Wednesday, May 20, 2009

Melabur : Kenapa Rumah

Elakkan daripada menjadi sebahagian daripada mereka yang masih menyoal kenapa mereka perlu memiliki lebih daripada sebuah rumah.Cukuplah hanya sebuah.Banyak banyak pun tak bawa kemati.Tak ada masa nak mengurus,cukuplah duit yang ada,macam macam alasan lagi.Elakkan daripada terpengaruh dengan mereka.Mereka tidak suka memiliki rumah untuk disewakan sedangkan realitinya mereka tak tahu itu adalah pelaburan yang paling selamat dan tidak perlu masa yang banyak untuk uruskannya.Anda masih boleh bekerja dipejabat atau berniaga semasa memiliki rumah pelaburan kerana tidak memerlukan masa yang banyak untuk uruskan tidak seperti urus perniagaan lain seperti kedai dobi,kedai makan dan sebagainya.walaupun anda menambah rumah yang dimiliki masih tidak menggugat ketenangan hidup anda.Ini kerana anda berhubung dgn penyewa masa masa tertentu sahaja dan masa diambil tidak lama.Anda dapat jana pendapatan dengan penyewa hanya melalui akaun bank atau SMS sahaja.Adakah ini mengganggu pekerjaan tetap anda?Satu lagi pelaburan rumah tidak tergugat walaupun anda bercuti atau sakit kerana wang sewa setiap bulan masuk akaun anda.Tidak seperti pasaran saham yang turun naik dan perlukan pemantauan yang rapi.Pelaburan ini walaupun anda tidur nyenyak duit sewa pasti masuk kerana orang yang menyewa rumah anda bekerja keras untuk membayar sewa rumah anda.Lagipun pelaburan rumah tidak memerlukan kepakaran seperti pelaburan saham.Bila anda buat pelaburan rumah anda dapat pengalaman sendiri dan dengan pengalaman itu anda bertambah matang dalam hal ini.Satu lagi kalau anda kerja pejabat seharian 8 pagi - 5 petang (penuh Masa) urus rumah tak sampai 10 minit pendapatan sepenuh masa,hebatkan.Ramai orang yang masih tidak ingin pedulikan kerja hebat ini walaupun memberi pendapatan penuh walaupun masa diambil hanya sedikit sahaja masih ramai yang suka pilih kerja sepenuh masa tapi pulangan separuh sahaja.

TIPS: Sekali bercakap atau berbual dengan orang yang bijaksana dalam bidang ini lebih baik daripada belajar selama 5 tahun di pusat pengajian tinggi.