Thursday, December 10, 2009

Rumah akan dimiliki - Teres setingkat 3 bilik .






Hari ni pergi lihat dalam rumah yang bakal dimiliki. Penyewa lama dah keluar dan bakal disewa kepada yang lain Mulai JANUARI 2010. Rumah tu dah bayar deposit nak beli. Dijangka akhir januari 2010 ni atau selewatnya Febuari 2010 ni selesailah jualbelinya dan pindah milik.(Rumah terpakai bukan rumah baru dibina!!! Kalau rumah betul betul baru siap mahal tuu, tak mampu nak beli banyak banyak!!!)

Pergi ambil anak kunci, sebelum tu dah maklum ke penjual nak lihat dalam rumah dan Pak deen kena bersih dan cuci sebelum orang baru masuk. Pak Deen sewa dengan penjual sebulan dua kerana jualbeli belum selesai lagi. Begitulah amalan pak deen sebelum ni, kalau jualbeli tak selesai lagi , kenalah sewa dulu kalau nak masuk rumah yang kita beli, bukan masuk je, barulah berkat..dok gitu..

Bila dapat beli dan tambah koleksi rumah seronok macam mula-mula dapat rumah yang pertama juga. Itulah nikmatnya yang dirasai bila setiap kali beli rumah...tak sabar-sabar nak mulakan operasi(sewaan)...hee..hee Alhamdulillah..rezeki Allah bagi..

***+++ Rumah ni akan dicat dan bila dicat nampak cantik serta sedap mata memandang.