Sunday, April 25, 2010

Rumah Taman melor Wakaf Tengah akan kosong 1 Julai 2010

Rumah di Taman Melor : Teres setingkat 4 bilik tidur,
2 bilik air/tandas.Rumah tiada penghawa dingin.
Master bedroom ada bilik air didalam.
Peralatan dalam rumah : katil + tilam setiap bilik, meja makan untuk 6 orang, televisen,mesin basuh,peti sejuk,dapur gas.sink ada dua.
Parkir kereta muat 2 buah dan berteduh.

SEWAAN BULANAN RM800.00,(api dan air bayar sendiri) sesuai tinggal selesa maksima 7 orang bagi peserta kursus atau student pusat pengajian tinggi. Sewa minima 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan.

Untuk sewa 1 bulan juga diterima : sewa RM890.00 termasuk letrik dan air serta pengurusan.(Jika kekosongan)

LOKASI: 0.5 km Intitut perguruan batu rakit, 3km Universiti Darul Iman kampus KUSZA. 3km Universiti Malaysia Terengganu,10km INSTEP batu rakit.
Berdekatan: Masjid,pasar malam,stesen minyak,BSN,klinik,kedai runcit,kedai makan.

Siapa cepat dia dapat. Call Pak Deen 019-9429842 sekarang..

Saturday, April 24, 2010

Minda: Sindrom segan nak kaya

DALAM kehidupan masyarakat Melayu, sudah menjadi kelaziman untuk menggelarkan orang kaya sebagai Haji Bakhil.

Watak daripada filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee ini begitu sinonim dan sangat dikenali ramai. Bagaimanapun, gaya hidup seperti ini disalahertikan oleh masyarakat. Pengaruh Haji Bakhil memberi kesan sehingga ada yang membenci dan cemburu terhadap orang kaya. Saya percaya P Ramlee menonjolkan watak ini bertujuan mengingatkan orang kaya, dalam konteks hari ini membabitkan syarikat, korporat dan syarikat berasaskan kerajaan (GLC) yang kaya supaya tidak lupa diri membawa sikap nafsu-nafsi. Kalau bukan mereka, siapa lagi yang berupaya membantu mereka yang memerlukan serta menggunakan wang dan harta untuk membela nasib bangsa, agama dan negara? Siapa lagi yang berupaya mencergaskan pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan peluang kerja dan bisnes sekiranya yang kaya tidak berbelanja serta melabur untuk kepentingan bersama? Kerana takut dilabelkan Haji Bakhil, mungkin ada yang kaya tidak mahu menunaikan haji atau jika sudah haji, segan pula untuk menambah kekayaan. Lebih buruk lagi andainya ada di kalangan masyarakat yang tebal dengan sikap ‘segan nak kaya’ semata-mata kerana tidak sanggup digelar bakhil. Watak Haji Bakhil begitu berjaya ditonjolkan P Ramlee sehingga ramai yang melabelkan orang kaya itu seolah-olah semuanya bakhil! Pandangan ini boleh melemahkan semangat dan cita-cita menjadi kaya di kalangan masyarakat. Jika perumpamaan Melayu lama menyatakan ‘hidup segan, mati tak mahu’, keadaan orang Melayu dan Muslim hari ini pula boleh diumpamakan ‘kaya segan, miskin tak mahu.’ Tambahan apabila persepsi seperti ini dikaitkan dengan pandangan umum masyarakat Melayu bahawa wang ringgit dan harta kekayaan adalah punca kepada banyak kerosakan dalam kehidupan dan kepincangan dalam masyarakat.

Malang sekali sekiranya ramai Melayu yang segan nak kaya. Orang Melayu memang terkenal dengan sifat segan dan pemalu yang dikaitkan dengan nilai tertib dan sopan yang dianggap suatu nilai baik hingga terbawa-bawa dalam apa juga yang dilakukan. Namun, dalam konteks kehidupan hari ini, terlalu segan dan malu boleh merugikan, khasnya dalam persaingan bisnes dan ekonomi yang semakin sengit.


