Sunday, May 24, 2009

Beli kenderaan idaman dengan rumah pelaburan

Hari ini cuba anda renungkan mana lebih bijak beli kenderaan idaman dengan melabur beli rumah.Tidak dinafikan kenderaan itu salah satu keperluan zaman sekarang bukan lagi barang mewah.Jika anda beli kenderaan untuk semata mata keperluan untuk kemudahan pergerakan ketempat kerja,kemana mana yang perlu baguslah.Tapi jangan beli kenderaan hanya untuk bergaya semata mata.Belilah kenderaan semampu pendapatan kita sendiri bak kata orang ,ukur baju dibadan sendiri.
Kalau beli kenderaan kegunaan sendiri(bukan komersyial),ansuran bulanan perlu bayar setiap bulan.Pernahkah kenderaan yang kita guna itu memberi pulangan wang untuk kita.Duit gaji kita adalah bagi ke bank.
Sekiranya kita melabur beli rumah,walaupun ansuran kena bayar ke bank setidak tidak nya jika kita bagi sewa.,ada juga duit pulangan kepada kita.Kalau betul caranya mungkin sewa tinggi daripada ansuran bank.