Saturday, January 16, 2010

Sekadar Renungan ke arah Jutawan Hartanah

Kenapalah orang kita ni suka sangat nak kaya cepat,berusaha malas,nak kaya.. malas kerja dan malas berfikir. Melabur sikit nak untung banyak. Pulak tu nak tunggu je untung mendatang tanpa susah susah kerja. Walaupun di dada akhbar terpampang berita kena tipu kepada syarikat pelaburan (tipu,kelentong). Baru baru ni cerita nak ternak cacing,ramai kena tipu, bukan sikit tu jutaan ringgit...yang kena tu bukan calang calang orang, berpelajaran belaka, profesional pun ada.

Jenis satu lagi..main calling calling ajak gi dengar peluang bisnes kat hotel, ni lagi hebat, kat hotel..Bila panggilan : anda orang bertuah dapat hadiah 3 hari 2 malam kat hotel..dengan syarat anda datang suami isteri untuk menuntut hadiah, kalau tak, tidak dapat, sebelum tu dengar taklimat bisnes dulu. Ada juga jenis ni ya,,ada yang terkena sampai hilang Rm3000 konon nya pelaburan.

Bagi pak deen yang tak berapa pandai ni, baiklah melabur beli rumah, modal dari bank untuk beli rumah dan bagi sewa, dapatlah duit sewa setiap bulan. Sewa setakat balik modal(bayar bank) tak pe, janji rumah tu rumah kita, orang tolong bayarkan. Kalau ada lebih itulah bonus. Pinjaman buat lah 10 tahun,15 tahun,20 tahun atas umur anda sendiri, kalau umur muda panjanglah tempohnya.(Pelaburan jangka panjang).

Pak deen beli rumah pelaburan pertama modal Rm2000 je, yang selebih nya dari bank. Pak deen telah buktikan apa yang telah dilakukan oleh penulis dan jutawan hartanah, Azizi Ali.(walaupun Azizi tak kenal pak deen..) tapi kalau dia tahulah, seronok dia sebab ilmu yang ditulisnya dapat membantu orang jadi kaya..

Petikan dari buku Azizi Ali: Kira kira 86% pelabur persendirian hanya memiliki satu hartanah. Tidak hairan mengapa mereka masih belum kaya. 13% yang lain memiliki lebih daripada satu hartanah dan hanya 1.5% sahaja pelabur yang memiliki lebih daripada empat hartanah. Kumpulan mana yang boleh kaya. Sekurang kurangnya lima hartanah untuk menjadi pelabur berjaya dan membina kekayaan dengan lebih serius. Yang inilah perlu kita cari untuk dapat bonus setiap bulan, bukannya cari sekim cepat kaya atau ilmu bertangguh.