Monday, May 25, 2009

Rumah Bandar- Town Houses

Apa itu Rumah Bandar: Kalau dilihat dari luar,kelihatan seperti rumah teres.Dengan rekabentuk yang bijak,rumah ini sebenarnya dibina di atas satu sama lain.Asalnya rumah ini dibina sebagai unit yang bertingkat 2 atau lebih, iaitu setiap unit dibahagikan kepada 2 pemilik. Setiap tingkat selalunya mempunyai pemilik yang berasingan.Unit di bawah mempunyai tingkat bawah(grounnd floor),dan setengah bahagian tingkat satu bersebelahan dengan tangga.sementara unit di atas pula terdiri daripada sebahagian lagi dari tingkat satu tadi dan bersebelahan tingkat dua. Setiap unit mempunyai pintu masuk tersendiri ditingkat yang sama, mungkin pintu mereka terletak sebelah menyebelah secara berhadapan. Selalunya jalan masuk di hadapan mempunyai tempat letak kereta masing masing.(Tangga masing-masing)

Di Bandaraya Kuala Terengganu Rumah Bandar(Town Houses) hanya berada di TAMAN SEMARAK Di Kampung Bukit Tunggal Sahaja.(RR Pak Deen ada ditaman ini)