Saturday, October 24, 2009

Kepada yang memerlukan Rumah Sewa Bulanan/sewa harian



Pada bulan November/Disember ini rumah pak deen ada yang kosong:

Taman Melor: 15-20 minit memandu dari Bandar Kuala Terengganu,melalui jambatan sultan Mahmud dan nampak masjid Kristal dan menghala ke Batu Rakit..Rumah teres setingkat 4 bilik penuh perabut dan peralatan.
Lokasi berhampiran dengan Institut Perguruan Malaysia Batu Rakit Kuala Terengganu,Universiti Darul Iman Kampus Kusza Gong Badak Kuala Terengganu.
Sewaan Harian Rm150.00 - rm180.00(2 hari 1 malam) dan bulanan RM800.00.(kalau sewaan bulanan cadar dan selimut bawa sendiri dan juga api/air bayar sendiri atau ikut kemudahan yang dikehendaki- rundingan).

Taman Desa Kayangan : 30 minit memandu dari Bandar Kuala Terengganu ke Batu Rakit. rumah teres setingkat 3 bilik Lot Tepi : Nak sewa tanpa perabut harga RM350.00 sebulan. Lokasi Kampung Tanjung Batu Rakit. Persekitaran hampir dengan Pasar malam,Klinik,Pejabat Pos dan Bank. 3km dari Institut Perguruan, 7 km ke INSTEP Batu Rakit Kuala Terengganu.

Rumah Teres setingkat di Alor Jambu(15 hb November Kosong) 20 minit memandu dari bandar Kuala Terengganu.3 bilik dengan perabut penuh. Sewaan harian RM160.00 2 hari satu malam.Bulanan RM800.00.Rundingan mengikut terma dan syarat.

Hubungi Pak Deen untuk info selanjutnya.019-9429842.

Pelajar-pelajar pengajian tinggi juga boleh memohon menyewa : maksima 6-8 orang.

Peserta kursus juga boleh memohon sewa : Tertakluk terma dan syaratnya.

Thursday, October 8, 2009

Mengurus kewangan-Belanja berhemah utk beli rumah


Belanja berhemah.Apa itu belanja berhemah.Pendapatan kita kecil atau sederhana atau besar. kita perlu belanja secara berhemah.Bagaimana? Contohnya pendapatan bersih kita RM1500.00 sebulan . Bagi pak deen dah cukup bagus kalau nak beli rumah. Target nak beli rumah, perlu fikir rumah macamana nak beli,rumah baru ke rumah lama. Kalau rumah baru perlu 10 peratus dari harga rumah untuk deposit" booking" tunggu 2 tahun baru siap rumah kalau tak tergendala .Nak cari rumah impian satu hal juga rumah cantik dan selesa tentu mahal,dah tak mampu.

Kalau rumah lama(Orang nak jual) perlu duit deposit tak banyak,RM2000 atau RM3000 pun boleh buat deposit. Yang selebihnya bank bayar.Caranya pak deen dah cerita dalam tulisan lepas2.

++++Buat rajin sikit bawa slip gaji pergi ke bank tanya bahagian pinjaman perumahan tunjuk slip gaji berapa dapat pinjaman dengan pendapatan itu untuk beli rumah harga berapa.

Bagi saya Sebelum beli rumah impian lebih baik beli rumah pelaburan dulu. Rumah pelaburan walaupun kita bayar pinjaman tapi rumah tu kita sewa dulu.Duit sewa untuk dibayar kebank pinjaman.Dengan itu duit gaji kita tak terusik walaupun beli rumah.Bila kita dah stabil kewangan dan pandai urus duit baru kita cari rumah impian.Oleh itu dalam keadaan pendapatan kecil kita dapat beli rumah juga.

Kepada yang nak kahwin pula perlu fikir berapa jumlah akan habis untuk kahwin.Sebab target nak beli rumah ni.Contohnya untuk 1. maskahwin berapa,
2.wang hantaran?-
3.barang hantaran?
4.makanan,hidangan?
5.sewa khemah,kerusi,meja ,alatan lain?
6.hadiah tetamu?
7.belanja hantaran pengantin?
8.mak andam,sewa baju?
9.kad jemputan?
10.pakej gambar,video?
Dalam banyak2 tu mana boleh jimat dan duit jimat tu dapat buat bayar deposit rumah.

contohnya kad kahwin tak perlulah cetak kertas cantik,rekabentuk glemor. Apa tujuan kad tu cuma untuk beritahu tarikh,masa,hari@waktu.Lepas orang terima baca buang saja .Kalau cetak cantik dan mahal ada oraang terima simpan dalam album,tidak..jadi cetaklah yang murah je duit lebih cetak dapat simpan .Begitu juga dengan sewa khemah, sewa yang murah je tak usah glemor2.Baju pengantin sewa ke? Faktor2 ni dapat menjimatkan kalau pandai berhemah.

