit bagi memperoleh satu lesen pemajuan perumahan dinaikkan daripada RM200,000 kepada tiga peratus daripada anggaran kos pembinaan.

Cadangan pindaan ini adalah untuk memastikan supaya hanya pemaju yang mempunyai keupayaan kewangan yang mencukupi dibenarkan mengusahakan projek perumahan.

Fasal 8 bertujuan meminda seksyen 16AD Akta 118 telah memperuntukkan untuk menaikkan penalti minimum ketidakpatuhan kepada award tribunal daripada RM10,000 kepada penalti maksimum RM50,000.

Selain itu fasal 6 yang bertujuan meminda subseksyen 16N (1) berkaitan dengan had bidang kuasa tribunal dan memberi kuasa lebih luas kepada tribunal untuk mendengar tuntutan daripada suatu perjanjian jual beli yang melibatkan seseorang pemaju perumahan tidak berlesen.

Cadangan fasal 10 pula bertujuan untuk meminda seksyen 24 untuk menaikkan penalti bagi mana-mana tindakan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peraturan daripada denda tidak melebihi RM20,000 kepada RM50,000.

– BERNAMA

Saturday, November 12, 2011

BNM: OPR kekal 3 peratus

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus di tengah-tengah momentum pertumbuhan global yang sederhana.

“Petunjuk terbaharu menunjukkan momentum pertumbuhan global menjadi sederhana sejak beberapa bulan lepas.

“Aktiviti ekonomi di ekonomi maju menerima kesan dari turun naik pasaran yang meningkat serta tahap keyakinan yang lebih rendah di tengah-tengah ketidakpastian.”

“Keadaan pasaran pekerja di beberapa ekonomi ini juga terus lemah,” kata BNM dalam kenyataan selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari hari ini.

BNM berkata, keadaan ini mungkin berterusan disebabkan oleh isu dasar yang penting masih belum selesai dan meningkatkan lagi risiko pertumbuhan global menjadi lebih rendah.

-UTUSAN MALAYSIA

Thursday, November 10, 2011

Berkongsi tips murah rezeki..

tips pertama
- Bangun pagi, dan jangan tidur selepas subuh. Mengikut kajian sains, udara waktu pagi mengandungi paling banyak oksigen. Sebab tu bila kita sedut, udaranya segar dan best. Baik untuk otak dan badan kita. Katanya, kadar oksigen dalam udara waktu pagi yang tinggi tu, bila disedut akan membantu badan kita menyahtoksid (detoksid) kandungan racun dalam badan. Wow, ini tips yang bagus dan mudah.

Bangun pagi-pagi, sedut udara pagi sambil tunggu solat subuh, atau selepas solat subuh sambil buat senaman ringan. Menarik dan mudah bukan. Lepas tu, kalau boleh, sebelum zohor atau dalam pukul 12 tengahari gitu, tidur la sekejap (nap) untuk dapatkan semula kesegaran. Ustaz Dr. Zahazan kata - Sabda Rasulullah SAW; "Lakukanlah qailulah (tidur sebentar di siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah." (Riwayat al-Tabrani)".


Tips kedua
- Tunaikan solat sunat Dhuha 2 rakaat setiap pagi (dalam pukul 8 pagi ke atas dan sebelum pukul 11.30 pagi dah boleh buat). Ini tips sempoi dan mudah. Ada hadis dari Bukhari dan Muslim berbunyi "Kekasihku Rasulullah s.a.w berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya iaitu: supaya aku tidak tidur (malam) selepas menunaikan solat sunat witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakat solat sunat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan".Solat Dhuha ni macam ganti kepada tanggungjawab kita bersedekah pada sendi-sendi dan anggota badan kita setiap hari. Sudah tentu bila kita banyak bersedekah, banyak juga ganjaran pahala dan murah rezeki yang insyaAllah akan kita dapat. Kalau yang bekerja tu, maybe dah masuk pejabat, waktu rehat pukul 10 pagi tu,
boleh ke surau sekejap untuk tunaikan solat sunat dhuha.

Puasa sunat pulak, boleh pilih mana-mana hari dalam sebulan. Nak mudah puasa je hari Isnin dan Khamis, ataupun puasa setiap hari khamis, dah dapat 4 kali sebulan. Sunat witir pulak, sebelum tidur ataupun bila dah terjaga waktu malam, tunaikan 1 rakaat, 3 rakaat atau seterusnya dalam gandaan ganjil, ikut mana yang termampu. Dah complete wasiat Nabi s.a.w untuk kita sama-sama amalkan.

Tips terakhir
- Buat baik kepada kedua ibu-bapa (bagi yang masih hidup) atau pun anak-anak yatim.
Sesungguhnya, terlalu besar ganjaran dan pahala bila kita dapat membahagiakan hati kedua-dua ibu-bapa kita dan anak-anak yatim. Caranya macam-macam, ada tu tak perlukan wang ringgit atau modal yang banyak pun. Cukup sekadar kita telefon setiap pagi atau bila ada masa terluang, untuk bertanya khabar berita tentang kesihatan mereka, berceloteh dan apa-apa saja yang boleh buat mereka happy. InsyaAllah, bila kita mintak mereka doakan kerja kita agar dapat kejayaan dan berkat, doa tu makbul. Mungkin juga kejayaan yang kita kecapi selama ni pun berkat doa ibu ayah kita pada Allah.

OK tuan-tuan dan puan-puan, jom kita sama-sama cuba buat tips-tips murah rezeki kat atas. Bagi yang dah lama amalkan, alhamdulillah, teruskan mudah-mudahan usaha dan kerja kita beroleh keberkatan dan ganjaran berlipat ganda. Kalau ada lagi tips-tips lain yang bagus, boleh kongsi-kongsikan kat sini supaya kita sama-sama dapat manfaatnya.

* Team Rahsiarumah

Monday, October 31, 2011

Monday, October 24, 2011

Nilai jualan hartanah boleh meningkat?

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Nilai jualan hartanah di negara ini mampu bertambah RM20 bilion lagi jika peratusan pembelian kediaman mewah oleh pembeli asing meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Property Incorporated (MPI), Kumar Tharmalingam berkata, laporan Pasaran Hartanah Malaysia bagi tahun 2010 menunjukkan, nilai transaksi hartanah negara tahun lalu berjumlah RM107.44 bilion di mana lebih daripada 11 peratus melibatkan pembeli asing.

Berdasarkan pecahan pembelian itu, sembilan peratus merupakan pembelian hartanah komersial manakala dua peratus lagi berbentuk kediaman mewah. Manakala 89 peratus lagi adalah pembelian di kalangan rakyat tempatan

"Kini terdapat pemaju hartanah tempatan memberi tumpuan kepada pembinaan kediaman mewah. Jika jualan kediaman ini meningkat daripada dua kepada lima peratus, negara sudah mampu menjana tambahan pendapatan sehingga RM20 bilion.

