Sunday, March 21, 2010

Di mana titik permulaan?

Terfikirkah anda,dari mana nak mula, dimana titik permulaan sesuatu kerja. Kadang kadang anda bukan orang tiada ilmu, anda memang orang berilmu, ada ijazah,sijil..tapi kenapa anda masih tidak bermula untuk mengubah kehidupan biasa menjadi luar biasa. Anda dilahirkan memang luar biasa.

Cuma fokus dan matlamat kurang jelas dan kurang memberi tumpuan satu satu impian. Anda ada impian masing masing tapi tinggal impian kerana masih tidak bermula dan masih tidak melangkah, langkah pertama, masih bertangguh, nanti..nanti..

Sebab apa, kehidupan ini bukan macam kita baca buku ada bab satu,dua,tiga...seterusnya. Setiap orang mencapai kejayaan cara tersendiri, cuma landasan mungkin seakan sama. Cuba kita perhatikan orang yang telah berjaya samada melalui buku yang kita baca atau pemerhatian secara langsung, mereka berjaya cara berbeza antara satu sama lain, tak sama.

Jadi untuk berjaya sesuatu bidang anda kena memilih sesuatu bidang yang anda impikan. Fokus betul betul,tambah ilmu dalam bidang yang kita pilih itu,jangan sesekali bulan ini fokus A, bulan depan alih fokus B pula. Bidang A belum mahir dan belum berjaya, telah pilih bidang B. Pasti kita gagal.!!

Satu lagi kenapa kita kurang berjaya, kita mula berasa kita telah pandai, kita dah ada ijazah dan sijil, maka kita tidak suka menambah ilmu samada melalui membaca buku-buku, cari sumber melalui internet, bertanya orang berpengalaman dan sebagainya. Kita dah dah ada kerja tetap, kerja itulah yang kita tahu, ilmu bidang lain tolak ketepi. Berapa peratuskah yang suka membaca apabila keluar dari pembelajaran sekolah atau pusat pengajian tinggi. Sedangkan ilmu tidak tamat bila sudah tamat alam persekolahan atau Universiti. Selagi hidup kita perlu mencari ilmu...

Begitu juga bila hendak menceburi bidang hartanah rumah pelaburan. Ilmu kena sentiasa dicari dan digali daripada orang berpengalaman : melalui internet/blog(tidak semestinya jumpa orang itu). Rajin rajin melayari bidang yang kita pilih. Ramai bloger bidang hartanah yang sukarela mencurah ilmu mereka. Syaratnya kita melakukan apa yang diajar: melangkah Pertama!!!.