Saturday, October 3, 2009

Sebelum beli rumah pertama,kedua,ketiga..seterusnya



Pakdeen kongsi sikit ilmu yang cetek ni sebelum pakdeen cebur diri dalam pembelian rumah pelaburan. Pakdeen hanya salah seorang pekerja makan gaji dan pendapatan kecil. Dengan pendapatan sederhana,terfikir macamana nak dapatkan income sampingan. Pakdeen dengan sokongan isteri buatlah jualan macam-macam jualan termasuk jualan makanan segera(ambil orang buat cuma jual) Roti canai segera dan baulu. Dapat lah sikit untuk tambahan duit kocek. Jual keropok keping,jual kain batik macam macam lah asal dapat duit tambahan yang halal.

Jualan langsung juga pakdeen buat bersama isteri. Orang kata kalau buat bersama lagi bagus. Sebab apa masa buat MLM(meniaga larut malam) @ jualan langsung ni mainan biasalah kalau balik larut malam. Kan kerja dipejabat 8.00 pagi hg 5 petang. Lepas balik kerja pejabat terus cari ahli(sponsor) ahli baru. Macam macam kerenah ,tapi bagus juga dapat berbagai ilmu dalam pemasaran. MLM ni kalau kita buat betul betul memang best.. dapat ribu ribu pendapatan dan kaya raya tapi pakdeen tak sempat kayalah dengan MLM.

Fikir punya fikir tuhan tunjuk jalan bagaimana nak berniaga dengan modal tak banyak mana dapat pendapatan sampingan yang bagus untuk masa depan bila pencen nanti. Langsung pakdeen beli rumah buat rumah tumpangan atau rumah rehat atau homestay.Bermula dengan sebuah dapat pengalaman sikit sikit,cari ilmu melalui blog,internet,kursus dan seminar dapat lah pakdeen beli lagi sebuah demi sebuah. Rupanya orang kaya kaya diorang beli rumah dan tanah. Itu orang kaya. Kita yang tak kaya ni guna pendapatan yang sederhana ni boleh buat juga dengan syarat penuhkan ilmu di dada mengenai Hartanah dan cara mengurus Kewangan.

Alhamdulillah dengan pendapatan sederhana ni (makan gaji) dapat beli rumah dan bagi sewa harian dan bulanan. Bermula 2005-2009 dapatlah beli rumah purata 2 buah setahun.Terima kasih ALLAH. Bagaimana cara nak beli rumah pakdeen dah cerita sebelum ni.

Friday, October 2, 2009

Rumah Taman Melor 4 bilik




Rumah Taman Melor Wakaf Tengah, Taman belakang stesen minyak Petronas Wakaf Tengah berdekatan dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia(Batu Rakit),Berdekatan MRSM, 3 kilometer dgn UDM/UMT.

Akan kosong pada akhir November 2009. Penyewa baru boleh masuk Disember 2009. Sekarang sewa bulanan RM800.00 rumah ada katil,tilam lengkap,tv,peti sejuk,dapur . Maksima penghuni 8 orang.(peserta kursus atau pelajar IPTA)

Rumah 4 bilik 2 bilik air/tandas. Rumah bergrill lengkap.

Alamat NO.7, Taman Melor,Wakaf Tengah,21030 Kuala Terengganu.

Sewaan Harian RM150- RM180.00 dua hari satu malam jika ada kekosongan.

Tuesday, September 22, 2009

Raya bersama keluarga















Alhamdulillah...tahun ni dapat beraya bersama keluarga dan adik beradik,yang dekat dan yang jauh semua ada beraya dikampung. Ipar duai semuanya balik kampung. Yang penting dalam satu masa semua bertemu, lebih suka lagi anak-anak berjumpa bapa saudara,sepupu-sepupu..masing masing seronok...apa tak seronok nya kecil besar dapat duit raya, ada tu bagi hadiah lagi.

Lebih seronok lagi kami adik beradik semalam raya kedua buat hari 'keluarga raya' masing-masing bertukar hadiah selain bertukat duit raya. Acara ini kami buat dua tahun sekali bila semua adik beradik dapat berkumpul semua. Seronok dan gempak gempita dengan suara kegembiraan.Inilah hebatnya raya, hubungan silatulrahim terjalin lebih erat lagi.