"MPI berusaha untuk mempromosi sektor hartanah negara ke luar negara, kami turut menempatkan wakil kami di beberapa agensi kerajaan di luar negara bagi tujuan ini," katanya di sini baru-baru ini.

Kumar bagaimanapun menjelaskan, pembelian hartanah oleh warga asing tersebut hanya perlu khusus kepada kediaman mewah berharga melebihi sejuta ringgit agar tidak menjejaskan hak serta peluang rakyat tempatan.

Kata beliau lagi, sektor hartanah di Malaysia ini kurang didedahkan kepada pasaran antarabangsa menjadi sebab mengapa pembelian oleh warga asing rendah berbanding negara jiran seperti Singapura.

Menurutnya, sektor ini memberi kelebihan kerana setiap pembangunan dan pembelian akan melibatkan pelbagai industri lain seperti kewangan perkhidmatan sekali gus menjana pendapatan negara.

Dalam pada itu katanya, kebelakangan ini negara semakin mendapat perhatian oleh kumpulan pelabur asing kerana tanah yang luas serta murah berbanding negara sekitar.

"Banyak syarikat yang berpusat di Timur Tengah berhasrat membuka kilang di sini kerana berhampiran dengan pasaran utama seperti China, India serta Singapura," ujarnya.

Utusan Malaysia : Oleh AHMAD FADZIL ZAINOL ARIFFIN

Tuesday, October 18, 2011

Pinjaman rumah perlu lebih fleksibel

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pemaju hartanah, Allstones Group Asia Sdn. Bhd. meminta industri perbankan melihat kepada langkah-langkah pemberian pinjaman yang lebih fleksibel dan mesra bagi memastikan Skim Rumah Pertamaku berjaya.

Pengerusinya, KH Sim dalam satu kenyataan di sini berkata, institusi kewangan mungkin boleh mempertimbangkan penawaran faedah perkhidmatan pinjaman perumahan berbanding kaedah pembayaran ansuran yang diamalkan ketika ini.

Menurut beliau, skim tersebut merupakan satu inisiatif yang baik daripada kerajaan yang mana ia telah diperluaskan kepada rumah yang berharga maksimum RM400,000 berbanding RM200,000 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia terhad kepada pembeli yang mempunyai pendapatan kurang RM3,000 sebulan yang mana pada dasarnya tidak layak untuk membeli rumah yang berharga sekitar RM300,000 hingga RM400,000.

" Inisiatif kerajaan ini adalah baik malah banyak pemaju-pemaju utama dijangka melancarkan rumah pada harga RM300,000 sehingga RM400,000 tetapi sayangnya, dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan, pembeli-pembeli masih belum berkelayakan untuk memiliki rumah pada harga itu.

" Jika golongan muda benar-benar mendapat manfaat daripada inisiatif ini, bank seharusnya mempertimbangkan untuk menawarkan faedah perkhidmatan pinjaman perumahan sahaja, ditambah dengan pelunasan secara sedikit demi sedikit mengikut peningkatan pendapatan pembeli berbanding apa yang diamalkan ketika ini iaitu pembayaran secara ansuran dan prinsipal bulanan," katanya,

Jelas Sim, jika kadar faedah perkhidmatan pinjaman perumahan ditawarkan, contohnya pada kadar lima peratus setahun bagi pinjaman RM200,000, pembeli hanya perlu membayar kira-kira RM917 sebulan.

Ia sekali gus membolehkan lebih ramai penduduk negara ini mampu membeli rumah yang lebih mahal dengan kemudahan-kemudahan pengangkutan awam sedia ada ataupun yang masih di dalam perancangan yang lebih dekat.

"Bank sepatutnya memperkenalkan faedah perkhidmatan ini hanya kepada pembeli pertama kali ataupun yang berpendapatan rendah berbanding kaedah yang diamalkan ketika ini, malah banyak negara sudah mengamalkan cara ini termasuklah Australia," katanya.

- Utusan Malaysia.

Tuesday, October 11, 2011

Ketagih Facebook

Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.

Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB.

“Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya.

Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.

Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan.

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

- BERITA HARIAN

Monday, October 10, 2011

Kenaikan gaji SBPA buget 2012

Mengikut kenaikan gaji tahunan SBPA,ini adalah jumlah kenaikan tahunan mengikut gred.

GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320

- Penjawat awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320, disamping mewujudkan lebih banyak mata gaji.

- Bonus setengan bulan gaji atau minimum RM 500,manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500.

Saturday, October 8, 2011

Intipati Buget 2012

* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.

* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.

* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaranfaedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan.

* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.

* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukaipendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.

* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.

* KDNK diunjur berkembang lima hingga enam peratus pada 2012.

* Sejumlah RM232.8 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan semua rancanganpembangunan kerajaan.

* Pendapatan kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM186.9 bilion pada 2012berbanding RM183.4 bilion pada 2011.

* Defisit belanjawan dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNKberbanding 5.4 peratus pada 2011.

* Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa pada2012, merangkumi perkhidmatan hospital swasta, perkhidmatan pakar perubatan danpergigian, arkitek, kejuruteraan, perakaunan dan percukaian, perundangan,perkhidmatan kurier, perkhidmatan pendidikan dan latihan serta perkhidmatantelekomunikasi.

* Inisiatif ini akan membolehkan hak pegangan ekuiti asing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.

*"Rolling plan" kedua akan diperuntukkan RM98.4 bilion dengan RM49.2 bilionmasing-masing untuk 2012 dan 2013.

* Valuecap Sdn Bhd akan menyediakan RM200 juta sebagai dana permulaan bagi Dana Dagangan Bursa yang mematuhi Syariah.

* Felda Global Ventures Holding akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 bagi mengumpulkan dana untuk menjadi sebuah syarikat berstatuskonglomerat global.

* Kerajaan akan memberikan kadar cukai konsesi 10 peratus ke atas dividenpelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam amanah pelaburanhartanah bagi lima tahun dari 2012 hingga 2016.

* Satu skim Dana Pembiayaan PKS yang mematuhi Syariah berjumlah RM2 bilionakan dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih pada 2012.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi SME Revitalisation Fund yangakan diuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari 2012.

* Kerajaan akan menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta untukmembantu PKS yang terlibat dengan bencana alam.

* Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi kereta hibrid dankereta elektrik dilanjutkan sehingga 2013.

* Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkandengan peruntukan RM420 juta.

* Kerajaan mencadangkan pengusaha hotel di Semenanjung Malaysia yang melaburdalam hotel empat dan lima bintang baharu, diberikan galakan taraf Perintisdengan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan 60peratus bagi tempoh lima tahun.

* Kadar cukai keuntungan harta tanah akan dikaji semula.

* Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh Syariahberjumlah RM500 juta pada kadar keuntungan yang menarik.

* Kerajaan mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberi galakanTaraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selamalima tahun.

* Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektorpertanian.

* Kerajaan mencadangkan menaikkan had harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku daripada maksimum RM220,000 kepada RM400,000 bermula Januari 2012.

