Monday, November 30, 2009

Mengapa saya melabur beli rumah untuk disewa


Saya bukannya seorang pelabur hartanah yang handal,cuma pelabur kecil-kecilan sahaja. Tapi mengapa saya berjaya beli rumah melebihi daripada kawan2 yang sekerja makan gaji dengan saya.

Pertama kerana minda kedepan dan sentiasa mencari ilmu fokus kita. Ingin maju kedepan dan cari ilmu secara praktikal bukan hanya dengan sijil atau ijazah. Betul kita memerlukan sijil atau ijazah dalam kehidupan dunia ilmu sekarang. Tapi tak cukup dengan ada ijazah sahaja jika ilmu praktikalnya tiada. Ilmu dituntut tidak dilaksana dalam kehidupan harian,ilmu dipelajari tak bermakna. Ya, saya akui ijazah membantu kita dapat masuk pasaran kerja berbanding dengan tiada ijazah. Tapi tahukah kita yang tiada sijil pun boleh berjaya dalam perniagaan malah lebih berjaya daripada yang bersijil. Banyak buktinya cuma kita mungkin tak ambil peduli, kita masih bersikap ego kita yang berkelulusan tinggi walaupun sebahagiannya tak ke mana pun (masih di takuk lama, dengan masalah kewangan yang memanjang, Bila pencen nanti cukupkah nak "maintain" perbelanjaan kita?)

Berbalik kita kenapa saya suka dan cuba melabur dengan beli rumah banyak (walaupun dengan bermodalkan slip gaji yang sederhana). Kerana bidang hartanah telah diuji dengan perjalanan masa sebagai pembina kekayaaan atau jalan senang(kadang2 kita sensitif bila sebut kaya,takut tak ingat mati) wal hal kita perlu juga jadi kaya.
Telah berkurun lamanya manusia menjadi kaya melalui hartanah. Seseorang yang kaya ialah orang yang mempunyai lebih hartanah daripada jiran nya.

Perkara keduanya ialah kelebihan pasaran hartanah(rumah) yang kurang efisyen tidak macam pasaran saham. Pasaraan saham bersifat efisyen dari segi maklumat sentiasa berubah dan kita memerlukan ilmu yang banyak dan sentiasa aktif pasaran. Tetapi pasaran hartanah sesiapa pun boleh menceburi kerana tidak berubah secara mendadak seperti saham, cuma kita perlu peka sedikit sahaja. Kalau rumah kita di bagi sewa lagilah tak perlukan pemantauan yang banyak cuma sekali sekala mula mula orang penyewa nak menyewa sahaja.

Ketiganya bidang ini Kalis Inflasi - rumah yang kita beli tak akan turun harga, semakin naik walaupun perlukan masa (pelaburan jangkamasa panjang) dan tak akan rugi bila jual nanti. Kepada yang menambah ilmu dalam hartanah ini dia akan kedepan daripada yang lain. Jadi kenapa kita takut cari ilmu bidang ini, kita tidak perlu korbankan kerjaya makan gaji kita sekarang. Bukan nya kita tak buat kerja asasi kita, bagi saya langsung tidak menggangu kerja asas tersebut. Tapi perlu diingat satu sahaja BIJAK MENGURUS MASA. "Tiada halangan hanyalah peluang".

Tuesday, November 24, 2009

Awal tahun depan sebuah lagi rumah Pak Deen

Insyaallah Awal tahun depan sebuah lagi rumah Pak Deen. Rumah teres satu tingkat di Taman Melur,rumah 3 bilik 2 bilik air/tandas. Sekarang dalam proses jual beli, baru saja bayar deposit(kurang 10% dari harga rumah,atas ihsan tuan rumah,En.Hashim) dan sekarang pinjaman telah lulus. Berkat doa dan sabar akhirnya berjaya juga beli rumah tu. Alhamdulillah dapat juga sumber pinjaman untuk bayar rumah berkenaan. Kalau selesai awal tahun depan dapat lah pak deen bagi sewa harian atau bulanan, boleh bayar bank dah kira ok lah. Rumah nama kita, orang tolong bayar, kira ok lah tu, nak apa lagi. Rezeki ALLAH bagi berkat usaha demi usaha(dengan IzinNya).

Rumah tu pun dekat kawasan Wakaf Tengah,Batu Rakit, Kuala Terengganu berdekatan dengan Maktab Perguruan , Universiti,(UDM,UMT) dan INSTEP Batu Rakit dan juga ALAM (Akademi Laut Malaysia)

Bolehlah Pelajar pelajar yang datang kursus cari Pak Deen untuk sewa nanti > Ok...

Boleh selesai tempat tinggal anda dan tolong Pak Deen juga..

Sunday, November 15, 2009

Lima cara memperoleh kebebasan kewangan


1.Bekerja : Kita bekerja dan mendapat upah pada setengah atau penghujung bulan.Bagi setengah orang inilah satu satunya sumber pendapatan. Memang cara inilah ramai yang memilih untuk terus menampung hidup, tidak dinafikan pada mulanya ia memang baik tetapi akan berakhir juga bila sampai persaraan pada usia tertentu. Masa kerja dan sihat inilah perlu memikirkan cara menguruskan kewangan dengan baik untuk terus berada kehidupan yang selesa di hari pencen nanti.

2. Aset/rumah/bangunan mendatang pulangan lumayan: Cara ini hasil dari sewaan aset/harta/rumah. Jika kita memiliki rumah yang dapat disewakan alangkah bertuahnya kerana kita tak perlu bekerja keras untuk meneruskan hidup kita di hari pencen nanti. Bukan sekadar sebuah tapi kena banyak barulah memadai nya. Untuk mendapatkan banyak itulah perlu belajar menguruskan kewangan semasa masih bekerja sekarang.