***Bersyukur kepada Allah kerana kami masih dapat beraya lagi tahun ini dan diharap masih panjang umur untuk tahun hadapan pula. Allah masih bagi kesihatan sihat wal afiat dan dapat beramal untuk bekalan akhirat. Terima kasih Allah kerana tahun ini juga rezeki bertambah dapat tambah rumah lagi, dan juga isteri dapat naik pangkat setingkat lagi serta anak anak semuanya sihat-sihat belaka terutama dalam pelajaran untuk hadapi PMR dan SPM, yang UPSR dah selesai. Tahun ni 3 orang periksa. Ya..kalau kita bersyukur apa yang Allah berikan kepada kita,insyaallah tuhan akan menambah lagi.Amin.

Friday, September 11, 2009

Rumah di Taman Ida dekat UDM/UMT


Rumah jenis teres berkembar setingkat, punyai 3 bilik tidur 2 bilik air/tandas.. Keselamatan insyaallah terjamin,rumah bergril penuh. Rumah dalam taman berdekatan jalan utama drp kuala terengganu ke batu rakit. Berdekatan restoran. 2 km dgn UDM kampus KUSZA dan 3 km dengan UMT. 3 km jarak dgn IntitutPendidikan Dato Razali Batu Rakit, 13 km dgn INSTEP Petronas Batu Rakit.Bandaraya KT 25km. Berminat hubungilah Pak Deen.

SEWAAN BULANAN

Alamat : no.426,Taman Ida,Kampung Gong Datok/Kg Pak Jin,Wakaf Tengah Batu Rakit,Kuala Terengganu.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Di kesempatan ini Pak deen mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam di Malaysia dan seluruh dunia terutama kepada Pelanggan yang pernah menginap di Rumah Rehat@Sewa Pak Deen. Dan tak lupa juga kepada yang sedang menginap dan menyewa sekarang. Terima kasih kepada semua yang sudi menggunakan perkhidmatan sewaan harian dan bulanan rumah Pak Deen. Semoga di hari raya ini kita bergembira dan berbahagia hendaknya dan sentiasa dibawah lindungan Allah . MAAF ZAHIR BATIN.Terima kasih semua.

Rumah Terbuka Pak Deen hari raya ke empat. Jemput datang.

Wednesday, August 26, 2009

Penawar H1N1 - PROTECUR-100


Buah POMELO


Sekarang telah ada penawar H1N1 untuk membantu mencegah dan merawat. Kepada yang memerlukan hubungi Pakdeen(019-9429842). Dalam bentuk cecair untuk dititik dalam air minuman. Botol kecil(5ML) hanya RM38.00 sahaja boleh dititik 140 cawan air. Rasanya sedikit pahit mula2 minum lama2 biasa dan suka dengan rasanya. (Mesti titik dalam air, 1 titik untuk 100ml air atau kalau air satu jag 3-6 titik,minum sekeluarga, minum 1 @ 2 kali sehari) Sebagai antibodi badan melawan penyakit.

Untuk mencegah anak-anak sekolah dari dijangkiti H1N1 amat sesuai kerana bila titis dalam secawan air setiap hari semoga terhindar dari dijangkiti dan tidak memerlukan pakai topeng. Apa salah nya mencuba. Ikhtiar dan berusaha itu perlu.Insyaallah berjaya.

Juga dapat membantu kepada yang ada masalah penyakit seperti:

Kencing manis,Gout,Penyakit kelamin,Sinus,Tekanan darah tinggi,Obesiti,Penyakit kulit,Keputihan bagi wanita,Tahap ketahanan badan rendah,HIV positif,Batuk,Selsema,Demam,Sakit kerongkong,Radang Sendi dan sakit urat.

Lebih baik mencegah dari merawat.

Protecur-100
diperbuat dari ekstrak Pomelo.Pomelo adalah dari kumpulan buah buahan citrus dan tumbuh di negara negara Asia,Malaysia,Tahiti,New Guinea dan Fiji.

Beli kenderaan baru atau bayar hutang pendidikan?