Hari ini, Melayu dan Muslim terus ketinggalan dalam ekonomi kerana kurangnya pembabitan mereka dalam bisnes. Ramai yang lebih selesa mengambil jalan selamat dalam hidup, takutkan cabaran serta tidak mahu mengubah sikap akibat daripada persepsi negatif terhadap imej bisnes. Lebih malang apabila ada Melayu dan Muslim malu menceburi bisnes dan segan bersaing dengan kaum lain dalam bidang ini. Tidak dinafikan bahawa tanggapan kita terhadap bisnes kadang-kala terlalu serong. Malangnya, banyak kita saksikan watak ahli bisnes yang tamak dan tidak bertimbang rasa serta syarikat dan korporat Melayu yang angkuh dan rakus. Persepsi ini mungkin didorong oleh salah faham terhadap bisnes atau kerana imej buruk ahli bisnes dan korporat sebagaimana watak dalam drama di televisyen! Filem atau drama Melayu sering memaparkan kisah berkaitan keluarga yang terbabit dalam bisnes. Sebahagian besar jalan ceritanya boleh dijangkakan. Babak seperti kelakuan buruk kerana kekayaan, perebutan harta pusaka, perebutan jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) di kalangan anak-anak bagi menggantikan bapa yang meninggal dunia, penipuan, rasuah, lupa diri, skandal cinta buas dan liar menjadi pilihan penerbit, pengarah dan penulis skrip drama dan filem Melayu. Orang Melayu menganggap bahawa itulah sebenarnya imej dan budaya masyarakat bisnes dan korporat. Imej negatif ini membuatkan ramai yang terlupa manfaat bisnes yang lebih besar kepada kehidupan.


Dalam suasana mencabar hari ini, minda yang pasif, sikap segan dan malu bukanlah watak sesuai untuk maju dalam persaingan hidup yang tidak mengenal belas kasihan serta tidak bersimpati terhadap sopan santun dan budi bahasa. Semua yang malu merebut peluang dan kesempatan serta segan hendak kaya dan tidak sanggup ‘memecah ruyung’ di pasaran, tidak akan mendapat ‘sagu’ harta kekayaan akan ketinggalan. Satu lagi yang mungkin mempengaruhi minda Melayu sehingga segan hendak kaya adalah ajaran songsang segelintir pendakwah yang menggalakkan Melayu-Muslim mengenepikan kekayaan. Ajaran ini jelas songsang kerana Islam menegaskan di samping mengutama akhirat, kita tidak lupa tempat dan kewajipan kita di dunia. Kalau tidak bagaimana ingin menjadi umat terbaik atau khaira ummah di dunia dan menjadi khalifah di muka bumi? Lagipun hidup di dunia sajalah terdapat kesempatan untuk manusia beramal, beribadah, berjuang dan ‘berlumba-lumba dalam mengerjakan segala kebaikan’ (fastabiqul khairat), kerana akhirat hanyalah tempat pembalasan dari apa yang diamalkan di dunia. Hadis menyatakan sekalipun kita pasti esok akan kiamat, andainya terdapat benih di tangan, kita ditugaskan menanam benih itu! Satu lagi hadis menganjurkan supaya berkerja keras untuk dunia ‘seolah-olah kamu akan hidup selamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati hari esok.’ Semua ini jelas menuntut supaya diseimbangkan antara dunia dan akhirat dan tidak hanya menumpu kepada akhirat semata-mata. Islam sendiri tidak antikekayaan. Selama ini, saya belum pernah mendengar mana-mana dalil mengatakan kekayaan boleh membawa kepada kekufuran. Saksikan ramai umat Islam terjerumus ke dalam mungkar kerana kemiskinan. Ada yang sanggup membunuh ibu, nenek atau keluarga sendiri untuk mendapatkan wang yang tidak seberapa, ada yang menjual maruah diri dengan harga murah dan ada pula menjadi peragut, perompak dan pengemis. Semua ini berpunca daripada kemiskinan dan cemburu terhadap kekayaan orang lain. Kini terdapat ramai yang bersifat ‘kaya segan miskin tak mahu’, namun sanggup pula mengambil jalan pintas untuk kaya dengan menghalalkan segala cara. Andai semua ini dibiarkan, keadaan akan bertambah teruk. Masyarakat seolah-olah kehilangan jati diri, pedoman budaya dan tuju arah tamadun.


