Friday, July 17, 2009

Membina sumber pendapatan kedua

Anda bekerja makan gaji?Anda ada pendapataan kedua selain daripada gaji? Satu cara ialah menambah simpanan tetapi ia agak sukar dibuat, bukan ianya susah tapi memang sukar sikit kerana perbelanjaan hidup sekarang ini begitu tinggi. Satu lagi ia susah dan sukar kerana fikiran kita sendiri. Golongan profesional tidak membuat kerja sampingan,ini motto nya kerana mereka telah berjawatan tinggi, yang buat kerja sampingan adalah golongan rendah atau sokongan,motto mereka yang seterusnya. Dalam fikran anda apakah yang akan rakan sekerja anda fikirkan jika mereka tahu anda buat kerja tambahan/sambilan di tempat lain.Mereka akan mengumpat di belakang anda?
Bagi saya fikiran di atas itu tidak sesuai dan pemikiran tersebut patut dibuang jauh dari fikiran anda yang ingin kedepan lain dari yang lain. Salah ke ahli profesional ada pendapatan kedua atau golongan sokongan ada sumber kedua dari gaji. Walaupun membina pendapatan kedua bermaksud mempunyai pekerjaan sambilan,ia tidak semestinya bermaksud sedemikian. Contohnya jika anda menyewakan hartanah (rumah) dan mendapat pendapatan daripadanya, anda tidak mempunyai pekerjaan kedua,tetapi anda mempunyai sumber pendapatan kedua. Realitinya sewa rumah bukan kerja kedua tapi pendapatan kedua.Urusannya bukan lama cuma guna masa 5 @ 10 minit berurusan secara fizikal selebih nya guna teknologi mesej untuk berhubung dan pandai urus masa tanpa mengganggu tugas harian anda ditempat kerja anda.
Realitinya orang akan sentiasa mengata anda dibelakang jika anda buat begini,mereka akan mengata:jika anda buat begitu,mereka akan mengata juga.Jika anda tidak buat apa apa,mereka akan menuduh anda pemalas. Dengan kata lain mereka akan terus mengata walau apapun. Nasihat saya,biar mereka akan terus bercakap dan mengata anda lakukan apa yang ingin anda lakukan selagi tidak salah dari segi undang -undang agama dan negara atau segi moral,maka teruskan untuk anda hidup lebih bahagia, sihat dan kaya.Fikirkan sejak bilakah mereka yang mengata dan mengumpat itu pernah menyara hidup anda sekeluarga?Fikir-fikirkan.