Dalam bulan mulia ini cuba kita renung-renungkan sejenak. Kepada yang telah mula bekerja atau telah lama bekerja mana lebih elok beli kenderaan baru atau bayar hutang pendidikan. Mungkin anda rasa lebih baik beli kenderaan baru,hutang pendidikan tu bayar kemudian tak apa. Semasa anda nak mula belajar kat IPTA atau IPTS dulu anda ada buat pinjaman(yang tak dapat biasiswa). Semasa buat pinjaman ada memerlukan penjamin samada ibubapa sendiri atau adik beradik atau saudara terdekat. Masa tu dapat penjamin je dah rasa bertuah kerana dapat belajar kat 'U' walaupun dengan pinjaman. Bila dah tamat belajar dan lama dah bekerja, masih kah anda ingat kepada penjamin anda yang menjamin pinjaman anda. Pinjaman anda dah ke dijelaskan, kalau tak semuanya, bayaran bulanannya. Pinjaman daripada badan-badan tertentu yang memberi pinjaman kepada kita perlu kutip dana untuk beri kepada yang lain pula.

Persoalan nya sekarang wajarkah anda lupakan bayaran hutang itu dan berkata tidak mampu untuk membayarnya sedangkan kenderaan baru boleh dibeli.Wajarkah? Lebih malang lagi hutang tidak dibayar SAMAN sampai pula kepada penjamin. Bila diberitahu kenapa tidak bayar pinjaman, berbagai alasan diberikan. Terpaksalah penjamin selesaikan hutang anda samada selesai sebahagian atau semuanya. Anda sebagai peminjam releks je buat tak endah. Hebatkah anda bergaya dengan kenderaan baru, dalam masa yang sama keringat dan kesusahan saudara, adik beradik menanggung beban anda? HEBATKAH ANDA?

Saturday, August 22, 2009

Tuan rumah jutawan dan kaya dgn rumah




Salam kepada pembaca b;og pakdeen. Untuk yang masih tercari cari bagaimana nak bermula nak beli rumah dan masih belum faham mengenai pelaburan rumah buat duit sila baca buku buku ini.
Baca berulang kali baru faham betul. Inilah peluang kepada yang masih bekerja makan gaji terutama golongan sokongan untuk persediaan bila pencen nanti supaya pencen dengan bergaya. Tidaklah pencen nanti masih terkiyal kiyal mencari pendapatan sampingan untuk menampung wang pencen yang tak seberapa.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan




Alhamdulillah SABTU 22.8.2009 kita mula berpuasa. Bersyukur kita Allah masih bagi peluang untuk berpuasa lagi tahun ini. Semoga bertambah keimanan kita dan dipanjangkan umur supaya dapat berpuasa penuh serta mendapat yang terbaik tahun ini. Insyaallah.Amin.

Kepada penyewa-penyewa rumah pak deen, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA SEMUA.Terima kasih.

Tuesday, August 18, 2009

Rumah Insuran Takaful Bayar-bila meninggal

Pakdeen nak bagi tahu kepada yang masih belum faham lagi bila beli rumah apabila kita meninggal dunia: Apakah kita kena bayar baki pinjaman rumah? Jawapan nya YA kita kena bayar setiap pinjaman tapi ... ada tapi nya. Semasa kita beli rumah dan buat pinjaman dengan bank selain jumlah pinjaman tu bank telah maklumkan jumlah insuran atau takaful yang perlu kita bayar.Contohnya kalau pinjaman Rm100 ribu campur dengan insuran pinjaman selama tempuh pinjaman tak kiralah 20 atau 25 tahun, jumlah insuran kita kena bayar bergantung umur kita pula.Kalau umur muda jumlah insuran murah sikit contoh mungkin Rm3 ribu ke atau rm5 ribu ke.
Jadi jumlah pinjaman kita dicampur dengan insuran dan dibahagi tempoh pinjaman kenalah bayar berapa ratus sebulan.
Jadinya bila kita meninggal kena waris pergi laporlah ke bank tempat kita pinjam atau syarikat takaful yang kita daftar.Syarikat takaful akan kira baki hutang dan akan jelaskan ke bank tempat kita pinjam. Adalah caranya tersendiri jadi rumah tu di jelaskan oleh takaful. Usah bimbanglah hutang bank tu. Tapi ingat masa buat pinjaman tu pasti kan takaful kita daftar dan bayar carumannya samada kita bayar sendiri atau bank telah masukkan dalam pinjaman.
Inilah yang masih ada yang belum faham,dok bimbang kena bayar walaupun dah meninggal,ingat tu bila meninggal takaful yang tolong bayarkan dengan terma dan syaratnya.

