Wednesday, August 26, 2009

Beli kenderaan baru atau bayar hutang pendidikan?

Dalam bulan mulia ini cuba kita renung-renungkan sejenak. Kepada yang telah mula bekerja atau telah lama bekerja mana lebih elok beli kenderaan baru atau bayar hutang pendidikan. Mungkin anda rasa lebih baik beli kenderaan baru,hutang pendidikan tu bayar kemudian tak apa. Semasa anda nak mula belajar kat IPTA atau IPTS dulu anda ada buat pinjaman(yang tak dapat biasiswa). Semasa buat pinjaman ada memerlukan penjamin samada ibubapa sendiri atau adik beradik atau saudara terdekat. Masa tu dapat penjamin je dah rasa bertuah kerana dapat belajar kat 'U' walaupun dengan pinjaman. Bila dah tamat belajar dan lama dah bekerja, masih kah anda ingat kepada penjamin anda yang menjamin pinjaman anda. Pinjaman anda dah ke dijelaskan, kalau tak semuanya, bayaran bulanannya. Pinjaman daripada badan-badan tertentu yang memberi pinjaman kepada kita perlu kutip dana untuk beri kepada yang lain pula.

Persoalan nya sekarang wajarkah anda lupakan bayaran hutang itu dan berkata tidak mampu untuk membayarnya sedangkan kenderaan baru boleh dibeli.Wajarkah? Lebih malang lagi hutang tidak dibayar SAMAN sampai pula kepada penjamin. Bila diberitahu kenapa tidak bayar pinjaman, berbagai alasan diberikan. Terpaksalah penjamin selesaikan hutang anda samada selesai sebahagian atau semuanya. Anda sebagai peminjam releks je buat tak endah. Hebatkah anda bergaya dengan kenderaan baru, dalam masa yang sama keringat dan kesusahan saudara, adik beradik menanggung beban anda? HEBATKAH ANDA?