* Di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sejumlah 7,700 rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja pada 2012.

* Pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah di bawah PR1MA.

* RM443 juta diperuntukkan bagi pembinaan 8,000 unit untuk jualan dan 7,000unit untuk disewa di bawah Program Perumahan Rakyat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000 unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. Setiap rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan kerajaan memberi subsidi baki RM20,000.

* RM40 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai.

* Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Peserta boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

* MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta pengambilalihan syarikat berasaskankonsep "Management Buyout".

* Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

* Kerajaan mencadangkan peruntukan bagi TEKUN dinaikkan kepada RM300 juta.

* Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion bagi pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita. Daripada jumlah ini, RM100 juta disediakan untuk usahawan India Malaysia dan RM100 juta lagi bagi usahawan Cina.

* Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem bagi surat cara perjanjianpembiayaan mikro kredit.

* MyCreative Venture Capital akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM200 juta.

* RM200 juta diperuntukkan bagi latihan dan kemahiran belia menerusi Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY1Malaysia).

* Kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai.

* RM50 juta diperuntukkan untuk membina kemudahan padang tiruan yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara.

* Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM30 juta untuk mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya di kejohanan sukan peringkat antarabangsa.

* Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), selain menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.

* Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

* Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

* Mulai tahun 2013, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2 peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

* Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

- BERNAMA

Friday, October 7, 2011

Konvokesyen KIST di TTI Terengganu 7-8 okt 2011

Terima kasih kepada penginap rumah rehat Pak deen sempena hari konvokesyen KIST di terengganu. Ramai dari Kota Baru Kelantan datang ke kuala terengganu. Tahniah kepada semua penerima sijil dan diploma serta anugerah masing masing.

Thursday, August 25, 2011

Merdeka dirai Syawal dihayati



"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Kepada semua muslimin dan muslimat khasnya kepada pelanggan RUMAH REHAT PAK DEEN yang telah/pernah bermalam atau menginap rumah rehat Pak deen dan juga yang bakal/akan menginap rumah rehat Pak deen. Semoga tahun ini bertambah ceria menyambut Hari Raya 1432 Hijrah/2011 Masihi.


Thursday, August 18, 2011

Sunday, August 14, 2011

Majlis berbuka Puasa di TTI - Taman Tamadun Islam

Pada 10.8.2011 beberapa hari lepas saya menghadiri majlis berbuka puasa yang ditaja oleh pejabat tempat pak deen kerja. Terima kasih kepada pihak pengurusan kerana tahun ini sekali lagi menaja majlis tersebut untuk kakitangan serta anak isteri. Selepas saja berbuka dan makan..Solat magrib di Masjid Kristal.




Monday, August 8, 2011

Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas.

Sekadar sama-sama Kongsi dari petikan JUTAWANEMAS.COM untuk yang nak beli Emas untuk RAYA 2011.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat berpuasa. Semoga puasa tahun ini akan memberikan kebahagian kepada anda semua. Amin.

Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.

Ini merupakan soalan favourite yang selalu saya terima sepanjang memberikan seminar pelaburan emas.

Pelaburan emas melalui barang kemas.
Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan yang emas yang menguntungkan?”

Saya akan menjawab:

“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).

Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik.

Jika anda pandai memilih barang kemas, maka anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.

Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai 3 perkara iaitu:

1. Apakah kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas.
2. Apakah kelemahan pelaburan emas melalui barang kemas
3. Tips bagaimana memaksimakan keuntungan melalui barang kemas.

Kelebihan barang kemas.
Berikut adalah senarai kelebihan membeli & memiliki barang kemas.

1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya
2. Kelebihan dari segi zakat emas (sila klik sini untuk topik zakat emas)
3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal
4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya
5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).

Kelemahan barang kemas.
Berikut adalah kelemahan-kelemahan barang kemas.

1. Harganya mahal jika anda beli di kedai emas yang ikut harga FGJAM (ada kedai emas yang boleh jual emas di bawah harga FGJAM).

2. Ada kos workmanship (upah tukang). Upah ini pula bergantung kepada design barang kemas tersebut. Semakin sukar bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.

3. Susut nilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%)

4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek). Dah ler tak boleh nak pakai, simpan kena zakat. Kalau tolak kat kedai kena tolak susutnilai 25%.

5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau ada batu permata
(sebab tak boleh timbang dengan densimeter)

6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada
banyak batu permata sebab nilai belian cuma dikira berdasarkan berat emas
Jadi, sebagai pelabur yang bijak, anda perlu memilih barang kemas yang boleh memberikan keuntungan dan manfaat yang maksimum kepada anda.

Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan barang kemas?
Baiklah, di sini saya ingin berkongsi 6 tips dengan anda semua, cara-cara memaksimakan keuntungan dengan barang kemas. Jadi sebelum anda membeli barang kemas ikutilah panduan ini.

Tips 1: Survey samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my)
Huraian: Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun bila anda tanya betul-betul diorang boleh kasik harga lebih murah.

Tips 2: Survey kos workmanship untuk design kesukaan anda di 3-4 kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah.

Huraian: Katakan anda sukakan sesuatu design (contohnya buah loket dibawah), tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang (workmanship) untuk design tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang antara satu kedai dan kedai lain adalah jauh berbeza walaupun design adalah sama (sehingga 100% perbezaan). Jadi, kalau kos upah lebih murah maka anda akan lebih jimat. Anda boleh tawar menawar upah tukang
Tips 3: Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas.

Huraian: Gred emas biasa untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).

Tips 4: Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.

Huraian: Kalau anda membeli barang kemas untuk pemakaian sehari-hari, belilah barang kemas yang tahan lasak (lebih tebal dan kasar). Jika anda membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah. Bila berlaku kerosakan ini, maka barang kemas tu tak boleh pakai lagi. Hati anda sudah tak ceria lagi Nanti terpaksa trade-in kat kedai emas dan kena potong susutnilai 25%.

Satu lagi kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok kerana boleh mendapat pinjaman daripada ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas sebenar. Kalau barang kemas nipis, kekadang bila ditimbang dengan mesin densimeter akan dapat gred yang lebih rendah seperti 20k ke 18k (walaupun sebenarnya emas tersebut 22k).

Tips 5: Pilih design yang takder batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas dibawah gred 916 dan ada batu permata.

Huraian: Untuk memaksimakan keuntungan, beli barang kemas yang tidak ada batu permata. Ini kerana batu permata mempunyai 2 kekurangan:

a) Akan ada masalah bila nak gadaikan di Ar-Rahnu sebab mesin densimeter tak boleh timbang dengan tepat.
b) Bila anda jual balik kedai tak kira berat batu permata. Diorang ambil nilai emas sahaja

Tips 6: Pilih kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi.

Huraian: Walaupun susutnilai standard di kedai emas adalah 25%, namun tak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan “adakah mereka boleh mengambil balik emas yang mereka jual dengan nilai yang lebih tinggi? Mungkin anda mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan (resit asal perlu disertakan semasa menjual balik).