Sudah tiba masanya Melayu dan umat Islam menterjemahkan hadis Rasulullah s.a.w yang menuntut umat Islam menjadi tangan yang di atas (alyadul ulya) kerana ia lebih mulia daripada tangan di bawah. Siapa itu tangan yang di atas? Mereka itulah orang yang berkemampuan untuk bersedekah, beramal jariah, menderma dan berwakaf. Siapa yang layak menjadi tangan yang di atas? Sudah tentulah mereka yang kaya untuk membantu mereka yang memerlukan. Di mana sumber utama kekayaan yang halal dan wajib diburu oleh Melayu-Muslim kalau tidak daripada bisnes? Justeru, kita perlu segera mengubah persepsi kita bahawa bisnes menjadi teras penguasaan ekonomi.


Langkah perlu dimulakan untuk melahirkan lebih ramai usahawan Melayu dan Muslim yang mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Ini boleh dilaksanakan menerusi pembudayaan bisnes sejak kecil lagi. Pendekatan sama ada melalui drama, filem, lagu termasuk permainan anak-anak boleh digunakan untuk membudayakan bisnes dan membisneskan budaya berlandaskan Islam di kalangan generasi baru.


Walaupun imej Haji Bakhil (jika perempuan, Hajah Bakhil?) mungkin menjadi punca harta kekayaan dan bisnes dipandang negatif, daripada perspektif lain, siapa lagi yang boleh menjadi ‘tangan yang di atas’ yang berupaya menebus nasib bangsa Melayu dan umat Islam? Alangkah baik sekiranya kita perbaharui persepsi dan pandangan kita terhadap orang kaya dan jutawan dalam masyarakat bukan seumpama watak Haji Bakhil, tetapi sebagai Abu Bakar Al Sidiq, Umar Al Khatab, Othman Al Affan dan Abdul Rahman bin Auf. Semua personaliti agung Islam ini tidak segan memburu kekayaan. Namun, segala harta yang mereka peroleh adalah amanah dan tanggungjawab untuk membina dan membela umat Islam.

MINDA BISTARI: Tan Sri Muhammad Ali Hashim.
HARIAN METRO:2010/04/22
Penulis ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation merangkap Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia. www.businessjihad.com

Saturday, April 17, 2010

Alasan demi alasan,bangau oh bangau.

Hari ni hujung minggu, pergi service kereta, sambil tu sembang sembang dengan pemilik kenderaan yang sama sama tunggu service kereta. Dalam sembang-sembang, sentuh sikit bab nak beli rumah.
Bila bercakap nak beli rumah, ada saja alasan ,duit tak de, gaji rendah,payah pinjaman,orang kerja dua dua suami isteri bolehlah,aku tak pandai , awak bolehlah awak pandai, apa lah beli awal awal, enjoy lah dulu duit gaji,berbagai alasan lagi.. last sekali lihat orang beli sahaja, kita duduk di takuk lama juga, masih menyewa rumah orang, sewa sampai rm600 sebulan mampu bayar, nak beli rumah tak mampu. Padahal pinjaman sama je dengan bayar sewa sekarang. Ada tu sudah sepuluh tahun bayar sewa, rumah sendiri masih tiada. Alasan nak buat rumah di kampung bila bertukar kerja atau pencen nanti. Alahai banyak mana sangat simpanan nak buat rumah bila pencen nanti. Bila rumah siap dibina pencen nanti, belum sempat tinggal kita dah "GO". Orang lain rasa nikmat rumah kita comel comel.

