Wednesday, July 15, 2009

Menakluk ketakutan dalam dirimu-Email Raymond Chua

Sekelip mata Selasa lagi dan saya dah tak sabar-sabar untuk berkongsi sedikit tip tentang cara-cara menghapuskan ketakutan dalam diri anda.
Jika anda masih baru dalam blog ini, saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan saya akan menerbitkan artikel Bicara Selasa pada setiap hari Selasa.
Jika anda masih ingat, dalam Bicara Selasa minggu lepas, saya menulis tentang pertemuan saya dengan “Rich Dad” dan salah satu daripada banyak perkara yang saya belajar daripada beliau ialah cara-cara untuk menakluk ketakutan diri.
Hampir semua orang mempunyai perasaan takut pada tahap tertentu. Ada yang takut binatang buas, takut suasana yang seram, takut untuk memulakan perniagaan, takut melabur, takut mendapat terlalu banyak wang (ini saya boleh tolong. Semua masuk akaun saya ), takut berjaya dan banyak lagi.
Satu teknik yang mudah untuk menghapuskan perasaan takut ini ialah dengan bertanyakan diri anda soalan ini:
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Misalnya, jika anda ingin memulakan perniagaan tetapi takut kerana tidak mempunyai pengalaman dan modal
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Mula berniaga secara kecil-kecilan dengan modal yang rendah. Kalau tak cukup modal, menabung dahulu ataupun mencari rakan kongsi.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Mungkin berjaya, mungkin gagal, kalau gagal?
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Saya akan cari punca masalah tersebut. Mungkin faktor kekurangan pelanggan, kualiti produk, lokasi atau cara berniaga.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Saya akan membeli buku-buku tentang perniagaan dan belajar cara-cara menarik pelanggan, memilih lokasi dan menjalankan perniagaan secara profesional.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Saya akan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari untuk mengembangkan perniagaan kecil-kecilan saya.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Perniagaan saya mula mengaut keuntungan sehingga melebihi gaji saya.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Saya meletak jawatan supaya saya mempunyai lebih banyak masa untuk mengembangkan lagi perniagaan saya.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Saya mencapai kebebasan kewangan.
“Jadi, apakah yang akan berlaku seterusnya?”
Tak rasa takut lagi!
Teknik ini sesuai diaplikasikan untuk semua jenis perasaan takut termasuk takut bercinta, takut menghadapi peperiksaan dan sebagainya.
Semoga tip ini dpat membantu anda untuk menghilangkan perasaan takut.
Salam hormat,
Raymond Chua