Saturday, April 17, 2010

Alasan demi alasan,bangau oh bangau.

Hari ni hujung minggu, pergi service kereta, sambil tu sembang sembang dengan pemilik kenderaan yang sama sama tunggu service kereta. Dalam sembang-sembang, sentuh sikit bab nak beli rumah.
Bila bercakap nak beli rumah, ada saja alasan ,duit tak de, gaji rendah,payah pinjaman,orang kerja dua dua suami isteri bolehlah,aku tak pandai , awak bolehlah awak pandai, apa lah beli awal awal, enjoy lah dulu duit gaji,berbagai alasan lagi.. last sekali lihat orang beli sahaja, kita duduk di takuk lama juga, masih menyewa rumah orang, sewa sampai rm600 sebulan mampu bayar, nak beli rumah tak mampu. Padahal pinjaman sama je dengan bayar sewa sekarang. Ada tu sudah sepuluh tahun bayar sewa, rumah sendiri masih tiada. Alasan nak buat rumah di kampung bila bertukar kerja atau pencen nanti. Alahai banyak mana sangat simpanan nak buat rumah bila pencen nanti. Bila rumah siap dibina pencen nanti, belum sempat tinggal kita dah "GO". Orang lain rasa nikmat rumah kita comel comel.

Apakata kita ubah sikit minda, kita beli waktu kita masih bekerja dan masih menyewa ni. Beli rumah sekadar nak tinggal waktu kerja ditempat berkenaan, jangan beli rumah "impian kita" tapi beli rumah untuk pelaburan bila kita tak tinggal disitu, waktu bertukat kerja nanti kita dapar bagi sewa dan hasil sewa dapat buat bayar pinjaman. Ataupun jual saja untuk dapat keuntungan berganda. Masa belum pencen ni lah kita patut beli rumah, sebab boleh guna slip gaji untuk cagaran melayakkan kita buat pinjaman dengan instiusi kewangan atau pinjaman kerajaan(bagi yg kerja dgn kerajaan).
Kalaun dah pencen , susahlah, dah lah umur pencen , tak layak pinjaman. Masa muda muda inilah perlu memikirkan nak beli rumah.