Apakata kita ubah sikit minda, kita beli waktu kita masih bekerja dan masih menyewa ni. Beli rumah sekadar nak tinggal waktu kerja ditempat berkenaan, jangan beli rumah "impian kita" tapi beli rumah untuk pelaburan bila kita tak tinggal disitu, waktu bertukat kerja nanti kita dapar bagi sewa dan hasil sewa dapat buat bayar pinjaman. Ataupun jual saja untuk dapat keuntungan berganda. Masa belum pencen ni lah kita patut beli rumah, sebab boleh guna slip gaji untuk cagaran melayakkan kita buat pinjaman dengan instiusi kewangan atau pinjaman kerajaan(bagi yg kerja dgn kerajaan).
Kalaun dah pencen , susahlah, dah lah umur pencen , tak layak pinjaman. Masa muda muda inilah perlu memikirkan nak beli rumah.

Tuesday, April 13, 2010

Kepada yang bertanya melalui email

Terima kasih kepada yang bertanya. Pak deen cuba jawab serba sedikit.

Nk beli rmh dlm pembinaan : Harga akan naik bila siap 2 tahun nanti,ada untung nilai pasaran tapi sebaliknya jika rumah terbengkalai.

Dari segi sewa contoh : sewa rm380 bayar pinjaman rm500, cuma tambah rm120 saje(ini duit sendiri) yg rm380 tu orang tolong bayarkan. Lama lama sewa akan sama dengan bayar pinjaman. Kalau tak bayar rumah duit habis juga sebab habis dengan kehendak dan kemahuan bukan keperluan. kena faham keperluan dgn kemahuan. Bila bayar rumah duit berkira sikit tapi ada faedah untungnya. Bila 2,3 tahun akan datang pasti sewa naik, bayar bank tetap rm500. pikir ar sendiri(pinjam ayat nabil)

Gaji kecil atau besar : Terpulang kepada disiplin dan minat atau kehendak dan kemahuan. Gaji besar pun belum tentu dapat beli rumah pelaburan(sewa) kerana bila gaji besar minat nak beli kereta besar dan mahal/cantik. Beli rumah Rm100K rasa mahal tapi kereta rm100K tak rasa mahal pula, sebab minat, sedangkan pinjaman kereta bayar rm1000 sebulan tetap bayar, tiada siapa tolong bagi duit kepada kita. Kalau beli rumah utk disewa rm100K bayar rm500 dapat sewa rm400(orang bayar) cuma tambah rm100 je. Lambat laun dapat percuma je kalau sewa sama dgn bayar pinjaman.

Rumah terpakai ada iklan melalui internet,mulut ke mulut,rakan2, kena usaha sikit ar.
nk beli jangan terus beli, tanya dulu jiran2 tepi kawasan nk beli tu atau lebih detail pegawai penilai swasta/kerajaan(ini kena bertanya dan baik dengan mereka ar)
Beli rumah pelaburan sebuah dulu,lepas tu bagi sewa, ada pengalaman sikit akan tahu caranya macamana nak buat pinjaman bila ada banyak rumah.

Harga rumah semakin meningkat,kalau perlu jual saja dapat untung juga- Kereta susutnilai beli rm100K, esok dah jatuh harga. Rumah cuma ambil masa sedikit untuk dapat untung, sebab itu dipanggil pelaburan jangka panjang.

nk pinjam (loan) kena tanya banyak bank sebab bank ada pakej tersendiri dari segi faedahnya. Lain bank lain faedah dan caranya.

Lokasi : kawasan bandar, ada sekolah,hospital,pusat pengajian tinggi,kolej,kilang,(jangan beli tempat pedalaman dah le).

Sentiasa layari blog yang berkaitan pelaburan hartanah, ramai blogger yang ada bagi ilmu.

Makan gaji tapi kaya dengan rumah, buktikan gaji kecil dapat beli rumah banyak, Pak deen dah buktikan.

Walaupun berhutang tapi hidup tenang, sebab rumah kita, orang yang tolong bayarkan kepada bank setiap bulan. Kalau meninggal, Takaful yang tolong jelaskan, so kita tidak menyusahkan orang hidup samada anak2 atau isteri. Tepuk dada tanya hati.. ...

Jadilah pesara yang kaya untuk menampung pencen dan menghadapi INFLASI.