Kesimpulan.
Emas adalah aset. Walaupun di dalam bentuk barang kemas, ia boleh menguntungkan anda. Namun harus diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum membeli barang kemas.

Jika anda membeli barang kemas dengan betul maka anda boleh mendapat keuntungan dan manfaat yang maksimum. Namun jika anda tersalah langkah maka anda boleh rugi banyak.

Jadi, setelah membaca tips-tips diatas saya berharap anda boleh membeli barang kemas yang terbaik.

Untuk rujukan sila ke JUTAWANEMAS.COM

Thursday, August 4, 2011

Adab Berpuasa dan Solat Terawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

- Sumber dari NAZMI AIDARUS-Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Wednesday, August 3, 2011

Pasaran hartanah hadapi 'gelembung'

Utusan Malaysia 3hb Ogos 2011

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Pasaran hartanah di Asia Pasifik termasuk Malaysia kini berdepan dengan masalah gelembung atau peningkatan tinggi harga hartanah tetapi belum berada di tahap yang membimbangkan

Menurut Pengarah Jualan Runcit, Divisyen Pengurusan Dana AmInvestment Bank Group, Ng Chze How, gelembung tersebut tidak akan pecah untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun akan datang.

''Antara faktor yang menyebabkan gelembung itu tidak membimbangkan adalah keadaan pinjaman keseluruhan masih baik serta tahap kecairan yang tinggi.

''Selain itu, kedudukan pinjaman tidak berbayar (NPL) di negara-negara Asia Pasifik juga adalah sihat dan sekiranya terdapat tanda gelembung itu akan pecah kerajaan akan mengambil langkah pantas untuk meredakan keadaan.

''Sebagai contoh, apa yang dilakukan kerajaan kita apabila memperkenalkan beberapa peraturan baharu terutama bagi mereka yang ingin memiliki rumah kedua,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran AmAsia Pacific REITs di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen Pengurusan Dana, Datin Maznah Mahbob dan Ketua Pegawai Pelaburan Ekuiti, Andrew Wong Yoke Leong.

Tambah Chze How, walaupun terdapat gelembung hartanah yang kecil itu, tetapi ia tidak melibatkan pelaburan amanah pelaburan hartanah (REIT) yang dilakukan AmInvestment Bank melalui AmAsia Pacific REITs.

Terdahulu, AmMutual melancarkan dana hartanah pertama di Malaysia yang melabur hanya dalam REIT.

Dana tersebut akan melabur dalam REIT yang tersenarai di rantau Asia Pasifik yang menawarkan pilihan kepada pelabur untuk mengakses sektor hartanah.

Maznah berkata, dana tersebut menawarkan peluang kepada pelabur-pelabur untuk mempelbagaikan daripada saham dan bon, oleh itu mengurangkan risiko portfolio keseluruhan pelaburan.

''REIT melalui pendapatan sewa dalam pelaburan hartanah, memberi mereka sumber pendapatan berpotensi.

''Sepanjang lima tahun lalu, prestasi REIT Asia telah mencecah lebih daripada tiga kali ganda berbanding REIT global iaitu 46.2 peratus dan 14.4 peratus,'' jelasnya.

Beliau berkata, harga hartanah Asia terpilih masih belum mencapai puncak dan terdapat ruang untuk pertumbuhan berpotensi, dengan tekanan inflasi semasa, hartanah dilihat sebagai lindung nilai baik.

Saiz dana yang dibenarkan bagi AmAsia Pacific REITs adalah 200 juta unit dengan harga tawaran awam permulaan RM0.50 seunit dan tempoh tawaran akan berakhir pada 7 Ogos ini.

Pelaburan minimum untuk rakyat Malaysia adalah sebanyak RM1,000 manakala pelaburan tambahan adalah sekurang-kurangnya sebanyak RM500.

Denominasi dana ini adalah dalam Ringgit Malaysia, tetapi ia boleh dibeli dalam mata wang lain seperti dolar Singapura dan Amerika Syarikat.

Setakat ini, sebanyak 20 peratus dana tersebut telah dijual kepada umum.

Monday, August 1, 2011

Jutawan di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah tahun ini dapat lagi dengan izinNYA berpuasa Ramadhan. Moga moga tahun ini dapat mengumpul seberapa banyak PAHALA dan IBADAH untuk menjadi JUTAWAN PAHALA AMAL IBADAT untuk dibawa bekal bila bertemu empunya cipta dunia ini. Betapa rasa kerdilnya dan bersyukur sangat apa yang dianugerahkan oleh Allah. Anugerah yang tak ternilai dan kurang sedar ialah anugerah KESIHATAN DIMANA DENGAN KESIHATANLAH KITA MASIH BOLEH MELAKUKAN APA JUA KERJA YANG INGIN KITA LAKUKAN. Nikmat kesihatan lah yang jarang jarang kita kenang dan kadang kadang kita lupa terus.

Sementara kesihatan masih diberi Allah ini..kita sama sama merebut peluang beramal ibadah dalam bulan puasa ini dengan banyak membaca Alquran,rajin solat terawih,sedekah,tidak bercakap perkara tak elok dan sebagainya supaya kita mengumpul sebanyak mungkin PAHALA untuk menjadi kita JUTAWAN AMAL IBADAT.

Wednesday, July 27, 2011

mencari seorang rakan sewa serumah-lelaki

Memerlukan rakan sewa serumah lelaki. Rumah ada 2 bilik, sewa sekarang Rm330.00 kongsi jadi RM165.00 seorang. Lokasi rumah di Taman Semarak Bukit Tunggal lepas jambatan sultan Mahmud. Taman tu simpang ke stadium tertutup Gong Badak dan airport KT. Rumah ditingkat atas.

Penyewa sekarang pegawai kerajaan. Setiap minggu balik kampung kerana anak isteri dikampung. Rumah ni sebagai transit waktu bertugas sahaja,

Friday, July 22, 2011

Satu bilik untuk penyewa perempuan diTaman Melor.

Memerlukan SEGERA penyewa bilik untuk 2 orang perempuan rumah di Taman Melor Wakaf Tengah Kuala terengganu. Taman di belakang stesen minyak petronas Wakaf Tengah Kuala terengganu. Penyewa boleh masuk sekarang atau bila nak masuk. Bilik ada katil dan tilam serta kipas. Rumah berkongsi dengan pelajar Institut Perguruan Batu Rakit.

Sewa sebilik RM200 sahaja jika 2 orang kongsi cuma RM100 seorang sahaja. Lokasi dekat dengan Institut Perguruan (0.5km), Universiti Sultan Zainal Abidin kampus Gong Badak cuma 3km sahaja, Universiti Malaysia Terengganu 3km juga.

CEPAT SIAPA CEPAT DIA DAPAT.

