Monday, October 10, 2016

2 cara PERBAIKI kewangan ketika ekonomi DOWN!?

2 cara PERBAIKI kewangan ketika ekonomi DOWN!?
Oleh: Irfan Khairi 

Keadaan ekonomi Malaysia kini kurang stabil. Lihat sahaja keliling, ramai yang mengadu kenaikan harga barang, beberapa hari lepas kenaikan harga petrol, beberapa bulan lepas GST dikenakan pula. Makin hari, semakin tinggi kos sara hidup masyarakat oleh kerana kenaikan harga ini.

Gaji pula tidak naik setimpal dengan kenaikan kos ini...

Dalam memperbaiki kewangan kita, hanya terdapat dua cara sahaja. Iaitu, tingkatkan simpanan dan tingkatkan pendapatan. Dengan meningkatkan simpanan, kita perlu berjimat cermat supaya lebih banyak simpanan dapat dilakukan. Manakala, tingkatkan pendapatan pula, perlu meningkatkan usaha sama ada dalam kerjaya atau berniaga.

1. Tingkatkan penjimatan mungkin mudah bagi ramai antara kita. Caranya, mungkin kurang makan luar, kurangkan perbelanjaan, beli barangan yang perlu sahaja, memilih barangan yang lebih murah, dan sebagainya.

Katakan, pendapatan isi rumah adalah RM6,000 sebulan. Mungkin dengan berjimat cermat dan kurang berbelanja, pada hujung bulan, dapat menyimpan RM600 sebelum ini- Alhamdulillah.

Namun, akibat kenaikan harga petrol, barangan, elektrik, GST dan sebagainya, simpanan RM600 sebelum ini mungkin telah menjadi RM400 sebulan.

2. Pilihan kedua yang merupakan pilihan yang lebih baik adalah meningkatkan pendapatan. Antara caranya adalah memulakan perniagaan seperti Perniagaan di Internet.

Kos perniagaan Internet yang rendah serta capaiannya yang tinggi membolehkan usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan dengan risiko yang jauh lebih rendah berbanding dengan membuka kedai atau premis yang memakan belanja yang tinggi ketika waktu ini. Bayangkan sekiranya menjalankan perniagaan Internet, dan mendapat pendapatan RM400 sebulan. Digabungkan dengan penjimatan RM400 tadi, jumlah peningkatan pendapatan kini sudah RM800 pula.

Apa yang hebatnya dalam menjalankan perniagaan adalah, pendapatan tidak mempunyai had. Bergantung kepada ilmu perniagaan yang dimiliki oleh usahawan, bukan sahaja pendapatan RM400 sebulan, malah RM4,000 sebulan atau RM40,000 sebulan juga boleh dicapai.

Dalam memperbaiki keadaan kewangan kita, hanya dua pilihan sahaja. Iaitu menambahkan penjimatan atau meningkatkan pendapatan. Dalam keadaan ekonomi kini, kita perlu pertimbangkan kedua-dua pilihan,