Friday, May 22, 2009

Bebaskan pemikiran negatif dengan wang: kaya

Bila bercakap mengenai wang dan kaya, ramai yang beranggapan bila kaya nanti jadi sombong lebih dahsyat lagi gelar penyangak. Bila banyak wang tak kenal kawan-betul ke?Jika anda percaya semua orang kaya adalah penyangak,anda pastinya tidak akan kaya.Malahan anda tidak akan membuat diri anda kaya. Sebab dalam pemikiran anda bila kaya,anda akan jadi penyangak dan sombong.
Saya tahu sebab anda kata orang kaya jadi penyangak atau penipu sebab jika anda dapat rm1000 sebulan macam mana dapat beli rumah lebih daripada satu.Tentu anda kata mesti ada yang tak kena ni atau anda kata ahh dia boleh lah sebab dia orang kaya dah.Anda tak nampak macamana nak gandakan rm1000 nak jadikan rm10,000 atau rm100,000.
Dalam minda anda terbayang bila kaya jadi jahat,sedangkan kaya tidak salah, wang banyak pun tak apa,bukan wang yang salah, yang tak kena dan salah nya adalah kita.Kalau wang dan harta banyak dan kita pandai merancang wang itu penuh dengan kebaikan. Apa yang kita impikan kita dapat laksanakan contohnya bagi orang islam nak ke Mekah,sedekah,tolong saudara yang susah dan apa apa lagi yang baik baik.Tapi kalau kita tiada wang nak buat pahala pun tak dapat.
Kadang kadang minda kita bercakap buat apa lah duit banyak cukuplah aku dah ada kerja tetap tak payah gandakan duit lagi.
Tapi anda lupa yang kerja makan gaji belum cukup bulan duit dah habis,terima gaji nanti nak bayar macam macam termasuk bil-bil,pelajaran anak,minyak kereta,kad kredit,macam macamlah.Bila diajak melabur dalam bidang hartanah tak mahu,Jawapan tak pandai,tak ada modal, yang utama sekali MALAS susah susah kerana dah ada gaji dah cukup dah.Betul ke dah CUKUP? Kalau nak tahu lanjut macamana RR Pak Deen buat pelaburan rumah carilah RR Pak Deen : tel 019-9429842 atau email deengk@yahoo.com.my boleh bincang lanjut.(Terbuka yang makan gaji ).