Monday, July 18, 2011

Ke Arah mencapai kebebasan kewangan

Pernah dengar tentang kebebasan kewangan?. Pelbagai taksiran yang dikaitkan untuk menggambarkan apa itu bebas kewangan. Antara perkara diberikan ialah seseorang itu mampu beli apa saja yang dihajati, benar benar bebas hutang dan banyak wang. Tak mahu bebas kewangan?. Takkan kita tak ingin berhenti kerja (kalau yang makan gaji) dan bersara awal kalau boleh. Kan anda datang kerja kerana nakkan wang dan gaji bukan saja saja datang kerja suka suka je. Kerana kita yakin kita dapat upah yang menyebabkan kita hadir kerja. Kalau tak, tak ingin kita datang kerja. Maka salah satu cara kita kena bersedia dengan pendapatan PASIF. Wang masuk walaupun kita tinggal dirumah. Jawapannya ialah Pelaburan Hartanah. Beli rumah bagi sewa...simpan empat atau lima tahun ..harga rumah naik daripada harga belian..kita jual dapat untung..Nak beli rumah kalau ada ilmu tak susah mana pun..wang tak banyak dapat beli juga...dengan syarat tuntut ilmu dahulu dari yang telah buat dalan bidang tersebutatau sumber pembacaan dari buku atau ebook atau blog-blog hartanah..insyaallah boleh beli walaupun tiada wang yang banyak...

Wednesday, July 13, 2011

Renungan hari ini Pelaburan Hartanah

kongsikan
berkenaan pelaburan hartanah.

PERTAMA, pelaburan hartanah mampu menjana kekayaan secara perlahan, kukuh dan
pasti.
Jika anda kaji jutawan-jutawan di seluruh dunia, majoritinya adalah jutawan dalam sektor
hartanah. Contoh, Donald Trump, Robert Kiyosaki dan Barbara Corcoran di Amerika
Syarikat. Di Malaysia pula, adalah seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, mendiang Tan
Sri Loh Bon Siew dan Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Bin Abu Bakar (MK Land).

KEDUA, ia mampu menawarkan pendapatan aliran pelbagai (multiple source of income)
melalui pendapatan sewa setiap bulan dan/atau peningkatan modal dari tahun ke tahun.
Bermakna, anda untung 2 dalam 1.

Tuesday, July 12, 2011

Nurul Badzlin juara tilawah

WAKAF TENGAH – Kecil-kecil cili padi. Itu yang dapat digambarkan kepada Johan Pertandingan Tilawah al-Quran kategori perempuan sekali gus merangkul johan keseluruhan pertandingan.

Pemenang, Nurul Badzlin Basirah Azhari, 11 mula mendalami kitab suci itu sejak usia lima tahun di rumah tok gurunya di Taman Perumahan Wakaf Tengah (TPWT), yang dikenal sebagai Ustazah Diyanah lepas waktu Subuh.

“Tahun lepas saya sudah memasuki pertandingan ini, tetapi tidak mendapat sebarang hadiah, dan nasib saya baik apabila kali ini berjaya mengalahkan 23 lagi peserta lain yang turut serta dalam pertandingan ini.

“Walaupun ini kejayaan pertama, saya akan terus mendalami kitab suci untuk mendapat kefahaman yang lebih mendalam,” katanya pada Majlis Tilawah al-Quran TPWT 12 tahun ke bawah Peringkat Zon Pantai Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh kali ketiga di Dewan Orang Ramai TPWT, di sini.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan yang diperoleh, malah akan melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

Sementara itu, ibunya, Hasnida Mamat, 37 berkata, sebagai ibu, dia turut mengajar Nurul Badzlin Basirah mengaji al-Quran di rumah.

“Pengamatan dalam kitab suci ini perlu diberi penekanan kerana hanya dengan ilmu agama yang kukuh sahaja dapat me-ngelak anak daripada terjebak dengan gejala negatif,” katanya.

35 juta penduduk tahun 2020

KUALA LUMPUR - Populasi Malaysia dijangka mencecah 35 juta orang menjelang tahun 2020, jika mengambil kira trend keluarga nukleus generasi kini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Kita tidak menetapkan sebarang sasaran. Namun, berdasarkan kadar dan trend pada masa ini, yang menyaksikan unit keluarga lebih kecil (berbanding generasi sebelumnya), kita sepatutnya mencecah jumlah 35 juta orang menjelang 2020,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kependudukan Antara­bangsa 2011 di sini semalam.

Populasi Malaysia kini seramai 27 juta orang.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata ketika ini, sebanyak 9.9 peratus daripada populasi Malaysia berusia 60 tahun ke atas, dan jumlah ini akan meningkat kepada 15 peratus menjelang 2030.

Shahrizat berkata, sebagai persediaan awal bagi berdepan situasi ‘negara menua’, kementerian akan mengemukakan kertas cadangan berhubung perkara itu dalam tempoh sebulan kepada Kabinet.

“Kita hendak membuat perancangan strategik bagaimana kita boleh menggunakan warga emas sebagai sumber kepada pembangunan negara. Mereka patut dilihat sebagai sumber, dan bukan beban,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Shahrizat berkata bagi menangani keperluan warga emas yang semakin meningkat, kerajaan meluluskan Dasar Warga Tua dan Pelan Tindakan berkaitan pada Januari lepas.

Beliau berkata, antara lain, pelan tindakan itu menyebut negara memerlukan 700 pakar geriatrik menjelang 2020. Ketika ini, terdapat hanya 21 pakar geriatrik di negara ini.

“Sebagai kerajaan bertanggungjawab, kita juga kini sedang meneliti opsyen program keselamatan sosial lebih komprehensif bagi golongan tua dan mereka yang menderita akibat pengangguran, penyakit serta ketidakupayaan," katanya. - Bernama

Monday, July 11, 2011

BNM Naikkan OPR Dan SRR Kepada 3 % kuatkuasa 16 Mei lalu

Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus, berkuat kuasa serta merta, manakala Keperluan Rizab Berkanun (SRR), akan dinaikkan daripada 2.00 peratus kepada 3.00 peratus, berkuat kuasa 16 Mei.

Kadar lantai dan siling koridor bagi OPR juga meningkat masing-masing kepada 2.75 peratus dan 3.25 peratus, demikian menurut bank pusat dalam satu kenyataan Khamis.

BNM berkata pemulihan ekonomi global berterusan pada suku pertama tahun ini tetapi pertumbuhan tidak seimbang di seluruh rantau.

Pertumbuhan di ekonomi maju, semasa tempoh berkenaan, kekal sederhana.

Di rantau ini, meskipun sederhana, pertumbuhan kekal kukuh, disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang kukuh.

Bagaimanapun, inflasi global meningkat dengan kenaikan harga tenaga dan komoditi. Di beberapa negara, tekanan menaik terhadap inflasi disebabkan oleh keadaan permintaan domestik

Menurut BNM, walaupun pemulihan dunia dijangka berterusan, pada masa depan, risiko yang menunjukkan penurunan meningkat, bertambah daripada kemungkinan harga tenaga dan komoditi yang lebih tinggi, gangguan bekalan susulan perkembangan di Jepun dan peningkatan ketidaktentuan dalam aliran modal ke ekonomi-ekonomi baru muncul.