Sunday, April 11, 2010

Tandatangan borang 14A

Alhamdulillah, Hari ini selesai satu urusan tandatangan borang pindah milik di pejabat tanah dengan penjual rumah teres setingkat 3 bilik. Penjual tu datang dari jauh, dari negeri Sembilan, itulah kali pertama berjumpa dengan beliau sepanjang berurusan jualbeli. Terima kasih kepada tuan punya rumah tu kerana berjaya juga pak deen berurusan dengan nya walaupun tidak kenal(Tak pernah besua muka sebelum ni) urusan atas kepercayaan sahaja. Pak deen tak sempat nak minum bersama, sembang-sembang kerana penjual rumah tergesa gesa nak pulang ke Negeri sembilan. Isteri beliau masuk hospital ketika beliau nak datang Ke Terengganu. Pak deen ucapkan semoga isteri beliau cepat sembuh.
Selepas selesai tandatangan borang 14A, tunggu pejabaat peguam daftar ke LHDN untuk bayar duti setem, dan selesai duti baru boleh daftar di pejabat tanah untuk dapatkan geran rumah tu. Barulah penjual dapat duit bayaran penuh harga belian/jualan.

Segala urusan bermula perjanjian jualbeli sampai selesai dapat geran, ambil masa lebih enam bulan, itulah urusan pembelian satu satu rumah. Ada juga sampai sembilan bulan.
Wal hasilnya kita seronok dan gembira bila selesai urusan. Nikmatnya macam baru beli rumah pertama. Alhamdulillah, bersyukur kita atas nikmat yang diberi ALLAH.

Monday, April 5, 2010

Rahsia Nak Maju diri

Macamana nak maju diri sendiri.
Sebelum anda berfikir nak maju,anda kena berfikir ke arah mana anda diri anda nak maju. Maju aspek kebahagiaan keluarga,kesihatan,pendidikan,agama,perniagaan dan sebagainya. Selepas anda kenalpasti kearah mana nak maju,barulah berfikir kemana dan apa akan buat untuk memajukan diri. Salahsatu cara memajukan diri ialah PEMBELAJARAN. Pembelajaran tidak terhad kepada membaca buku buku saja tetapi juga melalui vedio,pengalaman,perbincangan,aplikasi ilmu dan lain lain. Jadi mulai sekarang cuba melabur untuk diri sendiri dahulu. Keluarkan modal 10 peratus dari pendapatan anda,contoh kalau pendapatan 1000.00 sebulan, belanja rm100.00 untuk hadiri seminar ke,beli buku ke atau belanja orang ada pengalaman ke dan sebagainya.

Berpadanan ke belanja pelaburan untuk ilmu diri sendiri? Memang berpadanan kerana ilmu yang dicari, anda akan meningkatkan pengetahuan dan juga pendapatan anda. Kalau harta orang boleh ambil dari kita , tetapi ilmu orang lain tidak dapat ambil dari kita. Kalau dah pendapatan meningkat, boleh melabur kepada ilmu lebih lagi supaya lebih banyak pendapatan kita dapat.
Pilihlah samada nak hidup susah dalam zon selesa atau nak hidup senang bila keluar dari zon selesa.

Saturday, April 3, 2010

Tinjau tanah lot nak di jual: pelaburan masa depan

Hari ni cuti hujung minggu, pagi tadi pergi tengok tanah lot, ada nak jual, Lot bangunan luas 2400 meter persegi lebih kurang 7800 kaki persegi. Ronda - ronda lihat kawasan , kalau-kalau berkenan boleh berkira - kira. Bukan nak beli segera, cuma tinjau tinjau untuk rancangan masa hadapan hingga hujung tahun ni selepas selesai semua rumah yang dibeli awal tahun ni.
Ya lah kita mesti ada perancangan kalau nak maju, Harga yang ditawarkan tu mampu milik, tidak lah tinggi sangat, berpatutan dengan kawasan, cuma tunggu selesai satu demi satu. Tuan punya sanggup tunggu hingga urusan rumah - rumah selesai. Alhamdulillah..bila selesai urusan beli rumah tu , beralih pula urusan tanah lot pula.