3. Dapat durian runtuh: Cara ini jarang jarang kita perolehi iaitu melalui Harta pusaka,subsidi, hadiah atau menang peraduan juta-juta. Ia bergantung tuah badan,atau memang tak dapat langsung.

4. Kahwin dengan orang kaya: Tak kiralah lelaki atau perempuan. Ini tuah badan jugalah, cara paling pantas, tapi boleh ke cara ini kita dapat atau memang tak akan dapat? Pada orang bertuah lah yang dapat.

5. Pelaburan Emas terutama emas plate atau jongkong emas,kijang emas,Public gold atau sekurang -kurangnya syiling emas. Pelaburan ini untuk jangka masa pendek atau panjang atas pilihan sendiri.

Bagi kebanyakan kita cara yang terbaik adalah dengan memiliki harta sewaan, rumah sewa atau bangunan sewa. Inilah pelaburan jangka panjang yang menakjupkan bagi yang bekerja makan gaji sekarang untuk menjamin hidup di masa mendatang. Dengan memiliki rumah/bangunan ia mendatangkan hasil pasif yang terus kerana ia tidak tidur,rehat atau hilang selagi kita pandai menjaganya.

Saturday, November 14, 2009

Kenapa kewangan kita kucar kacir

Kita tidak diajar cara menguruskan kewangan kita dengan baik.Golongan profesional spt jurutera,pendidik,doktor,pegawai eksekutif,jaguh sukan,selebriti,pengurus bank dan lain lain dihantui masaalah kewangan peribadi. Mereka perolehi wang yang banyak dari kerja yang dilakukan tapi wang yang dapat lesap begitu sahaja . Kenapa? Fikirkan siapa yang mengajar kita cara menguruskan wang yang kita perolehi. Kita tida diajar cara mengurus wang di universiti, kolej, sekolah atau di tempat kerja. Ibu bapa juga tidak mengajar cara mengurus wang. Anak2 cerdik pandai dan dapat kerja baik baik tetapi masih cetek ilmu kewangan cara mengurus wang dgn baik. Mereka yang pendapatan kecil, anak ramai, masih dapat menguruskan kehidupan dengan baik tanpa hutang dan masalah kewangan yang serius. Sebabnya mereka tahu menguruskan kewangan mereka.

Tidak sedar kepentingan pengurusan kewangan peribadi.Mereka bersikap tidak ambil peduli. Sedar tak sedar mereka dah nak pencen. Nak dapaat ganjaran pencen dan pencen bulanan sahaja, Sedangkan pencen berapa lah sangat, separuh dari gaji bulanan sebelum pencen pun masih tak cukup inikan pula separuh. Inflasi meningkat, macamana nak hadapi dengan separuh duit gaji bulanan. Sungguh menyeramkan.

Lebih malang lagi Enggan belajar: Ramai yang tidak mahu belajar cara menguruskan kewangan dengan baik. Pendapat mereka kalau mereka belaja nampak macam mereka cetek dan tak tahu urus kehidupan sendiri. Tapi mereka tak segan pulak bila tak tahu baiki kereta mereka upah orang baiki, nak belajar urus wang mereka malu, kenapaa tak malu masa panggil pembaiki kereta rosak tadi? Fikir fikir kan...

Wednesday, November 11, 2009

Lega .....Pinjaman lulus

Alhamdulillah, hari ini lega sikit kerana dapat berita dari bank permohonan pinjaman pada dasarnya lulus cuma tunggu surat rasmi pada akhir minggu depan.
Kenapa lega ? sebab pada kali ini banyak cabaran dan peraturan bank untuk lulus pinjaman. Kalau sebelum ni tak lah susah sangat tapi kali ini macam-macam dokumen nak. Dua bank tak lepas , kali ni ubah cara pulak ,biarlah apa apa pun dapat pinjaman dapatlah tambah satu lagi rumah. Dengan modal bank boleh juga beli umah tu.
Terima kasih kepada pegawai bank berkenaan dan tak lupa juga pak deen nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan rumah dan menantunya kerana sabar menunggu sehingga pakdeen dapat sumber pinjaman, baru confirm beli. Kalau tak dapat pinjaman tak jadilah. Lama juga lah dia menunggu dan berbanyak terima kasih kerana mempercayai pakdeen.

Insyaallah kalau berjalan lancar sebelum akhir tahun ni atau awal tahun depan dapatlah selesai pembelian dan pindah milik umah tu. Dapat bagi sewa dan duit sewa tu bayar ke bank. Kalau harap duit gaji mana boleh bayar...(awal tahun sebuah dan akhir tahun sebuah)
Terima kasih ALLAH.

Sunday, November 8, 2009

Offer di musim cuti sekolah


2 buah : Rumah teres setingkat mempunyai 3 dan 4 bilik tidur dan 2 bilik air/tandas.

2 hari 1 malam hanya RM160.00 sahaja (kipas dan hawa dingin) Rumah penuh perabut,peti ais,tv,meja makan,dapur memasak,mesin basuh dan parking luas. Untuk sekeluaga amat sesuai.

Lokasi : Berdekatan Universti Darul Iman kampus Kusza dan Universiti Malaysia Terengganu.
Keropok Lekor dekat sahaja.(Wakaf Tengah dan Batu Rakit)
Pantai juga hanya 1 km dan gerai ikan celup tepung.(ICT).


15 - 20 minit memandu dari Bandaraya Kuala Terengganu melalui jambatan Sultan Mahmud dan Masjid Kristal dan Pulau Duyung.