Sunday, August 16, 2009

Berhati hati membuat pendapatan kedua


Jika anda masih bekerja makan gaji ,bila membuat atau mencari pendapatan kedua, berhati hatilah jangan sampai nanti mengganggu masa bekerja anda pula. Seboleh nya kalau yang bekerja mula 8.00pagi hingga 5 petang tu tumpukan pada kerja(amanah tu). Waktu lebih 5 petang atau hari cuti baru boleh tumpu kepada pendapatan kedua. Majikan tak suka anda buat kerja luar. Nanti lebih senang atau kaya anda dari mereka hah lagilah marah hhee.

Saturday, August 15, 2009

Impian Emas -jenis pelaburan emas








Rumah di Taman Ida dekat UDM/UMT


Rumah sewaan Bulanan: Akan kosong bulan Oktober 2009. Sekarang masih ada penyewa. Rumah ini terletak di Kampung Gong Datok, Gong Pak Jin , menuju ke Wakaf Tengah. Jarak dari UDM kampus Kusza 2 km dan 3 km dari UMT. Hanya 50 meter dari jalan utama UDM ke Wakaf Tengah,Batu Rakit.

Alamat : No.426,Taman Ida,Kg Gong Datok,Wakaf Tengah Kuala Terengganu.

Rumah jenis Semi D setingkat, 3 bilik tidur, 2 bilik air.Bilik luas 12 x 12 kaki persegi.Bilik utama 1 bilik air didalam dan di dapur 1 bilik air/tandas.Ruang tamu luas dan selesa.Rumah bergril lengkap.Keselamatan insyaallah selamat.Parking berteduh.Rumah dalam taman perumahan.Dekat dengan restoran(kedai makan) dan kedai runcit.

Friday, August 14, 2009

H1N1 SEMAKIN MENULAR-CEGAH SEBELUM PARAH

Pakailah topeng penutup hidung dan mulut dan elakkan pergi tempat sesak(ramai orang).






Thursday, August 13, 2009

Al-fatihah

Ketua kumpulan Rabbani- Asri Ibrahim telah meninggal.

Wednesday, August 12, 2009

Malam Mesra di TTI





Malam tadi 11.08.2009 tepat 8 malam Pak deen hadir Malam Mesra yang diadakan di Dewan Konvensyen TTI.Semua kakitangan jabatan hadir untuk makan malam mesra bersama Menteri Besar Terengganu. Majlis bermula 8.45 malam dihadiri juga setiausaha kerajaan negeri dan ahli lembaga pengarah Jabatan. Malam tu acara bermula dengan ucapan Pengurus Besar Jabatan di ikuti pula ucapan MB. Di samping makan malam acara kemuncaknya ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan. Seramai 20 + 5 orang mendapat Anugerah Cemerlang.

Diadakan juga cabutan bertuah kepada staf yang hadir. Banyak hadiah yang disampaikan dan sebanyak lebih 30 hadiah menjadi cabutan bertuah.Jadi ramai yang menjadi staf bertuah.
Pak deen UCAPKAN TAHNIAH kepada yang telah mendapat perkhidmatan cemerlang, semoga bertambah cemerlang. Kepada yang tak dapat lagi kerjalah dengan rajin dan bersungguh serta pandai ambil hati dan perasaan ketua.Muhasabahlah diri bila belum dapat cemerlang dan kepada penilai pun muhasabah diri juga bila buat penilaian untuk pekerja bawahan supaya lebih cakna dan menjadi penilai kecemerlangan yang cemerlang.

Tahniah...kepada kawan pak deen yang dapat cemerlang. Mudah mudahan sebelum puasa ni dapat lah rasa jamuan cemerlang..hhee.. nasi dagang pun ok gak...

Monday, August 10, 2009

Tip sebelum beli rumah


1.Pastikan kawasan/lokasi,barisan dan SASARAN.
2.Jadi PAKAR tentang kawasan anda.
3.Jangan TERGESA-GESA membeli,lihat dan banding.
4.Praktikkan penyelidikan dan penelitian hartanah yang efektif.
5.Lihat hartanah pada HARI yang berlainan dalam seminggu dan MASA yang berbeza dalam sehari.
6.Jika hartanah itu kosong tanyakan sebab nak jual.
7.Uji sewa yang diminta dikawasan tersebut.
8.Prihatin tentang HARGA PASARAN dan HARGA JUALAN yang terakhir dikawasan itu.
9.Beli dari penjual yang berminat nak jual
10.BERASA BAIK ,anda dapat menolong penjual dapatkan duit.
11. Perbaiki SKIL RUNDING anda.
12.Jangan jadi pembeli berminat sangat.

Wednesday, August 5, 2009