Bagi ekonomi dalam negara, petunjuk terkini menunjukkan pengukuhan berterusan pelaburan swasta dan perbelanjaan penggunaan swasta mampan pada suku pertama.

Prestasi eksport juga bertambah baik disokong oleh permintaan serantau.

Mengenai masa depan, BNM berkata penilaian bagi ekonomi Malaysia kekal kukuh dengan laluan pertumbuhan teguh dan pertumbuhan pulih secara beransur-ansur.

Menurut kenyataan itu, pertumbuhan akan disokong oleh pengembangan kukuh permintaan domestik, dan keadaan pekerjaan yang mampan dan pertumbuhan pendapatan dijangka menyediakan sokongan kepada penggunaan persendirian, manakala pelaburan swasta diunjur mengukuh dalam persekitaran pelabur yang bertambah baik.

Perkembangan di Jepun dijangka memberi kesan yang terhad terhadap keseluruhan ekonomi domestik, kata bank pusat dan menambah bahawa prospek positif bagi rantau ini dan permintaan kukuh bagi komoditi akan terus menyokong ekonomi Malaysia.

BNM berkata inflasi domestik terus meningkat, naik kepada tiga peratus pada Mac kepada purata 2.8 peratus pada suku pertama 2011, terutamanya disebabkan oleh harga bahan api dan makanan yang lebih tinggi.

Penilaian adalah bahawa faktor bekalan akan terus menjadi penentu utama yang mempengaruhi harga pengguna. Harga tenaga dan komoditi global diunjur kekal meningkat semasa tahun berkenaan, dengan inflasi rakan dagang utama juga diunjur terus naik, katanya.

Bank pusat juga berkata yang beberapa petunjuk faktor permintaan domestik boleh memberi tekanan menaik terhadap harga pada separuh kedua tahun - PETIKAN BERNAMA.

Sunday, July 10, 2011

Maksud Homestay

Program Homestay Malaysia telah dilancarkan pada tahun 1995 di Temerloh,
Pahang oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Program
ini merupakan sebuah inisiatif di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar yang
bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar di dalam sektor
pelancongan.

Homestay adalah merupakan satu bentuk pengalaman di mana pelancong tinggal
bersama keluarga tuan rumah pengusaha homestay yang telah berdaftar dengan
Kementerian Pelancongan. Para pelancong berpeluang untuk berinteraksi serta
mengalami gaya hidup seharian masyarakat kampung dan kebudayaan mereka.
Konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah lebih kepada produk
pelancongan lifestyle atau yang berunsurkan pengalaman.
Objektif utama pelaksanaan Program Homestay Malaysia adalah untuk memenuhi
kehendak dua kumpulan sasar iaitu:

(i) masyarakat kampung:

- berkongsi manfaat daripada sektor pelancongan kepada semua lapisan
masyarakat dengan menggalakkan penyertaan penduduk luar bandar di
dalam industri pelancongan;
- meningkatkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat kampung, di
mana kekayaan daripada industri pelancongan dapat dinikmati bersama
oleh semua lapisan masyarakat; dan
- melahirkan usahawan pelancongan di kalangan masyarakat desa.

(ii) para pelancong:

- menyediakan pengalaman unik kepada para pelancong yang berminat
untuk mengalami kehidupan serta kebudayaan masyarakat kampung;
dan mewujudkan produk pelancongan hospitaliti desa dengan harga yang
kompetitif dan bertaraf antarabangsa.

Program ini adalah berbeza dengan konsep kemudahan penginapan sederhana lain
seperti ‘bed & breakfast’ di mana tidak ada keluarga yang tinggal bersama dan sistem
pengurusannya adalah sepertimana pengurusan hotel biasa. Perkhidmatan Rumah Penginapan,Rumah Rehat,rumah tumpangan,rumah sewa bukan di namakan Homestay.

Thursday, July 7, 2011

Fikirkan sejenak

Pendapatan Aktif: kita bekerja,kita mendapat wang (makan gaji,kerja lebih masa), Kita tak bekerja kita tidak mendapat wang.

Pendapatan pasif: kita dapat wang setiap masa sama ada bekerja ataupun tidak ( contoh beli rumah disewakan).

Sekiranya anda bekerja untuk duit,anda memberi kuasa kepada majikan. Sekiranya wang bekerja untuk anda,anda yang berkuasa: Robert T.Kiyosaki.

Tinggalkan anak dan pasangan dalam kesenangan dan beriman,bertakwa lebih baik daripada tinggal mereka dalam keadaan meminta minta.

Bagaimana Untuk Mendapat Apa Yang Anda Inginkan Dengan Law of Attraction
by Raymond


Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapakah seseorang yang kurang pandai daripada anda, paras rupanya pun tak setanding anda, tak kreatif dan tak pandai bergaul tetapi mencapai banyak kejayaan.

Manakala, ANDA yang lebih bijak, lebih pandai, lebih kreatif, lebih cantik, lebih hensem, lebih pandai bergaul masih lagi bersusah payah mengejar impian anda.

Jawapannya terletak pada sesuatu yang kita semua miliki iaitu, MINDSET KITA.

Mindset kita merupakan satu sistem kepercayaan yang menentukan arah hidup ataupun kualiti hidup kita. Ia merupakan satu anugerah tuhan yang penting yang membolehkan kita mencipta masa depan kita sendiri.

Akan tetapi, ramai yang tidak tahu menggunakan anugerah ini dengan sebaik-baiknya.

Anda memerlukan mindset yang betul untuk mendapat apa yang anda inginkan. Mindset yang salah akan menghasilkan keputusan yang tidak diingini.

Jadi, apakah mindset yang betul?

Ia bergantung kepada apa yang anda inginkan. Salah satu cara yang baik untuk memastikan anda mempunyai mindset yang betul ialah, belajar mindset seseorang yang telah mendapat apa yang anda inginkan.

Jika anda ingin memulakan perniagaan sendiri, belajarlah daripada mereka yang sudah memiliki perniagaan yang menguntungkan. Berbual-bual dengan mereka dan anda akan dapat belajar banyak perkara.

Adakah mereka berasa cemas semasa membuat keputusan atau tenang? Bagaimanakah mereka melihat kegagalan? Adakah mereka berasa kecewa atau belajar daripada kegagalan dan bertindak dengan lebih agresif lagi?

Bagaimana pula minda mereka bekerja semasa mereka menghadapi soal kewangan? Adakah mereka merungut sahaja ataupun mencari jalan serta merta?

Adakah mereka takut akan persaingan, menumpaskan pesaing ataupun bekerjasama dengan pesaing?

Anda dapat belajar semua ini melalui perbualan dengan mereka, temuramah di TV, buku-buku, seminar dan sebagainya.

