Tuesday, October 4, 2016

Penyewa penyewa ku yang cemerlang

Penyewa penyewa rumahku yang cemerlang secara bulanan. Peraturanku semasa ambik kunci  telah diterangkan secara lisan disaksikan CCTV walaupun ada yang tidak bertulis dakwat tapi yakin ada CCTV 24 jam .
Antara peraturannya:

1- Deposit 2 bulan sewa (pegang amanah dikembalikan bila tamat sewa dan setelah bil bil di jelaskan serta keluar rumah bersih seperti semasa terima kunci masuk dahulu-jika kotor potong lagi deposit).


2- Masa terima kunci , sewa pertama dijelaskan dan setiap awal bulan mesti jelas sewa berikutnya bukan diakhir bulan.

3- Deposit bukan sebagai sewa terakhir bila nak tamat sewa. Sewa akhir tetap bayar awal bulan.(Jika tak bayar ada sesuatu masalah dan pemantauan untuk tindakan bersedia keluar)

4- Notis tamat sewa sekurang kurangnya 1 bulan notis (Jika tiba tiba tamat sewa  dan keluar rumah deposit akan dipotong sebulan sewaan dan lain2 kerosakan (jika sayang deposit bagi notis sebulan)

Senang kan bila faham sebelum menyewa.
Senang penyewa senang tuan rumah.
Tiada lagi salah silisih faham antara penyewa dan tuan rumah.
Bahagia penyewa bahagia tuan rumah.

"Jika ada nak tangguh  bayar sewa, penyelesaiannya penyewa perlu pinjam dari sumber lain dahulu
dan bayar sewa kepada tuan rumah".(Tiada Penangguhan)
Disiplin tetap diutamakan dan penyewa mesti bersedia setiap bulan jimat kewangan untuk sewa.