Monday, May 17, 2010

Persediaan Persaraan Masih Rendah

TAHAP kesedaran merancang menabung untuk kehidupan selepas persaraan di Malaysia yang umur persaraan di kalangan rakyatnya ialah antara 50 hingga 55 tahun masih rendah berbanding negara lain. Ada kalangan rakyat Malaysia bersedia terus bekerja walaupun selepas umur persaraan wajib dengan menyambung kontrak. Berdasarkan pemerhatian, mereka masih mahu menyumbang tenaga berkerja sehingga usia 61 tahun, samaada kerana sememangnya suka bekerja atau memerlukan pendapatan untuk sara hidup.

Biasanya semua orang akan mula memikirkan apa yang hendak di lakukan apabila bersara ketika berusia 50 tahun,tinggal lima tahun sebelum bersara dan sudah terlambat untuk merancang. Bagi yang memiliki harta seperti rumah sewa,tanah, kebun dan perniagaan mungkin tiada masalah. Apabila bersara, pastinya seseorang itu yang sebelum ini sibuk dan aktif dengan tugas sehariannya, bila berubah corak kehidupannya dengan memasuki dunia baru. Tiada lagi gaji bulanan di terima dan rutin seharian yang membelenggu hidup mereka, sebaliknya lebih banyak masa dihabiskan dengan aktiviti berbentuk peribadi.

Justeru, dalan melayari sisa hidup itu, kita perlukan simpanan untuk melakukan pelbagai kegiatan termasuk perbelanjaan keperluan asas khususnya makanan dan pakaian, selain membayar bil. Dalam keadaan itu, perancangan awal dengan melakukan tabungan supaya dapat menempuh alam persaraan dengan tenang dan berkeyakinan. Senario di negara ini, bagi kakitangan kerajaan mempunyai skim pencen, manakala pekerja swasta mencarum wajib di dalam Kumpulan Simpanan Wangn Pekerja (KWSP) sebagai bekalan simpanan hari tua selain pembelian saham dan bon. Alternatif boleh dilakukan dengan menambah simpanan hari tua menerusi skim insurans persaraan. Namun, di negara ini kesedaran menabung bagi skin persaraan itu masih rendah.

Syarikat insurans pernah membuat kajian di banyak negara di seluruh dunia baru-baru ini, mensasarkan kumpulan pekerja berumur 25 tahun ke atas serta kumpulan pesara berusia 75 tahun ke bawah, bertujuan melihat persepsi masyarakat mengenai persaraan, perbandingan antara tanggapan dan kenyataan(pekerja dan pesara) dan menganalisis tinjauan masyarakat dari sudut pandangan antarabangsa.Berdasarkan kajian yang membabitkan malaysia itu mendapati kebanyakan pekerja mula bersiap untuk menabung bagi menghadapi dunia persaraan mereka pada purata usia 41 tahun, berbanding mereka yang bermula pada usia 47 tahun dan kebanyakan mereka adalah di kalangan berpendapatan tinggi.

Situasi itu berbeza dengan pekerja di Britain yang sudah mula membuat persiapan persaraan seawal umur 28 tahun, Amerika Syarikat 30 tahun, Singapura 34 tahun, dan Thailan 43 tahun. Kajian menunjukkan pesara masih tidak bersedia dengan rintangan yang bakal dilalui sepanjang tempoh persaraan. Pada peringkat permulaan, mereka yakin simpanan mencukupi tetapi selepas berdepan dengan masalah dan perkara tidak dijangka, baru menyedari bahawa tindakan itu salah.

Berdasarkan kajian itu, kira2 48% sahaja pekerja di Malaysia membuat persediaan menabung untuk persaraan berbanding di Amerika (79%)l britain (71%); Singapura (54%) dan Thailand (38%).

Pada dasarnya, rakyat di negara ini lebih memberi keutamaan membeli polisi insurans nyawa, kira2 73 peratus pekerja di Malaysia membeli insuran nyawa, diikuti caruman wajib KWSP (67 peratus) dan sumbangan melalui majikan (65 peratus).

Kajian di Singapura pula, menunjukkan caruman tabung simpanan pekerja (CPF) 91 peratus, diikuti sumbangan majikan secara sukarela untuk pekerja (90 peratus) dan mempunyai simpanan CPF, akaun SRS, simpanan persaraan, pelan pengeluran tempoh matang (84 peratus).

Di Amerika Syarikat, 91 peratus menyumbang kepada Keselamatan Sosial, sumbangan majikan (69 peratus) dan menabung dalan saham, bon, sijil simpanan (66 peratus).

Jika dilihat dari segi tabungan pula, di Malaysia, jumpah simpanan meningkat kira2 RM478 kepadaRM704 setiap bulan. Bagaimanapun, di Amerika Syarikat pula pekerja memperuntukkan sejumpah RM2207 setiap bulan untuk skim persaraan. Kajian aspek kesihatan mendapati jurang perbezaan antara orang pekerja dan pesara tidak begitu besar. Penyelidikan menunjukkan tahan kesiahatan optimum ialah pada usia muda.

**February 4, 2010 by Eddy Wijaya
** Ulasan dari Harian Metro 13 Jan 2010