Langkah seterusnya …

Langkah seterusnya ialah menukar mindset serta kepercayaan anda. Selepas anda mengkaji mindset orang-orang yang berjaya, anda MESTI berfikir seperti mereka dan mempunyai kepercayaan yang sama dengan mereka. Jika anda kekal dengan mindset lama anda, anda akan mendapat apa yang anda selalu dapat.

Menurut Law of Attraction, anda mesti percaya, percaya dan terus percaya bahawa anda MESTI boleh mendapatkannya. Tiada ruang untuk keraguan. Anda mesti betul-betul percaya pada keinginan anda.

Perlukah saya mengambil tindakan?

Sudah tentu! Kuasa kepercayaan anda menguatkan lagi kuasa tindakan anda. Tindakan anda MESTIlah selari dengan keinginan anda. Jika anda ingin mempunyai keinginan untuk memiliki perniagaan sendiri, anda mempunyai mindset yang betul, tetapi setiap hari tengok TV je, adakah anda rasa anda akan berjaya? Jawapannya TIDAK!

Ambil tindakan hari ini juga dan lihatlah kesannya.

Selamat mencuba,

Raymond Chua

Wednesday, July 6, 2011

Medan terbaik dapatkan rumah idaman

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN

LELONG biasanya membawa konotasi negatif pada masyarakat negara ini. Apabila memperkatakan hal berkaitan dengan lelong ini ia sering dirujuk sebagai kehilangan harta yang dimiliki dengan cara yang kurang menyenangkan.

Tetapi mungkin ramai yang tidak sedar lelong itu juga sebenarnya merupakan satu peluang kepada pihak lain.

Apabila sesebuah rumah atau kereta milik seseorang itu dilelong ia sebenarnya membuka ruang kepada orang untuk memilikinya.

Kelebihan lelong ialah seseorang itu berupaya memiliki harta tersebut di bawah harga pasaran.

Malah ada yang menyertai lelong terutama yang membabitkan rumah dengan tujuan sebagai pelaburan.

Tetapi bagaimana sesuatu majlis lelong itu berlangsung? Tanggapan pertama ia mungkin kecoh dan riuh rendah dengan pelbagai gelagat pembeli yang mahukan hartanah di lokasi yang diidamkan.

Kesempatan menyertai majlis lelong yang dikendalikan oleh Ehsan Auctioneers Sdn. Bhd. yang terletak di Tingkat 20, Block C, Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur baru-baru itu memberikan pengetahuan baru tentang realiti aktiviti lelong.

Ketika memasuki kawasan bilik lelong, jangan terkejut dengan situasi di dalamnya yang agak meriah. Malah marah pembida pula seperti 'berperang' sesama sendiri untuk menawarkan harga terbaik.

Mana tidaknya, melihatkan gelagat orang ramai berlumba-lumba mengangkat padel (nombor yang tertera) bagi menawarkan harga yang mereka rasa mampu pasti akan membuatkan semua orang teruja.

Rumah lelong mampu dimiliki

Jika bernasib baik, rumah yang menjadi idaman pembida tidak diminati ramai maka sudah tentu peluang untuk mendapatkannya lebih tinggi.

Bagaimanapun, jika lokasi rumah tersebut strategik dan diminati ramai maka persaingan pasti sengit.

Setiap kali pembida mengangkat padel, maka nilainya akan naik sebanyak RM1,000 daripada harga asalnya.

Menariknya, harga terakhir rumah yang berjaya dibeli pemilik baru itu menjadi harga baru kepada rumah tersebut mengikut harga pasaran di kawasan itu.

Pengarah Urusannya, Abdul Hamid P.V Abdu berkata, proses lelongan itu amat mudah dan tidak mengambil masa yang panjang.

"Cara untuk mendaftar bagi menyertai majlis lelong juga amat mudah. Individu yang berminat hanya perlu membawa kad pengenalan dan bank draf sebanyak 10 hingga lima peratus daripada harga rizab rumah yang ingin dibeli," jelasnya.

Menurutnya, selepas mereka mendaftar di kaunter pendaftaran, pembida akan diberikan padel yang berbentuk kipas tangan.

Nombor pendaftaran pembida itu tertera atas padel tersebut dan pembida akan dipanggil menerusi nombor berkenaan.

Selepas itu, pembida akan duduk meneliti skrin yang menayangkan gambar dan harga rumah yang dilelong.

Dari situ, pembida akan mula tawar menawar dengan pembida lain yang berminat sehingga ke tahap maksimum.

Setiap sebuah rumah biasanya akan selesai dilelong dalam tempoh lima minit. Tetapi bahang dan cara pembida menaikkan bidaan mereka menjadikannya menarik untuk dilihat.

Pada masa sama peranan jurulelong juga turut memeriahkan suasana di samping dapat mengurangkan ketegangan di kalangan para pembida.

Komunikasi bijak jurulelong dengan pembida juga mampu menaikan harga yang ditawarkan.

Akhirnya pembida yang tampil dengan tawaran tertinggi untuk sesuatu hartanah yang dilelong akan menang.

Apabila seseorang tampil dengan harga terakhir dan tidak lagi di cabar oleh pembida lain, jurulelong akan membuat kiraan hingga tiga sebelum tukul diketuk sebagai tanda lelongan itu telah berjaya.

Abdul Hamid berkata, sebelum berdaftar, mereka yang berminat untuk menyertai majlis lelong boleh menghubungi syarikatnya terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah yang mereka minati.

"Semua maklumat mengenai rumah lelong boleh didapati dalam laman web kami seperti harga pasaran, hutang tidak berbayar, deposit dan cara-cara pembelian.

"Biasanya majlis lelong ini diadakan setiap minggu ke tiga dan keempat dalam setiap bulan. Pelbagai hartanah dilelong dari harga RM1,000 hingga yang bernilai lebih tinggi.

"Di Ehsan Auctioneers, pelbagai lapisan pelanggan datang. Kami juga menyediakan pelbagai lagi perkhidmatan seperti pinjaman, urusan peguam dan lain-lain," katanya.

Bagi mereka yang tidak berjaya, deposit bank draf tersebut akan dipulangkan.

Malah pembida boleh menggunakan deposit tersebut untuk lelongan kali kedua dan seterusnya sehingga berjaya mendapatkan rumah idaman.

Tambahnya, beliau menasihati kepada mana-mana individu yang berminat untuk memiliki rumah lelong perlu bijak memilih jenis rumah bergantung kepada kemampuan.

"Rumah yang dibeli walau kecil atau besar ia boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada pelaburan di masa hadapan.

"Sebab itu ramai individu berminat untuk mendapatkan rumah lelong untuk didiami ataupun sebagai pelaburan," ujarnya.

Sunday, July 3, 2011

Ada sebuah lagi kosong teres 3 bilik...harian/bulanan

Sapa sapa memerlukan rumah sewa harian atau bulanan...masih ada sebuah lagi untuk bulan julai 2011 ni. Siapa cepat dia dapat..Sewa bulanan ni RM750.00 rumah ada peralatan perabut penuh. Sewa hari RM130.00 2 hari 1 malam. Walau bagaimanapun harga boleh bincang mengikut keperluan dan penghuni dan juga tempuhnya. apa apa pun call dulu lah baru puas hati.

Sunday, June 26, 2011

Utusan Malaysia:Wahid kongsi kisah kejayaan

KUALA LUMPUR 25 Jun – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd. (Maybank), Datuk Seri Abdul Wahid Omar memukau lebih 100 pengunjung muda pada Hari Terbuka Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dengan cerita perjalanan hidupnya yang berasal daripada keluarga miskin.

Katanya, rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan dan kejayaan yang dikecapinya sekarang bermula dengan lima falsafah hidup yang dipegangnya selama ini.

Falsafah pertama, katanya adalah mendapatkan kerjaya yang disukai; kedua, bekerja keras di samping bekerja dengan bijak; ketiga, teruskan proses pembelajaran; keempat, menghargai kedua-dua ibu bapa dan terakhir memilih pasangan hidup yang tepat.

“Sejak kecil saya menggemari subjek matematik dan ia mendorong untuk saya menyertai dunia perbankan sehingga ke hari ini,” katanya pada sesi CEO bersama profesional muda di sini hari ini.

Hari Terbuka GLC 2011 yang julung kali dianjurkan berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula Jumaat lepas.

Abdul Wahid yang dilahirkan pada tahun 1964 berasal dari Kampung Tarom, Johor Bahru dan beliau merupakan anak kesembilan daripada 11 adik-beradik.

Beliau mendapat pendidikan sekolah menengah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Seremban, Negeri Sembilan dan seterusnya menyambung pengajian ke United Kingdom.

Bapanya hanya bekerja sebagai buruh yang juga bekas tentera British di Singapura, manakala ibunya mengambil upah menjahit pakaian di kampung.

Tambah Abdul Wahid, beliau sangat menghargai jasa kedua-dua ibu bapa dan sekarang, mereka tinggal bersama-samanya.

Thursday, June 23, 2011

Terima Kasih kpd Penyewa Keluar Hari ni 23hb Jun 2011.

Genap lebih kurang 6 bulan penyewa rumah taman permata di wakaf tengah Kuala Terengganu telah keluar dan telah pulang ke negeri sendiri(KL/Selangor).Mereka berdua suami isteri tinggal di rumah ni kerana si suami kursus/belajar selama 6 bulan di Ganu.
pak deen nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana menyewa rumah ni. Terima kasih lagi kerana keluar dengan sempurna bersih macam mula masuk awal - awal dulu.

Bersyukur bila dapat penyewa yang pandai jaga rumah orang macam rumah sendiri. kita sebagai tuan rumah..bila penyewa keluar dengan bersih dan teratur,,..kita ingat sampai bila-bila ..kebaikannya,,begitu juga kalau penyewa yang keluar.. tinggal kotor.. ingat juga..he he..

Tuesday, June 7, 2011

Jalan jalan Vietnam 2 jun - 5 jun 2011












Cuti sekolah JUN 2011, gi jalan jalan kampung orang kat luar. Layan aje lah..

















Thursday, June 2, 2011

Apa yang anda perlu buat untuk menjadi jutawan?

Petikan Jutawan:
Oleh: Irfan Khairi

Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire?
Anda ingin menjadi jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!
..
1 Jutawan kerja > 70 seminggu.
Dan bila sebut kerja, ianya betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, mereka lah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat. Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya anda bekerja <40>
..
2 Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan, pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan matlamat terlebih dahulu!
..
3 Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain.
Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.
..
4 Jutawan banyak membaca. Leaders are readers.
Ilmu adalah senjata yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua huta ringgit lagi kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka yang banyak membaca.
..
5 Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka berbelanja sesuka hati.
Mereka tahu betapa sukarnya untuk memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang sering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkan perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.
..
6 Jutawan banyak memberi.
Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The Millionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi. Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah untuk anda!
..
7 Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam bidang perniagaan.
Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak menjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka ianya menjadi semakin suakr untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil, tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!
..
8 Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.
Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short cuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba anda, maka anda silap, silap dan silap!
..
Memikirkan bahawa terdapat cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan" terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya. Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat datang ke kelab jutawan!
..
Anda telah melalui langkah pertama dan besedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire" edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara. Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari dan setiap masa, adalah perkara yang lain.
..
Kata-kata berbunyi "Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.

Sunday, May 29, 2011

PENGUMUMAN SEGERA

Kepada pelanggan budiman : Penama AISYAH yang booking rumah Pak Deen di Taman Melor pada 5 jun 2011 hingga 7 jun 2011. Tolong hubungi Pak deen sekarang sebelum atau pada 1 jun 2011 kerana nombor telefon anda hilang dari simpanan Pak deen(handset rosak). Untuk urusan ambil kunci pada 5 jun nanti berurusan phone no.0139648752(Zulhilmi Omar) atau Pak Su kerana tarikh tersebut (2 jun - 6 jun) Pak Deen berada di Luar Negara. Terima Kasih.

Sunday, May 1, 2011

Teres Setingkat di Taman Permata I Wakaf Tengah

SEWAAN BULANAN : AKAN KOSONG PERTENGAHAN JUN 2011
BOLEH BOOKING SEKARANG UNTUK SEWA


Rumah di Taman Permata 1 Belakang stesen minyak Petronas Wakaf Tengah KT.
(Rumah ni berhadapan rumah Taman Melor Wakaf Tengah)
Dari Mydin/Giant Kuala Terengganu ke Wakaf Tengah 16km(15-20 minit berkereta),Taman rumah sebelah kanan jalan.(jalan KT menuju ke Batu Rakit-Penarik)


Rumah ni 3 bilik 2 bilik air/tandas.
200meter dari jalan utama KT - Batu Rakit.
Bilik utama ada bilik air didalam.

SEWAAN BULANAN: RM700.00 sebulan.(Selimut cadar bawa sendiri) Rumah ada lengkap katil,tilam,dapur,peti ais,TV,kerusi tamu. Api air bayar sendiri. Deposit sebulan sewa. Biasa sewa minima 3 bulan , 6 bulan , setahun. (Student dan peserta kursus pun boleh).

Lokasi dekat dengan : MRSM Terengganu,
0.5km Pusat pendidikan Perguruan Batu Rakit Terengganu,
bedekatan Klinik batu Rakit,BSN cawangan Wakaf Tengah,Restoran dan 2km pantai,
3km Universiti Malaysia Terengganu,
3km Universiti Sultan Zainal Abidin(Unisza) kampus Gong Badak.
8km INSTEP Batu Rakit.

Friday, February 4, 2011

Formula mencapai matlamat 2011 anda

Formula mencapai matlamat 2011 anda
oleh: Irfan Khairi
http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

1: Keinginan
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi
Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

5: Cermin kan diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8: Ilmu tambahan
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: Perancangan
Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

10: Bina gambaran
“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: Janji pada diri sendiri…
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Kesimpulan
Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.

Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.

Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!